Pakteh tak perlu ulas manusia mana yang sering meminta segala kekuatan persenjataan negara didedahkan. setiap butiran yang selama ini menjadi rahsia cuba dibongkar.
Apa tujuannya?
Pendedahan Mohamed Razali bekas ahli DAP Pulau Pinang perlu dipandang serius dan diambil kira. Tidak mustahil akhirnya segala senjata yang negara miliki akhirnya tidak mampu untuk mempertahankan bumi tercinta ini. Kegagalannya bukan kerana senjata itu tidak canggih tetapi kerana segala maklumat tentang senjata yang dimiliki telah dibocorkan.
Hari ini, selepas DAP memainkan peranan, keldaian tunggangan DAP iaitu PAS pula menyambung suara DAP. Mungkin DAP risau untuk membangkitkan isu senjata disaat Lahad Datu musnah akibat Anwar Ibrahim, maka diarahkan budak suruhannya PAS untuk membongkar segala rahsia berkaitan senjata yang ingin dimiliki oleh negara. Lebih malang rahsia negara ini cuba dibongkar oleh Mahfuz MP Pokok Sena. Janganlah hendaknya rakyat Kedah menjadi petualang kepada musuh untuk membongkar rahsia negara.
Sudah-sudahlah tu.....berpolitik pun ada batasnya. Janganlah negara sendiri hendak digadai.
p/s: Terlupa pulak Pakteh...Mahfuz ni memang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang pesawat terbang....tak gitu Datuk?
p/s: Terlupa pulak Pakteh...Mahfuz ni memang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang pesawat terbang....tak gitu Datuk?
No comments:
Post a Comment