Thursday, June 20, 2013

Air oh Air, Lim Guan Eng Patut sedar diri

Pakteh membaca penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Encik Lim Guan Eng berhubung isu tuntutan caj air Sungai Muda. Sebagai pembaca, penjelasannya nampak lojik dan membolehkan kita percaya dengan apa yang ingin disampaikan.

Sebagai rakyat biasa negeri Kedah yang membesar di tanah tertubuhnya Kota Kesultanan Kedah yang pertama lebih 1000 tahun dahulu iaitu Kota Derba, Pakteh merasakan YAB Encik Lim Guan Eng memanipulasi beberapa fakta yang tidak mungkin ramai tidak mengetahuinya. Jika ramai yang sedar sekalipun, sangat sedikit dari kita mengambil tahu akan hal ini.

Bagi mengukuhkan hujahnya, YAB Encik Lim Guan Eng menggunakan istilah "Konsep Hak Reparian". Ya betul...Pakteh baru pertama kali mendengarnya dan agak terkedu kerana tidak mengetahui apa maksudnya. Mungkin kerana taraf Pakteh yang sekadar penebang buluh di tinggalan Kota Derba yang dulunya berdiri megah ditepian cantuman dua batang sungai iaitu Sungai Sok dan Sungai Muda.

Jika YAB Encik Lim Guan Eng  menggunakan istilah ini untuk MEMBENARKAN hujahnya 1000 tahun dahulu, mungkin boleh diterima TETAPI kini selepas lebih 1000 tahun Kota Derba hilang, kenyataan beliau adalah karut dan memalukan.

Jika 1000 tahun dahulu, ya benar Sungai Muda mengalir secara semula jadi dengan airnya yang jenih memukau anak tekak untuk menghirup minum. Hari ini, Sungai Muda telah melalui 1001 macam perubahan. Pakteh berasal dari keturunan yang darah dagingnya ada yang bersemadi di perkuburan di dasar Tasik Pedu. Keturunan Pakteh malah paling dekat, Bapa Pakteh sendiri membesar di Mahang yang kini terbentang luas Empangan Muda. Bukan sedikit yang menanggung derita akibat pembinaan Empangan Muda. Leluhur yang berdiam kukuh sejak sekian lama di Mahang terpaksa berpindah randah ke Namek, Banggol Derdap, Kg Sadu, Belantik, Nami dan seluruh pelusuk Kedah. Apakah ini bukan pembaharuan?.

Dengan terbentuknya Empangan Muda, Aliran Sungai Muda dapat dikawal. YAB Encik Lim Guan Eng  boleh melawat tebing Sungai Muda 100 tahun dahulu dan kini, pasti akan ketemu perbezaannya dan perubahan ini bukan secara semula jadi tetapi atas usaha Kerajaan Negeri Kedah.

Tahun 2002 Keluarga Mertua Pakteh berpindah ke Bandar Baru Beris Jaya, Bt 5 Sik. YAB Encik Lim Guan Eng tahu siapa yang layak berpindah ke situ?. Mereka ialah penduduk kampung yang tanah mereka ditenggelami air Empangan Beris. Segala penat lelah mengusahan tanah dan membina keluarga lesap hilang ditelan air Empangan Beris. Apakah ini bukan perubahan?. Apakah ini bukan pengorbanan?.

Tahukah YAB Encik Lim Guan Eng  bahawa perpindahan kubur terbesar di Asia Tenggara berlaku pada tahun 2002?. Dimana?....berlaku di kawasan yang kini menjadi dasar Empangan Beris. Isteri Pakteh menangisi Datuk, Nenek dan ahli keluarga yang dikeluarkan semula selepas puluhan tahun dikebumikan. Apakah ini bukan perubahan dan pengorbanan?. Selepas lebih 30 tahun, Pakteh sendiri boleh merasai dengan jari jari Pakteh tulang-tulang arwah keluarga isteri. Apakah ini satu peristiwa yang manis? 15 tahun diperlukan untuk menguruskan perpindahan dan air Empangan Beris boleh ditakung. Apakah kosnya hanya 50 sen?

Kedua-dua Empangan yang memberi nostalgia kepada Pakteh ini bukan sekadar imbasan suka-suka kepada YAB Encik Lim Guan Eng  tetapi untuk mengingatkan bahawa semua itu dibuat demi memastikan aliran Sungai Muda dapat dikawal untuk tujuan kegunaan rakyat. Tidak perlu Pakteh sebutkan agensi yang bertanggungjawab terhadap Sungai Muda kerana Sungai ini tidak akan mengalir seperti hari ini jika tiada siapa yang menguruskannya.

Jika 2 Empangan mampu dibuat, Pakteh berharap Empangan di Kuala Ruman akan lebih cepat disiapkan kerana pada saat itu, Pakteh amat pasti....Lim Guan Eng akan melutut kepada kerajaan Kedah menadah tangan memohon air.

Sebagai tauladan, kajilah fakta yang anda sendiri sebutkan bahawa Sungai Nil dikongsi secara bersama oleh beberapa negara tetapi mengapa hari ini selepas perbincangan demi perbincangan, Mesir masih TAKUT dan RISAU apabila Habsyah membina Empangan?.
--------------------note----------------
Hari ini Pakteh hanya ingin buktikan konsep Hak Reparian" yang cuba dibawa oleh YAB Encik Lim Guan Eng itu tidak sesuai untuk kes Sungai Muda.

p/s: Nanti Pakteh sambung lagi jika berkesempatan...

5 comments:

Anonymous said...

Lim Guan Eng tak perlu risau sangat pasal AIR sebab dia dan sebagsa dengannya hanya calit tisu je lepas berak..mandi pun sehari sekali je...betul. Kalau tak percaya Tanya kawan2 Cina kita..cuba dekat dengan mereka waktu pagi...apa macam bau?

Anonymous said...

Bau semacam takde la sangat sebab dah sembur pewangi berharga ratusan ringgit. Tapi bila dah mampus, bangkai mereka la yang paling busuk sekali, tak percaya? Tanya la dengan tukang bakar mayat bangkai-bangkai ni nanti...

Anonymous said...

jika benar penang milik kerajaan kedah kerana penang kena bayar 'ufti' tiap tahun hasil perjanjian british dulu, sila kaji dan buat pembentangan jika kedah boleh ambil semula penang..

TOLONG SESIAPA BERI PENJELASAN BAB NIH..ADAKAH BENAR TULISAN AKU NI?

gen2felda

Pakteh said...

gen2felda

tuan boleh rujuk link yang diberikan ini untuk maklumat yang berkaitan.

http://www.penangstory.net.my/bm-content-papermohd.html

Pakteh said...

gen2felda

tuan boleh rujuk link yang diberikan ini untuk maklumat yang berkaitan.

http://www.penangstory.net.my/bm-content-papermohd.html

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih