Tuesday, November 23, 2010

Edisi Terhad: UMNO Bhg. huru-hara sebab RAYA

Huru-hara

Ketua Bhg. dah tak peduli apa nak jadi dengan bahagiannya. Apa yang penting namanya tersenarai sebagai calon.
Ketua Pemuda mula terpinggir kerana mampu melepasi kepala Ketua Bhg.
Ketua Wanita terasa digula-gulakan. Bila nak buat program inilah dayangnya, bila dah gendang pilihanraya dipalu, Ketua Bhg. terus jalan ke depan
Ketua Puteri masih lena. Setiap program serba tak menjadi. Mungkin kurang sokongan atau memang langsung tak mendapat sokongan.

AJK di setiap jentera memang sudah lebih teruk jadinya. Diperingkat Bhg. langsung tidak bermaya. Diperingkat pemuda masih lagi kelihatan namun entah sampai bila mampu bertahan dengan sokongan yang sengaja dikurangkan. Puteri lebih seronok mengikut/membonceng aktiviti Pemuda atau Wanita malah jika aktiviti Bhg, pasti lebih memberangsangkan atau lebih terangsang.

Semua berangan-angan nak jadi calon. timbalan, Naib, malah AJK biasa yang baru suku hari mengenal politik juga memasang impian untuk menjadi calon. Ketua Bhg. yang dulunya kepak tengkuk Tun Mahathir kini memuji jika Mukhriz dipilih namun dalam hati, baiahnya masih kepada Tok Det.

Peruntukan pusat banyak turun kepada Ketua Bhg. semenjak BN Kedah jadi pembangkang di DUN. Jika bijak diurus, pasti sokongan akar umbi kian kuat dan kukuh namun dibanyak Bhg. Peruntukan digunakan untuk memperkukuhkan diri sendiri. Pakteh percaya ada DUN mempunyai penyelaras yang dilantik, mereka ini juga khabarnya kekurangan dana dan jika ini berterusan, rakyat akan fikir BN tak mampu membantu rakyat.

ICU yang diwujudkan untuk menarik sokongan kepada BN boleh menjadi senjata makan tuan. Pegawai di ICU bertindak seperti sengaja untuk menjatuhkan BN Kedah. Pegawai di ICU lah yang merosakkan hati JKKKP di Kedah dengan karenah birokrasi tahap cipan malah amat memualkan. JKKKP yang sesetengahnya berkelulusan darjah 2 sekolah rendah dilayan seperti bola. Untuk apa tujuannya jika bukan untuk menimbulkan kemarahan?. Marah ini ada rantainnya. JKKKP kepada S/U..seterusnya kepada AJK dan seterusnya kepada semua rakyat bawahan. Comfirm sukar nak menang dengan gerakan halus ICU sebegini.

Pegawai2 disekeliling YB/Ketua Bhg. juga perlu suluh kembali diri. Jika inginkan YB anda menang, ubahlah sikap. Anda sudah terlebih sudu dari kuah.
YB sendiri sepatutnya melantik pegawai2 yang boleh diharap dan bukannya mempunyai kepentingan peribadi atau KRONI. Inilah penyakit yang sukar dikawal apatah lagi oleh YB/Ketua Bhg yang lemah.

Sekiranya anda ingin menjadi calon, buatlah kerja seperti ingin menjadi calon, bukannya seperti artis yang mahu dilayan bak puteri kayangan. Aktiviti seorang YB samada di Parlimen atau DUN bukan sekadar menghadirkan diri ke majlis keraian, kenduri kawin, khatan, kematian, sakit demam dan sebagainya TETAPI lebih dari itu. Rakyat mengharapkan satu perubahan yang mampu dibawa ke kawasan mereka. Lebih baik pilih calon PAS yang memang kerjanya makan kenduri dan melawat orang sakit. YB BN perlu lebih efisyen dan kreatif terutama di daerah yang mundur seperti Baling, Sik, Padang Terap, dan Pendang.

Jika anda ingin terus disokong, tunjukkan kemampuan dengan memberi idea yang bernas malah lebih baik jika dibawa pembangunan samada dalam bentuk ekonomi atau sosial. Pemimpin yang baik sudah boleh merangka arah tuju generasi akan datang dikawasannya. Bagaimana anak2 dibentuk dizaman sekolah dan bagi remaja dan belia, apa aktiviti yang mampu menjamin jati diri agar tidak mudah mengaku kalah.

Calon2 JANGAN LAGI memberikan ikan. Calon-calon harus belajar memberikan KAIL/Pancing. Jangan lagi syok sendiri malah jangan buat lagi program syok sendiri.

Dalam kepala hotak sekarang ni dok ligat pikiaq, sapa jadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Lantak la sapa pun, yang penting hangpa semua yang teringin sangat nak jadi calon tu...buat kerja untuk rakyat.

Memang majoriti dalam kepala otak ketua Bhg. dok berdoa bagi Tok Det lekat tapi tak guna jugak...hangpa ja sokong tapi rakyat?.
Lebih baik pilih yang rakyat sokong walau hangpa tak sokong. Hangpa nak kepak...hangpa kepak la...PRU13 kedah sure dok kat PAS lagi.
Kalau memang hari ni bukan kerana UMNO/BN kuat tapi pasai PAS lagi berterabur dari BN.

8 comments:

hisham said...

salam pak teh...
pernah aku bertanya kepada seorang ketua wanita cawangan di satu bahagian dalam negeri KEDAH tentang aktiviti puteri umno..
jawabnya paling mudah dan menyakitkan hati..
"NTAH LAH KAMI PUN TAK TAU APA DEPA BUAT".
bila ditanya lagi kenapa wanita tak membantu puteri atau membimbing puteri dalam setiap program yang dibuat?
jawapanya macam sial saja dan terasa nak bubuh je tapak kaki kat muka dia.
"DEPA TU BUKAN RETI BUAT KEREJA PUN,LEBIH2 PUN TAYANG BADAN SAJA"
tak faham aku dengan sikap orang2 lama dalam umno nih.
kalu yang tua dan lama tak bimbing dan latih orang2 baru sampai bila generasi muda hendak dekati umno.
mungkin ada antara wanita2 umno yang dah dekat expired(kerin darah) ni dok pasang angan2 nak jadi bini baru MB atau sekurangnya jadi bini no2 ketua bahagian kot.
pasai tu depa tak suka puteri umno yang comei2 dok kalut sana sini...

cucu tok adam said...

Pak teh.Aku rasa sapa yg nak jadi pengerusi perhubungan umno kedah dia kena mantap dan kemas.Bukan loleh dan kemereh kalau nak lawan dengan ustaz azizan.Setakat dok tabur duit pada kumpulan tertentu maka lingkuplah UMNO kedah sekali lagi.kekuatan UMNO ini terletak pada Ketua bahgian.Depa yang yang mandom tak buat kerja.Depa mewah kerana dapat elaun penyelaras.Penyatuan dalam parti masih serabut.Tikam sana sini masih kedengaran.Ada ketua bahagian tak belaga angin dengan Timbalan,Ketua Peneranga ,Ketua Wanita dan macam-macam lagi.Perangai ranggi tak habis lagi.Janji bohong.Berkawan dengan geng sendiri sahaja.Ini lah penyakit yg cuba depa sembunyi.Bnagkai gajah mana boleh sembunyi pakteh.Setakat ini apa muda buat,wanita buat,pu3 buat.Pi mai pi mai tang tu laa pakteh.Inilah pemimpin korup dan naik kerana politik wang.

Paksu said...

Salam Pakteh.
Aku kalau pemimpin UMNO hari ini.Harap-harap percaya tu belum tentu.

Pakteh said...

Hisham:
Isu Wanita tak sokong puteri ni berlarutan sejak dari penubuhan Puteri lagi. Sejak Azalina mengemudi puteri sehingga menjadi satu gelombang yang cukup hebat, Puteri dipandang sebagai musuh oleh parti lawan dan dianggap seteru oleh Wanita.
Sepatutnya dari Puteri menjadi Wanita, Hisham tengok apa jawatan dua bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam Pergerakan Wanita? dan masalah ini meleret ke peringkat Bhg.

Cucu Tok Adam & Paksu:
Kita mempunyai pandangan yang sama. Ada yang sampaikan terus kepada pakteh bahawa, beberapa Ketua Bahagian menyokong Tok Det sebab Tok Det ni PEMURAH.
Bab Ketua UMNO, Puteri, Wanita, Pemuda tak belaga angin tu, memang benar2 berlaku. Penyatuan jenis apa kalau masing pakat bawak haluan yang berbeza.

Harap2 betul kata DS Najib, Pilihanraya masih jauh walaupun mesej angin sepoi2 bahasa dok habaq kat telinga pakteh...April...April...

sik united said...

Pakteh;
Nak tanya sikit.apa yang kita dok kata ini puak UMNO dengak ke tidak.Aku tengok depa dok macam tu juga.Alamat nak mampuih dah depa ini.Nak turun dan letak jawartan tak mahu. drp melingkopkan Perti UMNO.

Pakteh said...

Sik United:

Jika soalan tu khusus kepada UMNO Bhg. Sik, Pakteh percaya beberapa orang dikalangan pemimpin utama menjadikan Blog dan FB sebagai sumber mendapat serta menyebar maklumat.
Begitu juga dengan rangkaian kepada pemimpin2 di Sik harapnya mampu menyampaikan mesej kepada ketua mereka.

Cuma pakteh beranggapan Sik masih belum mampu menyerap sepenuhnya budaya IT ini. Kemudahan capaian internet masih terlalu rendah dan majoriti dikalangan pemimpin atasan masih belum menggunakan kemudahan media maya ini utk mendapat maklumat.

YB Tajuddin/Ketua UMNO Bhg. mempunyai blog dan FB. Diharap beliau bukan sahaja menyampaikan maklumat tetapi turut mencari maklumat melalui media tersebut.

hehe...dah letih2 pulun rebut jawatan takkan nak letak pulak...

pak su said...

Pakteh nak tanya pandangan sikit .
JASA hal ehwal khas ini relevan lagi dalam suasana politik hari ini.Apa peranan depa.Sepatutnya yang hitam jadi kelabu kemuidan puteh.Tak kan kerja depa buta laporan je.Atau pun depa pun main politik sama bagi banyak camca dan garpu atas meja politik.

Pakteh said...

Nak komen sangat pun, Pakteh tak berapa jelas tugas JASA.
kawan pakteh kata JASA ni kira macam pusat pengumpulan laa...
calon UMNO yang kalah, Ahli UMNO yang aktif n tercari2 tempat bernaung dan macam-macam lagi. Jika dinilai dari situ, seperti kelihatannya JASA sama apa dimaksudkan Paksu.
Bab mengkelabukan yang gelap dan memutihkan yang kelabu rasanya JASA sahaja tidak mengcukupi kerana jenteranya terhad malah mempunyai batas2 tertentu, tidak seperti UMNO yang boleh bergerak bebas menjelaskan wadah politik. Apapun, mesej sebenar Paksu tu jelas dan mudah difahami. JASA perlu bekerja lebih kuat....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih