Monday, December 20, 2010

Edisi Sik: Siri (1)!!! Lobi, Dobi, Kopi, Bobby, topi....tapi layak ka???

Assalamualaikum.

Beberapa panggilan pakteh terima dan beritanya masih politik. Selain arus melobi untuk jawatan Ketua Perhubungan Negeri....aktiviti melobi untuk dicalonkan dalam PRU13 juga turut rancak. Pakteh terima keadaan ini kerana itulah politik cuma yang melobi tu layak ka?. Pakteh pernah letakkan komen di blog pakteh berkaitan kemampuan untuk menilai diri sendiri samada layak atau tidak seseorang itu menawarkan diri untuk dicalonkan dalam PRU13. Untuk kali ni pakteh takkan sebut nama dan kawasan samada DUN atau PARLIMEN cuma...fikirkan kelayakan anda dan kesungguhan anda. Jangan hanya kerana inginkan lonjakan dalam perniagaan...jawatan YB menjadi idaman.

Paling mudah analogi pakteh nak bagi...jika anda penoreh getah...berapa banyak anak Sik yang mampu anda lahirkan untuk menjadi tokoh hebat atau paling tidak...keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, kedaifan, kemunduran yang selama ini membelenggu Sik.

p/s: Pakteh tak kisah kalau nama yang diberi kepada pakteh tu orang yang telah banyak berjasa kepada Sik atau memang sedang berjasa kepada penduduk Sik.

5 comments:

man kejai said...

Pak Teh:Demam gila nak jadi calon Pru 13 dah mula panas.Kuda-kuda upahan dah mula bergerak bawa nama toke .Bakal calon pun dah mula berjinak dgn SB.MIO,JASA,KEMAS dsbnya dengan harapan nama mereka diutamakan.Ada yg kena beli pun sudah ada.Kalau seteru keliling pinggang Pak Teh boleh menang ke.Dgn UMNO pun berkelahi dan maki sana sini.Bukan di Sik sahaja pakteh tempat lain dah mula celaru demam lobi jadi calon.....

Pakteh said...

Man Kejai:

Depa ingat bila lobi kuat bulih terus DS Najib ambik jadi calon kaa?.
Setahu pakteh DS Najib ada cara tersendiri untuk tapis calon dan harapnya DS Najib guna penapis yang betul2 berkualiti, baru dapat menghasilkan tapisan yang berkualiti.

mulut capoi said...

Pakteh di Sik tak ada orang jual tilam dengan dapor gas ke.Di sini ada cakap-cakap pula isu jual tilam dan gas...kalau betoi la PRU 13 lagu mana nak jadi.

HHalem said...

Apa pun, pilihan raya mesti lepas Bang Non Juboq masuk jail dulu, Kalu tak kacau.

Sbb tu Kapai dok Tunda sbb nak bagi Juboq dan piliharaya.

Frm HHalem

melayu lunas said...

apa yg dirisau pada al jubori kalau semua ahli/pemimpin umno buat kerja.masaalahnya umno dok lena.itulah sebab aljubori ini makin naik tocang dan cacak bulu roma.berapa kubu lawan dah umno gempor dan masuk beri penerangan dari rumah ke rumah.berapa masjid yg dikuasai PAS telah di pulihkan.kena aggerasif lah banyak .jangan mandom.nak menang pru 13 macam ini punya cara ...jauhhhhhhhhhhhh dan tipisssssssss

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih