Sunday, December 12, 2010
Edisi Kedah: Sepatutnya Mukhriz...
Minggu pertama disember 2010 merupakan minggu yang sibuk bagi Ketua UMNO Bahagian. Mereka terkejar kesana sini untuk menunggu ketibaan PM. Alhamdulillah, semangat mereka begitu kuat untuk menunggu seorang presiden. Tahniah.
Tak kurang juga selain Ketua Bahagian, YB, penyokong, peminat, penduduk dan pelobi turut serta meramaikan setiap program yang dihadiri PM. MInggu ini juga merupakan minggu yang digunakan sepenuhnya oleh pelobi untuk membuat TKO kepada pesaing masing-masing kerana sudah tidak ada ruang waktu lagi selepas ini. Tarikh untuk Tuan Presiden Parti membuat pengumuman semakin dekat inilah masa terbaik untuk mengerahkan segenap kekuatan yang ada agar terpilih sebagai Ketua di Kedah. Akhirnya tertonjollah nama Bashah, yang berjawatan Timbalan Ketua ketika ini. Jika dilihat hirarki selepas Shafie Afdhal, memang jawatan ketua sepatutnya milik beliau namun jika dilihat dari gerakkerja UMNO di Kedah...lebih baik orang lain.
Jika bermain strategi, Bashah dilihat berjaya kerana terdapat ramai orang hampir di seluruh Kedah percaya beliau sudah SAH akan mengetuai UMNO Kedah dan Timbalannya Mukhriz. Untuk lebih enak didakyahkan bahawa Mukhriz memang telah dipilih sebagai Ketua namun MENOLAK kerana "tidak yakin". APa maksudnya dakyah sebegini. Tujuannya supaya akar umbi menerima dan redha dengan perlantikan Bashah.
Teori "MB Kedah yang sukses sebelum ini semuanya bodo (pendidikan tak tinggi) tetapi pegawai sekelilingnya cerdik" sudah tidak boleh diterima pakai. Adalah lebih bermaruah dan hebat sekiranya Kedah memiliki Ketua yang cerdik dan dianggotai oleh pegawai sekelilingnya juga orang yang cerdik. Oleh itu ayat "Orang bodo jadi ketua kepada orang cerdik" sudah boleh ditukar.
Mukhriz bersedia bila-bila masa sekiranya dilantik malah beliau tidak pernah menolak perlantikan sebagai Ketua Perhubungan di Kedah. Bagaimana beliau nak menolak sekiranya memang tidak pernah ada soalan bertanyakan persetujuan beliau. Dari sini pakteh melihat terdapat dakyah atau strategi licik untuk menaikkan individu lain selain dari Mukhriz. PM tahu dan ramai orang tahu, akar umbi Kedah mahukan Mukhriz.
Blog pakteh sekali lagi memberi sokongan sepenuh hati sekiranya terdapat usaha untuk memberikan peluang kepada Mukhriz agar dilantik mengetuai UMNO Kedah. Bukan yang lain tak layak namun Mukhriz lebih mendapat sokongan rakyat. Ramai penguasa parti di Kedah sebenarnya mengiktiraf AURA Mukhriz, jika tidak masakan mereka sanggup berpusu-pusu pergi/datang ke setiap program Mukhriz di Kedah walaupun tidak dijemput. Lebih menarik...Penganjur ditinggalkan, yang datang secara pipi tak mancung hidung tersorong-sorong berebut-rebut untuk berucap bagi menunjuk2 kepada Mukhriz bahawa merekalah orang yang Mukhriz boleh harapkan. Jangan dilupa kes di Harvard Hotel, Bidong beberapa waktu yang lalu. Sapa yang pi tanpa jemputan tu..bolehlah terasa dengan kenyataan pakteh ni.
Mereka yang cuba menonjol diri ini sebenarnya sanggup berbuat apa sahaja kecuali melibatkan periuk nasi mereka. Contoh mudah yang jangan semua pihak lupakan, Kenyataan Mukhriz agar Tun Abdullah letak jawatan akibat kekalahan dalam PRU 2008, berapa ramai ADUN/MP dari UMNO yang sanggup berdiri bergambar bersama Mukhriz ketika itu?. Kedah perlukan pemimpin yang berani seperti Mukhriz dan bukannya kaki bodek.
Begitu juga dakyah orang lain tak dilantik kerana mereka orang-orang KJ, Bagi pakteh, jika PM memang ingin menidakkan orang KJ, individu terbaik ialah Mukhriz. Pakteh yakin bahawa Mukhriz 200% bukan orang KJ.
p/s: Pengesahan bahawa Bashah sudah SAH dilantik sebagai ketua tu...Betoika...kaa hangpa balaci dia saja yang dok mainkan isu ni agar orang percaya n orang terima?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
2 comments:
Salam ziarah,
mohon blog saya dimasukkan di link Blogger Pembela Negara ~ bh http://braveheartblogger.blogspot.com
Salam
bRaVEhEART, pakteh cuba masuk ke blog tuan tapi tak dapat...betul ke address yang diberi? kerana pakteh terima mesej "Sorry, the blog you were looking for does not exist. However, the name braveheartblogger is available to register!
Pakteh akan cuma masukkan link secepat mungkin jika betul. Harap tuan dapat beri info kepada pakteh.
T.Kasih kerana menjenguk blog pakteh.
Post a Comment