Monday, January 3, 2011

Ngauman Harimau MALAYA:..EPL menggamit FAHMI

Ini ayat last pakteh tau...tapi pakteh tulis di atas...hehehe...
Tahniah kepada Kerol Fahmi yg mendapat perhatian byk pihak hinggakan ada web (kelihatan seperti official website utk MU) memetik kata2 fergie utk gantikan Van Da Sar dengan Fahmi.
.......................................................................
Masa kalah...sapa nak ngaku itu team kebangsaan?
bila dah menang...macam-macam yang disongehkan.

Pakteh sekarang berdiri di Semenanjung Malaysia, dan kalau MASIH NAK MAINKAN ISU BORNEO, sure pakteh mintak pasukan negara tu dijadikan Pasukan Harimau Semenanjung Malaysia. Paling tidak pun...Pasukan Harimau Malaysia...tetapi pakteh faham...pakteh amat-amat faham. Tidak ada harimau bernama Harimau Malaysia.
Harimau yang wujud di atas muka bumi antaranya adalah Harimau Malaya. Semangat sang harimau itu yang diambil dari dulu hingga kini.

Pakteh amat percaya sebaik sahaja pasukan negara meraih kejayaan, pasti ada makhluk yang akan menyuarakan sesuatu yang bodoh dan kelihatan tidak berfikir menggunakan akal. Mengapa?...semata-mata mahukan keuntungan untuk diri sendiri atau puak sendiri.

Pakteh ni orang kedah...Gelaran istimewa ialah KENARI...sang kenari...isk...isk...isk...kalau ikutkan hati, mau jugak pertikaikan mengapa sang kenari...lekeh sangat. Toksah dok habaq la kata SANG KENARI TERBANG TINGGI, kenari tetap kenari. Bila sebut NGAUMAN SINGA UTARA...wow...meremang bulu roma....ADa sang badak, Seladang dan sebagainya. Itu hanya gelaran dan sejak dulu memang ianya begitu.

Jika DS Najib atau sesiapa campur tangan mengubah HARIMAU MALAYA menjadi HARIMAU MALAYSIA...pakteh percaya....orang Malaysia belum belajar menguruskan sekelumit kejayaan. Oleh itu..jangan bermimpi malah jangan sebut soal PIALA DUNIA.

HAL-HAL SEBEGINI AKAN MEROSAKKAN PEMIKIRAN ANAK MUDA YANG MENYERAHKAN NYAWA MEREKA KETIKA BERTARUNG DI GELORA BUNG KARNO TEMPOHARI. Mereka pergi ke medan perang...itulah realitinya...Bukti paling nyata....Mereka menggunakan 5 kereta perisai.....mana ada kereta perisai utk pi main bola...kereta perisai hanya untuk berperang.

p/s: Pakteh sabaq banyak hari jugak tengok orang dok ulas sebegini. Semalam ketika live bersama Pengarah MSN di RTM, Ada jugak dari Borneo yang call utk utarakan isu yg serupa. Dalam Akhbar dan blog..semua main isu serupa....Jika begini perangai orang Malaysia berfikir...lebih baik kalah dan dibelasah 11 - 0. Kita tengok masa tu sapa nak mengaku itu pasukan mereka.

Geram sangat......Nama tu dah lama pakai tapi bila menang...semua pakat nak tumpang...

Ini pakteh sertakan carian di wikipedia berkaitan Harimau Malaya
------------------------(o)-(o)-----------------------------------------

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar (http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau_Malaya 03/01/2011 Jam 15:57)

Lagi menurut wikipedia

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.
-------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang menuntut Harimau Malaya ditukar kepada Harimau Malaysia....adakah anda sedar tidak wujud Harimau Malaysia. adakah anda sedar Jata Negara juga menggunakan logo Harimau Malaya?.

Hanya ada satu cara untuk hal ini diubah, Tukarkan nama harimau tersebut daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Atau...pakteh serahkan nama HARIMAU DAHAN BORNEO...agar ada nama Borneo disitu. Namun carian di wikipedia sekadar menyebut

Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].

Apa kelas Harimau nak diganti dengan kucing. Apa yang penting adalah kejayaan. Ada negara yang merangkul piala dunia sekadar bermaskotkan AYAM.

Pakteh suarakan awal-awal bukan apa....kadang-kadang kerana inginkan kesetiaan politik, keseronokan rakyat marhain disepak dan dilempar ketepi. Pengakuan Ketua Pengarah MSN semalam membuktikan ada usaha untuk melihat semula nama tersebut. Mengapa sejak diperkenalkan baju belang kuning hitam dengan semangat HARIMAU MALAYA, semua pandang sepi tanpa yakin?.

Mengapa saat cikgu Jan dibelasah teruk kerana gagal, takkdak yang angkat kepala menyokong HARIMAU MALAYA?

Mengapa saat HARIMAU MALAYA terumbang ambing bersama Sathianathan, sorang pun tak utarakan HARIMAU MALAYA PERLU JADI HARIMAU MALAYSIA..baru kuat.

2 comments:

Anonymous said...

kalau camnilah gayanya, tahun 2011 memasing boleh lipat bendera cantik2 dan jangan turun stadium, konfirm kalah... baru menang sikit dah macam2 isu dikeluarkan.... dasar tak tgk sejarah betullah.... dulu dah pernah terjadi.... ni nak ulang kesilapan dulu ke?

-pemerhati-malam-

Anonymous said...

he is too small for a goal keeper.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih