Pakteh merujuk kepada tulisan Amin Iskandar, wartawan/penulis Malaysiakini bertarikh 12 April 2012 Diposkan pada 12:58PM
Pakteh tidak mengenali Amin Iskandar. Pakteh hanya menilai melalui tulisan beliau dan apabila tulisan ini dipetik dari Malaysiakini, Pakteh percaya, arah tujuannya bergaris sama untuk membawa kebencian kepada kerajaan yang memerintah. Beberapa hari lepas Pakteh secara sengaja mengeluarkan artikel yang menulis isu secara umum tanpa fakta namun membiarkan pembaca menilai dan menongkah artikel Pakteh dengan memberikan fakta dan data yang jelas. Amin Iskandar menulis dengan jelas untuk menghasut malah tuduhan liarnya tidak dibuktikan.
Tulisan Amin Iskandar dipecahkan kepada empat topik utama dengan ulasan awal cuba memesongkan pembaca untuk tidak mempercayai BN/DS Najib. Pembaca cuba ditanamkan dengan keyakinan bahawa PRU13 akan dimenangi PR dan seterusnya membawa DS Anwar ke Putrajaya. Pakteh percaya tulisan penuh sifat busuk hati ini tidak mempedulikan keadaan masa kini yang menunjukkan sokongan kepada BN begitu tinggi. Kajian dan dapatan yang dibuat secara profesional menunjukkan keyakinan kepada DS Najib lebih tinggi berbanding DS Anwar malah pada hari ini jika diletakkan DS Najib disebelah kanan dan DS Anwar disebelah kini, aura rakyat menunjukkan bahawa pilihan utama untuk terus menerajui kerajaan ialah DS Najib.
Tuduhan jahat dan liar bahawa BN/UMNO melakukan sesuatu yang jahat untuk merampas Selangor dari PR perlu ditolak oleh pembaca. Penggunaan istilah "Kerajaan Pakatan pimpinan Khalid Ibrahim yang disokong rakyat" juga tidak sepatutnya digunakan oleh Amin Iskandar memandangkan kini, PR GAGAL melaksanakan tugas di Selangor. Pakteh tidak bercakap kosong tetapi pembaca boleh nilaikan melalui beberapa isu besar:
1. Isu Murtad, Arak dan Pusat maksiat di Selangor
2. Isu Syarikat berkaitan kerajaan negeri yang disalahguna
3. Isu Sampah yang gagal diselesaikan oleh Khalid Ibrahim
4. Penyelewengan Isu Pasir yang terang-terangan
Sekadar meletakkan 4 isu ini, sudah cukup untuk menggambarkan betapa rakyat Selangor kini hanya menghitung hari untuk mengajar kesalahan PR. Mengapa Amin Iskandar tidak menulis untuk mengaku bahawa Kelemahan urustadbir Pas Terengganu menjadi punca kejatuhan? Mengapa perlu dikaitkan dengan kononnya ada "Operasi Terengganu"
Soalan Pakteh...Mengapa lebih 20 tahun BN masih gagal menawan Kelantan?.
Topik kedua lebih meloyakan apabila mengambarkan seolah-olah hanya dengan kemenangan PR dalam PRU13 sahaja, Pilihanraya di Malaysia dianggap adil dan saksama. Amat mendukacitakan apabila seorang penulis yang diberi amanah untuk menulis dalam skop yang dibaca ramai orang, Amin Iskandar tidak mengambil peluang untuk mengemukakan fakta tepat malah terus cuba memesongkan rakyat secara jahat.
Amin Iskandar membandingkan Indonesia, Filipina dan Thailand yang rakyatnya turun ke jalanraya untuk menuntut perubahan kepimpinan. Beliau juga memberikan contoh beberapa negara Arab yang terlibat dengan Arab Spring.
Pakteh kasihan memikirkan betapa dangkalnya Amin Iskandar untuk memikirkan dengan lebih mendalam mengapa rakyat di Indonesia, Filipina dan Thailand sanggup turun ke jalanraya tetapi tidak di Malaysia. Jawapan yang sebegitu mudah gagal dicari oleh Amin Iskandar. Pakteh menilai hanya insan yang terdesak sanggup melakukan sesuatu dan ini tidak berlaku di Malaysia. Dengan himpitan kenaikan harga barang di peringkat global, Kerajaan Malaysia masih mampu memberikan yang terbaik kepada rakyatnya dan ini gagal dibuat di negara-negara jiran.
Pertanyaan Pakteh kepada Amin Iskandar, Siapa rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pekerjaan sanggup meninggalkan hari bekerja atau hari cuti untuk turun ke jalanraya menuntut sesuatu yang sudahpun diperolehinya?. Jawapannya tidak ada kecuali segelintir rakyat yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih atau termakan hasutan. Segelintir rakyat yang tidak berpuas hati ini adalah lumrah dalam kehidupan dan perlu diterima sebagai rencah untuk memerintah. Paling penting, Amin Iskandar tidak boleh menulis segelintir rakyat itu mewakili 28 juta rakyat Malaysia.
Dalam fokusnya untuk perkara ketiga, Amin Iskandar mengulangi kisah Ferdinand Marcos di Filiphina. lagi soalan Pakteh kepada Amin Iskandar, apakah persamaan yang ada antara pemerintahan UMNO/BN dengan Ferdinand Marcos?. Segala keperluan asas yang diperlukan rakyat kini diberi keutamaan oleh kerajaan dan jangan salahkan kerajaan apabila penganjuran untuk rakyat turun ke jalanan selalu gagal. Apa yang berlaku ialah keinginan mengajak rakyat memberontak di jalanan menemui kegagalan.
Saranan Pakteh, Jika PR tidak percayakan kepada sistem pilihanraya sedia ada dan yang dibuat penambahbaikan, Jangan sertai pilihanraya. Langkah terbaik ialah boikot pilihanraya dan ajak semua penyokong anda turun kejalanan. Pakteh percaya, hanya kaum kerabat yang termakan hasutan jahat sahaja akan mengikut anda dan rakyat lainnya yang telah melihat kebaikkan yang dibawa oleh kerajaan BN, mereka akan terus bersama membantu kerajaan memakmurkan negara.
Fokus Amin Iskandar yang keempat yang mejadi pertikaian utama Pakteh. Beliau menghasut supaya rakyat turun ke jalanraya untuk menukar pemerintah sedia ada. Apakah PR menggunakan Amin Iskandar untuk menyuarakan kebimbangan betapa PR akan kalah dalam PRU13?. Apakah ini hanya persediaan awal untuk menipu rakyat sekiranya PRU13 nanti, PR ditolak dengan teruk oleh rakyat?. Apakah rakyat harus membenarkan anarki terjadi di Malaysia?. Bukankah pada 11 April 2012, kita menyaksikan betapa indahnya pertabalan DYMM Yang DI-Pertuan Agong ke 14 dan suasana indah, aman damai ini hendak dirosakkan?
Hakikatnya, PR rakyat atau khususnya DS Anwar telah mencuba beberapa kali untuk mengajak rakyat turun ke jalanan. Matlamatnya sama iaitu menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui pintu belakang. Namun DS Anwar tidak pernah berjaya malah akhir-akhir ini, perancangannya menghimpunkan seramai mungkin rakyat menemui kegagalan. Amin Iskandar perlu sedar bahawa kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada hari ini tidak dapat digantikan dengan kesusahan di Indonedia, Ketakutan di Thailand dan kemiskinan di Filiphina. Amin Iskandar juga perlu ingatkan dirinya kembali bahawa hanya golongan berada sahaja mengisi minyak RON 97 yang harganya naik 10sen tetapi majoriti rakyat (mungkin termasuk Amin sendiri) kekal dengan RON95 yang harganya rendah kerana subsidi kerajaan.
Perkhemahan ala Pengakap untuk menolak PTPTN dan BERSIH 3.0 adalah antara perancangan jahat terkini DS Anwar Ibrahim. Awas....jangan terpedaya
Pakteh Kata
17 April 2012