Pakteh selalu juga baca blog Tukar Tiub yang baru menyambut hari kelahiran blognya beberapa minggu sudah. Kerapkali penulisannya hanya bersandarkan kepada fakta yang auta malah jika terbukti satu penipuan sekalipun, Tukar Tiub tidak memperbetulkan kesilapannya. Pun begitu pakteh percaya ideologi Tukar Tiub yang sekian lama bersemadi diluar negara mungkin menjadikannya insan yang sukar menilai baik dan buruk. Bolehkah Tukar Tiub menjadi seorang yang mampu meluahkan sesuatu yang memberi makna kepada negara?. Dari segi kekuatan pendirian anda memang pakteh kagumi namun dari segi idea yang hanya tahu menyalahkan pihak kerajaan/BN, pakteh melihat ada kecelaruan yang begitu ketara.
Kepada Tukar Tiub, pakteh terpanggil kali ini menulis tentang anda adalah apabila artikel terkini anda yang amat-amat menjijikkan. Niat anda jika sekadar menjadi penimbang kepada kerajaan boleh diterima pakai tetapi apabila beranggapan 31 Ogos 1957 adalah MALAPETAKA merupakan satu yang benar-benar kotor. Hati anda mungkin tidak ada lagi sekelumit zarah suci untuk membezakan cengkaman dan kebebasan.
Berilah apa sahaja makna dan erti KEMERDEKAAN, realitinya Tanah Melayu yang MERDEKA pada 31 Ogos 1957 dan kini bergelar MALAYSIA mengalami perubahan yang jutaan% (bukan lagi 100%). Mungkin Tukar Tiub yang lama menadah tangan kepada penjajah masih teringinkan dirinya terus dijajah. Perubahan dari segi Ekonomi, Politik dan Sosial ini sewajarnya diterima dengan penuh kesyukuran dan bukannya bangkangan bodoh. Bendera Malaysia dan Lagu Negaraku mungkin ada persamaan dengan Bendera US serta lagu terang Bulan tetapi bolehkah diketepikan sentimen itu demi terus bergerak kehadapan?.
Mungkin Tukar Tiub masih terpesona dengan keyakinan Chin Peng akan pulang ke Malaysia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
12 comments:
pegi mampos sama tukar tiub ni, kuang hajaq, rakyat tak reti diuntung...
Tukar Tiub tak pikir, kalau negara kita tak merdeka, amalan pecah perintah akan kekal, dan melayu akan berada pada tahap yang sama tanpa kuasa. Cina akan maju di bandar. India akan mundur di estet. Melayu dengan kehidupan kampung. Tiada bantuan pendidikan. Tiada tajaan untuk pelajar melayu ke luar negara. Dan tiadalah juga Tukar Tiub.
P/s: Aku pun pernah di luar negara jugak selama 5 tahun tapi kes Sodomi 1 sedikit pun tak merubah pendirian aku untuk melihat kebenaran belaka (not kerajaan, not pembangkang, only the truth).
Pak Teh: Bila sebut buta dia ada lagi selain buta hati.
1.buta perut
2.buta mata
3.buta kayu
4.cina buta
5/kudis buta
ok ke pakteh macam tu.
kalau kau nak tau budak tu datang dari Kolo Pilah kalau kau ergi kolo pilah orang kampung dio pun kona sapo budak tu...
Anon 00:11
Memang tak reti dek untung..dah bulih balik Malaysia...masih xreti bersyukur.
Kutip: yang ada hanya Yes Sir, I'm Sir
Non Ulu Sik: Betoi betoi betoi...limau purut tiga serangkai, buta perut xdak akai...
Anon 06:11
Orang kampung dia mengaku lagi ka dia tu orang sana?......
Sama2 kita bermuhasabah diri dibulan yg mulia ini. Apatah lagi kini diakhir2 ramadhan yang kebanyakkan Ilmuan Islam berusaha menambahkan amalan. Mintak maaf juga pada Tukar Tiub tapi seseorang harus memberi teguran jika ada yang terasa janggal.
apa la pakteh...betui dah la tu, jangan menidakkan yg benar.Jangan pulak menambah benda yg tak benar, kehkehkeh...Chin Peng konon (xde isu lain ke Pakteh), kerat jari la fahaman Chin Peng takkan diterima lagi di bumi bertuah ni.
Kutip-apa guna kuasa Agong dan Raja-Raja...kehkehkeh sadist betui...
kehkehekeh...teman perasan dalam blog ni pun x ramei yg komen...kenape ye Pakteh? Songkok x cukup tinggi kot? kehkehkehkeh....
Cucu Yeop:
7 komen utk artikel ni dah kira kategori banyak laa. selalunya xdak yg komen...hehehe...
Lagipun tidak ada syarat yg pakteh letakkan sapa nak baca di blog ni wajib memberi komen.
Mungkin Cucu yeop boleh tengok blog Tukar Tiub..berapa komen agaknya yg ada berkaitan aitel yg pakteh sentuh ni....
Apapun....terima kasih kerana sudi memberi komen. pakteh menulis sekadar meluahkan apa yg pakteh rasa.....orang nak baca, nak komen...tak mau baca...tak mau komen...itu bukan hak pakteh malah...teramat jarang pakteh mempromosikan blog ni. Yang masuk sini pun terjumpa blog ni secara tak sengaja dan kawan2 yg kenai pakteh......
Bnyakkan pembacaan lagi ya pakteh,ringan2 kan kepala baca perlembagaan rakyat 1947 :)
nak komen banyak post la entri mengarut :)
Komisen tak dapat la,duit abis beli cincin,,Hee!!Hee!!Hee!!!
Anon 03:05
Pakteh setuju, kalau artikel menfitnah dan mengarut...komennya akan lebih banyak tapi itu bukanlah tujuan pakteh mewujudkan blog ni....
United Melayu No Otak:
Tanya hati anda apa yg anda maksudkan ketika menulis komen tersebut...secara jujur dan ikhlas....
tanya sama pokok apa pasal goyang?
nanti jawap pokok angin yg goncang...pasal cincin tu kalau xde camne boleh tersebar?siap ada bukti dan report sprm lagi
Post a Comment