Wednesday, November 17, 2010

Edisi Raya


Klik gambar untuk lebih jelas
Assalamualaikum
Sempena menyambut hari raya Aidil Adha kali ini, Pakteh menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada kawan dan lawan. Adat kita berbahas dan berhujah, ada yang terkecil hati, marah, tersinggung, dan sebagainya, maafkan pakteh.
Bagi pihak pakteh dan blog betoika, anda tidak melakukan kesalahan atau apa2 yang menyinggung pakteh walaupun tulisan dan komen yang diberikan tidak selari dengan pandangan pakteh kerana pakteh amat memahami etika kita memberikan pendapat dimana tidak semua pandangan kita akan diterima.
Pakteh juga mengharapkan sudah tiba masanya semua umat Islam di Malaysia ketika ini menghentikan perbalahan semata-mata kerana perbezaan idealogi politik demi masa depan anak bangsa yang beragama Islam yang lebih gemilang.
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir Batin

4 comments:

paksu said...

Pakteh umat islam melayu di tanah melayu ini bergocoh sesama sendiri.Parti yg berlainan pun gaduh.Sesama parti pun gaduh.Berniaga pasar malam pun gaduh.Bawa teksi pun gaduh.Tempat kerja pun gaduh.Aku ingat depa ini kena pi ngaji ugama sama.Tapi yg aku heran yg pi ngaji baca kitab pun gaduh-gaduh.Yang paling hudoh dan memalukan pasai banjir pun gaduh.Itulah melayu.jangan marah pakteh pasai orang umno.

Pakteh said...

Paksu
Bab orang melayu begaduh ni dia tak kira pasti dah..
Dalam semua keadaan pun dia bulih begaduh waima kerana tesilap jeling sikit, orang Melayu sanggup asah golok.
Bab ilmuan agama begaduh ni, sejak zaman berzaman, kita akan jumpa bijak pandai agama bergaduh dan bermusuhan.

isabella said...

Aku ada satu cerita sempena Hari raya korban tahun ini.Pakteh tau UMNO buat korban depa agih sama-sama depa sendiri sahaja.Tapi yang menariknya PAS pula buat korban dia agih daging pada orang UMNO.Secara perbandingannya UMNO ini masih berada ditakok lama lagi.Sebaliknya PAS dah berubah berjinak-jinak dengan orang UMNO ditempat mereka.Nampak orang ini senang hati dengan pendekatan PAS.UMNO bila nak berubah.Bertokak dari cawangan sampai bahagian tak pernah padam.Ada pemimpin buat majlis senyap-senyap.Orang Kedah kata sorok dari AJK lain.Mampuih la kalau macam ni.

Pakteh said...

Isabella:
Kalu ada lagi UMNO Caw. atau Bhg. yang dok amal budaya lagu tu, alamat dok jadi pembangkang jugak la di Kedah selepas PRU13 nanti.
Pas pula kalu dah ada yang berubah untuk berjinak-jinak merapatkan diri dengan ahli UMNO, bagi pakteh tu satu pendekatan yang baik untuk meraih sokongan.
Sepatutnya dalam suasana menyambut hari raya korban ni, mesej atau tauladan yang hendak disampaikan dari sejarah KORBAN itu sendiri yang dizahirkan, bukan saling bertelagah.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih