Thursday, August 11, 2011

Ramadhan -- YB Zul KULIM bongkar rahsia ANWAR

Jarang pakteh C&P tapi kali ni..pakteh buat...sebab ada beberapa isu yg orang lain xpernah tau...termasuk juga pakteh.
Petikan dari blog Zulkifli Noordin


Salam 2 all.

Teman tersenyum melihat gelagat manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan akhir-akhir ini yang merapunya semakin menjadi-jadi. Mutakhir Mat CD memohon kepada Mahkamah untuk mengheret YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansor sebagai saksi beliau dalam kes pertuduhan beliau meliwat stafnya Saiful Bkhori Azlan.

Mungkin ramai yang akan terpinga-pinga kenapa Mat CD dan juaknya Karpal Singh nak memanggil PM sebagai saksi mereka kerana ramai yang tidak faham apa kaitan PM dengan liwatan Anwar terhadap Saiful. Bak kata seorang kawan, "dia yang sedap menyondol, PM nak kena pikul!".

Pertama kita perlu faham, bila seseorang Orang Kena Tuduh (OKT) saperti Anwar memanggil seseorang sebagai saksi beliau dalam pembelaan, itu bermakna ianya bertujuan untuk memberi keterangan menyokong pembelaan beliau. Adalah satu kebodohan dan kebangangan yang melampau jika seorang OKT memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaan beliau, malah akan memberi keterangan menentang beliau. Melainkan dia mempunyai niat lain!


Apa pembelaan Anwar? Alibi - beliau mendakwa tidak ada ditempat kejadian. Pihak pendakwa mengemukakan bukti bahawa Anwar berada ditempat kejadian, malahan ujud kesan airmani dalam karung kunyit Saiful yang DNAnya disahkan milik Mat CD. Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah besar untuk menafikan dia tidak ada ditempat kejadian. Tambah pulak Mahkamah telahpun menyabitkan ujud kes prima facie Anwar meliwat stafnya Saiful. Bermakna jika Anwar tidak mendatangkan keterangan dan bukti dia memang tidak ada ditempat kejadian, hampir pasti Mahkamah akan menyabitkan kesalahan meliwat stafnya Saiful, dan disumbat kedalam Sg. Buloh!!!



Jadi apa relevannya Mat CD nak panggil PM sebagai saksi? Anwar tidak pernah kata pada masa kejadian dia sedang bermesyuarat, atau makan kuaci dengan PM. Atau pada masa kejadian Datin Sri Rosmah sedang masak nasi untuk dia dan Wan Azizah makan. Itu maksud pembelaan alibi. Maknanya dia tiada ditempat kejadian tetapi sebaliknya mendakwa sedang berada dengan PM dan Datin Sri Rosmah. Tapi itu bukan keterangan Anwar. Jadi PM dan Datin Sri Rosmah bukan saksi alibi Anwar. Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Datin Sri Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!

Atau Anwar nak kata PM dan Datin Sri Rosmah yang sumbat airmani dia kedalam karung kunyit Saiful? Persoalan besarnya ialah, mana PM dan Datin Sri Rosmah dapat airmani Anwar? Dia poskan ke PM ke? Atau Wan Azizah bagi sampel kat Datin Sri Rosmah? Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi pembelaan Anwar? Tentu ada niat lain bukan!

Teman kenal Anwar ni yop. Pada perbicaraan tahun 1998, kami merancang memanggil YAB Tun Mahathir, Tan Sri Megat Junid, dan ramai lagi Menteri, pimpinan kerajaan dan lain-lain sebagai saksi pembelaan Anwar. Apa tujuan nak panggil Tun M dan lain-lain tu? Untuk pembelaan alibi? Bukan, tapi ada sebab lain. Tunggulah nanti teman disapina ke Mahkamah, teman akan bongkarkan semua itu dalam keterangan. Ringkasnya bak saperti kata Anwar sendiri, "kita pulun mamak kutty ni dalam Mahkamah!".

Banyak lagilah yop perkara yang teman boleh sebut disini, yang rumusannya ialah tujuan memanggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah bukan bertujuan untuk pembelaan alibi. Tetapi untuk tujuan lain. Tambah-tambah dengan si Karpal menjadi loyer. Karpal Pengerusi DAP yang UMNO menjadi musuh nombor wahid dia. Karpal yang pada 22.10.1997 boleh kata Anwar kaki liwat tetapi tetiba jadi loyer membela Anwar. Teman cukup yakin mereka mempunyai agenda "udang sebalik mee". Pada teman, Pendakwaraya patut mintak permohonan Anwar untuk panggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah wajib dicampak ke Laut Mati, tempat kaum Lut kena benam!!



Yang peliknya, kenapa Anwar tidak berani panggil bini dia sendiri sebagai saksi? Panggillah Wan Azizah untuk bagi keterangan, mungkin Wan Azizah boleh datang dengan pakai jam Omega. Maklumlah dengar cerita ramai yang pernah mendapat hadiah jam mahal-mahal dari Mat CD ni. Teman cadangkan kepada Pendakwaraya supaya memanggil Wan Azizah beri keterangan jika Anwar tidak mahu memanggil "isteri tercinta" dia. Kita tengok macam mana Wan Azizah nak mengalibikan manusia yang dia tabal sebagai anugerah tuhan yop!!



Teman bertambah pelik kenapa saksi alibi saperti Haji Hasanuddin, Mohd. Sani dan lain-lain juga perlu diminta melalui Mahkamah. Mereka ini adalah kawan-kawan Anwar. Haji Hasanuddin adalah pemilik kondo tempat Saiful kena liwat. Sani pulak adalah pemandu Anwar sendiri. Persoalannya, mengapa Anwar perlu memohon Mahkamah supaya mereka ini, kawan-kawan dia sendiri, hadir dan datang beri keterangan untuk dia. Apakah mereka pun dah cabut dari Anwar? Memang pelik yop..pelik bin hairan bin ajaib bin majnun yang kawan-kawan dia sendiri kena dipanggil melalui Mahkamah!

Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya:

1. Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16 Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi?

2. Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi?

3. YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi?



4. Wan Azizah - isteri Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis. Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan keterangan sambil memakai jam Omega sekali! Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?



5. Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi?

6. YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer. Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi?

Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:


1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;

2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?

3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?

4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?

5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak "sniper" upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?

6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?

Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!

Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?

Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah. Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk menangguhkan kes.

Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya. Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13 dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau boleh sumbat Saiful (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam tahanan. Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu untuk melepaskan Anwar. Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi & Azizan!

Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat macam-macam yop! Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata "ketuk kepala tanya lutut" (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau ada otak!). Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, "tepok dada tanya iman masing-masing yop". Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Ramadhan 1432
09 Ogos 2011

9 comments:

abang zoo said...

cuba tanya anwar dengan karpala pusing,,,,eh,,,soory karpal sing...monyet kat zoo negara tak nak panggil jadi saksi ke...teman rasa segala haiwan kat zoo tu boleh di panggil sebab deme ni pun ada kat KL masa kejadian....

Anonymous said...

haaa semua ni fitnah kau zul kulim...kau lah manusia yang tak mengenang budi,cakap saja kau dah jadi barua umnporno. masuk umnoporo la kau lagi baik ,tak payah nak selindung.

Anonymous said...

Anon 1:39.

Kalau Zul tu fitnah apa yang kau sebuk.Kau ke Zul Kulim.Kau ke peguam yang bernama Zul Kulim ini.Kau ke yang turut berada kat Hotel tu seperti mana yang di sebutkan.

Kalau ini kau tak boleh jawab,maka dengan hormat aku minta kau tutup mulut.

Tak payah nak bercakap atas pekara yang kau x tahu.Jangan berlagak macam kau lebih tahu dr Zul Kulim.Kalau setakat kau dengar dari mulut orang yg dok cerite dari tepi jalan,maka nasihat aku kepada secara ikhlas......diam.

Akhir kalam.....kau bukan orang layak bercakap pasal apa yg Zul Kulim tahu.

Rahim Janggut

Anonymous said...

anom 1.39

kepala bu@#$

non ulu sik said...

aku ingat kalau saiful muntah-muntah dan sakit kepala baru pak sheh lagi panik.

Anonymous said...

Ini cadangan kes liwat CIFUT BABI pada Perdana Menteri kita :
Aku cadang kan supaya PM Naib dan Rosmah lantik peguam Zulkifli Nordin mwaklil PM dan isteri....kali ni baru lah buku bertemu ruas kapal sink lawan zul nordin......aku harap apa yang ditulis menjadi kenyataan...drama mahkamah makin dramatik wooww.....tak sabar nak tunggu

Pakteh said...

Zul Kulim memang mempunyai kelayakan untuk bercakap kerana beliau dari kalangan terdekat dgn Anwar Malah malam Anwar gelabah tu pun, Zul Kulim ada disana. Anon 01:39 ada disana jugak ka time tu?

Ehh..Zul Kulim tak mengenang budi?. Bagaimana dengan Anwar yang Tun Mahathir tatang sehingga jd TPM dan TP UMNO? Macam2 title menteri dapat?..kemudian hantam TDM...itu mengenang budi kaa?...habis dikutuknya Malaysia di luar negara...itu mengenang budi kaa?....

Anon 1:39.....Bulan ramadhan ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi perlakuan, tutur kata dan segala2 yang negatif....paham kot nooo.....??

Non Ulu Sik:...Wow...satu cadangan yang bagus....

piut ngah layor said...

hahaha...say-fool masa 'kena liwat' tu umor 26,org tua tu umor 60 lebih,terajang je lah...ke ngko 'tonggeng' aje sambil 'merengek'...ada cerita yg say-fool jumpa najib+rosmah sebelum kes ini timbul...

Anonymous said...

Saiful satu perkara. Perkara utama yg dibincang ialah perilaku seseorang yg layak untuk ditabal sebagai ketua. Ini yg dibahaskan sekarang..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih