Thursday, April 11, 2013

#savekedah : Kisah benar dari blogger Betoika @ Pakteh..!!

Lama Pakteh pendam perasaan yang bercampur baur....marah, geram, benci, redha dan bermacam lagi mainan perasaan.

Sejak abah sakit, kerisauan mula timbul kerana PAS KEDAH @ PR sering GAGAL menyediakan air yang mencukupi untuk setiap rumah. Sakit yang berpanjangan menyebabkan air menjadi begitu penting apatah lagi akhirnya Abah sudah tidak mampu untuk berjalan.
Pakteh merungut dalam diam kerana memikirkan satu hari air itu akan tiba cuma sedikit risau apabila sudah berminggu air tidak ada dan jika ada pun sekadar meleleh di kepala paip.

Ramadhan tahun 2012 disambut dalam suasana yang agak kelam kabut kerana abah sering sakit dan masa banyak dihabiskan di Hospital Pulau Pinang. Ramai kawan dan sanak saudara datang menziarah di hospital dan pakteh terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh semua yang datang.

Ketika ramadhan hampir ke penghujung abah meminta untuk dibawa pulang kerana lebih selesa dirumah. banyak yang pakteh fikirkan terutama soal air yang datangnya seperti bil air...sebulan sekali. Puas dipujuk, akhirnya keluarga mengalah dan abah dibawa pulang pada 17 ramadhan.

Pakteh memahami hakikat suratan takdir, 19 ramadhan, jam 9.15 pagi, abah pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Pakteh redha kerana kita semua akan menuruti jejak abah. Tidak akan terlebih atau terkurang walau sesaat, bila masanya tiba...kita akan pergi mengadap Ilahi.

Dalam saat dirundung kesedihan, masalah akibat dari kelemahan PAS KEDAH @ PR mula timbul. Bukan berniat untuk mempolitikkan tetapi sudah lebih setengah tahun pakteh pendamkan perasaan ini. Biarlah cerita ini menjadi pengajaran kepada setiap rakyat di Kedah dan di Malaysia bahawa Pemerintah bukan boleh dilantik sewenang-wenangnya apatah lagi yang sering mandabik dada dan menuduh orang lain tidak betul.

Ketika hendak dimandikan jenazah untuk pertama kali, air tidak ada. ANDA BAYANGKAN SITUASI PAKTEH. Apakah boleh ditakrifkan ini hukuman tuhan kerana abah pakteh sejak dulu keahliannya adalah UMNO?. Tidak.....100% Pakteh letakkan kelemahan kerajaan PAS KEDAH @ PR adalah menjadi penyebab. Bolehkah pakteh maafkan pemerintah sebegini?. Pemerintah yang dokrinnya hanya menipu rakyat melalui signboard Kedah Sejahtera?.

Mujurlah kerana kerajaan PAS KEDAH @ PR sudah lama gagal menyalurkan air bersih kepada rakyat, ada dikalangan penduduk mengambil anisiatif mendapatkan air dari bukit berdekatan. Ya...airnya jernih, bersih, sejuk namun untuk diminum amat tidak sesuai. Begitu juga kesudahannya apabila jenazah dimandikan kali kedua sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.

hati Pakteh terdetik, dalam soal semudah membekalkan air kepada rakyat pun PAS KEDAH @ PR GAGAL, bagaimana mungkin puak ini mampu menguruskan hal-hal lain yang lebih rumit seperti KHTP. hati Pakteh sayu memikirkan puak yang mengaku Islam dan melaksanakan urusan secara Islam akhirnya menyebabkan perkara mudah dalam tuntutan Islam menjadi susah.

Jika Pakteh berterusan menyatakan Puak PAS KEDAH @ PR ini tidak layak memerintah, percayalah itu adalah kebenaran yang terlalu pahit yang pakteh lalui.

kepada rakan dari Pas, fikirkan perjuangan anda. Kehendak yang terlalu besar dalam melaksanakan Islam mana mungkin tercapai jika perkara yang mudah dan senang anda gagal untuk laksanakannya.

Buat PAS KEDAH @ PR, Pakteh masih sedih....!!

#savekedah

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih