Wednesday, April 10, 2013

#savekedah : Laa...orang lain hang suruh buat kerja ikut cara Islam, bila puak hangpa? #NDEC bungkuss

Sapa tak bangga bila MB begitu tegas meminta rakyatnya buat kerja ikut cara Islam. Bangga sungguh walaupun cara MB suruh tu...dah lari dari garis etika kesopanan Islam.

Selepas 4 tahun menanti dengan penuh debar...betoika tak betoi...siap ka tak siap...dok tunggu jugak kot-kot last minute depa pi pacak kayu tiga batang dan mengaku dah siap.

Kepada rakyat kedah, cukuplah dengan 4 tahun lebih PR (PAS) diberi peluang merosakkan ekonomi Kedah. Jika lagi 5 thaun diberi....Pakteh tidak boleh bayangkan apa lagi depa nak tipu. Satu demi satu terdedah....

Pakteh copy & paste dari blog sahabat Pakteh AloqStaq dan dia copy & paste dari blog sahabat Pakteh juga iaitu Kedah times. 

Cadangan pakteh: Blog Kedah Times kini sedang giat mendedahkan kepincangan di KHTP yang dibuat oleh PAS sejak memerintah Kedah. terdapat lebih 10 artikel berkaitan berkaitan KHTP dan menjadi tanggungjawab setiap rakyat Kedah dan Malaysia untuk menuntut penjelasan PAS malah jalan terbaik ialah menjatuhkan mereka dalam PRU13. Tidak ada peluang lagi untuk mereka yang menipu, merosak, dan bertindak dengan cara tidak betul.

-----------------100% copy & paste ---------------------------------------------------

Sebagaimana Projek ZIPPY yang ditentang hebat sebelumnya oleh PAS yang kemudiannya di tukar nama kepada SULIHH untuk mengabui mata rakyat kononnya idea PAS, satu lagi projek yang hebat yang dilancar oleh YB Amiruddin pada Ogos 2008 ialah projek NDEC yang dikatakan berkelas dunia.

Setelah 4 tahun dilancarkan, projek tersebut sunyi sepi tanpa berita. Peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah dan teknologi tinggi yang dijanjikan nampaknya tidak tertunai.
Rakyat Kedah ingin bertanya kepada YB Amiruddin apakah perkembangan projek ini? Adakah masih dalam pengetahuan YB, atau hanya dilancarkan dulu sebagai gula-gula untuk rakyat semata-mata? Atau YB Amiruddin hendak mengatakan bahawa beliau tumpang bergambar saja, projek tersebut asalnya hasil perancangan kerajaan BN?

Mungkin YB Amiruddin sendiri pun sudah lupa pasal projek ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Golf.
Oleh OPAT RATTANACHOT

KULIM 22 Ogos - The Northen Data Exchange Centre Sdn. Bhd. (NDEC) hari ini melancarkan pusat data berkelas dunia yang pertama di wilayah utara, dengan pelaburan sebanyak RM135 juta.

NDEC yang merupakan pembekal perkhidmatan sokongan penyenggaraan data membangunkan pusat data seluas 130,000 kaki persegi itu di bangunan tiga tingkat di Pusat Perniagaan 2, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini.

Pengarah Pembangunan NDEC, Hanif Yon berkata, pusat tersebut yang dibangunkan bersama pihaknya dengan Kumpulan CSF Sdn. Bhd. itu akan turut dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menyediakan perkhidmatan pusat data generasi kedua.

"Pelaburan terbaru ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur di KHTP dan negeri Kedah, amnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pusat data itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di KHTP, dekat sini.
Petikan dibawah adalah status projek tersebut sehingga 2011.

Projek Northern Data Centre (NDEC) yg dilancarkan pada tahun 2008 bersama dengan seorang penyokong UMNO, tetapi telah tiba-tiba beralih arah menyokong PAS bernama Encik Hanif Yon (kat mana dia la ni Yusrin Zakri Adnan…?). 

Sehingga kini tiada langsung berita mengenai NDEC ni walau pun bangunan yg dicadangkan untuk menempatkan NDEC iaitu bangunan Business Centre 2 telah pun siap sepenuhnya di KHTP. 

Sebenarnya projek ni gagal kerana mereka (Yusrin & Hanif Yon) merancang menaikkan kos projek tersebut dari kos asal RM6 juta kepada RM10 juta, dan ni dapat dihidu oleh satu blog picisan juga pada tahun 2008 (cerita detail akan menyusul, siap dengan diagram nak renovate).

1 comment:

Anonymous said...

hanif yon dok di penang org perak. Dia ni yg kata PAS ni pun ambik rasuah cuma beza dia dgn org lain ialah dia baca bismillah dulu

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih