Pakteh ni kerjanya hanya tebang buluh, cari rotan, cari teja, cari depu. Bab-bab nak siasat kes perprofile tinggi hingga melibatkan banyak sangat organisasi jahat seluruh dunia Pakteh tidak ada kepakaran.
Namun begitu kerana tajuk Pakteh semalam mengaitkan Anwar dengan kejahatannya, Pakteh perlu tunjukkan bagaimana perlu kita akui kejahatan tersebut bersemadi dalam hati Anwar. Buat masa ini, AIDC adalah tempat terbaik untuk merujuk segala kejahatan Anwar. Ini sedikit yang boleh ditunjukkan.
AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di
sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal
di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan,
iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.
Bekas
pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada
yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak
tahun 1980-an.
Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam
wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan
Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari
awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di
Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga
ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel
Foundation.
Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National
Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED
dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute),
IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.
Namun,
kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih
dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan
gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.
Baca seterusnya di AIDC
No comments:
Post a Comment