Monday, November 1, 2010

Sanusi Setpol baru sedar?

Salam
pakteh ada meninggalkan sedikit komen di blog Saudara Sanusi Setpol MB Kedah. Hari ini pakteh dapat membaca komen2 tersebut namun untuk terus membuat komen, pakteh sudah tidak dapat mengakses ruangan komen tersebut. Harap Saudara Sanusi dapat membantu.

Berkaitan kepala-kepala dalam GLC di Kedah yang tidak dapat membuat/membawa/memcipta sebarang projek, perkara ini sudah lama disedari oleh rakyat. Begitu juga dengan lawatan2 kerja yang bertukar menjadi lawatan sosial dimana duit GLC digunakan namun hasilnya kosong. Begitu juga dengan percubaan untuk melabur di luar negara seperti balak yg rugi sebelum projek berjalan. Begitu juga dengan kolam2 ikan yang terbiar di Langkawi atau masalah di Kulim Hi-Tect yang semakin kelam kabut dan caca merba.
Mungkin Sanusi baru sedar jika tidak ditegur, masalah ini boleh menyebabkan Pas Kedah kembali menjadi pembangkang.

Siapa harus bertanggungjawab kepada projek di depan tangga Sanusi sendiri di Sungai Pau Sik?. Projek ternakan ikan keli yang terhebat dalam sejarah kerana terpaksa diterokai hutan simpan yang kaya dengan kayu balak. Sebab itulah pada hari pelancaran yang signboardnya begitu gah, pakteh dan nyatakan kepada rakan2 bahawa projek keli ini belum jual lagi dah untung. Apa untungnya?. Kayu balak yang dijaga elok dizaman BN terpaksa ditebang untuk membuat jalan dan lapangan meletakkan kolam ikan dan hasil balak tersebut sudah memadai jika ikan keli hanya dijual di tepi jalan di Sungai Pau.

Jika inilah parti yang memperjuangankan rakyat, pakteh percaya Kedah akan terus ketinggalan bersama MBnya tau tak tau apa-apa.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih