Mulai 24 ramadhan, blog pakteh bercuti raya sehingga 6 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir Dan Batin
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
Ramadhan -- Tukar Tiub Yang BUTA HATI
Pakteh selalu juga baca blog Tukar Tiub yang baru menyambut hari kelahiran blognya beberapa minggu sudah. Kerapkali penulisannya hanya bersandarkan kepada fakta yang auta malah jika terbukti satu penipuan sekalipun, Tukar Tiub tidak memperbetulkan kesilapannya. Pun begitu pakteh percaya ideologi Tukar Tiub yang sekian lama bersemadi diluar negara mungkin menjadikannya insan yang sukar menilai baik dan buruk. Bolehkah Tukar Tiub menjadi seorang yang mampu meluahkan sesuatu yang memberi makna kepada negara?. Dari segi kekuatan pendirian anda memang pakteh kagumi namun dari segi idea yang hanya tahu menyalahkan pihak kerajaan/BN, pakteh melihat ada kecelaruan yang begitu ketara.
Kepada Tukar Tiub, pakteh terpanggil kali ini menulis tentang anda adalah apabila artikel terkini anda yang amat-amat menjijikkan. Niat anda jika sekadar menjadi penimbang kepada kerajaan boleh diterima pakai tetapi apabila beranggapan 31 Ogos 1957 adalah MALAPETAKA merupakan satu yang benar-benar kotor. Hati anda mungkin tidak ada lagi sekelumit zarah suci untuk membezakan cengkaman dan kebebasan.
Berilah apa sahaja makna dan erti KEMERDEKAAN, realitinya Tanah Melayu yang MERDEKA pada 31 Ogos 1957 dan kini bergelar MALAYSIA mengalami perubahan yang jutaan% (bukan lagi 100%). Mungkin Tukar Tiub yang lama menadah tangan kepada penjajah masih teringinkan dirinya terus dijajah. Perubahan dari segi Ekonomi, Politik dan Sosial ini sewajarnya diterima dengan penuh kesyukuran dan bukannya bangkangan bodoh. Bendera Malaysia dan Lagu Negaraku mungkin ada persamaan dengan Bendera US serta lagu terang Bulan tetapi bolehkah diketepikan sentimen itu demi terus bergerak kehadapan?.
Mungkin Tukar Tiub masih terpesona dengan keyakinan Chin Peng akan pulang ke Malaysia?

Ramadhan -- Alahai Bang Brahim.....
Ramadhan yang sepatutnya menjadi pengawal kepada hati manusia tidak mampu membendung sikap sesetengah daripada pengamalnya. 2 artikel yang diletakkan oleh Tuan Haji Sanusi Md Noor, Ketua Penerangan Pas Kedah yang ditulis oleh Ketua Penerangan Pas Pusat mencerminkan maksud pakteh.
1. Isu Gereja
2. Isu Daftar Pemilih
Ketua Penerangan Pas Pusat menuduh UMNO adalah dalang disebalik serbuan JAIS?. Wow..isu orang kristian nak murtadkan umat Islam pun main tuduh2 camtu jaa?....IKHLAS la dalam memperjuangkan Islam. Hati kecil anda tentu takut kepada Allah dengan tuduhan ini namun demi kelangsungan politik Pas...anda keluarkan juga tuduhan/fitnah ini. Bang Brahim juga membangkitkan isu Lina Joy n lain2 dan bertanya dimana UMNO?. Tidakkah Bang Brahim sedar peranan UMNO waktu itu? Sedangkan PAS kini bersekongkol dengan kumpulan/individu yang terlibat memurtadkan Lina Joy. dahhh...ringkas...
Bang Brahim juga berterusan menyerang SPR walaupun sudah dijelaskan punca2nya. Mengapa tidak ada sekelumit kepercayaan kepada badan ini sedangkan badan yang sama memberi kemenangan yang BESAR kepada PR dalam PRU12?
Inilah satu usaha jijik dan kotor iaitu menyerang semua organisasi kerajaan sehingga penjawat awam tidak tenteram dalam melaksanakan tanggungjawab. Apakah PR akan memusnahkan terus organisasi ini jika menduduki Putrajaya dan ditubuhkan organisasi yang baru? TENTU samasekali tidak...PR tetap menggunakan organisasi yang sama yang dulunya dituduh bemacam2 keburukan. Keadaan di Kedah, Penang, dan Selangor membuktikannya kecuali ditukar kepala2 yang PRO PR. Apakah penjawat awam dalam SPR itu semuanya mengokong BN?...TIDAK kerana mereka juga bebas memilih siapa sahaja yang mereka suka dan RAKAN pakteh sendiri merupakan penyokong TEGAR PAS walaupun bernaung dibawah SPR. Adakah ini salah?...tidak samasekali kerana mereka bebas untuk mengundi calon pilihan mereka.
KESIMPULANNYA: PR BEGITU TERDESAK MENCARI KAMBING HITAM UNTUK DISALAHKAN MENJELANG PRU13 KERANA AMAT-AMAT MENYEDARI RAKYAT SUDAH JELEK DENGAN KARENAH POLITIK PR APABILA MENANG AGAK BESAR DLAAM PRU12. SUDAH PASTI KEKALAHAN BESAR PRU13 BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHURU-HARAKAN NEGARA DENGAN ALASAN PRU TIDAK ADIL......
Insaflah........Insaflah......Insaflah....
Bang Brahim: Kenyataan anda begitu kebudak-budakan...jangan dimalukan taraf jawatan Ketua Penerangan Pas Pusat.
Sanusi: Nak copy kenyataan Bos pun...agak-agak la...jangan la kenyataan bebal camtu ditunjukkan pada pembaca blog Tuan Haji.....nampak lekeh sangat.
Kata Pakteh : Ehhh..Anwar tau Insaf kaaa???

Friday, August 19, 2011
Ramadhan --- Pemimpin dan Rakyat
Bulan Ramadhan selalunya memberikan pedoman terbaik untuk setiap insan insaf akan segala kecelaruan yang ditimbulkan.
Ramadhan tahun ini pakteh melihat ahli politik sesama muslim saling bersaing untuk membuktikan diri sendiri adalah benar.
Ramadhan kali ini juga memberi tahu umat Islam supaya jangan leka kerana agenda jahat kristian sedang kuat merasuk umat Islam. jarum halus yang dicucuk sejak sekian lama mula membuahkan hasil apabila ada dikalangan umat Islam sendiri galak menjadi hero kepada puak kristian.
Ramadhan kali ini juga pakteh melihat seorang pemimpin yang sejak zaman remaja sering melakukan kerosakan akhlak kepada masyarakat Melayu masih tidak jemu mengadu domba kepada dunia luar betapa bobroknya Malaysia. Dari zaman belajar sehingga mempunyai cucu pemimpin ini yang dianggap anugerah tuhan oleh isterinya sering membuat kacau bilau didalam negara berasaskan prinsip matlamat menghalalkan cara.
Ramadhan ini juga pakteh melihat pemimpin Islam sanggup meninggalkan insan seagama demi meraih undi dan menggadaikan maruah agama.
Mungkinkah ada lagi ramadhan tahun hadapan?......siapa tahu....

Tuesday, August 16, 2011
Ramadhan--- lagi tidak sensitif dengan Islam
Islam bukan sekadar ramadhan dan aidilfitri. Malah aidilfitri bukan sekadar menyambut hari raya.
Nurul mungkin tak tau pun gambarnya akan dipotretkan sedemikian rupa tetapi kesanggupan penyanyi pertengahan usia ini berpakaian sedemikian rupa juga amat dikesali.
gambar pakteh ambik dari blog panggungopera. TQ kerana sensitif dan maklumkan kepada umum.
Friday, August 12, 2011
Ramadhan -- YB Zul Bongkar Gereja Murtad Umat Islam
Beberapa rakan memberi komen mempertikaikan pembongkaran oleh YB Zul Kulim, sehubungan itu pakteh teruskan C&P dari artikel beliau yg terkini. Mungkin selagi isunya relaven, pakteh hanya akan C&P kerana pembongkaran ini antara fakta menarik yg jarang diketahui ramai.
Artikel terkini YB Zul
Salam 2 all.
Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani 'ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!
Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la'natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?
Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!
Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la'natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!
Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.
Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik "untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa "Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.
Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.
Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!
Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:
Certificate of Baptism:
This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.
In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit
Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.
Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira
Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL
Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.
Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.
Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.
Dan pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam berpecah. Perpecahan ini memberi ruang kepada kaum kafir melaui parti cauvinis dan rasis biaDAP untuk menjalankan peranan yang akhirnya umat Islam kehilangan cengkaman kuasa politik Melayu-Muslim. Kelesuan, kedayusan dan kebaculan umat makin menjadi-jadi. Ini terbukti bila berlaku beberapa insiden dan isu, yang kemuncaknya ialah tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas, yang berhempas pulas menyokongnya. Dan kaum kafir khususnya parti cauvinis biaDAP tahu bahawa perpecahan umat Islam sudah parah, kerana ada dikalangan mereka bersedia menjual agama mereka, termasuk kalimah ALLAH demi untuk memenuhi impian rakus politikus kalkatus ke Putrajaya!
Mutakhir bila isu bible versi Bahasa Indonesia muncul, tanpa perlu puak kafir kristian bersusah payah, kaum Awarinas yang beriya-iya menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia. Sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam terpaksa tunduk dan memberi kebenaran tersebut, kerana pihak kafir kristian dan sekutu mereka menyatakan kalau PAS dan PKR benarkan, kenapa UMNO nak halang pulak! Sehingga berita palsu dibawa ke peringkat Pope di Vatican bahawa kaum kristian dizalimi dan dianiaya serta di"persecute" oleh Kerajaan Islam Malaysia! Maka kaum kafir tahu bahawa cengkaman mereka keatas segelintir umat Islam sudah sempurna; hanya tinggal masa untu dilaksanakan agenda syaitan mereka menumbangkan kerajaan pemerintahan umat Islam dalam negara ini.
Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB - pekak, bisu & buta.
Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani 'ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu "serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja".
Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggemparkan, isu itu diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Tekanan dikenakan terhadap Menteri Besar yang dengan bangangnya telah mengambil sikap apologetik dan menuntut maaf kepada kaum kafir ini walaupun belum mendapat lapuran penuh insiden tersebut. Dikalangan kaum Anwarinas muncul jaguh-jaguh kampung merimbuk meja memaki tindakan JAIS.
Alhamdulillah, ALLAH membuka hati YB Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali untuk bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam. Tindakan berani Datuk Hasan Ali telah menukar habis spektrum isu ini. Pendedahan berani Datuk Hasan Ali bahawa memang terdapat bukti kegiatan mendakyahkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut mengejutkan umat Islam. Walaupun dimaki-hamun oleh kaum Anwarinas, walaupun Presiden yang besar serbannya tidak menyokongnya, walaupun diserang bertubi-tubi oleh kaum kafir, Datuk Hasan Ali langsung tidak gentar, malah mengeluarkan kenyataan tegas dan jelas: saya rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam!!!
Kenyataan itu disambut oleh umat Islam. Sokongan kepada Datuk Hasan Ali dan JAIS bertambah hari demi hari. Akaun facebook yang dibuka untuk membela Datuk Hasan Ali mencapai jumlah mengejutkan, sudah hampir 20,000 orang menyatakan sokongan terhadap Datuk Hasan Ali hanya dalam beberapa hari. Sokongan yang melangkaui batasan politik kepartian. Dan berita mengejutkan apabila Ketua Dewan Ulama' PAS, Ketua Pemuda PAS dan beberapa tokoh ulama' menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Hasan Ali. Insyallah Ramadhan ini akan membawa semangat Badar kepada umat Islam yang semakin lesu dan layu akibat mainan politiking melampau segelintir politikus kalkatus yang rakus ke Putrajaya.
Hari ini terbukti memang benar terdapat kegiatan cuba mendakyahkan umat Islam dalam acara di Gereja Methodist itu. Bukan itu sahaja, terkini terbongkar kisah rupanya gereja Methodist itu adalah gereja haram. Ianya tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hanya meluluskan pembinaan sebuah pusat komuniti bukannya gereja. Kita mendesak supaya MBPJ dan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menyita dan menutup gereja tersebut tanpa sebarang dolak dalik lagi!!! Teman semakin yakin janji ALLAH itu benar, dan ALLAH akan memenangkan umat Islam akhirnya!
Ingatlah, isu dakyah gereja Methodist ini bukan isu politik, bukan isu kepartian, bukan isu UMNO-PAS. Tetapi ini adalah isu umat Islam, dan umat Islam mesti bersatu. Ketepikan semua sentimen politik, buang semua assobiyah kepartian. Kita umat Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat. Marilah kita bersatu dibawah ukhwah Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah!!!
Diatas rakusan melapah aqidah
umat bangkit bersatu wadah
semangat Badar mari diserlah
sinar Ramadhan membawa barakah
Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, kami ikhlas beragama kepada ALLAH, walaupun kafir ahzab tidak menyukainya. ALLAH itu Benar, ALLAH akan mebantu kita menghancurkan kafir ahzab yang bersatu, dan meletakkan musuh-musuh Islam dibawah tapak kaki umat Islam. ALLAHUAKBAR WALILLAHHILHAMD!
MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!
Wallahua'alam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Ramadhan 1432
11 Ogos 2011
Thursday, August 11, 2011
Ramadhan -- YB Zul KULIM bongkar rahsia ANWAR
Jarang pakteh C&P tapi kali ni..pakteh buat...sebab ada beberapa isu yg orang lain xpernah tau...termasuk juga pakteh.
Petikan dari blog Zulkifli Noordin
Salam 2 all.
Teman tersenyum melihat gelagat manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan akhir-akhir ini yang merapunya semakin menjadi-jadi. Mutakhir Mat CD memohon kepada Mahkamah untuk mengheret YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansor sebagai saksi beliau dalam kes pertuduhan beliau meliwat stafnya Saiful Bkhori Azlan.
Mungkin ramai yang akan terpinga-pinga kenapa Mat CD dan juaknya Karpal Singh nak memanggil PM sebagai saksi mereka kerana ramai yang tidak faham apa kaitan PM dengan liwatan Anwar terhadap Saiful. Bak kata seorang kawan, "dia yang sedap menyondol, PM nak kena pikul!".
Pertama kita perlu faham, bila seseorang Orang Kena Tuduh (OKT) saperti Anwar memanggil seseorang sebagai saksi beliau dalam pembelaan, itu bermakna ianya bertujuan untuk memberi keterangan menyokong pembelaan beliau. Adalah satu kebodohan dan kebangangan yang melampau jika seorang OKT memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaan beliau, malah akan memberi keterangan menentang beliau. Melainkan dia mempunyai niat lain!
Apa pembelaan Anwar? Alibi - beliau mendakwa tidak ada ditempat kejadian. Pihak pendakwa mengemukakan bukti bahawa Anwar berada ditempat kejadian, malahan ujud kesan airmani dalam karung kunyit Saiful yang DNAnya disahkan milik Mat CD. Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah besar untuk menafikan dia tidak ada ditempat kejadian. Tambah pulak Mahkamah telahpun menyabitkan ujud kes prima facie Anwar meliwat stafnya Saiful. Bermakna jika Anwar tidak mendatangkan keterangan dan bukti dia memang tidak ada ditempat kejadian, hampir pasti Mahkamah akan menyabitkan kesalahan meliwat stafnya Saiful, dan disumbat kedalam Sg. Buloh!!!
Jadi apa relevannya Mat CD nak panggil PM sebagai saksi? Anwar tidak pernah kata pada masa kejadian dia sedang bermesyuarat, atau makan kuaci dengan PM. Atau pada masa kejadian Datin Sri Rosmah sedang masak nasi untuk dia dan Wan Azizah makan. Itu maksud pembelaan alibi. Maknanya dia tiada ditempat kejadian tetapi sebaliknya mendakwa sedang berada dengan PM dan Datin Sri Rosmah. Tapi itu bukan keterangan Anwar. Jadi PM dan Datin Sri Rosmah bukan saksi alibi Anwar. Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Datin Sri Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!
Atau Anwar nak kata PM dan Datin Sri Rosmah yang sumbat airmani dia kedalam karung kunyit Saiful? Persoalan besarnya ialah, mana PM dan Datin Sri Rosmah dapat airmani Anwar? Dia poskan ke PM ke? Atau Wan Azizah bagi sampel kat Datin Sri Rosmah? Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi pembelaan Anwar? Tentu ada niat lain bukan!
Teman kenal Anwar ni yop. Pada perbicaraan tahun 1998, kami merancang memanggil YAB Tun Mahathir, Tan Sri Megat Junid, dan ramai lagi Menteri, pimpinan kerajaan dan lain-lain sebagai saksi pembelaan Anwar. Apa tujuan nak panggil Tun M dan lain-lain tu? Untuk pembelaan alibi? Bukan, tapi ada sebab lain. Tunggulah nanti teman disapina ke Mahkamah, teman akan bongkarkan semua itu dalam keterangan. Ringkasnya bak saperti kata Anwar sendiri, "kita pulun mamak kutty ni dalam Mahkamah!".
Banyak lagilah yop perkara yang teman boleh sebut disini, yang rumusannya ialah tujuan memanggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah bukan bertujuan untuk pembelaan alibi. Tetapi untuk tujuan lain. Tambah-tambah dengan si Karpal menjadi loyer. Karpal Pengerusi DAP yang UMNO menjadi musuh nombor wahid dia. Karpal yang pada 22.10.1997 boleh kata Anwar kaki liwat tetapi tetiba jadi loyer membela Anwar. Teman cukup yakin mereka mempunyai agenda "udang sebalik mee". Pada teman, Pendakwaraya patut mintak permohonan Anwar untuk panggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah wajib dicampak ke Laut Mati, tempat kaum Lut kena benam!!
Yang peliknya, kenapa Anwar tidak berani panggil bini dia sendiri sebagai saksi? Panggillah Wan Azizah untuk bagi keterangan, mungkin Wan Azizah boleh datang dengan pakai jam Omega. Maklumlah dengar cerita ramai yang pernah mendapat hadiah jam mahal-mahal dari Mat CD ni. Teman cadangkan kepada Pendakwaraya supaya memanggil Wan Azizah beri keterangan jika Anwar tidak mahu memanggil "isteri tercinta" dia. Kita tengok macam mana Wan Azizah nak mengalibikan manusia yang dia tabal sebagai anugerah tuhan yop!!
Teman bertambah pelik kenapa saksi alibi saperti Haji Hasanuddin, Mohd. Sani dan lain-lain juga perlu diminta melalui Mahkamah. Mereka ini adalah kawan-kawan Anwar. Haji Hasanuddin adalah pemilik kondo tempat Saiful kena liwat. Sani pulak adalah pemandu Anwar sendiri. Persoalannya, mengapa Anwar perlu memohon Mahkamah supaya mereka ini, kawan-kawan dia sendiri, hadir dan datang beri keterangan untuk dia. Apakah mereka pun dah cabut dari Anwar? Memang pelik yop..pelik bin hairan bin ajaib bin majnun yang kawan-kawan dia sendiri kena dipanggil melalui Mahkamah!
Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya:
1. Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16 Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi?
2. Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi?
3. YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi?
4. Wan Azizah - isteri Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis. Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan keterangan sambil memakai jam Omega sekali! Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?
5. Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi?
6. YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer. Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi?
Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:
1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;
2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?
3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?
4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?
5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak "sniper" upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?
6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?
Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!
Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?
Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah. Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk menangguhkan kes.
Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya. Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13 dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau boleh sumbat Saiful (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam tahanan. Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu untuk melepaskan Anwar. Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi & Azizan!
Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat macam-macam yop! Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata "ketuk kepala tanya lutut" (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau ada otak!). Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, "tepok dada tanya iman masing-masing yop". Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Ramadhan 1432
09 Ogos 2011

Ramadhan -- Rangkuman Politik 3/4
Rusuhan di LONDON memberi kesan teramat buruk kepada seorang ahli perniagaan yang kerugian jutaan ringgit. Mungkin nilai itu masih rendah jika nak dibandingkan dengan legasi keluarganya yang sudah 5 generasi mewarisi pernaigaan yg sama. Bolehkah bangunan yg ratusan tahun itu diwujudkan semula?
BERSIH 2.0 mendakwa ingin berarak secara aman, kenyataan yg sama dibuat ketika -+ 100 orang berarak di LONDON apabila ada seorang penduduk kulit hitam ditembak, mereka hanya ingin berarak secara aman, natijahnya....LONDON seperti medan perang.
Fikirkan apa jadi jika 100 ribu yg ditarget Ambiga datang, bolehkah ianya berlangsung secara aman?....adalah tidak mustahil, Bangunan Sultan Abdul Samad, SOGO, sekitar jln TAR, masjid India habis terbakar seperti di LONDON.....TIDAK MUSTAHIL.....
Kerana itu, langkah pencegahan yg dibuat oleh pihak berwajib adalah perlu dan patut dipuji. Hanya pengamal politik 3/4 sahaja yang menyokong keganasan.
Masih politik3/4 apabila JAIS disepak sewenang-wenangnya oleh Khalid Samad, Khalid Ibrahim. Memang betul2 politik 3/4 bilamana segalanya dibuat DEMI DAP yang terang2 memusuhi Islam dan mendambakan Kristian.
Tahniah kepada penyokong nama ALLAH untuk Kristian dan penyokong INJIL Bahasa Melayu (Indonesia) dibawa masuk.....tak sampai setahun, sudah tersebar ke tangan orang Melayu Muslim.
Dr Juanda Jaya & Dr Othman Al Muhammady tak perlu main politik 3/4, Anda berdua ialah ilmuan Islam...tunjukkan cara yg lebih bijaksana. Wahabi atau apapun isunya...gunakan pendekatan yang lebih bijak...
Dr Asri Zainal Abidin. Anda orang yang bijak, jadi nilaikan sendiri tipu muslihat musuh-musuh Islam yang 24 memikirkan strategi dan cara bagaimana untuk memecahkan tembok kekuatan umat Islam.
Ikhlaslah dalam perjuangan........

Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan -- Tahniah Polis Malaysia, LONDON ... Demo Aman kenapa jadi Rusuhan Terburuk?
Tahniah polis Malaysia..
BERSIH 2.0 mengaku ingin berarak secara aman, Anwar kata 300 ribu, Ambiga kata 100 ribu....akhirnya yang jadi datang cuma 10 ribu ke 15 ribu..
Mungkin yang datang lebih ramai antara 20 ke 30 ribu jika polis tidak membuat langkah pencegahan.
LONDON telah membuka mata semua pihak yang berteriak, melaung, memekik tentang hak untuk berhimpun secara aman. LONDON dan hangus dek himpunan aman.
Pakteh cukup teruja melihat Britain yang sering dijadikan contoh oleh pengikut PR sebagai medan demokrasi tulen kini kacau bilau. Bukan tidak kasihankan LONDOn tapi ini memberi iktibar bahawa demostarsi/ perhimpunan/ perarakan aman boleh bertukar GANAS bila-bila masa sahaja. Lihatlah apa tindakan polis LONDON kepada penunjuk perasaan?....
So...siapa anda jadikan contoh kini untuk menghalalkan perhimpunan haram bersih 2.0?
beribu2 dilaporkan keluar mencuri barangan di premis perniagaan....Inikah yang diharapkan oleh Ambiga?
RAMADHAN....kedatangan penuh dengan keberkatakan dan rahmat malah juga pengajaran bagi insan2 yang inginkan kebenaran. Dalam ramadhan, kota LONDON dijilat api penunjuk perasaan.....
ADA KEMATIAN BERPUNCA DARI TEMBAKAN POLIS.....
Ambiga...tolong komen sat.....
Monday, August 8, 2011
Ramadhan -- Terjebak
Ramadhan – Terjebak
Ramadhan sering bertandang saban tahun. Mugil dan menggairahkan menanti kedatangannya malah sering aku terpanggil untuk turut serta menyambut kedatangan Ramadhan. Bukan tidak pernah melihat Ramahan berlalu namun kali ini terasa kelainannya. Mungkinkah Ramadhan kali ini memberikan petanda petaka kepada penunggu setianya atau sekadar satu perasaan polos terikut-ikut dengan rentak tari iklim semasa di bumi berpijak ini.
Terpana tanpa bicara melihat laporan wacana minda memaklumkan ada umat Melayu Islam sanggup berteduh di gereja semata-mata demi kelangsungan hidup. Ini bukanlah yang pertama, aku amat percaya malah sudah sebati mainan catur gerombolan yang hidupnya hanya mahu merosakkan Islam. Bukankah telah terpalit sejarah hitam kejatuhan Melaka, Indonesia dan Filipina?. Agendanya mungkin kemewahan dunia namun betapa rakyat menurut kemahuan agama gerombolan ini sehingga gereja menjadi tempat sejarah yang perlu dilawati ketika menyentuh bumi Melaka. Jika itu sejarah lama untuk direnung oleh makrifat minda yang tersedia lemah,
Ingati semula tuntutan IFC yang benar-benar melukakan. Luka itu lebih perit apabila ada umat Islam sendiri yang turut memperjuangkannya. Bukankah pelik apabila IFC inginkan anak-anak Islam tidak diiktiraf keislamannya sehingga berumur 18 tahun?. Tidak terfikirkah kalangan umat Islam yang menyokong ini apa jadi dengan anak yang lahirnya tidak diazankan atau diqamatkan?. Sudah besar panjang anak lelaki Islam itu, masakan tidak dikhatankan? Mana mungkin anak yang umurnya sudah melebihi 18 tahun baru diberikan Nur Hidayah untuk mengenal Allah?. Jika Al-Quran diajar sejak kecil pun masih tergelincir nilai moralnya, mana mungkin dapat diatasi sementelah menunggu umur 18 tahun. Bukankah sebelum 18 tahun lagi ramai anak yang telah khatam Quran, yang tahu mandi junub, yang tahu bersembahyang, yang tahu aurat itu haram. Masakan semuanya harus bermula seusia 18 tahun?. Mengapa terlalu baghal untuk menyedari jarum halus yang dicucuk ini? Sudah bebal sangatkah kalangan umat Islam yang menyokong IFC ini?
Serbuan JAIS di sebuah gereja diawal ramadhan benar-benar menginsafkan. Entah sudah berapa banyak umat Islam Malaysia ini dikristiankan. Kristian tidak perlu lagi menggunakan NATO atau sebarang tindakan ketenteraan untuk menjajah Malaysia kerana dengan kemiskinan, umat Islam dengan mudah dipesongkan. Memang salahnya ramai umat Islam yang kaya-raya terleka dengan kemewahan lantas terasa kotor memandang insan seagama yang bergelandangan. Insan kotor ini akhirnya dikutip atas nama ehsan namun agenda besar yang menanti adalah begitu bobrok dan memualkan.
Ramadhan yang sepatutnya memberi ketenangan kepada aku kini berbaur-baur. Perasaan tidak senang dengan gelagat kotor dan jijik politikus yang sanggup meratah daging insan seagama demi sejemput dokongan. Amarah yang membuak-buak terbit dari kesemat dendam kepada gerombolan yang menjadikan agama sebagai mainan malah dipertaruhkan seumpama perjudian. Tidak pernah tercatat pakar judi sentiasa menang dan dikala itu, agama setakat dipinggiran perca kain yang dibungkus untuk dibuang oleh lahanat agama. Inilah pelacur agama yang jasadnya hanya memikirkan dokongan dunia semata-mata. Aku akui UMNO ada banyak salahnya namun kesilapannya lebih mudah diperbaiki dan diperelokkan. Aku suka akar umbi PAS yang ikhlas berjuang namun kelibat totok yang busuk lagi membusuk kini merajai takhta kemudi PAS dan amat sukar menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan dunia dan akhirat.
Parti yang asalnya memperjuangkan Islam kini hanya inginkan Kebajikan dan membiarkan rakan haramnya berbuat sesuka hati tanpa menoleng kepala menangkis kata. Arak yang dimarah sanggup dipohon kemaafan dan kini aku menanti akhiran kepada serbuan di gereja. Layak benarkah PAS merajai agama atau sekadar polemik kotor semata-mata. Sejarah lama mengukir bayangan, PAS hanya akan menurut malah mungkin menunduk mengikut sahaja. Aku menerima adat berpolitik dengan relahati tetapi aku merengus dengan kepalsuan yang dimomokkan sehingga Agama hampir tergadai.
PKR diambang kehancuran namun aku lebih benci dengan parti ini yang ingin membawa kehancurannya bersama dengan keruntuhan sebuah Negara. Bolehkah seorang rakyat yang cintakan agamanya sanggup berterusan memburukkan Negara dimata dunia malah seringkali berdusta dalam berbicara. Mengapa terlalu suka menipu dan memberi berita palsu sedangkan keadilan menjadi wacana sepanjang waktu?.
Adalah tidak mustahil PAS dan PKR kini menjadi alat kepada agenda menghancurkan Negara. Jika agama rasmi Negara boleh dihina sedemikian rupa, apa jadi jika Putrajaya dihuni oleh lain agama?. Sanggupkah melihat anak muda berumur 18 tahun keatas boleh layak ke masjid?, bagaimana jika bertudung tidak dibenarkan? Bolehkah memikirkan sembelihan cara Islam itu tidak dibenarkan?. Apa jadi jika anak kecil tiada lagi status agamanya?.....Aku tak mampu menjawab kerana apa yang dicari oleh PAS kini terlalu jauh dari apa yang terzahir. AKu hanya kasihan melihat akar umbi berjuang secara ikhlas hati tetapi tanpa sedari mereka sekadar boneka mainan pemimpin sendiri.

Friday, August 5, 2011
Ramadhan --- Hidayah dan Nafsu..!!
Semalam merupakan malam jumaat pertama ramadhan kali ini. Dipertengahan tarawikh, imam yang begitu lunak suaranya memberikan tazkirah pendek berkaitan nafsu. Paling menarik minat pakteh ialah sifat nafsu yang begitu besar malah digambarkan sebagai infiniti. Maka tidak hairan sekiranya ada insan sanggup berzina dengan isteri orang pada bulan ramadhan dan masih mampu bersandiwara berbuka puasa bersama khalayak.
Mimbar jumaat hari ini mengulas soal hidayah dan pakteh terpanggil untuk memperkatakan isu pemimpin bukan Islam yang bermuka-muka ketika menyambut ramadhan. Gelagat tian Chua dan LG Eng menimbulkan pelbagai tafsiran. Cuma sebagai umat Islam, Pakteh tidak putus harapan agar mereka diberikan hidayah untuk memilih Islam.

Thursday, August 4, 2011
Ramadhan --- Bersangka baiklah wahai PR
Terkejut pakteh bila Malaysiakini melaporkan ada warga asing yang sekelip mata bertukar menjadi penduduk tetap dan terus menjadi warganegara Malaysia. Lebih dasyat lagi, terus layak mengundi kerana dah daftar dengan SPR. Beberapa saat selepas membaca laporan itu pakteh kembali ke alam nyata, laporan Malaysiakini perlu dipertikaikan kesahihannya malah semakin tidak dapat dipercayai. Banyak bukti menunjukkan Malaysiakini sekadar wadah propaganda PR. Pakteh membaca dan terus berharap ada jawapan yang tuntas dari pihak JPN dan SPR.
Sebelum pakteh sempat mendapat jawapan dari pihak yang berwajib/berkuasa/berkaitan, seperti pakteh jangkakan, tujuan utama isu ini diletuskan mula berkumandang....
Salahudin Ayub atau lebih dikenali dikalangan blogger Din Puduraya meminta Najib memanggil sidang parlimen dengan segera malah wakil2 yang semuanya berlabelkan PR membuat pelbagai tomohan/tuntutan sedangkan isu itu sendiri amat samar kredibilitinya.
Pagi ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Mismah sudah mendapat status penduduk tetap sejak 17 Julai 1982 dan diberikan kerakyatan pada januari 2011. Bermakna sudah 29 tahun Mismah mendapat status PR barulah diberikan kerakyatan. Bukan sekelip mata atau silap mata....
Pendedahan ini sepatutnya diambil oleh PR rakyat untuk kembali bermuhasabah diri. Apakah mereka hanya ingin mengambil hati rakyat melalui provokasi, kontroversi, konspirasi, demostrasi, revolusi, isu sensasi atau hanya bermain dengan fantasi dan ilusi.
PR perlu sebaik mungkin menggunakan kepakaran yang ada dari kalangan cerdik pandai mereka untuk membuat dasar yang benar2 boleh dipercayai rakyat terbanyak. bangkangan yang dibuat terhadap tindakan kerajaan perlu menunjukkan kewarasan tulen tanpa diselangi hasad dengki dan tamak haloba duniawi. Selagi PR gagal melaksanakan ini, amat mustahil PR dapat memenangi rakyat terbanyak. Pasti ada yang menyokong dan itu dapat dilihat kepada kejayaan beberapa PRK tetapi dengan begitu banyak tindakan badut sarkis yang dibuat, rakyat Malaysia yang sudah bijak menilai baik buruk dan untung rugi pasti majoritinya akan menolak PR.
PR boleh mendakwa rakyat menyebelahi mereka tetapi suara terbanyak masih meyakini BN malah keyakinan itu semakin kuat terpateri dilubuk hati mereka. Pengundi atas pagar malah golongan natural kini mula bersuara menyatakan kebobrokan politik PR.
Masa masih ada, peluang masih samarata, berusahalah dengan IKHLAS, PR rakyat pasti boleh....sepertimana juga BN yang tidak jemu2 berusaha memenangi hati rakyat. Tidak rugi PR mencontohi tindakan positif BN bagaimana membina negara Malaysia.

Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan--bulan mensucikan diri
1 ramadhan / 1 Ogos
Pakteh sambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini dengan suasana yang berbeza. Kesihatan yang kurnag memuaskan. Jarang Pakteh tertinggal untuk bersolat tarawikh pada malam pertama tapi tahun ini, tarawikh berlalu dengan hanya kedengaran imam membacakan surah penuh kesyahduan. Indahnya bacaan imam tahun ini dengan lenggok yang benar-benar menusuk kalbu. Malam kedua..masih sama, Pakteh masih gagal untuk berkunjung ke Masjid yang jaraknya hanya sekitar 100 meter dari rumah. Mujurlah badan masih bertahan untuk berpuasa pada hari pertama namun derita tidak dapat makan ubat begitu perit. Baiknya kata alim ulama, kesakitan itu menjatuhkan dosa-dosa kecil dan mungkin sambutan ramadhan kali ini diberikan sebegitu kepada pakteh.
Diakhir Syaaban, kampung2 dalam mukim Sok dan sebuah pusat pengajian di bandar hilir menerima kunjungan Presiden kerabat diraja Kedah. tujuannya murni iaitu memberikan bantuan sempena ramadhan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Syukur Alhaldulillah. Semalam pakteh terbaca di TV1 Persatuan Kerabat Diraja Kedah menyumbangkan kurma untuk seluruh masjid dalam daerah Sik. Mengapa Sik?...Mungkin ini masih awal kerana daerah2 lain akan sampai gilirannya kemudian.
Cuma jika dibaca mengikut suhu politik, Presiden Persatuan Kerabat Diraja Kedah secara berterus terang ingin menjadi calon di Sik....
Betoika?....blog pakteh pernah mengulas isu ini...
ramadhan bulan yang mulia...penuhilah ia dengan amalan yang bersyair kejujuran

Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih