Thursday, December 30, 2010

Edisi Pengguna: Alahai Minyak...apa dah jadi..???

Bukan minyak untuk kereta tapi minyak untuk manusia...

cerita pakteh pasai minyak nyoq...bahasa bukunya minyak kelapa sawit atau minyak masak. Dalam 2 minggu ni pakteh pening pusing kiri kanan cari minyak masak untuk yang 5kg. Makin lama makin kurang dan akhirnya dalam beberapa hari ni, minyak masak yang 1kg pun dah berkurangan. had pembelian di pasaraya pun sudah ditetapkan 2kg dan 5kg sahaja.

Kalau memasak untuk keluarga tak jadi masalah, yang jadi masalah ialah pengguna minyak yang berniaga. Kalau dah meniaga tu terpaksa guna minyak sehari 2kg, pasti pening kepala bila minyak takdak. Apa kata menteri jaga pengguna?
Kalau minyak Ron95 tak boleh jaga harga...takkan minyak sawit pun pening jugak...??

Ikut yang pakteh dapat info dari pekedai...masalah berpunca dari "SUBSIDI" ntah apa2 kata depa...
Adakah ini hasil dari makmal/bengkel subsidi?...

Pakteh sokong subsidi dikurangkan tetapi jangan celarukan rakyat...faham tu..bukan keliru tapi celaru..

p/s: Pilihan utama pakteh minyak SAJI dan SERI MURNI keluaran FELDA dan SIME DARBY...tapi dah 2 minggu tak nampak botol2 minyak bersaiz 5kg.

Tuesday, December 28, 2010

Edisi Siasat: jangan harap balaci sahaja daftar mengundi

Artikel ini merujuk kepda tulisan muda tengah

Saban kali mesyuarat di peringkat cawangan atau bahagian, pasti ada yang bangkitkan isu daftar pemilih. Kumpulan sasar ialah anak muda yang gagal mendaftar. Diterjah kononnya tidak patriotik dan gagal menyelami hasrat sebuah negara demokrasi. Maka SPR pun keluarkan dana memberikan insentif kepada wakil setiap parti untuk mencari dan mendaftarkan pengundi baru.

Adakah kita terlupa atau sengaja buat-buat lupa atau mungkin kita terleka dan teralpa. Rupa-rupanya ramai juga Sang pengembala diatas sana yang enak diulit kerusi empuk tidak memandang walau sebelah mata tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Lebih parah mereka ini dari kalangan ketua-ketua GLC atau anak syarikat GLC yang kononnya menjadi pendokong kepada hasrat nurani kerajaan menjana ekonomi negara.

Bagaiman boleh berlaku seorang yang berkedudukan masih belum pernah mengundi sedangkan umur dah separuh masak?. Ini membuktikan bahawa tuduhan/kenyataan ramai blogger sebelum ini adalah benar iaitu....GLC yang ditatang oleh kerajaan BARISAN NASIONAL/UMNO ini dimiliki oleh orang-orang yang tidak ada semangat patriotiknya. Dipacu oleh mereka yang tidak ada jiwa UMNO/BN malah ramai yang terang-terang memusuhi UMNO/BN.

Siapa yang melantik mereka....fikir-fikirkan.

p/s: KEDA di Kedah ni Pengerusinya adalah juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri...Dato' Bashah...agak-agak mampu tak Bashah buang semua daki-daki hijau yang melekit di KEDA tu??....pakteh tak halang orang cari makan sara anak bini...tapi kalau dalam bekerja masih berpolitik malah membuat honar kepada orang yang membayar gaji anda....elokla daki-daki ini di cuci.

Monday, December 27, 2010

Edisi Nasional: Calling untuk Kabinet

Kata pakteh....hari ni ada perubahan kabinet disamping beberapa negeri menerima ketua baru. apa yang menjadi realiti cuma perubahan di peringkat negeri.

Perubahan di kabinet insyaallah akan ada. Ikut maklumat yang pakteh terima...Insyaallah esok...ya..esok...tunggu pengumumannya.

Paling penting ada timbalan menteri akan dapat menteri penuh.

Tahniah kepada Dato' Razali Ibrahim...Insyaallah bakal Menteri Penuh di kementerian Belia dan Sukan. (ini belum pasti 100% cuma dikhabarkan kepada pakteh petang tadi.)

p/s: Betoika ada perubahan...betoi la kot kalau ikut pada maklumat tu. Kalau tak betoi...hehehe...nak kata apa lagi dah kalau tak betoi...tunggu lagi lama la untuk tengok perubahan di beberapa kementerian yang agak lesu dan masih berfikir ala zaman batu.

Edisi Kedah: Calling untuk Bashah dan Mukhriz....Tepat

Tepat seperti yang dicatat oleh pakteh di sini

Ramalan yang tepat dari segi Ketua, Timbalan dan tarikh diumum...
Tq kepada informer pakteh....

Selamat menjalankan tugas untuk Bashah dan Mukhriz....
DS Najib dah pilih...so kepada semua penyokong setiap calon pilihan anda...terima dan berlapang dadalah dengan pilihan tersebut.

Edisi Panas: Rombakan Kabinet hari ini... !!!!

Pakteh terjaga awal tadi...jam 4.30 pagi..selepas subuh bari sambung semula mimpi indah...mimpi Malaysia belasah Indon di gelora bung karno..

Dalam asyik dibuai mimpi...ada panggilan masuk...kalau setakat ajak minum pakteh dah tak layan. Tapi selepas salam terus berbunyi...rombakan kabinet hari ni...Ketua Perhubungan UMNO negeri pun hari ni...terus hilang mengantuk...

Pakteh nak kata tipu...banyak berita dari nombor panggilan ni adalah tepat...lagipun hanya beberapa hari lagi nak masuk tahun baru, DS Najib dah janji sebelum tahun baru Ketua Perhubungan Negeri di beberapa negeri akan dapat ketua baru.

Bila soal kabinet pula...pakteh teringatkan Ketua Pemuda...alahai..apalah nasibnya. Begitu juga menteri yang jaga penerangan...kalau setakat didesak oleh rakyat baru nak tunjuk bola live jam 8.00..bermakna menteri ni dah gagal menyelami kehendak rakyat. Sepatutnya kalau menteri tu lebih muda...pasti menyedari rakyat ingin menonton bola tepat pada masanya..bukan selepas didesak...

Pakteh juga teringatkan harga minyak Ron 95 yang dijanjikan takkan naik tahun ni tapi tiba-tiba naik 5 sen. Begitu juga menteri yang jaga ISA...orang dah kata Isamudin Suka Amaran (ISA). Isamudin lebih cemerlang di tempat lain....badan dah tinggi, elok cuma lembut dalam action.

pakteh nak sambung tidoq..hari ni pakteh cuti...nak temankan makteh selesaikan beberapa urusan dia...
apapun..tidoq pakteh lebih nyenyak selepas Malaysia kalahkan Indon....Tahniah Malaysia kerana berjaya maling 3 gol dari Indon...

Edisi Sukan: Tahniah Tahniah dan Tahniah

Tahniah buat pasukan bolasepak negara yang berjaya membenam Indonesia 3 - 0.
Harapan kita semua, perlawanan akhir kedua nanti di stadium Bung Karno kejayaan ini akan diteruskan.

Sunday, December 26, 2010

Edisi Banjir: Bantuan banjir di tipu...Kedah & Perlis

Dah lama pakteh nak tulis bab menipu cuma pakteh tunggu isu ini ditimbulkan oleh pihak kerajaan persekutuan.

Sahabat pakteh ada beritahu..masa senarai nama dikutip...(pengutip nama adalah JKKKP), semua serbu ambik borang. Ahli PAS malu-malu kucing tapi sebat juga borang. Paling menarik...dalam malu-malu kucing, mintak borang lebih. Katanya untuk jiran-jiran. Skali diberitahu semua kena ambik sendiri sebab nak tapis, terus tertunduk malu.

Ingatkan selesai di situ dengan masalah ahli-ahli pas ni. Rupa2nya depa cerdik. Suami declare satu borang, Isteri declare 1 borang, anak declare reban ayam n rumah lama maka dapat la hantar 3 borang. Mujurlah JKKKP menjalankan tugas dengan amanah. Beliau siasat dengan teliti kerana amat mengenali orang-orang kampung beliau.

Bagaimana dengan ahli UMNO/BN?. Juga ada yang cuba meniru skill ahli Pas . Ahli-ahli pas yang kononnya baik dan alim tu rupa-rupanya lebih rakus merebut bantuan dari kerajaan Pusat. Pakteh cadangkan setiap bantuan di cop dengan logo 1Malaysia yang kekal. Agak-agak sudi tak ahli-ahli pas ni terima?

p/s: Betoika ahli pas ni bab sokong memang pangkah Pas tapi dalam soal duit/harta...depa lebih dasyat kemaruknya dari lain-lain ahli parti?..betoi la kot kalau tengok pada gayanya.

Edisi Nasional: Akhirnya 1Malaysia diterima

hahaha...
jarang pakteh gelak tapi dalam isu ni..
hahaha..pakteh nak gelak macam2 kawan2 pakteh
dah lama kawan2 pakteh gelak
hahaha

Apa isunya..
ada daerah di Selangor kuatkuasakan larangan naikkan simbol/logo 1Malaysia di premis perniagaan masing2. Tapi rakyat tak sokong...SUHAKAM pun tak sokong.

Ronnie Liu exco yg bertanggungjawab dalam soal ini akhirnya terima hakikat
HAKIKAT bahawa gelombang 1Malaysia sudah tidak dapat dihalang. Gelombang 1Malaysia sudah tidak MAMPU ditangkis kerana sudah menyerap ke 84% rakyat. Jika dihalang natijahnya rakyat akan bangun memberontak.

pakteh gelak lagi.....hahahaha

Ronnie Liu akhirnya tangguhkan larangan tersebut sehingga isu ini menjadi jelas. Bila nak jadi lebih jelas....Bila MB Selangor pulang dari berseronok...eh..bercuti. Jika masih samar mengapa dikuatkuasakan..
Jangan nak spin isu kata Pihak berkuasa tempatan yang gatal2 pi buat kuatkuasa sedangkan Awak dan kerajaan negeri awak melalui mesyuarat exco yg membuat keputusan baghal tersebut.

hahahaha

Akhirnya 1Malaysia Menang....

Tahniah DS Najib...tahniah tahniah dan tahniah

Friday, December 24, 2010

Edisi Rakyat: Janji BN...RM500 untuk setiap keluarga

Jika hari ini gula naik harga
puncanya pasti nak elakkan diabetes menoda
Jika hari ini petrol naik harga
puncanya pasti nak kurangkan pencemaran alam maya

Jika hari ini pak menteri berani bersuara
puncanya pasti semalam PM memuji tindakannya
Jika hari ini sang pemimpin tertidur lena
puncanya pasti rakyat kurang mengadu domba

Semua tu alasan Bro...alasan zaman dianasor bro...alasan zaman batu. Zaman Hang Tuah pun dah tak pakai alasan tu.

Harga gula hanya RM2.10/kg dan jika dinaikkan lagi 20sen, pengguna tetap beli gula kerana apalah sangat 20sen. lainlah kalau betul-betul nak pastikan rakyat malaysia kurangkan pengambilan gula, naikkan harga menjadi RM15/kg, pasti akan berkurangan orang yang membeli gula.

Harga petrol walau dinaikkan, rakyat tetap terpaksa beli dan janganlah gunakan alasan negara jiran lebih mahal. Bro...kami rakyat Malaysia bro...

Pakteh rasa pilihan yang ada kini ialah mengadu nasib kepada Pakatan Rakyat. Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!" amat menarik kerana yang bergelar cikgu pasti akan menerima kenaikan RM500 dalam tempoh 100 hari. Jika cikgu dah dinaikkan...sudah pasti...kakitangan yang lain akan meminta dan akhirnya PR rakyat akan berikan juga kepada semua kakitangan kerajaan. Ini sudah bagus Bro...

Apa pilihan yang BN ada untuk menolak manisfesto PR ini?. Pakteh rasa DS Najib boleh mengeluarkan buku hijau bertajuk " 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" dan memberi janji setiap keluarga rakyat Malaysia akan menerima imbuhan RM500 setiap bulan.

Jika ini boleh dilakukan oleh BN, barulah dinamakan rakyat didahulukan...bukannya GLC didahulukan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang dok menusuk ke telinga pakteh ni memang kurang enak. Jika syarikat swasta diberikan hak untuk mengutip saman kesalahan jalanraya, sudah pasti bertimbun2 surat peringatan akan sampai seperti surat bank, surat bil telefon dan surat peringatan kad kredit. Agak-agak apa ayat yang akan keluar dari rakyat 1Malaysia?...Semuanya akan menjurus kepada BN yang tidak peka dan tidak cerdik dalam menangani isu saman traffik.

RM500 yang dianugerahkan oleh BN setiap bulan tu bolehlah digunakan untuk membayar sewa rumah. Alhamdulillah, pakteh dapat bayangkan berapa ramai keluarga yang akan mampu menyewa rumah yang selesa untuk dihuni oleh keluarga. Sang anak takkan lagi tidur ditepi pintu tandas yang mungkin berlubang dan hanyir akibat bau longkang di kejiranan setinggan. Kebanyakkan rumah sewa yang agak selesa kini sekitar RM350 hingga RM600 sebulan bergantung kepada kawasan.

Dari mana nak kutip RM500 untuk setiap keluarga?...sedangkan untuk 400 ribu cikgu pun TS Mahyudin kata dah boleh bangkrup negara. Bro...GLC yang ditubuhkan tu dari duit sapa??...bukan duit rakyat kaa?. Memang la hujah guna duit GLC ni nampak bodo dan kuno serta tak cerdik tapi bekas TPM (B.A.B.I) pun memberikan hujah yang sama apabila membahaskan mekanisma untuk mengurangkan harga minyak. Bro...bekas TPM pun taruk duit Petronas jugak untuk kurangkan harga minyak.

Jika BN gagal memberikan gula-gula yang lebih bagus dari buku jingga PR, pasti ada juga yang terlena diulit RM500....pakteh percaya PR ni pembohong tapi sekurang-kurangnya...depa ni pandai berjanji walau tak dikota.

p/s: Setakat nak beri penerangan terperinci....berapa ramai yang akan dengar dan ambik faham?.

Edisi Sik: Siri (2) Calon-calonnya....!!!

Pakteh masih menaruh harapan individu yang merasakan dirinya layak untuk dicalonkan sebagai wakil UMNO di Parlimen Sik dalam PRU13 nanti memikirkan semula hasratnya. Kuat manapun anda melobi...akhirnya DS Najib akan menilai jasa dan kemampuan anda dan pakteh yakin...wang ringgit anda akan melayang begitu sahaja.

Kepada rakan-rakan yang mungkin terbaca blog pakteh ni boleh cuba berikan nama calon yang dirasakan layak untuk parlimen Sik. Mungkin juga ini memberi ruang dan peluang kepada Ketua UMNO Bhg Sik untuk menilai siapa yang akan dipilihnya.

Thursday, December 23, 2010

Edisi Saman: Ini berpunca dari UMNO..!!!


Semalam pakteh cuba semak di secara online kalau-kalau saman ekoq keatas pakteh makin bertambah. Sebenarnya sepanjang hidup pakteh, hanya ada satu kesalahan jalanraya yang menyebabkan pakteh disaman. Tahun 2004, langgar lampu merah (langgar lampu kuning kepada merah sebenarnya). Itu satu2nya saman yang pernah pakteh dapat.
Bila semak semula semalam, Ternampak lagi satu saman muncul...18/12/2010 jam 3.38 petang tempat Padang Besar.

Ini gara-gara makteh yang dok pujuk dari malam sampai pagi ni...dah termakan pujuk rayu makteh...maka kena saman la pakteh sebanyak RM30 kerana parking di tempat tak betul. Ini gara-gara UMNO yang tak reti nak buat parking banyak la ni...Duit parking kutip RM2 tapi petak parking tak banyak. Pakteh redha la RM30 ditambah saman lama RM100 selepas diskaun 50%, melayang jugak RM130 + roadtax RM70..maka jumlah yang pakteh kena bayaq RM200. Bab Insuran biaq pi la..tu gheja orang bisnes...memang nak kena caj.

Semalam juga pakteh pi nak bayaq di pejabat JPJ...PRO yang dok tunggu habaq kata Encik kena pi bayaq di sana pasai nak settle skali dengan saman. Isk...apa la UMNO ni buat gheja...takkan takleh settle di kaunter yang sama?. Perut buncit pakteh ni mana nak larat jalan jauh2 lagu ni. Bila sampai...pakteh tercari-cari mesin utk tekan nombor...skali guard sound pakteh...Encik...sini tak pakai nombot..Encik duduk sana sat lagi saya pangge...Encik nak buat apa??...ooo nak bayaq saman...takpa...Encik tunggu sat noo...skang ni sibuk...kaunter ada sorang ja...dia pulak tak besa lagi ramai2 camni...tunggu sat noo.

laaa...apa punya UMNO...buat offer 50%...kaunter sedia satu jaa?...isk..isk..isk.
Bila time pakteh nak bayaq...dia kata..Encik..ni bukan saman kami...ni saman traffik nii...isk..pulak dah. Pakteh ni keja motong getah ja...mana nak tau nak kena bayaq banyak2 tempat. Ni semua gheja UMNO la ni....

Dah puas tunggu akhirnya tak dapat...pakteh pi semula di kaunter utama...tungguuuu
sampai giliran...pakteh pun habaq...Saya nak bayaq roadtax n nak batal tuntutan dari bank. Belum sempat ayat pakteh habis...kerani tu kata...ok..
pakteh dok compius la jugak...dia ni ada ilmu ka?...skali dia cuma ambik geran ja n pulangkan statment pengesahan dari bank...maka pakteh pun ulang...saya nak buat skali pembatalan tuntutan...mai RM70...hehe..tu ja ayat dia. laaa...pakteh ulang lagi.
akhirnya roadtax siap...pakteh kata..pembatalan belum buat?...dia kata awat tak habaq tadi...mak aih...yg dok ulang sampai tiga kali tu apa?..sora pakteh ni bukannya romatik sangat pun sampai dia tak dengaq...pastu dok ngomel bla bla bla...hehe...camni la pegawai UMNO...isk UMNO ni...teruk sungguh.

Bila kluaq terus nak pelekat roadtax di cermin..nampak yg lama dah terkoyak...isk...koman sungguh idea UMNO ni..takdak cara lain ka nak buat roadtx. yang dok tiru dulu bukan orang lain...orang2 makan rasuah dari hangpa jugak.

Isk...pasai pa dok kena tang batang idung UMNO taktau?...takkan semua gheja buat UMNO salah???

Sebenarnya...untuk menuduh dan mencari kesalahan amat mudah terutama dalam mentadbir sebuah negara yang berkembang pesat seperti Malaysia ini, cuma setiap individu, pertubuhan atau parti yang menuduh itu, mampukah mereka memberi alternatif/jalan/cadangan yang lebih baik dari setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan?. Sepatutnya PR mampu menjadi pemantau dan pengawal kepada kesalahan kerajaan kerana mereka pembangkang namun mereka lebih seronok mencari kesalahan tanpa memberikan jalan penyelesaian. PR jika dibiarkan memerintah adalah seperti tikus membaiki labu...habis punah ranah. Maka wadah 100 hari selepas mereka menang PRU13 hanyalah berunsurkan taik iaitu busuk lagi membusukkan...

p/s: Penyokong PAS/PR meletakkan semua kesalahan di bahu UMNO/BN...malah jika taik mereka tidak keras, tidak panjang atau tidak besar...juga disalahkan UMNO/BN. Betoika...??...kalau PR..comfirm betoi.

Monday, December 20, 2010

Edisi Sik: Siri (1)!!! Lobi, Dobi, Kopi, Bobby, topi....tapi layak ka???

Assalamualaikum.

Beberapa panggilan pakteh terima dan beritanya masih politik. Selain arus melobi untuk jawatan Ketua Perhubungan Negeri....aktiviti melobi untuk dicalonkan dalam PRU13 juga turut rancak. Pakteh terima keadaan ini kerana itulah politik cuma yang melobi tu layak ka?. Pakteh pernah letakkan komen di blog pakteh berkaitan kemampuan untuk menilai diri sendiri samada layak atau tidak seseorang itu menawarkan diri untuk dicalonkan dalam PRU13. Untuk kali ni pakteh takkan sebut nama dan kawasan samada DUN atau PARLIMEN cuma...fikirkan kelayakan anda dan kesungguhan anda. Jangan hanya kerana inginkan lonjakan dalam perniagaan...jawatan YB menjadi idaman.

Paling mudah analogi pakteh nak bagi...jika anda penoreh getah...berapa banyak anak Sik yang mampu anda lahirkan untuk menjadi tokoh hebat atau paling tidak...keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, kedaifan, kemunduran yang selama ini membelenggu Sik.

p/s: Pakteh tak kisah kalau nama yang diberi kepada pakteh tu orang yang telah banyak berjasa kepada Sik atau memang sedang berjasa kepada penduduk Sik.

Thursday, December 16, 2010

Edisi Kedah: Wahai UMNO...Gerak Kerja bukan kena gerak baru buat kerja


Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah-IRTI LIFE 2010 kepada Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi, semalam. - BERNAMA


Berita penuh di sini

Ketika kepimpinan UMNO Kedah sibuk melobi untuk diangkat oleh DS Najib menjadi Ketua Perhubungan, Mantan Perdana Menteri, TDM terlebih dahulu diangkat menjadi Penaung Tetap LIFE dan menerima Anugerah Insaniah-IRTI (Institut Latihan dan Penyelidikan Islam) LIFE 2010 pertama. LIFE iaitu Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi dianjurkan oleh Kolej Universiti Insaniah, Kerajaan Negeri Kedah dan IRTI, yang merupakan unit di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah

Melihat kepada senarai penganjur, Pakteh memberi tabik kepada DS Azizan Abdul Razak. Keupayaan untuk menggambarkan beliau mampu duduk bersama TDM malah menganugerahi pula TDM seperti yang dinyatakan memberi bukti bahawa Pas Kedah sebenarnya mempunyai perancangan yang sangat rapi untuk terus menguasai negeri Kedah. Insaniah, Kerajaan Negeri semuanya dibawah perintah mutlak DS Azizan, dan program sebegini memberi kesan besar kepada tanggapan umum terhadap DS Azizan dan Pas. Mungkin tokngah dan mak ucu di kampung kampung tidak mempedulikan gambar dan program ini namun fikirkan impaknya kepada golongan atas pagar dan profesional. DS Azizan sebenarnya sudah mempraktiskan strategi sebegini sudah lama namun Pakteh menyedarinya apabila beberapa tokoh pro BN dianugerahkan darjah kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah.

Pakteh amat percaya UMNO Kedah mempunyai gerak kerja yang dirancang untuk mengembalikan Kedah ke tangan BN, namun biarlah ianya dipanggil gerak kerja jangan tunggu DS Najib gerak...baru nak buat kerja seperti tilam banjir yang jadi senjata makan tuan.

p/s: Dalam kes ni...DS Azizan Abdul Razak lebih ideal dari Dato' Bashah (katanya calon terbaik untuk Ketua Perhubungan UMNO Kedah). Mungkin rakyat akan lupa kes DS Azizan disampuk hantu air sehingga mengamuk press beberapa minggu yang lalu. Betoika?....betoi la kot.

Monday, December 13, 2010

Edisi Liwat: Anwar diperangkap!!.. apa maksudnya?




Sejak dari kecik, pakteh memang agak mahir dalam soal memasang perangkap. Semasa di sekolah rendah, burung dan ikan merupakan mainan utama dan cara mudah untuk mendapat kedua binatang peliharaan ini ialah dengan memasang perangkap. Amat mudah memasang perangkap kerana pakteh amat mengetahui makanan kegemaran sang burung atau ikan. Pelbagai cara digunakan untuk memerangkap burung, salah satunya dengan meletakkan jebak/sarang yang mempunyai perangkap bersama dengan denak (burung yang jinak). Setiap burung yang tertarik kepada denak PASTI akan terperangkap dan akan menjadi milik pakteh. Cara kedua yang pakteh gunakan ialah dengan meletakkan umpan yang menjadi kegemaran burung. Contohnya buah pisang yang masak ranum lagi kekuningan yang dikupas kulitnya, pasti sang burung yang terbiasa makan pisang akan menggeletar kepaknya, berdegup jantungnya, meleleh air liurnya melihat pisang yang terhidang. Kebiasaannya berakhir dengan burung tersebut menjadi milik pakteh kerana jarang sang burung sanggup meninggalkan umpan kegemaran walaupun tahu ianya ialah perangkap pakteh.


Pakteh amat faham, perangkap hanya akan terkena jika umpan yang digunakan adalah memang SAH menjadi kegemaran mangsa yang bakal diperangkap. Contoh mudah, jika pakteh letakkan rumput sebagai umpan kepada harimau, kebarangkalian untuk pakteh dapat memerangkap mangsa adalah rendah, jadi umpan yang bersesuaian adalah perlu dan penting. Jadi jika seekor burung yang ditangkap dan dikurung kerana memakan buah pisang yang pakteh letakkan dalam perangkap, burung tersebut perlu diakui sebagai PEMAKAN PISANG. Soal samada burung itu termakan kerana diperangkap atau memang kebiasaanya burung tersebut makan bebas di pokok-pokok pisang, ianya sudah menjadi persoalan kedua.

Begitu juga dalam kes Anwar dikatakan diperangkap untuk meliwat Saiful, Jika Anwar bukan seorang peliwat, mana mungkin kejadian liwat akan berlaku kerana naluri untuk meliwat hanya ada pada seorang peliwat.

p/s: Kalau hang bukan suka pisang PASTI hang dah lari....dan takkan terperangkap. Hanya jauhari mengenal manikam....Anjing kalau dah terbiasa makan taik..tak dapat makan, dapat cium bontot pun dah okkkk...

Sunday, December 12, 2010

BREAKING NEWS !!! Alhamdulillah Dato' Haji Mukhriz bersetuju...



Inilah natijahnya apabila cuba bermain kotor. DMM dikatakan menolak namun kenyataan di Penang kelmarin adalah sebaliknya. Kami rakyat bawahan menyambut baik kesudian DMM menerima perlantikan sebagai Ketua Perhubungan sekiranya ditawarkan.

Baca laporan di:



1. Kedahtimes
2. ALoqStaq
3. Pelantaq Hujah

Edisi Kedah: Sepatutnya Mukhriz...


Minggu pertama disember 2010 merupakan minggu yang sibuk bagi Ketua UMNO Bahagian. Mereka terkejar kesana sini untuk menunggu ketibaan PM. Alhamdulillah, semangat mereka begitu kuat untuk menunggu seorang presiden. Tahniah.

Tak kurang juga selain Ketua Bahagian, YB, penyokong, peminat, penduduk dan pelobi turut serta meramaikan setiap program yang dihadiri PM. MInggu ini juga merupakan minggu yang digunakan sepenuhnya oleh pelobi untuk membuat TKO kepada pesaing masing-masing kerana sudah tidak ada ruang waktu lagi selepas ini. Tarikh untuk Tuan Presiden Parti membuat pengumuman semakin dekat inilah masa terbaik untuk mengerahkan segenap kekuatan yang ada agar terpilih sebagai Ketua di Kedah. Akhirnya tertonjollah nama Bashah, yang berjawatan Timbalan Ketua ketika ini. Jika dilihat hirarki selepas Shafie Afdhal, memang jawatan ketua sepatutnya milik beliau namun jika dilihat dari gerakkerja UMNO di Kedah...lebih baik orang lain.

Jika bermain strategi, Bashah dilihat berjaya kerana terdapat ramai orang hampir di seluruh Kedah percaya beliau sudah SAH akan mengetuai UMNO Kedah dan Timbalannya Mukhriz. Untuk lebih enak didakyahkan bahawa Mukhriz memang telah dipilih sebagai Ketua namun MENOLAK kerana "tidak yakin". APa maksudnya dakyah sebegini. Tujuannya supaya akar umbi menerima dan redha dengan perlantikan Bashah.

Teori "MB Kedah yang sukses sebelum ini semuanya bodo (pendidikan tak tinggi) tetapi pegawai sekelilingnya cerdik" sudah tidak boleh diterima pakai. Adalah lebih bermaruah dan hebat sekiranya Kedah memiliki Ketua yang cerdik dan dianggotai oleh pegawai sekelilingnya juga orang yang cerdik. Oleh itu ayat "Orang bodo jadi ketua kepada orang cerdik" sudah boleh ditukar.

Mukhriz bersedia bila-bila masa sekiranya dilantik malah beliau tidak pernah menolak perlantikan sebagai Ketua Perhubungan di Kedah. Bagaimana beliau nak menolak sekiranya memang tidak pernah ada soalan bertanyakan persetujuan beliau. Dari sini pakteh melihat terdapat dakyah atau strategi licik untuk menaikkan individu lain selain dari Mukhriz. PM tahu dan ramai orang tahu, akar umbi Kedah mahukan Mukhriz.

Blog pakteh sekali lagi memberi sokongan sepenuh hati sekiranya terdapat usaha untuk memberikan peluang kepada Mukhriz agar dilantik mengetuai UMNO Kedah. Bukan yang lain tak layak namun Mukhriz lebih mendapat sokongan rakyat. Ramai penguasa parti di Kedah sebenarnya mengiktiraf AURA Mukhriz, jika tidak masakan mereka sanggup berpusu-pusu pergi/datang ke setiap program Mukhriz di Kedah walaupun tidak dijemput. Lebih menarik...Penganjur ditinggalkan, yang datang secara pipi tak mancung hidung tersorong-sorong berebut-rebut untuk berucap bagi menunjuk2 kepada Mukhriz bahawa merekalah orang yang Mukhriz boleh harapkan. Jangan dilupa kes di Harvard Hotel, Bidong beberapa waktu yang lalu. Sapa yang pi tanpa jemputan tu..bolehlah terasa dengan kenyataan pakteh ni.

Mereka yang cuba menonjol diri ini sebenarnya sanggup berbuat apa sahaja kecuali melibatkan periuk nasi mereka. Contoh mudah yang jangan semua pihak lupakan, Kenyataan Mukhriz agar Tun Abdullah letak jawatan akibat kekalahan dalam PRU 2008, berapa ramai ADUN/MP dari UMNO yang sanggup berdiri bergambar bersama Mukhriz ketika itu?. Kedah perlukan pemimpin yang berani seperti Mukhriz dan bukannya kaki bodek.

Begitu juga dakyah orang lain tak dilantik kerana mereka orang-orang KJ, Bagi pakteh, jika PM memang ingin menidakkan orang KJ, individu terbaik ialah Mukhriz. Pakteh yakin bahawa Mukhriz 200% bukan orang KJ.

p/s: Pengesahan bahawa Bashah sudah SAH dilantik sebagai ketua tu...Betoika...kaa hangpa balaci dia saja yang dok mainkan isu ni agar orang percaya n orang terima?

Thursday, December 9, 2010

Edisi Najib:!! Calling untuk Bashah dan KJ



Ketika sedang asyik menatap wajah makteh sekitar jam 11.00 malam, seorang sahabat menghubungi pakteh. Katanya Betoika?....aik..tu nama blog pakteh...apa yang betoi? tanya pakteh....

Menurut sahabat pakteh...dari suara atasan UMNO sudah mengesahkan bahawa Ketua Perhubungan UMNO negeri sudah SAH milik Bashah dan yang akan menolongnya Mukhriz. Katanya lagi 28 Disember 2010 ni Najib akan umum perkara tersebut. Sambil ketawa sahabat pakteh kata.."elok la tu...orang bodo jadi ketua orang cerdik...". Entah apa maksudnya pakteh pun tak tau...

Pakteh kata takkan Mukhriz nak balik mai Kedah jadi penolong pengawas ja?. Pakteh kata lagi...Kalu Mukhriz balik mai Kedah ni...rakyat memang syok tapi dia pasti kena kepak/pangkaih/cantaih sampai mampoih. Pakteh dok nampak kalu Mukhriz balik jadi Pengawas ka penolong pengawas ka...nasib dia mungkin seperti dijangka. Cuma sinar yang diharapkan adalah manis mulut dari Kebanyakkan Ketua yang mengakui bahawa mereka orang Mukhriz (dalam pemilihan yang lalu).

Bila buka blog pagi ni, terbaca pulak blog Azli Shukri yang menulis tentang KJ bakal jadi Menteri penuh dan kemungkinannya di KBS. Dalam bab KJ ni, baca la ulasannya di blog2 lain yang Pro BN. Insyaallah. kata hati pakteh senada dengan kebanyakkan blog tersebut. Gambar di atas ni sebagai langkah awal KJ untuk menghidupkan dunia anak muda...

kata pakteh: betoika?....betoi la kot kalau dah KJ sanggup jalan ke parlimen dan beraksi ala2 brad pit atas stage tu..

Wednesday, December 8, 2010

Edisi Terhad: Nik Aziz...Ruang yang semakin sempit


Pagi-pagi begini selalunya pakteh akan baca blog pakteh dan blog pro BN dan PR. Berita pagi ni yang pertama pakteh baca dari blog Azli Shukri Today, Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Parti Pas sakit dan dikhabarkan tenat. Beberapa pro BN menulis tentang perkara ini dan Alhamdulillah...semuanya mendoakan kesejahtaraan ke atas Nik Aziz Nik Mat.

Pakteh mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Mursyidul Am Pas ini akan cepat sembuh dan sihat. Khabarnya sakit beliau berturutan sejak berada di Tanah Suci menunaikan Haji. beberapa blog memaparkan gambar beliau di Tanah Suci berkerusi roda. Dalam berpolitik ada batasnya. Kita boleh berdebat, berhujah, berkilas pusing namun akhirnya apabila saat ditimpa musibah, Sebagai umat Muhammad S.A.W, kita terpanggil untuk turut serta mendoakan kesejahteraan Beliau. Kepada Kaum keluarga, sahabat handai dan penyokong Pas, bersabar dan berilah peluang untuk Tn. Guru Nik Aziz berehat.

Kebanyakkan pimpinan Pas tahu Tn. Guru Nik Aziz tidak sihat dan sudah tidak mampu untuk bergiat aktif dalam politik. Pakteh melihat pilihanraya Galas yang lalu memberi kesan yang agak besar kepada kesihatan Tn. guru. Bukan kerana kekalahan Pas di tangan BN tetapi Tn. guru Nik Aziz dikerah keringatnya siang dan malam untuk meraih undi. Melihat kepada angka umur beliau yang hampir mencecah 80 tahun, Tn. Guru Nik Aziz tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa. Selepas pilihanraya kecil DUN Galas, beliau terus ke tanah suci Mekah dan dikhabarkan mulai kurang sihat. Ini adalah rentetan yang pakteh maksudkan.

Akhirnya...kepada Allah jua kita berserah dan sekali lagi..marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Tn. guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan.

Tuesday, December 7, 2010

Edisi Liwat: Doa orang yang dizalimi tidak terhijab

Pakteh masih tertunggu-tunggu sumpah dari Anwar...
1. Sumpah di tak tutuh punggung saiful
2. Sumpah dia tak tutuh punggung sukma
3. Sumpah dia tak tutuh Azizan
4. Sumpah dia tak tutuh Samsidar

Kalau rasa letih nak sumpah empat perkara di atas, sumpah untuk kes tutuh punggung saiful pun dah cukup...sebab saiful dah renew dia punya sumpah. selepas sumpah 2008, saiful dah berdoa di Mekah sewaktu menunaikan haji dan membuat pengakuan memang benar punggungnya ditutuh oleh Anwar...

------------------------------------------------------------------------------------
Artikel utama pakteh petik dari: The Flying Kick Author : Cucu Tok Wan

Antara doa yang dimustajabkan Allah Taala adalah doa orang yang teraniaya dan dizalimi. Sama ada lambat atau cepat, doa tersebut, pasti Allah Taala tunaikan di dunia ini. Balasan bagi orang yang berbuat zalim, tidak hanya berbentuk fizikal, bahkan juga berbentuk emosi.

Apabila Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya bersumpah muhabalah, ramailah para penyokong Anwar Ibrahim yang mentertawakan dan menggelakkan anak muda pembancuh kopi bergaji mahal itu. Lebih mendukacitakan ialah prosedur sumpah itu pula yang dipertikaikan, bukannya isi kandungan sumpah tersebut dan kes yang cuba dibangkitkannya.

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwatnya sudah melewati 18 bulan dan menjadi antara perbicaraan terpanjang dan memakan masa paling lama di Malaysia kalau tidak pun di dunia. Perbicaraan sebenar masih belum berlaku sebaliknya selama 18 bulan, kerenah Anwar dan barisan peguambelanya hanyalah ingin menggugurkan kes berkenaan dari segi teknikal, bukannya dari segi fakta.

Lantaran itu, kesempatan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah telah digunakan oleh Saiful untuk melakukan satu lagi sumpah muhabalah. Kali kedua sebenarnya, sedangkan orang yang kena tuduh pula, mencari pelbagai helah untuk tidak bersumpah laknat sama ada dengan kaedah tradisional mahupun dengan kaedah yang dianggap menepati syara' seperti yang diterangkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha membela Anwar Ibrahim.

Antara lain yang terkandung di dalam muhabalah adalah sumpah laknat ke atas diri sendiri atau orang yang dituduhnya. Secara tidak langsung ia adalah sebuah permohonan atau doa kepada Allah Taala agar menurunkan bala dan kelaknatan, sama ada kepada orang yang bersumpah, mahupun kepada orang yang disumpah.

Dalam beberapa keterangan al Quran, Allah Taala memperingatkan tentang dosa dan kezaliman serta balasan azab yang Allah Taala turunkan kepada manusia yang zalim. Azab bala Allah Taala itu tidak hanya meliputi orang yang berdosa, sebaliknya diturunkan kepada seluruh penduduk.

Takutilah Allah Taala yang azab-Nya sangat keras!!!

Para penyokong Anwar Ibrahim sekali lagi melawak-lawakkan muhabalah Saiful di Makkah. Di dalam beberapa buah hadis, diterangkan tempat-tempat mustajab doa termasuklah di Hijr Ismail, di hadapan Kaabah dan di Raudhah Masjid Nabawi, selain di Masjidil Haram atau pun di Masjid Nabi.

Gelak tawa boleh berterusan namun azab Allah Taala adalah benar. Bagaimana sekiranya Allah Taala menurunkan bala bencana seperti yang dimuhabalahkan oleh Saiful? Tidakkah bala bencana tersebut bukan sahaja menimpa Anwar Ibrahim, sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak tahu pun macam mana hendak meliwat?

Mungkin keyakinan terhadap siksaan Allah Taala di dunia ini lagi, belum cukup memadai memandangkan tingkat-tingkat keyakinan berdasarkan Imam Al-Ghazali rahimahullah ada tiga macam:

(1) Keimanan orang-orang awam (Mubtadi): Golongan ini menggantungkan diri pada berita dan cerita orang lain. Mereka membenarkan cerita yang dikatakan oleh orang-orang yang mereka percayai. Perumpamaannya seperti ini, seandainya orang yang dipercayai itu mengatakan si fulan ada di dalam rumah, maka orang awam pun membenarkan apa yang didengarnya itu.

(2) Keimanan para ulama: Keimanan ini diperolehi oleh ulama dengan cara istinbath (penggalian kesimpulan daripada dalil dan bukti). Perumpamaanya seperti, dia mendengar suara si fulan di dalam sebuah rumah. Oleh kerana dia mendengar sendiri suara si fulan di dalam rumah, maka ulama itu menyimpulkan bahawa si fulan berada di dalam rumah.

(3) Iman dan keyakinan orang yang arif: Orang arif menyaksikan sendiri Al-Haq tanpa dihalangi oleh hijab. Perumpamaannya seperti, dia masuk ke dalam rumah dan melihat dengan mata kepalanya si fulan di dalam rumah.

Semoga kita semua dan negara ini tidak dilaknati Allah Taala sekalipun kezaliman dilakukan seseorang kepada seseorang yang bermuhabalah kerana sesungguhnya, kita tidak akan tertanggung beban azab daripada Allah Taala, walaupun sedikit, walaupun sekejap. Ujian-Nya kepada kita sahaja pun sudah cukup menyiksakan, apatah lagi azab-Nya!

p/s: Kalau Anwar mampu bersumpah...sudah pasti Anwar sudah bersumpah kerana hasil keuntungannya begitu besar. Anwar takkan lepaskan peluang yang begitu besar....tapi mengapa peluang sebegini dibiarkan?......

Wednesday, December 1, 2010

Peringatan!!! PRU13 makin hampir











Semakin bertambah hari, memang semakin hampir PRU13 tapi yang pakat dok buat telahan...bila?
Penangguhan pemilihan UMNO sehingga 18 bulan adalah petanda jelas disamping program DS Najib yang akan turun ke segenap negeri pada tahun hadapan. PR amat jelas tentang hal ini namun bagi ahli akar umbi BN, bersediakah mereka atau sedarkah mereka mesej dari presiden UMNO ini?. Harapan pakteh, DS Najib dapat memilih tarikh yang benar-benar sesuai dan tidak membuat kejutan sehingga KEM UMNO/BN sendiri terkejut beruk apabila diumumkan negara akan menghadapi pilihnraya pada Mac 2008 yang lalu.

Pakteh sertakan gambar sekitar penamaan calon bagi Parlimen/DUN sik utk PRU12 . Ini untuk peringatan kepada semua agar bekerja lebih keras sekiranya UMNO inginkan kemenangan 3-0 di Sik.

Gambar 1: Keluarga calon Parlimen Sik sedang kesedihan setelah menerima berita kekalahan BN

Gambar 2,3 an 4 : Gambar calon2 BN. hanya Saudara Tajuddin menang di DUN Belantik

Gambar 5: Penyokong setia (Jangan bawak mai dah tukang sorak rambut merah dari KL, Nash pun xyah mai laa - Man Desa bawak katanya)

Gambar 6,7 : Bekas2 Ketua UMNO Bhg. Datuk Mid Man ketika itu masih Ketua Bhg.

Gambar 8: pssst...gamabr terakhir tu malam keputusan diumumkan. Pakteh dan rakan-rakan mengumpul berita dari seluruh Kedah dan keputusannya...gambar juga mampu berbicara.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih