Friday, December 24, 2010

Edisi Rakyat: Janji BN...RM500 untuk setiap keluarga

Jika hari ini gula naik harga
puncanya pasti nak elakkan diabetes menoda
Jika hari ini petrol naik harga
puncanya pasti nak kurangkan pencemaran alam maya

Jika hari ini pak menteri berani bersuara
puncanya pasti semalam PM memuji tindakannya
Jika hari ini sang pemimpin tertidur lena
puncanya pasti rakyat kurang mengadu domba

Semua tu alasan Bro...alasan zaman dianasor bro...alasan zaman batu. Zaman Hang Tuah pun dah tak pakai alasan tu.

Harga gula hanya RM2.10/kg dan jika dinaikkan lagi 20sen, pengguna tetap beli gula kerana apalah sangat 20sen. lainlah kalau betul-betul nak pastikan rakyat malaysia kurangkan pengambilan gula, naikkan harga menjadi RM15/kg, pasti akan berkurangan orang yang membeli gula.

Harga petrol walau dinaikkan, rakyat tetap terpaksa beli dan janganlah gunakan alasan negara jiran lebih mahal. Bro...kami rakyat Malaysia bro...

Pakteh rasa pilihan yang ada kini ialah mengadu nasib kepada Pakatan Rakyat. Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!" amat menarik kerana yang bergelar cikgu pasti akan menerima kenaikan RM500 dalam tempoh 100 hari. Jika cikgu dah dinaikkan...sudah pasti...kakitangan yang lain akan meminta dan akhirnya PR rakyat akan berikan juga kepada semua kakitangan kerajaan. Ini sudah bagus Bro...

Apa pilihan yang BN ada untuk menolak manisfesto PR ini?. Pakteh rasa DS Najib boleh mengeluarkan buku hijau bertajuk " 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" dan memberi janji setiap keluarga rakyat Malaysia akan menerima imbuhan RM500 setiap bulan.

Jika ini boleh dilakukan oleh BN, barulah dinamakan rakyat didahulukan...bukannya GLC didahulukan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang dok menusuk ke telinga pakteh ni memang kurang enak. Jika syarikat swasta diberikan hak untuk mengutip saman kesalahan jalanraya, sudah pasti bertimbun2 surat peringatan akan sampai seperti surat bank, surat bil telefon dan surat peringatan kad kredit. Agak-agak apa ayat yang akan keluar dari rakyat 1Malaysia?...Semuanya akan menjurus kepada BN yang tidak peka dan tidak cerdik dalam menangani isu saman traffik.

RM500 yang dianugerahkan oleh BN setiap bulan tu bolehlah digunakan untuk membayar sewa rumah. Alhamdulillah, pakteh dapat bayangkan berapa ramai keluarga yang akan mampu menyewa rumah yang selesa untuk dihuni oleh keluarga. Sang anak takkan lagi tidur ditepi pintu tandas yang mungkin berlubang dan hanyir akibat bau longkang di kejiranan setinggan. Kebanyakkan rumah sewa yang agak selesa kini sekitar RM350 hingga RM600 sebulan bergantung kepada kawasan.

Dari mana nak kutip RM500 untuk setiap keluarga?...sedangkan untuk 400 ribu cikgu pun TS Mahyudin kata dah boleh bangkrup negara. Bro...GLC yang ditubuhkan tu dari duit sapa??...bukan duit rakyat kaa?. Memang la hujah guna duit GLC ni nampak bodo dan kuno serta tak cerdik tapi bekas TPM (B.A.B.I) pun memberikan hujah yang sama apabila membahaskan mekanisma untuk mengurangkan harga minyak. Bro...bekas TPM pun taruk duit Petronas jugak untuk kurangkan harga minyak.

Jika BN gagal memberikan gula-gula yang lebih bagus dari buku jingga PR, pasti ada juga yang terlena diulit RM500....pakteh percaya PR ni pembohong tapi sekurang-kurangnya...depa ni pandai berjanji walau tak dikota.

p/s: Setakat nak beri penerangan terperinci....berapa ramai yang akan dengar dan ambik faham?.

3 comments:

Gerakan Timur said...

Salam Ziarah,

Mohon link dari blog tuan ke:

http://gerakantimur.blogspot.com

Kata Pak Teh... GT follooowwww...

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur!!!

Top Ranking said...

Salam ziarah.... blog saudara boleh capai hit yang tinggi jika selalu updatekan blog. Walaupun berada dalam Top Ranking 3, blog saudara sebenarnya berada didalam buku log yang pihak kami tidak dedahkan kerana berpandukan buku log tersebutlah pihak kami melakukan audit. Tahniah kerana sekarang berada di ranking 16,927.....Selamat menulis.

Pakteh said...

Gerakan Timur:
Insyaallah akan pakteh linkkan..

Top Ranking Online:
Terima Kasih atas pandangan yang berguna untuk pakteh.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih