Thursday, December 16, 2010
Edisi Kedah: Wahai UMNO...Gerak Kerja bukan kena gerak baru buat kerja
Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah-IRTI LIFE 2010 kepada Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi, semalam. - BERNAMA
Berita penuh di sini
Ketika kepimpinan UMNO Kedah sibuk melobi untuk diangkat oleh DS Najib menjadi Ketua Perhubungan, Mantan Perdana Menteri, TDM terlebih dahulu diangkat menjadi Penaung Tetap LIFE dan menerima Anugerah Insaniah-IRTI (Institut Latihan dan Penyelidikan Islam) LIFE 2010 pertama. LIFE iaitu Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi dianjurkan oleh Kolej Universiti Insaniah, Kerajaan Negeri Kedah dan IRTI, yang merupakan unit di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah
Melihat kepada senarai penganjur, Pakteh memberi tabik kepada DS Azizan Abdul Razak. Keupayaan untuk menggambarkan beliau mampu duduk bersama TDM malah menganugerahi pula TDM seperti yang dinyatakan memberi bukti bahawa Pas Kedah sebenarnya mempunyai perancangan yang sangat rapi untuk terus menguasai negeri Kedah. Insaniah, Kerajaan Negeri semuanya dibawah perintah mutlak DS Azizan, dan program sebegini memberi kesan besar kepada tanggapan umum terhadap DS Azizan dan Pas. Mungkin tokngah dan mak ucu di kampung kampung tidak mempedulikan gambar dan program ini namun fikirkan impaknya kepada golongan atas pagar dan profesional. DS Azizan sebenarnya sudah mempraktiskan strategi sebegini sudah lama namun Pakteh menyedarinya apabila beberapa tokoh pro BN dianugerahkan darjah kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah.
Pakteh amat percaya UMNO Kedah mempunyai gerak kerja yang dirancang untuk mengembalikan Kedah ke tangan BN, namun biarlah ianya dipanggil gerak kerja jangan tunggu DS Najib gerak...baru nak buat kerja seperti tilam banjir yang jadi senjata makan tuan.
p/s: Dalam kes ni...DS Azizan Abdul Razak lebih ideal dari Dato' Bashah (katanya calon terbaik untuk Ketua Perhubungan UMNO Kedah). Mungkin rakyat akan lupa kes DS Azizan disampuk hantu air sehingga mengamuk press beberapa minggu yang lalu. Betoika?....betoi la kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
14 comments:
Pakteh.Nak umno bahagian buat program macam tak ada idea lansung.Sah dah antara program yg paling popular dan ramai ialah program penyampaian elaun JKKKP.Itulah program yg tak pernah miss.Bukan jaga parti.Nampak sangat jaga kepentingan politik ketua bahagian.Kemudian Pewngerusi JKKKP balik lena dan tidur.Esok fikir mengenai projek-projek.Bukan fikir bagaimana nak redakan pengaroh PAS/PKR di tempat masing=-masing.Kemudian JKKKP pula buat jamuan sesama mereka.Pengundi jadi liar macam ayam hutan.Dengar suara berketok sana sini dalam hutan.Buat futsall pun sesama kroni sahaja yg terlibat.Lagi terok.Berkhatan orang luar tak boleh.Untok ahli umno sahaja.Tiba-tiba secara senyap-senyap orang lain buat free of charge dan terbuka.Baru kudong kepala puak UMNO.Bila nak berubah kalau macam ini punya cerita.Wanita pula aktivit dia dari dulu sampai hari macam itu juga.Nasib baik KEMAS ada.kalau tidak sunyi.Begitu juga pu3 yg hilang idea.Kalau ada peruntokan bukan sampai kebawah.Ada pula teori kemut sikit.Apa nak jadi....PRu 13 pejam jelik dah dekat.Rupanya mereka berebut jawatan kerana kepentingan diri.
Punggok:
Apa yang pakteh nampak...idea memang ada tapi idea zaman dinasour. Dah tak relaven. Bab berkhatan tu...sepatutnya yg bagi idea agar "hanya anak ahli shj" tu yang dikhatankan.
Pakteh.barangkali ada asyuk baru kerja.Tak ada asyuk dudok saja.
Sama-sama depa pun gadoh pasai projek.Ketua juga yg kenyang.
Pak su & Anon 15:03,
Masih ada yang bekerja dengan ikhlas namun kerana UMNO bekerja demi rakyat, setiap kesalahan atau kealpaan akan ditegur agar dapat diperbaiki.
Ini berbeza dengan PAS/PR yang akan melenting apabila kebobrokan mereka dihujahkan atau ditelanjangkan.
Sdr ku pakteh.Maaf lah kalau aku katakan yang aku sikit pun tak yakin akan kemampuan barisan pimpinan sama ada cawangan,bahagian dan negeri Kedah hari ini untok menghempas pulas ambil balik dari PAS.Aku nlai budaya kerja mereka yang amat lemah.Apakah dengan stail dan budaya kerja setakat hari mampu kita katakan UMNO cukop kuat mengatasi PAS/PKR/DAP.Sebenarnya prestasi mereka berada dibawah dal lebih lemah dari Pakatan Rakyat.Cuba sdr nyatakan apakah kerja dan uasaha umno kedah setakat ini yang menjadi contoh terbaik.Program Juara Rakyat hanyalah tukaran nama atau lebel sahaja yang di pinjam dari cara kerja masa yang lalu.Aura UMNO masih belum gah dan memajak bulu roma anak muda dan oranng melayu yang liar dengan UMNO.Sdr ku Pat teh aku cukop kecewa dengan Angkatan Pemuda UMNO,Wanita dan Gadis PU3 UMNO.Nampak sangat sayap UMNO reput dan macam cedera yang membuatkan tidak mampu bergerak.Mana dia tranformasi yang telah dilaksabakan oleh UMNO di Kedah serta bahagian.Buktikan apa benda tranformasi yang telah buat.Apakah UMNO Kedah cuma menjadi tokoh yang melaung sagala slogan di PWTC .Bila balik ke bahagian masing-masing seperti curah air ke daun keladi.UMNO yang akan rugi nanti.Terus terang aku katakan UMNO akan menjadi telur kekurok nanti kalau pilot kenderaan UMNO lupa dan tersesat jalan .
Hulu Muda:
Kita senada apabila risaukan kemampuan UMNO Kedah dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengembalikan Kedah ketangan UMNO/BN.
Program yang dijalankan lebih kepada program untuk ahli UMNO dan tidak mampu menarik/memikat pengundi dari kalangan atas pagar dan pengundi baru, apatah lagi untuk menarik ahli Pas menyeberang kepada UMNO.
Cabang Wanita, Pemuda dan Pu3 memang sering dipertikaikan samada diperingkat Caw, Bhg ataupun Negeri. Mereka ada kesungguhan tetapi tidak mempunyai idea untuk menimbulkan AURA/Impak yang mampu menarik pengundi.
Tengok pakteh.UMNO bagi bantuan beg sekolah pada pelajar miskin.ADUN Bukit Selambau pun bagi juga melalui MKK dia.Senget dan hebat.UMNO jangan syok sesama sendiri.........jadi johan kampong sendiri.
Sik United:
Pemberian/Bantuan perlu diteruskan walaupun Pas/PR lakukan perkara yang sama.
Cuma UMNO/BN perlu ada AURA/ x factor yang mampu membuatkan pengundi beralih arah kepada UMNO/BN. PRU11 2004 Faktor Mr. Clean yang dimiliki PakLah menyebabkan pembangkang menerima kekalahan paling teruk dalam sejarah.
Di Kedah, faktor x ini perlu diwujudkan/dicari dan diwar2kan kepada semua rakyat. Bagimana caranya...tanya pemikir2 UMNO di Kedah.
Aku ingat pakteh patut dan perlu dudok dengan kumpulan pemikir UMNO Kedah.Jugalah aku rasa UMNO Kedah lepas kalah PRU 12 tak pernah dengar think thank group.Semua serah pada konsultant ahli akedemik universiti.
paksu:
hehe...motong getah macam pakteh ni tak layak untuk duduk disitu. Kemampuan pakteh setakat bagaitau lagu ni jaa.
Paling penting..bila pakteh sedar kemampuan pakteh....pakteh takkan tawarkan diri untuk jawatan yang diluar kemampuan diri.
UMNO Kedah menghadapi masalah kerana ramai dikalangan pemimpian berjawat jawatan yang diluar kemampuan diri untuk melaksanakan tugas. Keinginan diri sepatutnya tidak mengatasi kemampuan diri.
paksu: Harga sekerap lani mahai tapi pakat dok merungut hujan....syukur la walaupun hujan, masih cukup makan minum. Kalau hujan turun n harga getah pun 7 kupang macam dulu....lagi teruk.
baguih duk ada celoteh oleh pak teh
blog pakteh cheq dh link dan follow
haqap pakteh dapat balaih balik noo..
www.panggunopera.blogspot.com
harap pak teh buat hemoi mcm saya pi jaja blog sendiri..
pakteh punya celoteh kalau lg ramai org baca lg sempoi..
Pat teh: markas PAS dah lampu menyala waktu malam sampai tgh malam.Markas umno tak nampak lagi pun tang mana.Bila tanya bila nak mula.Jawabnya duit tak turun lagi.Tak berubah lagi lah Pak TEh oooi.
Anak Seberang:
hehe...pakteh ni jenih tuleh ikut sedap badan n syok sendiri ja..kategori blogger nyamuk n cap ayam kata orang. Insyaallah...pakteh cuba war2kan pada orang kerana walaupun bermula seawal 2008, pakteh amat jarang promote blog...hehe. blog tuan pakteh dah linkkan.
titi panjang:
Markas pas tu dari dulu lagi memang lampu menyala. Zaman pakteh muda-muda...tang tu la dok lepak main karom n dam aji. Ada yang teruih tidoq situ pun ada. Sebab tu ada yang darah pun jadi hijau....24 jam dok di markazzz.
Tang UMNO ni...takdak markas..hanya harap dewan orang ramai yang juga digunakan untuk kelas KEMAS dan PERPADUAN. Bernasib baik sekiranya didirikan oleh kerajaan persekutuan n malang jika menjadi hakmilik negeri. Kes kampung pakteh...Pas ambik alih sebaik saja menang, namun akhirnya jadi sarang dadah, terkopak sana sini. Bil letrik dipotong..tak bayar..semak DAN akhirnya diserah semula kepada JKKKP awal tahun ini.
Kalau nak harap ada program sendiri disetiap kawasan...awal2 lagi kita kalah pasai "duit tak turun lagi"...pakteh memang setuju sangat apa yang titi panjang kata tu.
Post a Comment