Jika sekali tertipu mungkin dianggap kurang cermat tetapi jika berkali-kali atau setiap hari ditipu, itu bukan lagi tidak cermat tetapi memang bodoh atau bangang tahap kritikal.
Pakteh melihat jentera perang saraf Anwar/PR mula bergerak aktif dari segenap aspek dan isu. Jika sebelum ini satu isu dimainkan secara berasingan namun hari ini anda boleh lihat beberapa isu lapuk dan fitnah dilaungkan secara bersama dan serentak.
Bukan secara kebetulan kumpulan anti Lynas, Kumpulan India nak warganegara, Kumpulan Deepak SD Bala, Kumpulan AES dan kumpulan perosak pelajar melaungkan secara serentak bantahan mereka. Setiap isu ini sebenarnya memang tidak ada isu tetapi dengan skill Anwar yang amat bijak memutar belit dan menipu, tiada isu sebenarnya adalah satu isu.
Pakteh suka merujuk kepada artikel tulisan Mohd saifullah Mohd Zulkifli pada 13/12/2012 11.40 AM yang bertajuk "Demo Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat".
Pakteh tidak pasti berapa umur Mohd Saifullah namun kisah 38 tahun lalu wajar dijadikan tauladan. Kisah bagaimana sebuah khabar angin yang diada-adakan akhirnya menjadi punca kepada kegilaan pelajar berdemostrasi. Khabar angin yang dibawa oleh mulut Anwar (memang menipu) mendakwa ada kematian di Baling akibat kebuluran. Ketua Demostrasi Baling 1974, Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah bekas Ketua Pengarang Bernama diperdaya oleh Anwar bahawa memang terdapat kematian di Baling sehingga kumpulan pendemo ini sanggup berminggu-minggu berdemo. (Baca luahan hatinya disini)
Baca juga apa kata wartawan yang menyiasat secara langsung isu ini pada tahun 1974 disini
Dua individu yang terbabit secara langsung di atas mengesahkan TIDAK ADA KEMATIAN DAN HANYA AUTA ANWAR SAHAJA
Apakah motifnya Mohd Saifullah melalui Malaysiakini mengajak pelajar menjadikan Demo Baling sebagai simbol kebangkitan rakyat?. Apakah perlu pelajar bangkit berdemostrasi dek kerana alasan Mohd Saifullah Kenaikan harga barang dan bebanan sara hidup yang meningkat?.
Jika itu alasannya, dunia mana hari ini tidak ada peningkatan kos sara hidup? Pakteh ingin cadangkan penulis artikel tersebut bertandang ke mana-mana pasaraya dan lihat cara orang Malaysia berbelanja. Lihat cara mereka menikmati hidangan tengahari atau malam atau tengah malam.
Jangan membodohkan pelajar atau jangan anggap semua pelajar bodoh seperti segelintir pelajar yang mudah terpedaya sehingga pelajaran terabai. Jika penulis berharap semua pelajar IPT akan bangkit memberontak, Pakteh berpandangan penulis tersebut berada dalam dunianya sendiri dan berkhayal seperti berada di Mesir yang serba kekurangan atau di Indonesia yang penuh kemiskinan. Ini Malaysia Bro...Pelajar IPT menikmati segala-galanya...
p/s: Ubi Gadung hang penah makan dak? hang penah tengok pokok dia dak? Hang tau dak nak buat lagu mana? Kalau tak tau mai Pakteh tunjuk. Teloq ayam pun kalau hang tak proses elok2 ketika nak rebus, boleh terkena virus dari taik pada telur. Begitu juga Ubi Gadung.....takkan hang nak harap 1974 rakyat lepak kat Mc D?
No comments:
Post a Comment