Hujan lebat disebelah petang menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah Sik dinaiki air. Beberapa penduduk melahirkan kerisauan kerana memikirkan pihak berwajib telah mengeluarkan amaran kemungkinan akan ada gelombang kedua.
Menurut maklumat yang boleh dipercayai, paras air yang naik mendadak di daerah Sik ini berpunca dari pembinaan landasan berkembar. Pakteh turut percaya maklumat ini adalah benar kerana Menteri Besar Pakteh telah memaklumkan sedikit masa dahulu. Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang juga mendakda atas alasan yang sama.
Sehubungan itu, Pakteh ingin menyarankan kepada pihak berwajib dan berkepentingan di daerah Sik supaya mendapatkan akujanji dari syarikat konsesi yang membina landasan tersebut. Juruteknik elektrik lulusan SPM dari syarikat GAMUDA dijangka akan membuat ulasan berkaitan masalah ini kerana beliau mempunyai pengalaman lebih 4 minggu mengendalikan banjir di daerah Padang Terap yang juga angkara landasan berkembar.
Penduduk Sik mengucapkan terima kasih kepada DS Azizan yang terlebih dahulu memberi amaran berkaitan bodohnya syarikat terbabit membina landasan berkembar. Mereka mengucapkan terima kasih sepertimana DS Azizan mengucapkan terima kasih kerana bantuan yang dihulur oleh kerajaan pusat ketika banjir. Namun begitu, sebelum mengucapkan terima kasih, penduduk turut memaki DS Azizan agar memberi bantuan banjir mengikut cara Islam iaitu tidak berpilih2 dalam mengendalikan mangsa banjir.
Ketika dihubungi di Bandar Baru Beris Jaya, seorang penduduk memaklumkan catuan air terpaksa dilakukan kerana air paip bertekanan rendah dan kadangkala langsung tidak ada air. Keadaan sebegini jarang berlaku dulu namun sejak tahun2 kebelakangan ini, perkara seumpama ini adalah lumrah. Penduduk di Gulau juga mengalami masalah yang sama. Sehubungan itu Pakteh mengandaikan Kerajaan Kedah kini menlaksanakan langkah berjimat cermat agar penduduk tidak terbeban dengan BIL AIR yang melambung tinggi. Tahniah dan syabas kerana telah menemui formula untuk mengurangkan bayaran bil air di Kedah iaitu...air paip tidak disalurkan...yang ada cuma titis-titis air.
Pakteh Kata: Landasan Berkembar di Sik ini sukar dilihat dengan mata kasar seperti juga ahli PKR yang berjumlah 400,000 itu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
7 comments:
Pakteh kesian juga kat depa bila ayak tak ada.Kalau tak mandi junub Ostat Azizan kena tanggunglah.
masalahnya pakteh pun kena tanggung. ayaq meleleh kluaq. Dok di Gulau pun ayaq takdak, p tidoq di beris jaya pun ayaq takdak....aduih...nak jeling2 makteh memang xdak harapan la...takkan pagi2 buta nak terjun sungai batu lima yang dah mula banjir angkara landasan berkembar tu?.
Senang je pakteh.Suroh Tajudin YB minta peruntokan dari kerajaan pusat untok kambus semua sungai dan parit yg terdapat di Sik.Teori nak elak banjir.
hehehe..Dolah doleng:
baguih teori tu, sama seperti idea DS Azizan tentang pengurangan Bil air yang pakteh utarakan
Kesian adik beradik aku yg kerja motong getah.Getah harga tinggi pun apa nak buat seminggu pun belum tentu boleh motong.Perut anak bini nak makan.Kalau banjir boleh pindah .Makan free.Ditanggung oleh kerajaan PAS atau UMNO/BN.Pak Teh waktu ini pemimpin UMNO kena jengok tiap-tiap rumah.Adakah dapur orang kampung berasap atau tidak.Jangan kalut masa banjir sahaja.Aku dengar cerita ada juga dapur yg tak berasap.Kesian pada mereka.
Pak Teh,
Hujan lebat merisaukan wakil rakyat kita mengenai bantuan segera yang perlu kepada mangsa, manakala wakil rakyat depa dok risau sebab takut-takut wakil rakyat kita tak turun awal utk 'cover' weak line depa.
seigt saya msa saya kecik2..jrg ada mslah ayaq. rumah mak saya di tmn sri enggang dpn sek men sik. sejak saya pindah balik mai sik sejak thn lepas, dok sewa di tmn kenanga, boleh kata selang 2-3 hr ayaq x dak.bila saya komplen di HQ di aloq staq, bhgn sik tepon saya marah2. bila saya suruh hntaq ayaq, smpai la x hntaq2.. sgt2 sakit hati kan...mcm hidup di zaman sebelum merdeka saja.. :(
Post a Comment