Sejak dulu blog Pakteh dikategorikan blog marhain/picisan/cap ayam malah jika ditakrifkan sebagai blog tidak berpenghuni pun, Pakteh mengakuinya kerana tujuan blog ini adalah sekadar meluahkan apa yang terbuku. Diterima atau tidak pandangan itu......Pakteh tidak peduli dan dipulangkan kepada sesiapa yang membaca untuk menilainya.
Pakteh terbaca tulisan Double Y tentang rakan-rakan TMK yang dipinggirkan. Pakteh mengikuti dengan dekat gerak kerja TMK dan secara jelas Pakteh akui....mereka wajar diakui antara jentera cyber terbaik di Kedah dan mempunyai rangkaian yang sangat strategik sehingga Pas kedah gagal mengatasi mereka.
Bukan membodek TMK tetapi apabila ada ura-ura orang jauh masih ingin dikekalkan sebagai penggerak kepada media sosial di Kedah, Pakteh ingin bertanya....atas kriteria apa orang-orang sebegini dikekalkan?. Maaf...Pakteh tidak mengetahui gerangannya cuma dimaklumkan orang luar.
Pakteh akui, penebang buluh mungkin tidak layak menegur Ketua Perhubungan Umno Negeri Kedah tetapi jika buat gheja sekadar nak jaga tembolok sendiri...buluh yang ditebang ni layak jugak dibedal atas belakang. Bashah sepatutnya gunakan kepakaran TMK sebagai jentera cyber Kedah dan bukannya membiarkan organisasi tidak rasmi TMK ini berkubur tanpa pembelaan.
Artikel di kedah Times boleh ditafsirkan seiring dengan kata hati Pakteh. Orang luar, KPUNK, Orang KPUNK perlu dipantau kerana kelak mereka ini yang boleh menjahanamkan UMNO Kedah. Apabila rakyat kembali memberi amanah kepada UMNO/BN, jagalah dengan baik dan seikhlasan hati bukannya dengan memasang segenap ruang dengan orang sendiri demi darjat yang tak pernah berpuas hati.
Jalan terbaik.....MB Kedah iaitu DP Mukhriz Mahathir perlu segera diberikan jawatan KPUNK agar segala gerak kerja UMNO Kedah tidak dibatasi dengan karenah orang lama.
p/s: amboi....TMK, blogger luar, KPUNK, Orang KPUNK semua pakteh sebut....awat ni?.
Entahla......orang tua macam Pakteh ni...bila tengok TMK dianak tirikan, MB Kedah masih belum berjawatan di Bahagian atau negeri......Pakteh sangat terasa....ada benda tidak betul sedang berlaku.
No comments:
Post a Comment