Saturday, January 29, 2011

BREAKING NEWS.....GEMPAR...Maarof berkaraoke hiburkan hati...


Wow...siap bagi tips perancang keluarga. Hebat MAAROF....
mungkin kalau sapa2 yang dok serabut di DUN TENANG....dengaq lagu dari MAAROF ni...akan hilang stressnya tu...
Kalau tak hilang jugak...sila dapatkan MC....

tuan-tuan dan puan-puan layak dapat MC 21 hari jika menghadapi kemurungan selepas mendengar lagu karaoke MAAROF ni...

hehehe...

Friday, January 28, 2011

Lagi buku mainkan isu PARIA...

Aduhai...bukan pakteh dah tuliska isu interlok ni...ya memang pakteh dah tulis tapi bila Pemuda MIC masih mintak buang perkataan PARIA dari novel tersebut, perasaan yang memang tak puas ati semakin kuat memberontak. awat dok jadi bodo tak mau nak ambik tau apa maksud dalam buku tu?. Jika kerana perkataan PARIA dalam novel tu dipertikaikan, pakteh amat menyokong beberapa buku perlu juga dibakar atau ditarik dari pasaran.

Kamus Besar Bahasa Melayu terbitan utusan Publication telah SENGAJA menulis PARIA pada halaman 1366. PARIA dalam buku ini dimaksudkan sebagai "orang hina". Susunan buku ini dibuat oleh Tn. Hj Zainal Abidin Sutarwan. bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin membakar buku ini, pakteh sertakan ISBN buku tersebut: ISBN 9676105724. Mungkih Murugiah boleh tolong carikan buku tersebut.

Pakteh terjumpa lagi buku yang SENGAJA meletakkan PARIA (Outcaste) dalam buku yang dijual secara terbuka kepada orang ramai. Entah apa niatnya namun pakteh percaya, Murugiah boleh juga membakar buku ini. Kamus Dwibahasa BM-BI-BM ditulis oleh Yang Kassim dengan SENGAJA memasukkan perkataan PARIA pada halaman 619 dengan diberi maksud: Orang yang paling rendah kedudukannya dalam kasta hindu. Terbitan MINERVA Publication edisi pertama: 1999, ISBN 9836803157. Boleh juga difikirkan untuk dibuat tunjuk perasaan agar buku ini ditarik balik dari pasaran.

Ahhhh...mungkin perangai rakyat Malaysia di Tanah Melayu begini...cemburu dan sengaja meletakkan PARIA dalam hasil karya mereka. Pagi tadi pakteh terjumpa karya AS HORNBY iaitu buku Oxford Fajar "Advanced Learner's English - malay distionary. Pada halaman 1293 AS Hornby menulis Out.caste n adj (esp in India) (person) expelled from or not belonging to a fixed social class or caste: (terutama sekali di India) (orang) yang dibuang dari atau tidak termasuk dalam golongan sosial atau kasta tertentu; pariah. Penerbit Fajar Bakti dan ISBN :9676555592

Pakteh masih tak puas ati...mengapa begitu banyak perkataan PARIA yang SENGAJA digunakan secara berleluasa?. Adakah mereka tidak terfikir ini akan menjatuhkan mertabat sesetengah orang?.

Pakteh lebih serabut apabila terjumpa di http://www.thefreedictionary.com/pariah yang memberikan maksud begini "ord History: The word pariah, which can be used for anyone who is a social outcast, independent of social position, recalls a much more rigid social system, which made only certain people pariahs. The caste system of India placed pariahs, also known as Untouchables, very low in society. The word pariah, which we have extended in meaning, came into English from Tamil paaiyar, the plural of paaiyan, the caste name, which literally means "(hereditary) drummer" and comes from the word paai, the name of a drum used at certain festivals. The word is first recorded in English in 1613. Its use in English and its extension in meaning probably owe much to the long period of British rule in India." (28/01/2011 9.00AM)

Dan lagi bertembah berat kepada memikirkan mengapa begini yang dinukilkan dalam wikipedia :http://ms.wikipedia.org/wiki/Paria yang memberi pandangan "Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Paria atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keadaannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu. Namun pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang"

Pariah?....mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu terbitan utusan Publication pada halaman 1366, Pariah = PARIA

Aik...banyaknya buku yang SENGAJA meletakkan perkataan PARIA. rupa-rupanya, perkataan itu bertujuan memberitahu kepada sesiapa sahaja yang membaca bahawa maksud PARIA ini begini dan begini, Tidaklah orang tertanya-tanya.

Jika itu tujuannya mengapa ramai orang yang tersalah ERTI? Yang tersalah tu bagi pakteh memang SENGAJA untuk tak mau mengerti atau dalam kes POMPUAN PAS tu...memang dia tak baca pun buku interlok. Jika baca dan faham...pasti...pakteh amat amat pasti, takkan ada yang akan pertikai...

Semalam pakteh bermimpi. Pakteh mimpi makan nasik tengahari berulamkan pucuk kADOK....adusss...sebenarnya pakteh tak suka pusuk KADOK...mengapa pulak pakteh leh mimpi pucuk KADOK?. baunya tak best. makteh dan mertua pakteh memang suka dan selalu rebus buat ulam. Banyak khasiat kata makteh...pakteh memang tau apa khasiatnya...jadi pakteh biarkan saja makteh makan pucuk KADOK....
Mungkinkah mimpi tadi memberi sesuatu makna....tapi..apa kaitannya dengan pucuk KADOK...isk...entahlah...Apa jadila dengan pokok KADOK yang makteh tanam dulu...pakteh pun tulung tanam jugak...khasiatnya untuk makteh. KADOK tu dan melata kaaa...atau...KADOK tu dah naik JUNJUNG....entahlah..sejak KADOk dah boleh dibeli di pasar malam, makteh dah tak peduli dengan KADOK lagi...

Tuesday, January 25, 2011

Edisi Terhad: Betoika begini?

Pakteh melalui minggu-minggu yang benar-benar menyentuh perasaan. Bila minggunya?...sejak pakteh keluarkan artikel tentang Kedah Sejahtera...maksiat berleluasa.
Pakteh masih terfikirkan anak muda Melayu yang sejak belasan tahun sudah mula terdedah dengan aksi lucah penari dangdut. Apa akan jadi akhirnya jika suasana begini berlarutan?.

Semalam pakteh masuk ke kedai seorang india untuk membeli marjerin jenama PELANGI...RM4.80...wow...minggu lepas harganya RM3.60.
Pakteh selalu beli sos jenama LADAS berat 4.6KG....WOW..harganya RM10.80...minggu lepas masih RM9.60

Semasa membayar harga, ingatan ini diberikan kepada pakteh..."beli stok banyak-banyak...lori tak datang seminggu...RAYA CINA.
erm...betullah tu...sejak bertahun...kita akan alami masalah untuk membeli brang keperluan kerana stok tak sampai ke kedai. Kilang tutup, Gudang tutup, Lori rehat, pasaraya tutup bila sambut chinese new year...
Kalau raya lain...gudang dibuka lebih masa untuk supply barang keperluan. Apa boleh buat ekonomi depa pegang...kata kawan pakteh.

Zahid Hamidi merungut kaum lain tak berminat untuk jadi askar...Dato Seri...jika Dato Seri tetapkan tangga gaji RM10,000 basic untuk jadi tentera mungkin ada kaum lain yang beratur panjang mohon masuk askar.

Semalam pakteh tengok akhbar lama....6000 pemohon beratur panjang untuk rebut beberapa jawatan kosong. hampir 100% berwajah Melayu. Pakteh juga sempat menatap keratan akhbar yang memaparkan ASN/ASW habis dilanggan....beratur panjang...sayangnya tidak ada muka Melayu...

Pakteh juga baca majoriti buang anak adalah Melayu. Majoriti di pusat serenti adalah Melayu. Majoriti dibuang sekolah Melayu.
Kata kawan pakteh...dulu-dulu ibubapa takut hantaq anak ngaji sokolah omputih..takut tak tahu mengucap. Kini selepas lebih 50 tahun merdeka...ada elit-elit Melayu masih takut dengan pengajaran dan pembelajran Sains&mate dalam BI.

Pakteh juga masuk satu seminar.....Dr. penceramah bertanyakan ada lagikah BAHASA MELAYU?...sebenarnya dah tak ada kerana di sekolah kini yang ada hanya Bahasa Malaysia.
Pakteh juga masih ingat begitu mudah Melayu jadi pak turut tidur depan kerata RAJA ketika krisis kerajaan di PERAK....Hanya MELAYU...mana yang lain?.

Pakteh juga teringatkan hartanah dan bangunan di Penang yang merupakan antara termahal di Malaysia...waduh..sipa bisa membelinya....pakteh lantas teringatkan rumah RM500 ribu ke atas warga asing layak beli.....adussss...terpinggir lagi bangsaku Melayu

Kenapa?????

ILMU.....Ada yang lebih sanggup membayar bil astro RM110 berbanding yuran tuisyen RM50. Lebih mampu membeli nombot ekoq dan rokok berbanding buku latihan anak...
Melayu sanggup marah kerajaan kerana YURAN PIBG RM100 setahun tapi tak kisah dan SANGGUP langgan movie tambahan di ASTRO.

Sedih....Melayu diberi motor 2 tayar terlebih canggih naik dengan 1 tayar...akhirnya jumlah Melayu yang mati adalah yang tertinggi dijalan raya. Pakteh ikuti kisah pesakit AIDS berbangsa MELAYU menumpang di GEREJA lebih dari setahun....perpaduan dan ukhwah dikalangan kita masih rapuh.

DS Najib umum ETP dan dijangka isi rumah berpendapatan RM4000 lebih...wow...semua ka begitu...sayangnya...ramai anak melayu hanya sekadar menumpang dari orang lain yang berpendapatan puluhan ribu sebulan...ya..gaji operator kilang RM1000 ditambah dengan gaji manager kilang RM7000. RM1000 + RM7000 = RM8000 dibahagi dua..dapat RM4000...Tahniah....pendapatan sudah meningkat...RM4000...WOW..

GAGALKAH UMNO dalam memperkasakan orang Melayu....ehhhh mengapa dipanggil UMNO yang ejaannya United Malay National Organization....itupun bukan bahasa Melayu...
UMNO tidak gagal namun belum berjaya....sampai bila harus mengharapkan UMNO?...dah lama dah bergantung kepada UMNO....ada pilihan lain??....

Melayu mudah lupa dan Melayu ingin cepat kaya...Kerajaan anugerahkan pelbagai kemudahan kepada Melayu namun.....segalanya ingin segera...segalanya mahu cepat berjaya...segalanya menjadi AliBaba....

Melayu sanggup menghina teruna penjual goreng pisang berpendapatan RM5000 sebulan namun boleh terima teruna kerani kilang BERGAJI RM700 sebulan jika kedua2nya datang meminang. Melayu malu menjual dijalanan tapi sanggup berdiri 12 jam menjadi operator kilang.

Betoi jugak kata TUN...Melayu Mudah Lupa...
pakteh...? Pakteh ada caranya untuk tidak jadi Melayu Mudah Lupa....
Apa yang penting.....Sentiasa Berusaha...Rezeki...kita mampu mencuba...Allah penentu segalanya...

Thursday, January 20, 2011

Edisi Sik: Siri (4) Calon-calonnya.....

Parlimen sik sudah....DUN Jeneri sudah...
apa lagi pakteh nak kata?...
Walaupun isu calon parlimen pakteh belum sentuh sepenuhnya...walaupun soal calon DUN Jeneri pakteh belum muktamadkan perkiraannya...kali ni pakteh nak sentuh tentang DUN Belantik.

DUN Belantik amat unik corak selera pengundinya. YB UMNO yang akhir sebelum 2008 ialah Saudara Hamlan Din. Pru10 dan Pru11, UMNO kalah walaupun wakilnya ialah individu yang amat dikenali. kak Yam orang kuat KEMAS Sik kalah pada 1999, Cikgu Salleh Timbalan Ketua UMNO ketika itu kalah pada 2004. Pru10 kelihatan boleh diterima kerana ramai melihat aura reformasi dan calon wanita menjadi punca (DUN Jeneri dan Parlimen Sik juga jatuh ke tangan Pas. Pru11 pada 2004 amat pelik kerana ketika seluruh negara meraikan kejayaan terbesar UMNO/BN, DUN Belantik tewas (DUN Jeneri dan Parlimen Sik UMNO menang).

Mengapa pakteh ungkitkan kisah yang dah lepas?. Sejarah adalah menceritakan perkara yang benar-benar berlaku dan jika tidak diambil iktibar, sejarah buruk boleh berulang. Jika dianyam dengan elok, sejarah baik akan berterusan.

Jika ditanya kepada pakteh siapa calon untuk DUN Belantik. Pakteh hanya nampak wakil sedia ada. Maksudnya UMNO Bhg Sik tidak berlu memikirkan calon untuk DUN Belantik kerana YB Tajudin yang juga Ketua UMNO Bhg. mempunyai kemampuan untuk terus memenangi kerusi tersebut.

Keupayaan beliau untuk berada bersama-sama masyarakat marhein di akar umbi merupakan tiket kukuh di DUN Belantik. Kesanggupan untuk menyising lengan dan meredah hutan belukar menjadi penanda aras untuk diterima ramai.

Calon-calon lain....buat masa ini, tidak ada senarai panjang atau pendek. Pakteh hanya ada nama YB Tajudin buat masa ini.

Wow...selesa bebeno YB untuk terus menerajui DUN Belantik. Tidak semudah itu kerana 100% calon, memang pakteh jangkakan YB Tajudin cuma tentangan dari Pas jangan diambil mudah. Mungkin Tuan Haji Sanusi SETPOL MB Azizan masih berminat mencuba nasib?.

Hiruk pikuk riuh rendah fitnah menerawang ke segenap ruang angkasa Dun Belantik kini. Apa sahaja projek kerajaan Pusat, diwar-warkan sebagai hasil usaha Pas. Apa sahaja bantuan, disebut bantuan Pas walaupun hakikat sebenar itu kerja buat UMNO.

Pas bukan lagi bermain dengan AKAN AKAN AKAN....Pas sudah MELAKSANAKAN segenap kekuatan yang ada. Setiap rumah telah mereka kunjungi. Pas tidak menanti minggu2 pilihanraya untuk meraih undi/merayu undi. Pas telah laksanakan semua strategi selepas mereka tewas 2008.

Jangan leka hanya kerana aliran sungai chepir membisikkan Pas Sik goyah. Pas Sik terbelah 3. Pas sik berpecah kepada Che Uda dan Sanusi.
tuan-tuan dan puan-puan.....berpecah seratus dan terbelah putus sekalipun, Pas tetap akan mengundi Pas. itu hakikat yang semua orang kena terima. Sebilangan kecil...teramat kecil...mungkin sebesar kuman kurus sahaja akan termengundi UMNO/BN.

Pakteh melihat YB Tajudin berada di kedudukan yang terbaik untuk dipilih semula di DUN Belantik cuma...fikirkan juga situasi/isu yang masih berbekas. Masih ada yang bernada kecewa dan sudah berkira-kira....PRU13 akan diundi pihak sebelah sana.

Pakteh amat kecewa bila Ketua Perhubungan UMNO Negeri hanya menyebut AKAN AKAN AKAN...sepatutnya selepas TEWAS TERUK 2008....SEPATUTNYA SELEPAS 3 TAHUN....tempoh masa yang amat terhad ini sudah peringkat pelaksanaan.

Tuesday, January 18, 2011

Edisi Percuma: KJ vs Rosmah...Najib yang tertiarap

Jika tak salah ingatan pakteh, isu awal berkaitan menteri pembangunan wanita merangkap menteri pelajaran kanak-kanak DS Rosmah pakteh ialah SENYUM. Pakteh bandingkan dengan Isteri Raja Muda Perlis yang amat-amat tidak lokek senyumannya.

teruk sangat ka pakteh ni sampai senyum pun jadi isu. Itu dulu Bro....jika benda sekecik itupun pakteh dah perasan seawal DS najib memerintah, fikirkan apa berlaku kini. Menteri pembangunan wanita merangkap menteri pelajaran kanak-kanak kini sudah membuatkan pakteh rasa semacam.........

Dato-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimah yang dihormati sekalian....PERASAAN YANG SAMA PAKTEH RASA APABILA MALAYSIA DIPERINTAH OLEH KJ...KINI PERASAAN ITU JUGA PAKTEH RASA APABILA MALAYSIA DIPERINTAH OLEH ROSMAH.

Bukan pakteh tak sayang DS Najib, tapi kerana sayanglah pakteh terpaksa tulis sebegini.
Pakteh bukan dengki dengan DS Rosmah...tidak...pakteh dah ada makteh.....
Cuma kali ni pakteh risau...risau yang amat sangat....

Lawatan ke luar negara kali ni diberikan liputan mengalahkan lawatan PM...mak aih...
Sambutan diterima...wow...Oman memberikan sambutan utama kepada DS Rosmah dimana kali terakhir sambutan begitu diterima oleh Malaysia ialah DYMM Agong Sultan Azlan Shah satu ketika dulu.
Fikirkan jika LKY pun mai mengadap DS Rosmah...

Pakteh tak kata pun tak kena sebab JARUM YANG MENUSUK KE HATI ORANG KAMPUNG MACAM PAKTEH NI CUKUP TAJAM. Angin sepoi yang bertiup pakat dok nyanyi lagu.....Najib takut bini...lagu mana nak jaga negara.....Kalau rentak pop boleh tahan lagi...tapi ni dah masuk rentak rock....begitu rancak dan kuat....maka rakyat akan terikut dan dengar alunannya...

Bahananya....ingatlah apa jadi pada Paklah...angkara KJ...5 negeri jatuh...2/3 majoriti hilang...
Ingatlah...Hebat kerjaya seorang lelaki...dibelakangnya pasti ada wanita hebat setia menemani...
Fikirkanlah...Jatuhnya darjat seorang lelaki....dibelakangnya pasti ada wanita yang terlupa diri dan sanggup mengkhianati...

Monday, January 17, 2011

Edisi Khas: Kedah sejahtera...maksiat berleluasa (siri 1)

Aduhai...siri calon-calon untuk UMNO Sik belum selesai, pakteh tambah pulak lagi satu siri.Pakteh dok pikiaq lagu mana nak buat sebab takkan mampu pakteh langsaikan semua yang terbuku hanya dalam satu posting.

Ramai rakan dah tulis perihal Kedah sejahtara yang dilaungkan oleh Pas. Pakteh cuma nak sentuh bab maksiat. Alim sangat ka pakteh ni, bukan itu ceritanya. Pakteh tak pernah terfikir aura-aura maksiat sudah mula menjengah kampung pakteh. Sik ni kira kampung pakteh la.

Maksiat lagu mana?.

Susah pakteh nak gambarkan lagu mana tapi dalam hati dok kata, apa yang dok jadi ni boleh merosakkan masyarakat. Anda pernah baca novel TIVI karya Shahnon Ahmad?. Pakteh kata pakteh marah dia tapi banyak novel dia pakteh baca.

TIVI jadi punca zina dan sumbang mahram. Itu dulu...takkan hari ni pakteh nak kata TIVI puncanya...mampoih aih...skang ni satu rumah ada 3 TIVI. Tak mungkin itu puncanya.

Percayakah anda di Kedah jugak ada ala-ala tiger show seperti di Penang. Tahap TIGERnya masih belum segarang tiger di Penang tapi pakteh amat-amat percaya, jika apa yang pakteh tengok ini tidak dibenteras....anda tak perlu ke Penang untuk cuci mata dengan pungkoq bulat, seluaq ketat, baju sendat sampai biji mata pun bulih tekeluaq.

Pakteh ada merakamkan apa yang berlaku tapi kedudukan pakteh agak jauh, visual kurang memuaskan, insya-Allah, pakteh akan cuba dapatkan visual yang lebih terang. Aktiviti ini beroperasi setiap hari.......

Pakteh risau melihat muda mudi belasan tahun atau seawal 20an sudah seperti ketagih dan menjadi biasa dengan aura-aura maksiat sebegini.

Betoika?....betoi laaa....Inul pun akan tebeliak mata tengok ada spesis dia sini.

p/s: Bila arak dan betina menjadi barang dagangan...apa lagi nak dikata??

Friday, January 14, 2011

Edisi Sik dan Kedah: siri-siri yang tertangguh...SIRI 3

Bukan niat untuk bertangguh dalam menerbitkan artikel bersiri dari blog pakteh. Dua siri yang pakteh belum sambung kisahnya ialah Calon-calonnya di di Sik dan GLC Kedah. Pakteh akan tinggalkan isu GLC untuk diulas di Kedah Times dan pakteh hanya akan tulis tentang calon-calon bagi Parlimen dan Dun di Sik.

Dalam siri 2, pakteh tinggalkan persoalan siapa yang melobi untuk jadi calon UMNO di kerusi Parlimen.

Panggilan dan percakapan yang masuk ke telinga pakteh mengatakan individu ini adalah AJK UMNO Bhg. Sik. Entah benar entah salah. Titlenya bukan encik atau puan atau cik atau tuan. Titlenya lebih sedap disebut berbanding tuan. Adik kakak boleh semak berapa ramai yang bertitle dalam AJK UMNO Bhg. Sik.

Jika individu ini memang dibaiah oleh Ketua UMNO Bhg, bolehlah diteruskan usaha anda namun jika hanya sekadar membuat larian solo, fikirkan semula tindakan anda kerana jika anda tidak dipilih....kumpulan anda akan merosakkan jumlah sokongan kepada calon UMNO dalam PRU13 nanti. Fikirkan semula Dato'....

Dalam siri 4 nanti, pakteh harap dapat membuat sedikit ulasan berkaitan DUN Jeneri. Calon-calon yang sedang merempit untuk menaiki podium adalah Saudara Mahadzir Abd Hamid (Penyelaras DUN Jeneri dan Ketua Pemuda UMNO Sik). Saudara Asri Hadzir [S/U MAYC Kebangsaan dan Pengerusi MAYC Kedah (Lantikan kumpulan pro Syed Hamid Albar)]. Saudara Nazri Abu Hassan (Pengerusi PERKASA Sik). Saudara Penghulu Mail (Mantan YB DUN Jeneri 2004-2008). Dato' Hasbullah (Calon UMNO DUN Jeneri yang tewas pada 2008).

Jika tuan/puan mempunyai lain-lain calon yang membisikkan hasrat hati ke telinga tuan/puan, boleh telakkan di ruangan komen atau emailkan kepada saya.

Thursday, January 13, 2011

Edisi Malu: pakteh malu........

pakteh pernah marah dengan sasterawan negara yang lahirnya di Sik. Kg Banggol Derdap Sik, Shahnon Ahmad. Marah pakteh amat mendalam bila Shahnon tulis novel SHIT. Malu pakteh jadi orang Sik.

Marah pakteh hanya betul-betul marah bila pakteh dah baca novel SHIT yang busuk lagi membusukkan.

Pakteh juga pernah pertikaikan beberapa isu penulisan lagi namun yang pakteh betul-betul baca. Sekadar memekik kosong tanpa membaca isi kandungan, itu hanya sekadar akan memalukan diri pakteh dan keturunan pakteh.

Pakteh yang keja tebang buluh ni pun tahu malu jika menghentam perkara yang tak diselidik hujung pangkal, apa lagi manusia yang bergelar YB. Jika tanya pakteh apa itu YB, mungkin Yang Berhormat tapi dalam kes novel Interlok, YB pompuan Pas yang tak baca novel tersebut tapi pakat pi melalak sokong bakar novel tu..layak digelar Yang Bodoh, Yang Baghal, Yang Bengap, yang Bengong. hehehehe...bengong tu bahasa mudah di kampung pakteh.

Hati panas n tergelak sinis tahan perasaan malu (marah) memikirkan betapa Baghalnya YB ni...mungkin hanya inilah spesis yang ada. Tak tahulah pakteh. Dah beberapa hari dok pikir apa yaat sesuai untuk YB (baca Yang Baghal) begini....

Akhirnya......idea terbaik muncul ketika kepala taik yang busuk lagi membusukkan jatuh dengan kepantasan 0.005 saat melebihi kelajuan GABAN kedalam lubang jamban. Bedesup laju dan sepantas itu juga idea muncul.....yeah....pakteh malu...itu tajuknya. YB (dibaca Yang Baghal) tak perlu malu. Biarlah pakteh yang malu...

Pakteh malu kerana ada bangsa pakteh yang sokong walau membawa rebah

Betoika pakteh malu......memang pakteh malu...

pakteh malu apa?...pakteh malu sebab YB (dibaca Yang Baghal) tu pasti TERMALU....mungkin idea untuk menyokong bakar novel tu jugak dapat ketika kepala taiknya yang busuk lagi membusukkan berjaya memercikan titis air jamban ke muka. Ahhhh.....kali ni yang malu bukan pakteh...hehehe...sebenarnya pakteh tak malu...yang malu ialah YB (yang Baghal).

Edisi Khas: Perginya seorang Patriot...AKU YANG GAMBI


Al-Fatihah

12 Januari 2011, perginya seorang pejuang yang komited di alam maya. Pakteh tidak mengenali Aku Yang Gambi secara peribadi atau lahiriah namun tulisan dan komennya di alam maya menjadi wadah tatapan mata hati pakteh. (Allahyarham berbaju biru paling kiri)

Sekalung takziah buat keluarga beliau. Semoga roh allahyarham dicucuri dan ditempatkan dikalangan insan-insan beriman. Amin

Sedikit petikan kata hati Allahyarham "Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik"

Pakteh akui...beliau seperti lebah yang meninggalkan madu sebelum perlu...

Blog Aku Yang Gambi

Blog maklumat tentang kematian beliau

Sunday, January 9, 2011

Edisi Sik: Ranjau Sepanjang Jalan

Daerah Sik ni luas. Jika dilihat kepada jiran bersempadan, Sik berjiran dengan Pendang, Sik berjiran dengan Baling, Sik berjiran dengan Padang Terap, Sik berjiran dengan Kuala Muda. Sik bukan daerah yang kecil.

Jika disebut daerah Sik, rakyat biasa hanya mungkin tahun itu cuma sebuah daerah di Negeri Kedah. Rakyat biasa tidak tahu hal-hal lain. Rakyat biasa hanya tahu Sik cuma sebuah daerah. Dulunya Sik ada Shahnon Ahmad, Pernah juga Sik ada Menteri Agama tapi itu cerita dulu. Cerita dulu takkan sama dengan cerita hari ini. Cerita dulu hanya boleh dikenang dan dan jika manis, boleh diulang-ulang kepada anak cucu. Pakteh masih kecil ketika Sik mempunyai ADUN berjawatan Exco di Kedah.

Sik bukan daerah yang maju. Sik mengekalkan kehijauan alam ciptaan ilahi dengan semangat yang kuat. Sik pernah dikenali kerana kemundurannya. Di Sik rakyat takkan menemui Bandar. Istilah paling mewah yang wujud hanya Pekan. Sik ada 2 Pekan yang mewah dan kata orang, Pekan yang ada di Sik hanya bertitle Pekan CowBoy. Di Sik hanya ada Pekan Sik dan pekan Batu Lima. Jika ada rakyat Sik yang sebut Pekan Gulau, itu tidak beerti pekan dalam maksud yang sebenar. Pekan Gulau hanyalah Pasar Sehari atau kita lebih mesra dengan pekan nat. Jika ada rakyat marhein yang sebut bandar di Sik, itu hanya merujuk Kampung Hujung BANDAR atau Kampung BANDAR Hilir. Itu kampung, bukan bandar. Kampung takkan menjadi bandar hanya kerana dipanggil bandar.

Sik tidak ada bangunan tinggi. Penduduk Sik bukan takut dengan ketinggian cuma, entah apa sumpahannya, tidak ada bangunan tinggi di Sik. Sik juga tidak ada istilah Pasaraya Besar. Abaikan istilah Hypermarket, Supermarket dan yang seangkatan dengannya.

Sik takdak bangunan tinggi, Sik takdak Pasaraya. Bukan itu isunya, sebab orang Sik tidak beli baju D'Urban di Sik. Orang Sik tidak beli kasut Dr. Cardin di Sik. Orang Sik juga tak beli ikan di Pasaraya. Banyak baruh yang masih hitam pekat airnya. Ikan keli bunga masih galak dan mudah ditangkap. apa perlunya store yang hanya sediakan ikan lama?.

Memandu di Sik amat tenang. Traffic Light hanya ada 2. Satu di Pekan Sik dan 1 di Pekan Batu Lima. Hanya tempat bertitle Pekan akan dapat Traffic Light. Lebih manis, Traffic Light ini jarang berfungsi terutama di Pekan Sik. Mungkin sibuknya hanya bila raya posa dan raya haji. Setakat sibuk hari selasa di pekan nat dah tak jadi soal.

Sik tidak ada pejabat pendidikan daerah. Sik berkongsi dengan daerah Baling dan diberi nama Penjabat pendidikan daerah Sik/Baling dan pejabatnya di baling. Di Sik ada pusat tuisyen untuk anak bangsa mantapkan lagi ilmu yang sebenarnya sudah diberi oleh cikgu di sekolah. Seluruh daerah Sik hanya mengharapkan beberapa pusat tuisyen yang ada di Pekan Sik. Jika yang lebih mampu, mereka bergerak mencari di Jeniang.

Orang Sik amat lemah lembut. Tinggi budi bahasanya. Berhemah tutur katanya malah santun gerak tarinya. Orang Sik menerima seadanya kurniaan pemerintah. Orang Sik tidak membantah secara semberono. Orang Sik hanya mencelah apabila perlu. Tahun 1999 orang Sik pernah mencelah dan hasilnya, Shahnon Ahmad dinobat sebagai wakil. Orang Sik tidak memandang kepada kebendaan. Orang Sik cukup dengan sekadar yang ada. Tahun 2008, orang Sik mencelah lagi dan jika tahun ini 2011, apakah gerak tari orang Sik akan mengikut lenggok pemerintah atau masih tidak berubah?. Apakah orang Sik masih bersifat ingin mencelah?.

Pakteh bukannya orangnya untuk menjawab persoalan ini. Pakteh hanya orang Sik yang tidak pernah mencelah namun teliti dalam mengikut lenggok tari pemerintah.

Hati mana tidak tersentuh bila jalan yang besar hanya LAYAK sampai di Jeniang (Kuala Muda). Tersentuh sahaja BUMI SIK, Jalan yang besar ini hanya LAYAK menjadi 1 lorong. Memang orang Sik lembut akal budinya tapi bila tiba waktunya...dengan lembut juga mereka mencelah.

Hati mana tidak terasa, anak kecil di tanah lain sudah menikmati segala teknologi ICT terkini, anak muda matang di Tanah Sik baru mengenali 3G dan itupun hanya di Pekannya...Pekan Sik. Orang Sik mudah menerima alasan namun tebal ingatannya. Jangan berjanji jika berniat memungkiri. Jangan berdusta jika masih ingin bertakhta.

Pakteh orang Sik. Orang Sik lembut budinya. Lembut budi jangan disangka lemah jiwanya. Jiwa orang Sik kental sifatnya. Pakteh kenal orang Sik. Orang Sik takkan rebah mudah mengalah. Orang Sik kukuh persaudaraanya.

Saturday, January 8, 2011

Edisi Kedah: Beginikah kisahnya...POLIGAME...apa tu?

pakteh buka langkah untuk tulis soal GLC selepas melihat Mr. Bean Mahfuz letak jawatan dalam Kedah Sato. Pakteh tak ambik pusing sebenarnya dalam isu Mr. Bean, Kedah Sato (KSSB) dan Bina Darul Aman (BDB).

Cuma kali ni pakteh letakkan surat terbuka dari BULUH MADU yang dihantar ke Malaysiakini. Apa tujuannya?.
Mudah untuk faham tujuan pakteh.

Pertama: Surat ni menghentam Mr. Bean dengan baik sekali
Kedua: Mungkin ada yang fanatik mengharamkan diri baca MALAYSIAKINI, maka pakteh letakkan di blog pakteh...so..bacalah apa kata buluhmadu tentang Mr. Bean.

Petikan penuh yang pakteh ambil dari http://www.malaysiakini.com/letters/152180 Buluhmadu Jan 2, 11 12:02pm pakteh petik pada 08/01/2011 Jam 11.33 Pagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dam ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS.

Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.

Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” – politik + gambar + media.

Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.

Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri.

Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah.

Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.

Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri.

Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara.

Keutamaan Kedah

Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara.

Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.

Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah.

KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB.

Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah.

Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah.

1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini.

Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.

Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah.

Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.

2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.

3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.

4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013.

Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan.

5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.

6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.

7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang.

Tidak hadir

Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010.

Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.

Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.

Saudara,
BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.

Saudara,
Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri.

Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.

Muncul di gerai pulut udang

Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain.

Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara.

Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah.

Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.

Saudara,
Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena.

Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya.

Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ.

Bakar kelambu

Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.

Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah.

Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS.

Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.

Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun.

Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.

Sungai Petani Kedah.
-----------------------------------------------------------------------------------

Kata pakteh: Apa sahaja ulasan yang keluar dari mulut Mr. Bean aka Mahfuz....pasti merobekkan lagi tahap pemikirannya sebagai Ahli Parlimen, Naib Presiden dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri.

Friday, January 7, 2011

Edisi Sik: Tahniah untuk UMNO Sik


Assalamualaikum

Daripada Pakteh
blog betoika

Kepada: Ketua Bhg, Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, AJK dan semua yang terlibat

Tahniah atas kejayaan GELOMBANG MERAH DI SIK

Pakteh mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan GELOMABANG MERAH di Sik. Difahamkan ini yang pertama dilaksanakan (ikut kata blog pelantaq Hujah), Mungkin berbeza dengan program DMM di Kuala Nerang minggu lepas.

Lokasi yang dipilih bagi pakteh amat sesuai dan tepat. Lokasi ini adalah antara kubu terkuat PAS. 100 borang keahlian yang diserah diharapkan menjadi titik tolak kepada kaum keluarga yang lain untuk turut serta.

Tahniah n Terima Kasih juga kepada Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang baru kerana sudah beberapa kali turun ke Sik. Mukhriz juga tidak segan2 untuk turun ke Sik. Gabungan Ketua dan Timbalan yang mesra Sik adalah amat baik untuk UMNO Sik.

Harapan pakteh semua unit di UMNO Sik bergabung tenaga sehati sejiwa, seia sekata untuk merubah angka 100 yang baru diperolehi kepada angka 1000 mungkin atau lebih tinggi lagi. Tidak mustahil untuk dicapai jika tidak ada hasutan dan hasad dengki dari dalam UMNO sendiri.

Apa ada pada PAS di Sik???

Wednesday, January 5, 2011

Edisi Kedah: lagi isu GLC.....Kroni...

Insyaallah...
minggu ni pakteh nak join kawan2 ulas isu GLC di Kedah.
Kata PR, GLC ni untuk rakyat...maka pakteh sebagai rakyat Kedah...kena la jugak jenguk2 apa yang GLC di Kedah ni dok buat.

Sebelum p haji, Tn. Haji Sanusi, SETPOL MB Azizan ada sentuh isu GLC yang makin meraban..
Natijahnya dah masuk hari ke 3 beliau dikatakan meletakkan jawatan.

Kedah Times pun mainkan isu GLC malah lebih menarik bersama fakta dan data.

Mahfuz juga dah letak jawatan dalam sebuah GLC....

pakteh....erm...pakteh akan bermula dengan sebuah GLC yang cukup gah...
YIKED....sapa tak kenai YIKED?.

Sebaik sahaja PAS menang ni Kedah...YIKED ni antara yang diserbu. Habis sanak saudara rakan taulan dibawa masuk. Kini selepas 3 tahun.....apa jadi?.

Bagaimana kisah ni pakteh nak mula?....Apakah dengan insan bernama Haji yusof atau dengan adik seorang exco?....

Mungkin mukaddimah awal kita boleh mulai dengan "berapa butir pasir yang hangpa dah juai"??? Kalau xdak...layak ka hangpa telan gaji ribu2 sebulan?..

Tuesday, January 4, 2011

Edisi Panas: Hot hot hot...KJ letak jawatan

pakteh terima lagi call....
tak sempat pakteh nak tulis panjang-panjang kali ni...ada keja....peruntukan cuma 2 minit ja untuk tulis...so....terus pada isi kandungan...hehehe

KJ akan letak jawatan sebelum PRU13...jawatan apa?....lu pikirlah sendiri kata Nabil...
Ini dari sumber dalaman dan terdekat dengan KJ yang meluahkan kekecewaannya.

Nanti pakteh sambung....tunggu....

pakteh sibuk ari ni....xdan...xsempat...kalut......

Monday, January 3, 2011

Ngauman Harimau MALAYA:..EPL menggamit FAHMI

Ini ayat last pakteh tau...tapi pakteh tulis di atas...hehehe...
Tahniah kepada Kerol Fahmi yg mendapat perhatian byk pihak hinggakan ada web (kelihatan seperti official website utk MU) memetik kata2 fergie utk gantikan Van Da Sar dengan Fahmi.
.......................................................................
Masa kalah...sapa nak ngaku itu team kebangsaan?
bila dah menang...macam-macam yang disongehkan.

Pakteh sekarang berdiri di Semenanjung Malaysia, dan kalau MASIH NAK MAINKAN ISU BORNEO, sure pakteh mintak pasukan negara tu dijadikan Pasukan Harimau Semenanjung Malaysia. Paling tidak pun...Pasukan Harimau Malaysia...tetapi pakteh faham...pakteh amat-amat faham. Tidak ada harimau bernama Harimau Malaysia.
Harimau yang wujud di atas muka bumi antaranya adalah Harimau Malaya. Semangat sang harimau itu yang diambil dari dulu hingga kini.

Pakteh amat percaya sebaik sahaja pasukan negara meraih kejayaan, pasti ada makhluk yang akan menyuarakan sesuatu yang bodoh dan kelihatan tidak berfikir menggunakan akal. Mengapa?...semata-mata mahukan keuntungan untuk diri sendiri atau puak sendiri.

Pakteh ni orang kedah...Gelaran istimewa ialah KENARI...sang kenari...isk...isk...isk...kalau ikutkan hati, mau jugak pertikaikan mengapa sang kenari...lekeh sangat. Toksah dok habaq la kata SANG KENARI TERBANG TINGGI, kenari tetap kenari. Bila sebut NGAUMAN SINGA UTARA...wow...meremang bulu roma....ADa sang badak, Seladang dan sebagainya. Itu hanya gelaran dan sejak dulu memang ianya begitu.

Jika DS Najib atau sesiapa campur tangan mengubah HARIMAU MALAYA menjadi HARIMAU MALAYSIA...pakteh percaya....orang Malaysia belum belajar menguruskan sekelumit kejayaan. Oleh itu..jangan bermimpi malah jangan sebut soal PIALA DUNIA.

HAL-HAL SEBEGINI AKAN MEROSAKKAN PEMIKIRAN ANAK MUDA YANG MENYERAHKAN NYAWA MEREKA KETIKA BERTARUNG DI GELORA BUNG KARNO TEMPOHARI. Mereka pergi ke medan perang...itulah realitinya...Bukti paling nyata....Mereka menggunakan 5 kereta perisai.....mana ada kereta perisai utk pi main bola...kereta perisai hanya untuk berperang.

p/s: Pakteh sabaq banyak hari jugak tengok orang dok ulas sebegini. Semalam ketika live bersama Pengarah MSN di RTM, Ada jugak dari Borneo yang call utk utarakan isu yg serupa. Dalam Akhbar dan blog..semua main isu serupa....Jika begini perangai orang Malaysia berfikir...lebih baik kalah dan dibelasah 11 - 0. Kita tengok masa tu sapa nak mengaku itu pasukan mereka.

Geram sangat......Nama tu dah lama pakai tapi bila menang...semua pakat nak tumpang...

Ini pakteh sertakan carian di wikipedia berkaitan Harimau Malaya
------------------------(o)-(o)-----------------------------------------

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar (http://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau_Malaya 03/01/2011 Jam 15:57)

Lagi menurut wikipedia

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.
-------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang menuntut Harimau Malaya ditukar kepada Harimau Malaysia....adakah anda sedar tidak wujud Harimau Malaysia. adakah anda sedar Jata Negara juga menggunakan logo Harimau Malaya?.

Hanya ada satu cara untuk hal ini diubah, Tukarkan nama harimau tersebut daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Atau...pakteh serahkan nama HARIMAU DAHAN BORNEO...agar ada nama Borneo disitu. Namun carian di wikipedia sekadar menyebut

Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].

Apa kelas Harimau nak diganti dengan kucing. Apa yang penting adalah kejayaan. Ada negara yang merangkul piala dunia sekadar bermaskotkan AYAM.

Pakteh suarakan awal-awal bukan apa....kadang-kadang kerana inginkan kesetiaan politik, keseronokan rakyat marhain disepak dan dilempar ketepi. Pengakuan Ketua Pengarah MSN semalam membuktikan ada usaha untuk melihat semula nama tersebut. Mengapa sejak diperkenalkan baju belang kuning hitam dengan semangat HARIMAU MALAYA, semua pandang sepi tanpa yakin?.

Mengapa saat cikgu Jan dibelasah teruk kerana gagal, takkdak yang angkat kepala menyokong HARIMAU MALAYA?

Mengapa saat HARIMAU MALAYA terumbang ambing bersama Sathianathan, sorang pun tak utarakan HARIMAU MALAYA PERLU JADI HARIMAU MALAYSIA..baru kuat.

Edisi Khas: Hancoq jika semua SETPOL begini...!!

isk...pakteh xmo komen panjang...
Bijak pandai dah maklumkan bahawa lantikan SUK di Selangor mengikut undang-undang dan perlembagaan.

Alih-alih Malaysiakini laporkan SETPOL Hebat MB dan terpopular di Selangor mengatakan punca berlaku semua ni kerana Khir Toyo. Aik...salahkan Khir Toyo (di baca BN/UMNO)?

KENYATAAN INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN BN TIDAK MENCAMPURI URUSAN LANTIKAN SUK DAN MEMAHAMI PENGASINGAN KUASA.

Pakteh jarang guna bahasa kesat tapi...isk...sikit2 lagi nak kluaq ni...dalm hati dok kata dah cuma tak sampai tekeluaq di sini ja...malu kat cicak di dinding.

SETPOL MB ni kata "Khir Toyo dan MB BN sebelumnya "melanggar Perlembagaan"...tunjuk n habaq mai la...

iskk....memang jadi di Selangor n tak mau aih pakteh masuk campoq urusan Selangor tapi bila tahap bebal tu dah teruk sangat...ada baiknya kita sesama bangsa ni ingat mengingati. Tambahan lagi...sesama Muslim.

p/s: Betoika...Alhamdulillah...secara tak langsung kenyataan itu membuktikan BN memang menghayati pengasingan kuasa (ada faham ka apa itu pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan di Malaysia?)

Edisi Tempatan: Jalan masih jauh...

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun. Ramai yang menanam azam baru namun kali ini pakteh tak memasang azam baru. pakteh cuma berhasrat nak mengekalkan yang lama dan merealitikan impian/azam 2008 - 2010. masih ada yang belum terlaksana.

Cuma sedikit keinginan pakteh yang ditambah dalam tahun 2011. Pakteh nak wujudkan kumpulan pelajar cemerlang di kampung pakteh. Dalam tahun 2010 pakteh dah lakarkan denai2 kecil untuk dilaksanakan pada 2o11. Pada 2010 pakteh menerapkan semangat inginkan kejayaan dalam diri anak-anak kampung yang akan menduduki peperiksaan.

Insyaallah. tahun 2011. pakteh akan susun secara lebih sistematik kaedah untuk anak anak kampung yang jauh dari pusat tuisyen, yang tak penah mengenal apa itu internet, yang tak bisa mengerti apa itu persaingan sihat, yang tak kenal erti study group, yang tak biasa dengan markah penuh 100%.

Insyaallah, tahun 2011 pakteh akan cuba jadikan anak-anak kampung ini insan yang dahagakan kejayaan. Anak-anak kampung ini akan menjadi insan yang terbuka mindanya dengan markah exam lebih dari 95 malah jika boleh...biarlah mereka selesa jika hanya mendapat 100 markah.

Minda ibu-bapa perlu dibuka. Mereka tidak lagi boleh berbangga dengan anak yang hanya mendapat markah 45. Mereka jangan lagi teruja dengan anak yang mendapat markah 70 malah adalah lebih manis jika mereka sanggup bersusah payah agar setiap anak mereka menghasilkan markah lebih dari 95 dalam setiap subjek.

Bolehkah dilakukan?...Insyaallah...hanya dengan semagat..semua itu boleh dilakukan. Pakteh ada 2 anak yang kedua2nya hanya pernah sekali mencatatkan markah B dalam disepanjang pengajian mereka. Mereka sudah biasa dengan markah 100%. Mereka diterapkan hanya boleh tersenyum jika mendapat markah 95 dan ke atas. Susah kaaa??...memang susah tapi ada pilihan lain?

Sebenarnya orang2 kampung yang jauh dari pembangunan tidak ada pilihan. Pilihan yang ada hanya pendidikan. Hanya ILMU boleh mengubah kehidupan kearah yang lebih baik. Biar hidup susah tapi ada ILMU...Insyaallah...tak sesat jalan.

p/s: kali ni..apa kata pakteh...memang betoi betoi pakteh nak laksanakan...betoikaaa?..betoi laaa...apa ingat main-main kaa??

Sunday, January 2, 2011

BREAKING NEWS !!! Alhamdulillah.....KJ telah dipilih.

Alhamdulillah...
KJ telah dipilih untuk tidak lagi menjadi wakil rakyat di Parlimen Rembau.

Ikut ceritanya...hanya sekadar bertwitter untuk memaklumkan hasrat hati. Pakteh amat mudah menyelami hati anak muda ini. Malah pakteh pernah katakan "berapa lama KJ mampu bertahan tanpa sokongan Pak Lah?".

KJ sudah pasti telah membuat survey dan menilai sebaik mungkin kedudukannya di Parlimen Rembau. Adalah amat memalukan jika KJ kalah di Rembau dan membenarkan kata-kata majoriti rakyat bahawa KJ hanya kuat melalui kuasa Pak Lah. Adalah lebih manis menyuarakan hasrat hati 3 bulan lebih awal dari PRU13....hehehe...betoika PRU13 Mac nanti...?? Betoi la kot...kalau tak takkan KJ nak hint tarik diri...kalau lagi setahun...KJ akan usahakan untuk dirinya memang di Rembau..tapi untuk 3 bulan akan datang KJ pasti akan kalah...jd cara terbaik ialah....sambung belajar...rehat...AIK...cam alasan Fairuz DUN Penanti jaa...hehehe

Apapun...Sebagai anak muda yang dianugerahkan akal yang cerdik....bermuhasabahlah...
Sebagai anak muda yang masih muda...bersyukurlah...anda telah melakukan sesuatu yang diluar kemampuan lain-lain anak muda yang seusia anda (baik dan buruk)

p/s: Betoikaa??....harap-harap betoilaaa....hehehe...jangan dok U-turn plak...

Saturday, January 1, 2011

Jangan dok tiru PERLIS

Alahai...betullah kata orang tua..
rumah siap pahat berbunyi...

Sorang bekas MB dan sorang lagi bertitle MB.
Shahidan Kassim ni pakteh suka...kuat kerja, sama cam Ali Rustam Melaka. Mungkin kerana pengaruh Perlis dan Melaka negeri Kecik...so MBnya kena kuat kerja.

Md Isa plak very low profile....kekadang macam tak sesuai jaga sebuah negeri. Apapun keputusan DS Najib dah buat. DS Najib dah lantik hangpa dua orang jaga Perlis. laki nak betekak kaaa??...

Masa final AFF Suzuki baru-baru ni, bukan di stadium Gelora Bung Karno saja ada games...di Perlis pun ada. Shahidan tunjuk hebat di dataran CMart Arau dengan skrin besar n hadiah hebat2. Md Isa di dataran tok shekh, Kangar...juga skrin besar...
Masing2 pakat mengaku depa hebat untuk tarik audien p nonton final bola. Aduih...skali dah jadi macam budak2.

Pakteh suka Shahidan tetapi beliau harus tahu bersyukur dan berterima kasih. Beliau seorang yang meminati agama dan perlu bermuhasabah kembali mengapa hanya bertitle timbalan... bab isu ni..pakteh memang potong stim dengan Shahidan..tapi dalam hal2 lain...Shahidan memang hebat.

Md Isa kena kerja kuat lagi kalau nak naikkan nama Perlis yang kecil ni. Kemajuan seperti terbantut selepas era Shahidan. Memang wajar KPI anda dipertikaikan Shahidan.

Edisi Liwat: Cubaan liwat terkini...!!!

Pakteh tak tau apa orang kata...
dari kelmarin sampai petang ni, tak sempat bukak mana2 blog lagi. Baru tadi pakteh bukak Malaysiakini yang condongnya sudah pasti kepada PR.

Antara beritanya tentang "Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang arahan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri supaya supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak pada 25 Disember lalu."

Teresa Ngok ni nak apa sebenarnya?...pecah-belahkan masyarakat seperti impian Anwar?...
Teresa Ngok ni dah tuduh wakil PM (pejabat perdana menteri - sudah pasti DS Najib mengetahui...kata teresa ngok) tentang isu salib di tempat yang DS Najib bakal hadir.

Teresa ngok di tak pernah puas menghina orang. Dalam masjid pun belagak dan inilah antara manusia durjana yang boleh dipilih oleh menteri ISA jika sudah ada keinginan untuk berbuat demikian.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih