Banyak kursus yang ditawarkan untuk seseorang itu mampu berkomunikasi dengan berkesan. Skill berkomunikasi boleh dipelajari dan ada yang lahir secara semulajadi. Anwar Ibrahim memiliki karisma dalam berkomunikasi dimana mampu mempengaruhi pendengar. Tun Abdullah sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri cuba memberikan intonasi yang cergas dan gagah ketika berucap namun kelihatan seperti dibuat-buat.
Hybels & Weaver (2001) memberikan takrifan komunikasi sebagai proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan bukan hanya yang ditutur atau ditulis malahan perakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi.
Fungsi komunikasi pula boleh dipecahkan kepada beberapa tujuan seperti
1. Menjelaskan makna mesej yang tersurat dan tersirat
2. membantu menguasai reality komunikasi yang berlaku
3. Membolehkan proses berfikir, menginterprestasi dan memilih
4. membentuk atau menjauhi terbentuknya hubungan menerusi komunikasi
5. membentuk identity individu atau identity social
6. membantu dalam pencarian dan perkongsian maklumat
7. Menyesuaikan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi
8. Memantau proses komunikasi yang berkesan
Antara perkara penting ketika berkomunikasi “Bahasa” dimana antara fungsi bahasa ketika berkomunikasi ialah “Membentuk imej dan identity diri. Kesopanan dalam menggunakan bahasa kadang kala bergantung dari apa dan cara ucapan. Kesopanan diri ketika bertutur menggunakan ayat yang sopan dan berbudi bahasa menggambarkan personaliti seseorang.
Edisi khas ini pakteh fikir sesuai untuk DS Azizan yang pada pandangan pakteh rosak teruk imejnya. Pegawai-pegawai disekeliling DS Azizan perlu menegur dan menasihati MB mereka yang panas baran itu agar lebih tenang dan sabar ketika berhadapan dengan wartawan. DS Azizan jangan terbawa-bawa perangainya ketika dirumah melayani isteri dengan baran kerana ketika waktu kerja, sikap sabar amat penting. Sebagai ketua disebuah negeri, DS Azizan mesti kelihatan kuat dan hebat malah mimik muka yang meyakinkan walaupun dalam situasi tegang berhadapan dengan kantung kewangan negeri yang meruncing. Sebaiknya DS Azizan sudah memikirkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh wartawan. Sayang sekali tragedi yangh berlaku tidak dapat ditututp lagi betapa aibnya rakyat negeri kedah berMBkan DS Azizan.
Hari ini, pada hari pertama sidang DUN Negeri Kedah, media utama arus perdana tidak dibenarkan masuk. Sekali lagi DS Azizan gagal dalam menguruskan komunikasinya. Rakyat perlukan maklumat untuk mengetahui apa yang dititahkan oleh baginda Sultan Kedah dan sumbernya sudah pasti dari media arus perdana. DS Azizan sepatutnya tidak boleh menyalahkan media di atas kegagalannya menguruskan majlis sendiri. Maksud pakteh sebagai majlis sendiri ialah Press Conference atau News Conference yang dibuat namun gagal sehingga berlakunya tragedi naik angin. Tujuan PC atau NC adalah untuk kepentingan penganjur, disini DS Azizan adalah penganjur. Oleh itu, apa sahaja yang berlaku sudah pasti akan dianggap sebagai kegagalan DS Azizan, dan jangan salahkan orang lain terutamanya wartawan yang memang tugasnya mencari berita. “When a dog bites a man, that is not news, but when a man bites a dog, that is a news” harap DS Azizan faham tugas wartawan.
Hari ini adalah hari yang malang bagi pengamal media di Malaysia. Pakteh ternantikan ulasan dari Guan Eng yang melalak agar mengamalkan kebebasan media sebelum berkuasa dahulu. Pakteh ternantikan ucapan berpusing DS Anwar yang memberitahu rakyat Indonesia bahawa UMNO/BN tidak memberikan kebebasan media kepada PR di Malaysia. Pakteh juga melihat saranan boikot oleh presiden NUJM sekadar syok sendiri kerana tidak diendahkan.
p/s: Belumpun memerintah Negara, kebebasan media sudah disekat…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
4 comments:
DS Azizan lupa harakah pun cerita tak betul juga pada BN dan kerajaan BN.
Pak Su:
Lama sangat bergelumang dengan berita tak betoi harakah, sebab tu dah xleh nak beza mana betoi mana tak betoi...
Pak su nak tanya pakteh sikit.Apa nak jadi dengan politik melayu hari ini.Tak habis-habis kerja sengketa sahaja.Bermula dari banjir sampai sidang dewan negeri.Setiap masa dan waktu melayu kerja main politik sahaja.Orang PAS ego sombong.Orang UMNO bodo sombong.Orang Melayu PKR bahlul sombong.Orang Melayu DAP bongok sombong.Pak su tengok orang bukan melayu steady saja main politik.Tiba hari undi mereka tunaikan.Ekonomi pendidikan mereka utamakan.Jangan marah pakteh kerana pakteh orang umno.Paksu orang atas pagar.
Paksu:
Pakteh setuju dgn Paksu. Dalam soal politik ni, bukan saja Melayu, semua bangsa sebenarnya terlibat. Siang malam pagi petang memang isu politik. Pakteh tak marah, lagipun xdak benda yang pakteh kena marah. Apa yang Paksu kata tu betoi cuma pakteh bukan kategori orang politik, sekadar dok jengoi tengok jaa
Post a Comment