Belum pernah terjadi dalam sejarah perjuangan Pas, ahlinya tanpa mengira kedudukan berebut untuk menjadi calon. Jika dulu setakat teringin tapi kali ni boleh dikategorikan benar-benar bernafsu.
Pakteh cuba mencari punca mengapa keghairahan mereka menjadi begitu tinggi hingga terkadang kelihatan klimaknya terlalu awal. Cubalah rakan-rakan ahli Pas bertanyakan golongan lama dalam parti yang warna hijau mengalir dalam darahnya.
Analisis mudah yang boleh dibuat oleh semua orang ialah PR menang besar PRU12 dan Pas Kedah baru mula menikmati harta rampasan perang. Itu jawapan semua orang dan Pakteh tidak terkecuali. Namun begitu hati kecil Pakteh merasakan apakah teruk sangat Pas Kedah hingga terlupa segala pahit perit perjuangan insna-insan terdahulu?. Lemah sangatkah jati diri Bangsa Pas apabila tersungkur dek kenikmatan menduduki kerusi empuk?.
Akhirnya Pakteh menyedari, kekalutan yang berlaku dalam Pas hari ini bukanlah dek kerana rampasan perang semata-mata. Kebodohan yang ditunjukkan kebelakangan ini juga bukan kerana terlupa jati diri Bangsa Pas sahaja. Sebenarnya ada PUNCA yang lebih besar yang tidak disedari secara langsung oleh Bangsa ini.
Mengimbau kembali sebelum merdeka, UMNO dan sekutunya mempunyai jati diri yang begitu kuat malah setiap ahli akan berusaha untuk menampilkan calon yang terbaik dalam setiap pelihanraya. Sekitar 70an UMNO yang menerajui pemerintahan negara berhadapan dengan situasi pelik apabila ada anak muda Melayu yang memberontak menggunakan kaedah Yahudi. Belum pernah ada sebelum itu anak Melayu bangkit memberontak terhadap kepimpinan negara semata-mata dengan alasan yang dipalsukan atau bahasa mudahnya menipu. Anak muda Melayu ini tanpa malu mendakwa nyawa rakyat negara ini telah melayang dek kerana KELAPARAN di Baling dan penipuan ini menyebabkan Anak Muda Melayu bangkit memberontak terhadap kerajaan pimpinan UMNO.
1982 menjadi titik pelik kepada sejarah perjuangan UMNO apabila anak muda Melayu yang awalnya memijak UMNO kini melangkah penuh bergaya dengan permaidani indah menjadi hamparan aluan kehadirannya. Malang buat UMNO kerana bermula dari tarikh itulah, segala jati diri dan semangat cintakan parti mulai runtuh. Anak Muda ini dengan rakus memijak sesiapa sahaja yang menjadi penghalang dengan segala cara yang tidak pernah dilakukan oleh ahli UMNO sebelumnya. UMNO melalui fasa yang amat teruk apabila tangan jalang anak muda ini merosakkan setiap integriti yang dibina oleh UMNO selama puluhan tahun.
Selepas 16 tahun, 1998 menjadi detik keramat apabila individu yang merosakkan UMNO ini akhirnya diterajang keluar dari parti. Mungkin bagi pandangan orang lain, sudah agak terlambat kerana membiarkan UMNo dirosakkan selama 16 tahun tetapi Pakteh berpandangan, lebih baik rosak 16 tahun dari terus membiarkan UMNO rosak dan hancur buat selama-lamanya.
Keuntungan yang diperolehi UMNO menjadi berlipat kali ganda apabila Pas menyambut baik perosak UMNO ini.
Hari ini, jika anda amati mengapa Pas menjadi caca merba dan sudah terkeluar dari landasan perjuangannya, Anwar Ibrahim adalah jawapannya. Tidak ada individu lain yang boleh dikaitkan dengan kerosakan yang dialami Pas ketika ini.
Pernahkah anda terfikir Pas bergaduh sesama Pas?
Pernahkah terjadi Exco kanan Pas "diculik"
Pernahkah terjadi Pegawai yg dilantik mencerca sesama ahli parti?
Pernahkah ahli Pas memaki hamun pemimpinnya?
Jika UMNO perlukan 16 tahun untuk rosak, Pas juga sebegitu, 1998 hingga kini sudah melangkau 15 tahun dan kesannya sama...Pas sudah rosak.
UMNO yang rosak kini sudah diperbaiki sedikit demi sedikit dan akhirnya Pakteh percaya...PRU13 UMNO akan menampilkan insan yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara dan Pas terpaksa bersingsing lengan untuk memilih calon pilihan puak masing-masing. Tahniah Anwar....
p/s: Ketua Wanita UMNO akan Kak Jat bekerja keras membantu kemenangan Raja Nong Chik, dan Kak Jat takkan bertanding kali ni. Tahniah Kak Jat....keikhlasan anda dihargai.
No comments:
Post a Comment