Friday, December 23, 2011

Pas Sik tewas 3 - 0

Bila Pakteh sebut BN menang besar di Kedah, Pas Kedah membebel seolah-olah itu sekadar khayalan Pakteh. Bukan sukar kini untuk melihat betapa Pas sudah ditolak ke dasar sungai oleh rakyat Kedah. Segala perancangan untuk memajukan Kedah hancur berkecai dek kebodohan dan keegoan Pas memerintah Kedah.


Sik kini berkeadaan 2-1 dan setiap masa kedudukan itu tidak pernah dianggap selamat oleh kedua-dua pasukan. Pas beranggapan mereka mampu mempertahankan Dun Jeneri dan Parlimen Sik dan dalam masa yang sama merampas kembali Dun Belantik dari Yb Datuk Tajuddin Abdullah. Pas memberikan pelbagai justifikasi untuk merealisasikan keputusan 3 - 0 pada PRU13.


Pakteh melihat senario Pas Kedah samada dalam parti atau kerajaan begitu mempengaruhi rakyat di Kedah dan Sik tidak terkecuali.


Dun Jeneri


Cikgu Ya dilihat terlalu selesa menjadi wakil rakyat hinggakan penduduk di DUN Jeneri tertanya-tanya apa sebenarnya yang beliau lakukan untuk mereka. Segala isu peringkat DUN gagal ditangani dengan baik malah tidak ada visi yang jelas untuk beliau membangunkan DUN Jeneri.


Kelibat wakil UMNO lebih terserlah di DUN Jeneri berbanding ADUNnya. Isu peringkat negeri yang amat berkecamuk turut menarik perhatian pengundi disini malah beberapa isu ini turut membabitkan DUN Jeneri. Rakyat bertanya mengapa Insaniah tidak didirikan di Jeneri tetapi di Kuala Ketil.


Dun Belantik


YB Datuk Tajuddin Abdullah sudah sinonim dengan Belantik malah setiap rakyat di DUN ini amat mengenali beliau. Gerak kerja yang dilakukan sebaik memenangi DUN Belantik memberi lesen terbaik untuk beliau terus mempertahankan kerusi ini.


Calon Pas PRU12 Tn Hj Sanusi Md Nor mungkin begitu terasa kekalahan dalam PRU12 yang lalu. Namun begitu beliau harus bersyukur kerana walaupun tewas, jawatannya kini ialah Ketua Penerangan Pas Kedah dan menjadi orang paling berpengaruh apabila dilantik sebagai Setpol MB.


Andaian Pas bahawa mereka boleh menang disini dengan faktor2 TERTENTU tidak dilihat boleh menggugat kemenangan BN. Cuma UMNO harus bekerja lebih kuat disini dengan mencatumkan semula bulu-bulu ayam yang tercarik seketika malah pegawai YB Datuk Tajudin HARUS AMAT prihatin dengan sesuatu isu.


Parlimen Sik


Cikgu Uda sememangnya bernasib baik apabila dicalonkan pada PRU12 kerana UMNO membuat KESILAPAN TERBESAR meletakkan calon luar yang ditolak oleh UMNO SIK, Pengundi Sik, PAS Sik dan orang-orang Sik.


Jika Cikgu Uda sekali lagi dipertaruhkan, Pakteh percaya keputusannya adalah jauh berbeza kerana UMNO telah sedar kesilapan lalu malah PM DS Najib bukanlah seperti Paklah. PAS Sik kini berpecah dalam beberapa kumpulan dan keadaan ini bukanlah mesej terbaik yang boleh ditunjukkan kepada rakyat Sik.


Calon dari UMNO pula haruslah yang terbaik malah jika boleh Pakteh sebutkan.......biarlah ianya Winnable Candidate dalam erti kata yang sebenar. Pakteh mempunyai bayangan siapa yang layak tetapi bayangan Pakteh mungkin tidak tepat seperti jangkaan DS Najib. Dalam apa keadaan sekalipun, Calon Winnable Candidate AKAN memberi keputusan yang diinginkan oleh UMNO Sik. Ini memberi gambaran faktor-faktor lain seperti isu tempatan dan negeri dari Pas boleh mempengaruhi keputusan NAMUN faktor calon masih menjadi kriteria utama untuk PARLIMEN SIK.


Pakteh yakin, 3 - 0 dapat dicapai sekiranya faktor2 penentu diberi perhatian oleh UMNO Sik. Rakyat Sik memang ingin memberikan sokongan dan undi kepada calon UMNO tetapi mereka juga amat berkira dalam beberapa perkara. Jika ini dapat diselesaikan dengan baik, Pakteh berani katakan..............Pas Sik akan tewas 3 - 0 dalam PRU13.

4 comments:

Lahuma said...

Sama mcm dgn laporan utusan,jasa dan kemas.
he he he he he

Pakteh said...

Lahuma:
hehehe...laporan ni xsesuai untuk Harakah

Anonymous said...

Perebutan kuasa sememangnya berlaku dlm mana2 parti politik...tidak terkecuali parti pas...cikgu ya di gugurkan atas dasar x mampu menjalankan tugas degan sempurna,semua ni hanya alasan untuk sanusi memasukkan kaum kerabatnya untuk megantikan cikgu ya!....i

Anonymous said...

Asyik nak letak kaum kerabat sendiri ja.....kata orang dia yg lebih....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih