Wednesday, December 8, 2010
Edisi Terhad: Nik Aziz...Ruang yang semakin sempit
Pagi-pagi begini selalunya pakteh akan baca blog pakteh dan blog pro BN dan PR. Berita pagi ni yang pertama pakteh baca dari blog Azli Shukri Today, Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Parti Pas sakit dan dikhabarkan tenat. Beberapa pro BN menulis tentang perkara ini dan Alhamdulillah...semuanya mendoakan kesejahtaraan ke atas Nik Aziz Nik Mat.
Pakteh mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Mursyidul Am Pas ini akan cepat sembuh dan sihat. Khabarnya sakit beliau berturutan sejak berada di Tanah Suci menunaikan Haji. beberapa blog memaparkan gambar beliau di Tanah Suci berkerusi roda. Dalam berpolitik ada batasnya. Kita boleh berdebat, berhujah, berkilas pusing namun akhirnya apabila saat ditimpa musibah, Sebagai umat Muhammad S.A.W, kita terpanggil untuk turut serta mendoakan kesejahteraan Beliau. Kepada Kaum keluarga, sahabat handai dan penyokong Pas, bersabar dan berilah peluang untuk Tn. Guru Nik Aziz berehat.
Kebanyakkan pimpinan Pas tahu Tn. Guru Nik Aziz tidak sihat dan sudah tidak mampu untuk bergiat aktif dalam politik. Pakteh melihat pilihanraya Galas yang lalu memberi kesan yang agak besar kepada kesihatan Tn. guru. Bukan kerana kekalahan Pas di tangan BN tetapi Tn. guru Nik Aziz dikerah keringatnya siang dan malam untuk meraih undi. Melihat kepada angka umur beliau yang hampir mencecah 80 tahun, Tn. Guru Nik Aziz tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa. Selepas pilihanraya kecil DUN Galas, beliau terus ke tanah suci Mekah dan dikhabarkan mulai kurang sihat. Ini adalah rentetan yang pakteh maksudkan.
Akhirnya...kepada Allah jua kita berserah dan sekali lagi..marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Tn. guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
2 comments:
Khabar terkini:
Menurut ahli keluarga, Mursyidul Am pas ini hanya sakit biasa. Semoga cepat sembuh dan sihat untuk terus memerintah Kelantan hingga ke akhir hayat.
Khabar paling terkini:
Menurut ahli keluarga, Mursyidul Am Pas berada di hospital...maknanya yang kata sihat baru2 ni cuma kelihatan sihat.
2 perkara berbeza....sihat dan kelihatan sihat...
Post a Comment