Saturday, December 29, 2012

Kan dah kata...Anwar memang jahat

Pakteh ni kerjanya hanya tebang buluh, cari rotan, cari teja, cari depu. Bab-bab nak siasat kes perprofile tinggi hingga melibatkan banyak sangat organisasi jahat seluruh dunia Pakteh tidak ada kepakaran.

Namun begitu kerana tajuk Pakteh semalam mengaitkan Anwar dengan kejahatannya, Pakteh perlu tunjukkan bagaimana perlu kita akui kejahatan tersebut bersemadi dalam hati Anwar. Buat masa ini, AIDC adalah tempat terbaik untuk merujuk segala kejahatan Anwar. Ini sedikit yang boleh ditunjukkan.

AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an.

Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation.

Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.

Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.

Baca seterusnya di AIDC

Friday, December 28, 2012

Apa lagi Anwar boleh buat?

Saban hari Pakteh ternanti-nanti apa lagi idea yang Anwar ada. Sejak 2008, Pakteh memang terpaksa mengakui Anwar mempunyai satu naluri jahat yang jarang pada manusia bergelar Melayu dan beragama Islam.

Sebaik-baik Iblis itu adalah sejahat-jahat manusia namun kategori Anwar ini, sukar Pakteh nak kategorikan kerana firaun, qorun, dan beberapa nama Yahudi dan Nasara berada dalam senarai manusia yang jahat. Mengapa begitu sukar untuk memberi penilaian kepada Anwar?

Anwar mengakui dirinya Islam dan pejuang Islam tetapi secara halus mempermainkan Islam
Anwar memaparkan dirinya mengamalkan Islam dengan baik tetapi secara simboliknya berusaha membawa idea pluralise yang merosakkan agama

Anwar mmpotretkan dirinya pejuang kaum Melayu tetapi dibisikkan kepada Cina dan India beliau pendokong lain-lain kaum dan Melayu tak tahu apa-apa
Anwar mempotretkan dirinya anti rasuah, anti kronisme dan anti nepotisme tetapi Anwar sendiri adalah pengamal tegar kepada ketiga2 perkara ini.

Sukar Pakteh nak kategorikan kerana Anwar ini agamanya Islam. Manusia jahat yang lain seperti yang diketahui umum adalah manusia kafir. Bolehkah anda terfikir manusia Islam menjadi begitu jahat seperti Anwar?

Imbau kembali kejahatan Anwar. Tidak perlu lama...mulakan saja dari 2008 kerana jika diambil ari zaman remaja....terlalu banyak perlu dibariskan.

Percayalah...segala huru hara, kacau bilau, ketakutan dan kerisauan yang berlaku sejak 2008 adalah berpunca dari Anwar. Pernahkah PAS bertindak seperti Anwar sebelum ini? Pernahkah DAP (kecuali 13 Mei) begitu gila seperti sekarang?

Semua ini adalah kerana Anwar. Zaman gila yang kita lalui sejak 4 tahun ini adalah disebabkan oleh manusia yang bernama Anwar.Fakta dan Data anda boleh kutip dari merata-rata blog untuk menilai betapa dasyatnya kegilaan manusia bernama Anwar ini.

Sebelum membenarkan manusia ini memiliki sedikit kekuasaan, jatuhkan beliau sebelum sempat bangun. PRU13 adalah medan terbaik untuk menolak manusia ini.

p/s: Artikel dari kata Pakteh ini boleh digunakan untuk memahami artikel dari blog Zamkata (Zainudin Maidin). Secara Ikhlasnya, tulisan Pakteh dilakarkan tanpa membaca artikel Zamkata dan hanya selepas diterbitkan barulah terbaca artikel Zamkata. InsyaAllah...kita tunggu pendedahan Zamkata (walaupun bukan rahsia lagi) untuk kembali mengingati kejahatan Anwar terutama dizaman remajanya terutama isu Baling.

Thursday, December 27, 2012

Sik akan memberi kemenangan 100% kepada UMNO

PRU13 tak sampai 150 hari lagi. Bermula dari hari ini hingga 150 hari akan datang, pasti PRU13 akan muncul.

Kawan-kawan bertanya kepada Pakteh, bagaimana dengan Sik yang sering kali beralih arah. Pakteh tidak pasti samada soalan itu untuk menguji Pakteh atau benar ingin tahu status Sik yang kini berstatus 2 (PAS) - 1 (UMNO).

Seperti penyokong Harimau Malaya  yang mengharapkan kemenangan, Pakteh juga memberikan jangkaan yang begitu baik iaitu 3 (UMNO) - 0 (PAS) dengan  undi mojoriti kepada calon meningkat.

Buat masa ini, BN (UMNO) di Kedah adalah pembangkang
Buat masa ini, UMNO di Sik juga pembangkang

Tetapi rakyat sepanjang 4 tahun telah dapat melihat bagaimana UMNO sanggup turun padang membantu rakyat walaupun statusnya pembangkang. Segala permasalahan rakyat diselesaikan oleh UMNO.

Pakteh bawa pembaca blog Pakteh kepada kes di Sik. Bukan ingin mendabik dada tetapi gerak kerja YB Datuk Tajuddin (Belantik) dan pasukannya amat jauh mengatasi YB Parlimen dari Pas dan YB Jeneri. Pakteh fikirkan YB Parlimen Sik mampu menguruskan Parlimen Sik dengan baik tetapi rupa-rupanya rakyat Sik di tipu. Panggilan Cikgu Uda tidak mampu menutup kelemahannya sebagai Ahli Parlimen malah jika hendak dibandingkan dengan Dato' Dr Wan Azmi, mantan ahli parlimen Sik, Cikgu Uda ketinggalan teramat jauh. YB Jeneri usah disebut lagi namanya kerana ada seperti tiada...tiada memang comfirm langsung tidak berbekas.

Keupayaan Yb Tajuddin menggerakan jentera UMNO di Sik untuk menangani setiap permasalahan rakyat boleh dianggap sebagai satu promosi untuk UMNO dan diri beliau sendiri yang Pakteh yakin akan dicalonkan semula.

Cikgu Uda sanggup membiarkan Keli K makan pokok balak dan Pasir di Sungai Pau tanpa berusaha mengelakkan musibah. Persetankan segala pembelaan kosong oleh Setpol MB berkaitan isu ini kerana akhirnya rakyat dikejutkan dengan penebangan hutan balak secara rakus dan zalim di Kedah dengan kawasan tadahan turut diterkam dengan dasyat.

Setiap musibah yang menimpa di daerah Sik, individu yang muncul tanpa mengira kawasan ialah dari kalangan ahli UMNO terutama YB Tajuddin dan teamnya. Rakyat Sik tertanya-tanya kemana perginya YB Sik dan YB Jeneri?.

Mungkin juga PAS telah mengaku kalah awal dan sanggup membiarkan UMNO menang mudah 3-0 di Sik. Pembaca boleh pergi sendiri ke Sik dan tanyakan orang ramai, Siapa YB Cikgu Uda dan apa kerjanya. Tanyakan pula siapa YB Tajuddin, pasti setiap rakyat Sik mengenali individu yang sentiasa tersenyum ini.

Aii.....Pelik benar tulisan Pakteh hari ni. jarang benar Pakteh menulis berkaitan individu dari UMNO seolah-olah mempromosikan calon PRU13.

Ya betul....apa salahnya dalam tempoh 100 hari ini Pakteh promosikan nama-nama yang layak untuk menjadi pemimpin di Sik. Jika bukan hari ini dan esok dan lusa dan minggu depan dan bulan depan, bila lagi? Selepas PRU13?

Soal kerusi mana YB Datuk Tajuddin akan diletakkan, itu bukan kerja Pakteh tetapi YB Belantik buat masa ini dilihat mampu bergerak kehadapan dalam suasana UMNO amat lemah 2008 hingga kini bangkit dan kembali gah.

Nama-nama lain ada tak?.....ada...ramai nama yang sampai ke telinga Pakteh melalui sumber yang jauh-jauh....malah.....kalau nak jangkakan nama-nama calon untuk ketia-tiga kerusi pun boleh. Betoika Pakteh...hehe..mentang-mentang Pakteh ni kerja tebang buluh..hangpa tak percaya...

Depa kata letak sapa pun takpa...bulih menang pasai PAS sekarang sangat-sangat teruk...hahaha....sampai lagu tu jadinya PAS sekarang....

p/s: Marketing Plan kena tau saat-saat 100 hari ni......product hebat tapi promotion kurang...tak guna jugak. 

Monday, December 24, 2012

Sokong DAP bermakna sokong Kristian guna nama Allah


Pakteh tak perlu ulas banyak dalam hal ini. Rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Kerana Melayu itu beragama Islam...fikir-fikirkan.

Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan membenarkan puak-puak Kristian menggunakan perkataan Allah bagi ganti nama TUHAN dalam kitab Injil.

Orang Islam dalam PAS dan PKR

Hangpa sokong/pakat dengan DAP.....bermakna hangpa sokong Perkataan ALLAH digunakan oleh orang Kristian.

Selepas Ezam...Nalla SAHkan Anwar memang PELIWAT

Kawan-kawan Pakteh tanya pasai Pas bagi balak kat DAP untuk naikkan Nizar jadi MB Perak dulu..
Pakteh kata benda-benda pelik ni nak heran apa kalau dah nama Partinya PAS. Apa saja boleh asalkan anda jadi ahli PAS.

Betoika lagu tu?

Betoila....kat kampung Pakteh juara hisap dadah, juara anak luar nikah, juara judi, juara masuk jel semua kaum kerabat ahli PAS. Esok nak mengundi malam ni boleh pekena ganja sebalut dua...cari ilham nak pangkah yang mana walaupun dah terang2 siang malam berkempen untuk PAS. Ada jawatan lagi dalam PAS.
Jadi nak heran apa kalau benda pelik2 terjadi ketika PAS memerintah....hahaha...bela ikan keli tapi makanannya kayu balak. Semua tu kerja PAS la tapi bukan di Kelantan....hak tu di Sungai Pau, Sik Kedah. Bela keli, makanannya ikan..alih2 yang kluaq lori pasiaq....hahahaha...

Pakteh dok nampak depa dok tarah bukit di Empangan Pedu sampai lunyai tu pasai nak bela ikan keli la kot?

Apa yang Pakteh nak kata hari ni pasai Anwar.

Memang semua orang tau dia ni kaki main pungkoq masalahnya pakat tak mau mengaku kata Anwar kaki pungkoq.

Jadi hari ni Pakteh terbaca lagi artikel terbaik pendedahan oleh Theunspiner disini.

P baca disana sebab ulasannya amat-amat menarik dan tak perlu Pakteh ulas disini.

Tahniah Bro Unspiner....sehari dua ni artikel betul2 mencelakakan PR.....

Friday, December 21, 2012

Perhimpunan Aman Marahkan kerajaan..Jom sokong Mat Sabu

Pakteh terkejut bebeno bila Mat Sabu kelihatan cerdik sebegini. Bukankah sebelum ni setiap tindakan beliau dilihat sebagai liabaliti kepada parti?.

Namun calon PM Malaysia ini mungkin menyedari hasrat beliau untuk jadi PM perlu dibuktikan dengan tindakan yang wajar ketika ini.

Jom rakyat Malaysia yang marahkan kezaliman kerajaan Negeri Selangor kerana gagal menunaikan janji 2008.
Jom rakyat Malaysia yang bencikan kebebalan kerajaan negeri Kedah menguruskan negeri sehingga hancur lebur sejak 2008
Jom rakyat Malaysia yang meluat  dengan Guan Eng memerintah kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2008
Jom rakyat Malaysia yang sudah tidak tertanggung dengan zuhud pas Nik Aziz di Kelantan sejak lebih 20 tahun dulu..

Jom ramai2 turun mengikut setiap arahan Mat Sabu berdemo secara aman.


Tuesday, December 18, 2012

Akhirnya...Ezam akui dengan JELAS Anwar seorang Peliwat

Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang mampu menggegarkan bumi Malaysia sejak 1998, Pakteh beranggapan banyak perkara tentagn Anwar diketahui oleh Ezam.

Jika muda-mudi hari ini mendabik dada kononnya mereka sang setia paling hebat pernah Anwar ada, nilaikan pula apa yang tidak pernah dibuat Ezam untuk Anwar. Apa sahaj arahan dan perancangan Anwar, mampu dilaksanakan Ezam malah Ezam boleh dikatakan tunjang kekuatan PKR.
Atas faktor itu, Pakteh tidak pernah menolak sebarang berita yang keluar dari mulut Ezam. Bukan sedikit perasaan syak wasangka Pakteh terhadap Ezam ketika mula-mula Ezam berpatah arang dengan PKR. Amat sukar untuk dipercayai seorang yang Pakteh anggap calon pemimpin terhebat PKR sanggup meletak jawatan ketika namanya gah dikalangan ahli.
Pakteh menilai kekuatan emosi saudara Ezam, ya..jiwanya muda namun seorang yang fokus dan layak bergelar pemimpin dan sehingga ke satu tahap, Pakteh memikirkan inilah trojan Anwar yang diserap secara licik kepada UMNO. Pakteh menanti dengan sabar apa akan diperkatakan oleh Ezam tentang Anwar. Segala pendedahan sebelum ini tidak berbekas kepada Pakteh kerana Ezam hanya bermain secara atas permukaan.

Ezam pernah mendedahkan Wan Azizah sanggup berpesan kepada beliau agar jangan biarkan Anwar bersama lelaki lain dalam rumah tetapi ini juga bagi Pakteh masih diperingkat foreplay, sedikit bawah dari permukaan namun belum ditusuk sehingga ke dasar. Masakan boleh menikmati kelazatan jika hanya permukaan yang sering damain-mainkan. Segala pendedahan Ezam memang menyakitkan Anwar namun pernahkan anda mendengar Ezam mengakui bahawa beliau meninggalkan PKR pada tahun 2005 adalah kerana Ketua Umumnya seorang peliwat?. Tidak...

Apabila timbul isu Saiful Bukhari pada tahun 2008, Ezam masih bermain dipermukaan dan kadang-kadang menerjah hingga ke separuh jalan namun tidak pernah sampai kedasar. Ezam betul-betul seorang pemain yang hebat kerana apabila sering menghenjut dipermukaan dan kadang-kadang mengusik dikiri dan kanan, orang akan terus meminta-minta untuk dihenjut dan dihenjut.

Ezam sedar, jika sejak 2005 dahulu, henjutannya membawa ke dasar, dirinya sendiri akan terkulai layu dan tidak mampu untuk bertahan lama dalam permainan yang mengasyikkan ini.

Akhirnya...setelah dilihat henjutan di permukaan dan pertengahan memberikan keasyikan yang bisa menggoncangkan kepada Anwar, Ezam mula menujah hingga ke dasar dan hari ini, laporan terhadap kata-kata Ezam membuktikan beliau keluar PKR pada 2005 kerana isu LIWAT ANWAR.

Henjutan dan tujahan Ezam belum mampu sampai ke kemuncak atau climax tetapi Pakteh percaya....henjutan Ezam sudah semakin laju, nafasnya sudah tidak keruan, mindanya sudah terfokus kearah mencapai kemuncak sasaran dan sebelum PRU13, Pakteh yakin, Ezam akan memuntahkan segala-galanya dan ketika itu, Anwar akan terkulai layu dengan henjutan Ezam.

p/s: Yakinlah tuan tuan dan puan puan...Anwar memang seorang peliwat.

Jom ramai-ramai masuk DAP.....nanti dapat cenderahati

Jom

jangan tunggu-tunggu

nanti mati rugi

rugi sangat-sangat


bukan senang nak dapat cenderahati

hanya yang lebih 35 tahun jadi ahli ja layak

Hebatnya DAP

Bodohnya Melayu DAP

hanya untuk dapat cenderahati

sanggup bergelumang dengan DAP

Mengapa bodoh?

setakat nak dapat cenderahati

Ahmad Ton hanya perlu masuk sukaneka hari keluarga di Tadika anak-anak

Yang menang dapat hadiah

yang KALAH dan tak KUAT dan TIDAK ADA SOKONGAN akan dapat cenderahati

Itulah nilainya cenderahati

tapi Ahmad Ton tunggu lebih 35 tahun

Lama tu.....rupa2nya puluhan tahun dahulu sudah ada Melayu yang menjadi kuda tunggangan DAP.

Apa boleh buat, memang tak Melayu hilang di dunia tetapi sejak zaman Melaka juga sudah ada Melayu yang sanggup menggadaikan Agama, Bangsa dan Negara demi sesuatu ANUGERAH.

Sunday, December 16, 2012

Kedah ku makin merana

Apa akan jadi jika Pas masih diberi mandat untuk menerajui Kedah selepas PRU13. Jika sejak 2008 sahaja hampir lunyai dikerjakannya, Pakteh berpandangan Kedah akan terus hancur lumat jika puak-puak ini masih berkuasa.

Pakteh teramat-amat marah dengan kebodohan puak Pas yang mengambil balak di Kawasan tadahan Empangan Pedu/Muda. Sejak pertama kali melihat dengan mata kepada Pakteh sendiri penebangan di pinggir air Empangan Pedu, hati Pakteh amat tidak tenteram. Pakteh amat-amat sakit dan amat jarang merasai perasaan begini terhadap parti lawan. Pakteh suka bertentangan pendapat antara parti kerana ini akan memberi kebaikan kepada rakyat tetapi dalam kes penebangan balak yang dibuat secara semborono, Pakteh teramat marah dan sukar memaafkan kejahatan sebegini.

Selain kedungguan menguruskan KTPC, kini muncul pula isu lama air sungai Muda nak dijual kepada pengguna komersial malah MADA juga turut menjadi sasaran. Jika sebelum ini petani sudah dikenakan kos untuk tali air, penggunaan air Sungai Muda juga kini diberi perhatian oleh Pahrolrozi untuk dijual. Apakah hanya itu idea puak Pas untuk dapat duit?.

Naikkan bil SADA
Jual air pada MADA

Apakah ini tidak cukup untuk membuktikan Pas bukan mensejahterakan rakyat tetapi mengsengsarakan rakyat.

p/s: Terimalah hakikat.....Pas hanya layak menjadi pembangkang. 4 tahun peluang diberi hanya merosakkan Kedah...sama seperti Paklah yang hanya merosakkan UMNO/BN.

Friday, December 14, 2012

Tindakan Terdesak Anwar

Jika bukan terdesak, apa lagi yang boleh Pakteh anggap melalui tindakan Anwar mengolah semula skrip-skrip lama yang telahpun diselesaikan oleh pimpinan DS Najib.

Demostrasi Baling 1974 sebenarnya mendedahkan tembelang Anwar yang suka menipu dan memanipulasi rakan dan rakyat demi cita-cita besar beliau. Bukankah membangkitkan kembali peristiwa tersebut sebenarnya adalah tindakan terdesak. Jika bukan terdesak, takkan timbul isu Demostrasi Baling 1974 kerana Anwar ingin hal tersebut terpendam dilubuk hati orang yang mengetahui kejahatannya dulu.

Deepak dan PI Bala, bukankah ini isu lapuk yang tidak dipandang oleh majoriti rakyat kerana sedar tangan ghaib Anwar bersembunyi dibelakang kedua-duanya. Jika bukan terdesak, Anwar takkan mengambil tindakan kurang cermat ini untuk mengaburi mata rakyat. Akibat gopoh dan terdesak, hanya dalam tempoh singkat sahaja, kebusukan plan Anwar dalam isu Deepak ini terbarai diketahui rakyat.

Isu kerakyatan kaum India juga adalah isu yang diselesaikan dengan baik oleh kerajaan tetapi Anwar amat-amat terdesak. Sokongan kaum India yang kembali beralih kepada BN membuatkan Anwar terdesak menggunakan isu ini. Akhirnya terdedah bahawa yang ikut serta dalam tunjuk perasaan di JPN tempohari adalah mereka yang diberi taraf penduduk tetap malah Naib Presiden PKR yang kuat melalak kononnya ada 300 ribu kaum India dinafikan warganegara juga terdedah sebagai satu penipuan. Jika 300 ribu, Pakteh amat pasti yang menghantar dokumen tempohari bukan 300 orang tetapi akan mencecah puluhan ribu. Betul-betul menipu secara terang-terangan.

Jika bukan kerana terdesak, Anwar tidak akan mudah kantoi. Pakteh melihat Anwar hanya mudah terkantoi dalam soal seks kerana Anwar seorang yang tidak boleh hidup tanpa seks.
Mungkin ini kerana kejahatannya menuntut ilmu seks dari seseorang di Pendang diawal pembabitannya dalam UMNO (seperti diceritakan seseorang kepada Pakteh)

Kini apa sahaja tindakan Anwar amat-amat mudah dipatahkan oleh pejuang-pejuang dari UMNO. Bukan kerana Anwar tidak berjaga-jaga tetapi apabila tindakan dilakukan dalam keadaan itulah puncanya akhir-akhir ini segala isu bodoh yang berlegar di ruang udara Malaysia...BAUnya dapat kita kesan ada bau-bau Anwar.

Apakah Anwar perlu memancut setiap hari dek kerana ilmu dari Pendang Kedah ini?. Entahlah...Pakteh tak pasti tetapi jika benar...wow...tok gurunya memang amat-amat hebat dalam soal ini.

p/s: Anwar sedar...amat-amat sedar..sokongan rakyat sudah kembali kepada BN. kehadiran beliau kini hanya disambut dengan kerusi....

Thursday, December 13, 2012

Anwar cuba segala cara untuk menipu rakyat, Malaysiakini tetap kuda tunggangan utama

Jika sekali tertipu mungkin dianggap kurang cermat tetapi jika berkali-kali atau setiap hari ditipu, itu bukan lagi tidak cermat tetapi memang bodoh atau bangang tahap kritikal.

Pakteh melihat jentera perang saraf Anwar/PR mula bergerak aktif dari segenap aspek dan isu. Jika sebelum ini satu isu dimainkan secara berasingan namun hari ini anda boleh lihat beberapa isu lapuk dan fitnah dilaungkan secara bersama dan serentak.

Bukan secara kebetulan kumpulan anti Lynas, Kumpulan India nak warganegara, Kumpulan Deepak SD Bala, Kumpulan AES dan kumpulan perosak pelajar melaungkan secara serentak bantahan mereka. Setiap isu ini sebenarnya memang tidak ada isu tetapi dengan skill Anwar yang amat bijak memutar belit dan menipu, tiada isu sebenarnya adalah satu isu.

Pakteh suka merujuk kepada artikel tulisan Mohd saifullah Mohd Zulkifli pada 13/12/2012 11.40 AM yang bertajuk "Demo Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat".

Pakteh tidak pasti berapa umur Mohd Saifullah namun kisah 38 tahun lalu wajar dijadikan tauladan. Kisah bagaimana sebuah khabar angin yang diada-adakan akhirnya menjadi punca kepada kegilaan pelajar berdemostrasi. Khabar angin yang dibawa oleh mulut Anwar (memang menipu) mendakwa ada kematian di Baling akibat kebuluran. Ketua Demostrasi Baling 1974,  Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah bekas Ketua Pengarang Bernama diperdaya oleh Anwar bahawa memang terdapat kematian di Baling sehingga kumpulan pendemo ini sanggup berminggu-minggu berdemo. (Baca luahan hatinya disini)

Baca juga apa kata wartawan yang menyiasat secara langsung isu ini pada tahun 1974 disin

Dua individu yang terbabit secara langsung di atas mengesahkan TIDAK ADA KEMATIAN DAN HANYA AUTA ANWAR SAHAJA

Apakah motifnya Mohd Saifullah melalui Malaysiakini mengajak pelajar menjadikan Demo Baling sebagai simbol kebangkitan rakyat?. Apakah perlu pelajar bangkit berdemostrasi dek kerana alasan Mohd Saifullah Kenaikan harga barang dan bebanan sara hidup yang meningkat?. 

Jika itu alasannya, dunia mana hari ini tidak ada peningkatan kos sara hidup?  Pakteh ingin cadangkan penulis artikel tersebut bertandang ke mana-mana pasaraya dan lihat cara orang Malaysia berbelanja. Lihat cara mereka menikmati hidangan tengahari atau malam atau tengah malam. 

Jangan membodohkan pelajar atau jangan anggap semua pelajar bodoh seperti segelintir pelajar yang mudah terpedaya sehingga pelajaran terabai. Jika penulis berharap semua pelajar IPT akan bangkit memberontak, Pakteh berpandangan penulis tersebut berada dalam dunianya sendiri dan berkhayal seperti berada di Mesir yang serba kekurangan atau di Indonesia yang penuh kemiskinan. Ini Malaysia Bro...Pelajar IPT menikmati segala-galanya...

p/s: Ubi Gadung hang penah makan dak? hang penah tengok pokok dia dak? Hang tau dak nak buat lagu mana? Kalau tak tau mai Pakteh tunjuk. Teloq ayam pun kalau hang tak proses elok2 ketika nak rebus, boleh terkena virus dari taik pada telur. Begitu juga Ubi Gadung.....takkan hang nak harap 1974 rakyat lepak kat Mc D?

Pas kelantan bermain dengan HUKUM

Tidak sukar untuk menilai keikhlasan seseorang dalam melaksanakan amanah. Tindakan kerajaan Kelantan dalam isu gunting rambut boleh dijadikan contoh terbaik.

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengeluarkan arahan agar tukang gunting rambut wanita tidak dibenarkan menggunting rambut pelanggan lelaki bukan muhrim dan arahan ini perlu diikuti oleh semua pengusaha salon gunting rambut tanpa mengira agama.

Namun akhirnya arahan itu ditangguhkan apabila ada bantahan dari DAP (Pakteh sebutkan parti ini kerana ini parti sekutu mereka, berbanding MCA/gerakan yang memang musuh PAS).

Persoalannya disini, Apakah rasional larangan tersebut dan apakah pula tujuan ditangguhkan?. Amat jelas tindakan-tindakan PAS Kelantan lebih bersifat mementingkan urusan parti berbanding amanah agama Islam.

JADI.....jangan pelik apabila Tun Mahathir Mohamad Pernah menghalang HUDUD PAS yang gagal didraf dengan baik apabila orang bukan Islam dikecualikan dari pelaksanaan hukum hudud. Jika semudah kes gunting rambut pun Pas Kelantan terpaksa akur/tunduk/Yes Bro kepada DAP.....agak-agak anda...apa pula jadinya jika Pas nak laksanakan hudud yang dibantah keras oleh DAP sejak dulu?

Eh eh....jika Negara Islam sanggup diubah kepada Negara Berkebajikan...apa la sangat hudud Pas tu.....kan?

p/s: Harapan Pakteh..PAS .buat draf hudud yang menepati kehendak Islam..bukan mengikut kepentingan parti....pasti UMNO/NAJIB tidak ada alasan untuk menolak.

Wednesday, December 12, 2012

Dari dulu lagi..tetap kekal begini...

Kadang-kadang memang marah...cuma segala caci maki, sumpah seranah tu terlintas sekejap ja dalam hati..kemudian hilang perlahan-lahan dibawa sang bayu.

Bukan kerana Pakteh tiada perasaan marah tetapi...itulah Pakteh...orang tua yang beruban berkepala botak ditengah yang kerjanya hanya tahu menebang buluh. Pakteh tidak pandai untuk memaki hamun...

Jadi...untuk kesekian kalinya...walaupun berhenti agak lama dari berartikel.....buah fikiran Pakteh InsyaAllah..akan lahir dari hati yang tidak memungkinkan untuk diterjemahkan dalam bahasa yang kasar.

p/s: artikel ini untuk menjawab persoalan mengapa Pakteh tak maki ja puak-puak pakatan haram pembangkang.

PKR dibawah penguasaan Anwar KAFIRKAN Perdana Menteri

Akhirnya....

ya..akhirnya apa yang Pakteh fikirkan sebelum ini mula menjelma. Kerakusan Anwar untuk menduduki Putrajaya dengan segala cara menyebabkan AGAMA ISLAM tergadai secara tidak disedari.

Hari ini, rombongan tak sedar diri 300 orang yang mendakwa dianiaya, berarak menuju ke JPN. Mengapa hanya 300 orang sedangkan puak perosak keamanan ini mendakwa 300 ribu orang?. Dalam parlimen juga dikhabarkan sangat kurang jumlahnya berbanding 300 ribu.

Itu kisah lain tetapi secara halus, Anwar melalui partinya yang mewakilkan Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa telah MENGKAFIRKAN DS Najib Tun Razak dan DS Hishamuddin Tun Hussein.

Apakah ini ilmu yang diajarkan oleh pas?.

Apakah setiap umat Islam yang menikmati kemakmuran di bumi Malaysia bertuah ini boleh membiarkan puak perosak negara ini mengkafirkan semua umat Islam?.

Jika masih menyokong mereka...tunggulah natijahnya.

PrintScreen laporan Malaysiakini

Tulisan Pakteh berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh Malaysiakini dalam artikel : Isu Kerakyatan, Peserta Himpunan berarak ke JPN. Gambar tersebut secara jelas PM diberi nama Najib A/L Razak dan Hishamuddin A/L Hussein yang hanya digunakan untuk orang bukan Islam.


Monday, December 10, 2012

TUN Mahathir Mai Sik...apa hasilnya?

Pakteh tidak berpeluang untuk berada dalam majlis bersama Tun Mahathir di Sik, semalam kerana beberapa urusan yang sukar untuk ditinggalkan. Namun kerana amat berminat dengan setiap butiran ucapan Tun, Pakteh ada meminta rakan2 memberikan komen selepas ucapan Tun malah ada Pakteh minta untuk dirakamkan ucapan Tun untuk Pakteh dengar.

Menarik untuk menilai ucapan Tun ini kerana kali terakhir Pakteh ingat Tun berpeluang ke Daerah Sik ialah ketika Tun masih menjawat jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu Pakteh amat-amat yakin, Tun telah membuat penelitian berkaitan SIK sebelum bertandang semalam (kelmarin).

Tun sebagai Negarawan Ulung amat menitikberatkan soal fakta dan kebenaran dalam setiap ucapan beliau, jadi apa yang Tun perkatakan kali ini di Sik tidak boleh ditolak ketepi dengan sewenang-wenangnya.

Antara intipati ucapan Tun yang dapat sampai ke pengetahuan Pakteh ialah:

1. Jangan tolak calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRU13.

Mesej ini amat mendalam bagi Pakteh kerana setelah begitu lama tidak menulis, banyak sekali fakta dan maklumat yang terkumpul bersarang dalam kepala Pakteh. Mungkin inilah puncanya rambut putih Pakteh ni lebih banyak dari rambut hitam malah botak di tengah-tengah tu pun mungkin inilah sebabnya, bukan kerana Pakteh dah tua bangka.

Sik setakat ingin bercakap dalam ruang lingkup Daerah Sik sahaja, dikatakan mempunyai ramai calon namun berapa orang yang boleh ditakrifkan Winnable Candidate?

Atas faktor itu Pakteh berpandangan beberapa saranan Tun berkaitan kepimpinan dalam UMNO perlu diambil kira. Mutakhir ini Tun sering bercakap soal kelayakan calon dan beliau memusatkan kepada kriteria ilmu melalui pengurusan yang berwibawa mampu membawa UMNO ketahap yang lebih baik.

Tun pernah membangkitkan UMNO kini perlu bersedia untuk menerima bijak pandai bergred A dalam kerajaan untuk sama-sama membantu UMNO kerana menurut tokoh hebat ini lagi, Pembangkang kini semakin ramai golongan bijak pandai berada dalam saf kepimpinan (tolak la Mat Sabu dan Mahfuz dari Pas tu..)

Apakah mungkin satu hari nanti perlu diletakkan syarat tertentu untuk menjawat jawatan dalam UMNO?. Mungkin Presiden UMNO perlu memiliki Master sekurang-kurangnya dan Ketua Bahagian perlu ada Ijazah pertama dengan CGPA 3.5 ke atas...? Mungkin....

Eh eh...itu tidak demokrasi namanya?....

Jika itu tidak dinamakan demokrasi...ingat kembali imbauan menuntut kemerdekaan dan Malayan Union oleh Tun semalam....Siapa di angkat menjadi pemimpin?...

Tuesday, December 4, 2012

Perhimpunan Terhebat dengan penggulungan terbaik oleh Anwar Ibrahim

Pernahkah dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO, Penggulungan ucapan Presiden parti dibuat oleh Ketua dari parti lawan?

Bayangkan disaat PRU13 hampir tiba, keajaiban berlaku kepada parti keramat UMNO. Penggulungan ucapan presiden bukan lagi dibuat oleh Naib Presiden tetapi turut ingin secara hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dibuat oleh Ketua UMUM PKR, DS Anwar Ibrahim.

Pelik tetapi itulah yang berlaku...

Jadi apakah PKR masih relevan atau Ketua UMUMnya telah melukut di tepi gantang?.

Akhirnya.....Pakteh yang tua bangka ni yang tidak dapat hadir ke PAU kali ni atas faktor2 kesihatan....secara mudah dapat meneka.....Anwar ketakutan yang amat sangat dengan kekalahan parti dan gerombolan pakatannya.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih