Friday, June 21, 2013

Air oh Air...!! Lim Guan Eng buta sejarah

Pakteh masih memikirkan siapa individu yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada YAB Encik Lim Guan Eng dalam hal isu air. Sekadar nasihat berkaitan undang-undang, itu tidak perlu dipersoalkan namun apa yang dilihat memalukan YAB Encik Lim Guan Eng ialah kenyataan beliau bahawa Pulau Pinang tidak perlu membayar kerana Sungai Muda adalah semula jadi.

Pakteh telah ulas isu ini semalam namun pagi jumaat yang mulia ini, Pakteh perincikan dari sudut sejarah pembinaan Empangan Muda. Untuk makluman YAB Encik Lim Guan Eng, Sungai Muda ini telah menarik perhatian kerajaan untuk dilaksanakan projek seawal 1950an lagi. Firma terawal melaksanakan kerja-kerja perundingan ini ialah Firma Perunding Sir William Halcrow and Partner (UK) dan kajian akhirnya diserahkan kepada kerajaan dan bank dunia pada tahun 1965. Pada 16 November 1965 sebanyak $45 juta diluluskan bank dunia. Diakhir projek ini, sebanyak $238 juta telah digunakan. YAB Encik Lim Guan Eng...apakah ini bukan perubahan kepada kejadian asal?. YAB boleh merujuk website MADA untuk maklumat lanjut kerana sejarah lebih manis dibaca dari sumber asal.

Pembinaan Empangan Muda telah mengubah lanskap aliran Sungai Muda yang ribuan tahun dahulu mengalir tanpa dapat dikawal. Jika dilihat tebing sungai Muda sebelum pembinaan Empangan Muda, pasti YAB Encik Lim Guan Eng risau untuk menyedut air di Pinang Tunggal. Sungai Muda dahulu amat dalam dan lebar sehinggakan Sultan Kedah  lebih 1000 tahun lampau memilih untuk mudik ke Hulu Sungai Muda dan membina Kota Derba sebagai pusat pemerintahan. Jika jarang sekali mendengar Kota Derba, Mungkin YAB Encik Lim Guan Eng  boleh mengingati Kota Aur iaitu Kota Kedua selepas Kota Derba. Kota Aur lebih mudah untuk diingati kerana berpaksi dipinggir Empangan Muda.

Pakteh merasakan YAB Encik Lim Guan Eng tidak mengetahui sejarah sebenar Sungai Muda. Jika ianya diketahui, pasti tidak akan keluar lagi kenyataan separuh masak yang tidak layak dibuat oleh seorang berjawatankan Ketua Menteri. Mungkin juga beliau tahu tetapi umum amat mengetahui sikap Ketua Menteri ini yang ego dan sombong.

------------note---------------

Sejarah jika disingkap secara berlebihan, khuatir akan terkhilaf dari kebenaran

p/s: Nanti kita bercerita pula kisah Empangan Beris. Harus diingat kedua-dua Empangan ini menjadi punca kepada sumber air Sungai Muda

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih