Thursday, August 4, 2011

Ramadhan --- Bersangka baiklah wahai PR

Terkejut pakteh bila Malaysiakini melaporkan ada warga asing yang sekelip mata bertukar menjadi penduduk tetap dan terus menjadi warganegara Malaysia. Lebih dasyat lagi, terus layak mengundi kerana dah daftar dengan SPR. Beberapa saat selepas membaca laporan itu pakteh kembali ke alam nyata, laporan Malaysiakini perlu dipertikaikan kesahihannya malah semakin tidak dapat dipercayai. Banyak bukti menunjukkan Malaysiakini sekadar wadah propaganda PR. Pakteh membaca dan terus berharap ada jawapan yang tuntas dari pihak JPN dan SPR.

Sebelum pakteh sempat mendapat jawapan dari pihak yang berwajib/berkuasa/berkaitan, seperti pakteh jangkakan, tujuan utama isu ini diletuskan mula berkumandang....
Salahudin Ayub atau lebih dikenali dikalangan blogger Din Puduraya meminta Najib memanggil sidang parlimen dengan segera malah wakil2 yang semuanya berlabelkan PR membuat pelbagai tomohan/tuntutan sedangkan isu itu sendiri amat samar kredibilitinya.

Pagi ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Mismah sudah mendapat status penduduk tetap sejak 17 Julai 1982 dan diberikan kerakyatan pada januari 2011. Bermakna sudah 29 tahun Mismah mendapat status PR barulah diberikan kerakyatan. Bukan sekelip mata atau silap mata....

Pendedahan ini sepatutnya diambil oleh PR rakyat untuk kembali bermuhasabah diri. Apakah mereka hanya ingin mengambil hati rakyat melalui provokasi, kontroversi, konspirasi, demostrasi, revolusi, isu sensasi atau hanya bermain dengan fantasi dan ilusi.

PR perlu sebaik mungkin menggunakan kepakaran yang ada dari kalangan cerdik pandai mereka untuk membuat dasar yang benar2 boleh dipercayai rakyat terbanyak. bangkangan yang dibuat terhadap tindakan kerajaan perlu menunjukkan kewarasan tulen tanpa diselangi hasad dengki dan tamak haloba duniawi. Selagi PR gagal melaksanakan ini, amat mustahil PR dapat memenangi rakyat terbanyak. Pasti ada yang menyokong dan itu dapat dilihat kepada kejayaan beberapa PRK tetapi dengan begitu banyak tindakan badut sarkis yang dibuat, rakyat Malaysia yang sudah bijak menilai baik buruk dan untung rugi pasti majoritinya akan menolak PR.

PR boleh mendakwa rakyat menyebelahi mereka tetapi suara terbanyak masih meyakini BN malah keyakinan itu semakin kuat terpateri dilubuk hati mereka. Pengundi atas pagar malah golongan natural kini mula bersuara menyatakan kebobrokan politik PR.

Masa masih ada, peluang masih samarata, berusahalah dengan IKHLAS, PR rakyat pasti boleh....sepertimana juga BN yang tidak jemu2 berusaha memenangi hati rakyat. Tidak rugi PR mencontohi tindakan positif BN bagaimana membina negara Malaysia.

6 comments:

paktam@ said...

>mcm depa boleh tau mengenai maklumat mismah tu???
>depa ada akses ka ke sistem jab pendaftaran???

>menteri yg bertanggungjawab tolong jawab!!!
>takkan hak tu pun nak suruh pm jawab!!

paktam@ said...

>rupa2nyer...dalam blog semuthitam dan papagomo pun ada...
>tapi rupa2nyer ada 3 ekoq pemimpin pkr rupanya asal pati...
>hampa buat kat org..orang buat balik kat hampa...itulah hukum alam

>pakmenteri yg bertanggungjawab...dok tunggu apa lagi....xkan nak biaq saja dinpuduraya n malaysiakini ???

Pakteh said...

hehe...kon2 hebat bila pecahkan kod 71, ruper2nyer sebat kaum sendiri...

Anonymous said...

ttg maklumat mismah dan databse jpn tu yg kena hati2.. xsmua pnjwt awam itu pro krajaan, jgn d lupa ttg itu..
mlihat kes mismah ini pun sprti ada unsur2 sabotaj d situ utk tujuan mrosakkan nama jbtn lantas mngheret org yg tidak brkaitan dlm isu ini utk d prtggjwbkn,nmpk sgt tdk ada ketelusan dlm mnyebarkn crita.. bgitulah manusia, bila niat bukan kerana Allah maka syaitan pasti akan mendahului, wallahualam.. sekian

paktam@ said...

>yeapppp....i sokong

piut ngah layor said...

lu orang ni ada printscreen dan bukti negara kena 'jual' pon masih lagi tak percaya...siasat betul2 dulu dan JPN/SPR pon dah mengaku ada 'silap teknik' sampai ratusan ribu camne bolh jadi ni?

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih