5 Mei 2013, BN kembali menerajui negara dengan kemenangan yang berkurangan berbanding 2008. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keyakinan Anwar bahawa BN akan kalah teruk. Entah lojik mana yang diguna pakai Anwar tidak dapat dipastikan tetapi aura semangat pada ketika itu ialah, ahli UMNO begitu teruja dan berkobar-kobar untuk mengundi. Apakah faktor ini gagal dikesan oleh Anwar?.
Anwar mungkin membaca dari satu sudut kebiasaan iaitu, undi kaum China akan menjadi penentu. Bacaan Anwar ini tidak ada peliknya kerana selama puluhan tahun undi kaum China memihak kepada BN dan kali ini Anwar yakin 100% bahawa kaum China akan berpihak kepada PR. Faktor inilah yang mendorong Anwar mempercayai 100% beliau akan menjadi PM menggantikan Najib.
Sebaik-baik perancangan ialah percaturan Allah SWT. Anwar terkhilaf dari satu sudut yang amat klasik iaitu undi ahli UMNO. Jika sebelum ini, ahli UMNO boleh dikatakan antara yang peratusan keluar mengundinya rendah. Pernah ada kawasan hanya menganggarkan 60% sahaja ahli UMNO akan keluar. Namun pilihanraya ke 13 ini menyaksikan semangat ahli UMNO yang begitu berkobar-kobar dan mereka keluar dengan satu tujuan, mengundi calon BN. Semangat ini juga terlihat ketika sebelum dan ketika tempoh berkempen. Ini sebenarnya disedari Anwar namun bacaan politiknya masih terlupa tentang peratusan keluar mengundi dan keyakinan undi kaum China.
Hari ini selepas beberapa hari mengangkat sumpah di Parlimen, wajarlah Anwar mengakui beliau seorang yang gagal. Jika Anwar berjaya menghalang ahli UMNO dari keluar mengundi, pasti PM Malaysia kini ialah beliau. Plan menakutkan pengundi itu ada dilakukan dengan konvoi bermotor yang bergerak ke semua kawasan malah flashmop di simpang-simpang jalan pada 2 malam terkakhir memang itu tujuannya. Malng sekali kerana ahli UMNO telah bersemangat dan tidak menghiraukan ugutan sebegini malah yang menjadi takut ialah generasi tua Pas dan golongan atas pagar. Akhirnya UMNO dapat menarik ramai ahlinya keluar mengundi dan undi dari beberapa golongan dalam Pas serta atas pagar memihak kepada BN.
Anwar perlu disedarkan bahawa beliau telah kalah. Parti beliau PKR mempunyai bilangan ahli parlimen yang sedikit malah banyak calonnya tewas jika nak dibandingkan dengan DAP dan PAS. Anwar perlu disedarkan bahawa kekalahan dalma PRU13 yang lalu adalah berpunca dari kelemahannya mengesan sesuatu yang sangat klasik iaitu undi dari ahli UMNO sendiri.
p/s: Kira kot mana pun...pusing kot mana pun....putaq pi la lagu mana pun....PM Malaysia ialah Najib dan Ketua Pembangkang ialah Anwar. Itu adalah hakikat yang diterima sendiri oleh Anwar.
Friday, June 28, 2013
Wednesday, June 26, 2013
Bashah mesti letak jawatan sebagai KPUNK
Buat gheja ni kena ikhlas
Kalau tak ikhlas...lama-lama orang akan nampak
Bila orang nampak...takut nanti lama-lama..orang kepak
Bashah sendiri dah habaq kata sedia undur diri dari jawatan nombor wahid dalam UMNO Kedah. Bukan susah nak faham jika semuanya ikhlas.
Mukhriz sendiri dah habaq beliau bersedia jika diberi tanggungjawab. Maknanya Bashah sedia memberi dan Mukhriz sedia menerima.....apa susah?
Susahnya bila bercakap dimulut tidak sama hasrat dihati. Bashah sebaiknya menyatakan hasrat kepada Presiden UMNO untuk mengundur diri. Jika tidak dilayan, Buat permohonan resmi, Jika tidak dilayan, Letak jawatan. Jika tidak dilayan....maknanya sudah sampai masanya Najib sendiri yang letak jawatan.
Jika di Selangor boleh ada perubahan, Mengapa di kedah yang sudah menang tidak boleh berubah? Apakah kerana Bashah amat cemerlang sebagai kepala Pilihanraya Negeri dalam PRU13 yg lalu? Sapa kata Bashah buat gheja hebat?....(tak perlu ulas panjang-panjang bab ni)
Pakteh bersuara pagi ni bukan saja soal blogger yang di anak kan dan di kera kan tetapi bila dok nampak Bashah main tarik tali dalam soal KPUNK sehingga menyukarkan keputusan politik dan kerajaan nak dibuat, beliau perlu ditegur atau diperingatkan.
Kawan-kawan tanya..."Bashah ni nak apa lagi?. DUN dapat, Timbalan Menteri dapat....kalau ikut hati kami....seblom PRU lagi dia dah tak layak sebagai winnable candidate". tudia...
Takkan nak tunggu pemilihan nanti baru nak habaq undur diri.....tak mungkin.
Cukup la tu...jangan menyusahkan bila ada ruang untuk memudahkan.
Najib.....undurkan Bashah...jangan nanti...yang dikejar tidak dapat...yang dikendong TERLEPAS....
p/s: Betoika Bashah dok nak lagi KPUNK....betoi la kot.
Sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati....jangan marah dengan orang tua bangka seperti Pakteh ni...

Tuesday, June 25, 2013
Panas...!! Pejuang yang tidak didendang...
Sejak dulu blog Pakteh dikategorikan blog marhain/picisan/cap ayam malah jika ditakrifkan sebagai blog tidak berpenghuni pun, Pakteh mengakuinya kerana tujuan blog ini adalah sekadar meluahkan apa yang terbuku. Diterima atau tidak pandangan itu......Pakteh tidak peduli dan dipulangkan kepada sesiapa yang membaca untuk menilainya.
Pakteh terbaca tulisan Double Y tentang rakan-rakan TMK yang dipinggirkan. Pakteh mengikuti dengan dekat gerak kerja TMK dan secara jelas Pakteh akui....mereka wajar diakui antara jentera cyber terbaik di Kedah dan mempunyai rangkaian yang sangat strategik sehingga Pas kedah gagal mengatasi mereka.
Bukan membodek TMK tetapi apabila ada ura-ura orang jauh masih ingin dikekalkan sebagai penggerak kepada media sosial di Kedah, Pakteh ingin bertanya....atas kriteria apa orang-orang sebegini dikekalkan?. Maaf...Pakteh tidak mengetahui gerangannya cuma dimaklumkan orang luar.
Pakteh akui, penebang buluh mungkin tidak layak menegur Ketua Perhubungan Umno Negeri Kedah tetapi jika buat gheja sekadar nak jaga tembolok sendiri...buluh yang ditebang ni layak jugak dibedal atas belakang. Bashah sepatutnya gunakan kepakaran TMK sebagai jentera cyber Kedah dan bukannya membiarkan organisasi tidak rasmi TMK ini berkubur tanpa pembelaan.
Artikel di kedah Times boleh ditafsirkan seiring dengan kata hati Pakteh. Orang luar, KPUNK, Orang KPUNK perlu dipantau kerana kelak mereka ini yang boleh menjahanamkan UMNO Kedah. Apabila rakyat kembali memberi amanah kepada UMNO/BN, jagalah dengan baik dan seikhlasan hati bukannya dengan memasang segenap ruang dengan orang sendiri demi darjat yang tak pernah berpuas hati.
Jalan terbaik.....MB Kedah iaitu DP Mukhriz Mahathir perlu segera diberikan jawatan KPUNK agar segala gerak kerja UMNO Kedah tidak dibatasi dengan karenah orang lama.
p/s: amboi....TMK, blogger luar, KPUNK, Orang KPUNK semua pakteh sebut....awat ni?.
Entahla......orang tua macam Pakteh ni...bila tengok TMK dianak tirikan, MB Kedah masih belum berjawatan di Bahagian atau negeri......Pakteh sangat terasa....ada benda tidak betul sedang berlaku.
Friday, June 21, 2013
Air oh Air...!! Lim Guan Eng buta sejarah
Pakteh masih memikirkan siapa individu yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada YAB Encik Lim Guan Eng dalam hal isu air. Sekadar nasihat berkaitan undang-undang, itu tidak perlu dipersoalkan namun apa yang dilihat memalukan YAB Encik Lim Guan Eng ialah kenyataan beliau bahawa Pulau Pinang tidak perlu membayar kerana Sungai Muda adalah semula jadi.
Pakteh telah ulas isu ini semalam namun pagi jumaat yang mulia ini, Pakteh perincikan dari sudut sejarah pembinaan Empangan Muda. Untuk makluman YAB Encik Lim Guan Eng, Sungai Muda ini telah menarik perhatian kerajaan untuk dilaksanakan projek seawal 1950an lagi. Firma terawal melaksanakan kerja-kerja perundingan ini ialah Firma Perunding Sir William Halcrow and Partner (UK) dan kajian akhirnya diserahkan kepada kerajaan dan bank dunia pada tahun 1965. Pada 16 November 1965 sebanyak $45 juta diluluskan bank dunia. Diakhir projek ini, sebanyak $238 juta telah digunakan. YAB Encik Lim Guan Eng...apakah ini bukan perubahan kepada kejadian asal?. YAB boleh merujuk website MADA untuk maklumat lanjut kerana sejarah lebih manis dibaca dari sumber asal.
Pembinaan Empangan Muda telah mengubah lanskap aliran Sungai Muda yang ribuan tahun dahulu mengalir tanpa dapat dikawal. Jika dilihat tebing sungai Muda sebelum pembinaan Empangan Muda, pasti YAB Encik Lim Guan Eng risau untuk menyedut air di Pinang Tunggal. Sungai Muda dahulu amat dalam dan lebar sehinggakan Sultan Kedah lebih 1000 tahun lampau memilih untuk mudik ke Hulu Sungai Muda dan membina Kota Derba sebagai pusat pemerintahan. Jika jarang sekali mendengar Kota Derba, Mungkin YAB Encik Lim Guan Eng boleh mengingati Kota Aur iaitu Kota Kedua selepas Kota Derba. Kota Aur lebih mudah untuk diingati kerana berpaksi dipinggir Empangan Muda.
Pakteh merasakan YAB Encik Lim Guan Eng tidak mengetahui sejarah sebenar Sungai Muda. Jika ianya diketahui, pasti tidak akan keluar lagi kenyataan separuh masak yang tidak layak dibuat oleh seorang berjawatankan Ketua Menteri. Mungkin juga beliau tahu tetapi umum amat mengetahui sikap Ketua Menteri ini yang ego dan sombong.
------------note---------------
Sejarah jika disingkap secara berlebihan, khuatir akan terkhilaf dari kebenaran
p/s: Nanti kita bercerita pula kisah Empangan Beris. Harus diingat kedua-dua Empangan ini menjadi punca kepada sumber air Sungai Muda

Thursday, June 20, 2013
Air oh Air, Lim Guan Eng Patut sedar diri
Pakteh membaca penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Encik Lim Guan Eng berhubung isu tuntutan caj air Sungai Muda. Sebagai pembaca, penjelasannya nampak lojik dan membolehkan kita percaya dengan apa yang ingin disampaikan.
Sebagai rakyat biasa negeri Kedah yang membesar di tanah tertubuhnya Kota Kesultanan Kedah yang pertama lebih 1000 tahun dahulu iaitu Kota Derba, Pakteh merasakan YAB Encik Lim Guan Eng memanipulasi beberapa fakta yang tidak mungkin ramai tidak mengetahuinya. Jika ramai yang sedar sekalipun, sangat sedikit dari kita mengambil tahu akan hal ini.
Bagi mengukuhkan hujahnya, YAB Encik Lim Guan Eng menggunakan istilah "Konsep Hak Reparian". Ya betul...Pakteh baru pertama kali mendengarnya dan agak terkedu kerana tidak mengetahui apa maksudnya. Mungkin kerana taraf Pakteh yang sekadar penebang buluh di tinggalan Kota Derba yang dulunya berdiri megah ditepian cantuman dua batang sungai iaitu Sungai Sok dan Sungai Muda.
Jika YAB Encik Lim Guan Eng menggunakan istilah ini untuk MEMBENARKAN hujahnya 1000 tahun dahulu, mungkin boleh diterima TETAPI kini selepas lebih 1000 tahun Kota Derba hilang, kenyataan beliau adalah karut dan memalukan.
Jika 1000 tahun dahulu, ya benar Sungai Muda mengalir secara semula jadi dengan airnya yang jenih memukau anak tekak untuk menghirup minum. Hari ini, Sungai Muda telah melalui 1001 macam perubahan. Pakteh berasal dari keturunan yang darah dagingnya ada yang bersemadi di perkuburan di dasar Tasik Pedu. Keturunan Pakteh malah paling dekat, Bapa Pakteh sendiri membesar di Mahang yang kini terbentang luas Empangan Muda. Bukan sedikit yang menanggung derita akibat pembinaan Empangan Muda. Leluhur yang berdiam kukuh sejak sekian lama di Mahang terpaksa berpindah randah ke Namek, Banggol Derdap, Kg Sadu, Belantik, Nami dan seluruh pelusuk Kedah. Apakah ini bukan pembaharuan?.
Dengan terbentuknya Empangan Muda, Aliran Sungai Muda dapat dikawal. YAB Encik Lim Guan Eng boleh melawat tebing Sungai Muda 100 tahun dahulu dan kini, pasti akan ketemu perbezaannya dan perubahan ini bukan secara semula jadi tetapi atas usaha Kerajaan Negeri Kedah.
Tahun 2002 Keluarga Mertua Pakteh berpindah ke Bandar Baru Beris Jaya, Bt 5 Sik. YAB Encik Lim Guan Eng tahu siapa yang layak berpindah ke situ?. Mereka ialah penduduk kampung yang tanah mereka ditenggelami air Empangan Beris. Segala penat lelah mengusahan tanah dan membina keluarga lesap hilang ditelan air Empangan Beris. Apakah ini bukan perubahan?. Apakah ini bukan pengorbanan?.
Tahukah YAB Encik Lim Guan Eng bahawa perpindahan kubur terbesar di Asia Tenggara berlaku pada tahun 2002?. Dimana?....berlaku di kawasan yang kini menjadi dasar Empangan Beris. Isteri Pakteh menangisi Datuk, Nenek dan ahli keluarga yang dikeluarkan semula selepas puluhan tahun dikebumikan. Apakah ini bukan perubahan dan pengorbanan?. Selepas lebih 30 tahun, Pakteh sendiri boleh merasai dengan jari jari Pakteh tulang-tulang arwah keluarga isteri. Apakah ini satu peristiwa yang manis? 15 tahun diperlukan untuk menguruskan perpindahan dan air Empangan Beris boleh ditakung. Apakah kosnya hanya 50 sen?
Kedua-dua Empangan yang memberi nostalgia kepada Pakteh ini bukan sekadar imbasan suka-suka kepada YAB Encik Lim Guan Eng tetapi untuk mengingatkan bahawa semua itu dibuat demi memastikan aliran Sungai Muda dapat dikawal untuk tujuan kegunaan rakyat. Tidak perlu Pakteh sebutkan agensi yang bertanggungjawab terhadap Sungai Muda kerana Sungai ini tidak akan mengalir seperti hari ini jika tiada siapa yang menguruskannya.
Jika 2 Empangan mampu dibuat, Pakteh berharap Empangan di Kuala Ruman akan lebih cepat disiapkan kerana pada saat itu, Pakteh amat pasti....Lim Guan Eng akan melutut kepada kerajaan Kedah menadah tangan memohon air.
Sebagai tauladan, kajilah fakta yang anda sendiri sebutkan bahawa Sungai Nil dikongsi secara bersama oleh beberapa negara tetapi mengapa hari ini selepas perbincangan demi perbincangan, Mesir masih TAKUT dan RISAU apabila Habsyah membina Empangan?.
--------------------note----------------
Hari ini Pakteh hanya ingin buktikan konsep Hak Reparian" yang cuba dibawa oleh YAB Encik Lim Guan Eng itu tidak sesuai untuk kes Sungai Muda.
p/s: Nanti Pakteh sambung lagi jika berkesempatan...
Friday, June 7, 2013
Fitnah keji anutan Pas...? Kalau dah kalah...lainkalilah
Jumaat yang mengasyikkan. Curahan hujan membasahi tanah yang agak lama kekeringan. Mungkin ada tempat kontang tanpa air namun semalam...hujan membasahi bukit, lurah, dan dataran luas memberikan rasa tenang kepada insan pada pagi ini.
Sayang sekali, hari-hari yang perlu dilalui dengan rasa tenang diganggu oleh fitnah keji puak Pas. Sejak minggu lalu golongan penfitnah ini memainkan isu Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) MENGHARAMKAN kuliah agama di kediaman rasmi menteri besar di Mentaloon. Yahudi manakah yang merasuk puak ini?.
Apabila semakin hampir dengan tarikh kuliah akan berlangsung dimainkan isu KONONnya rakyat marah kerana diharamkan. Rakyat mana?
Apabila terlalu hampir iaitu esok akan diadakan kuliah seperti biasa, bermula beberapa hari lalu dimainkan isu Rakyat melalui campurtangan mufti Kedah telah menekan Datuk Paduka Mukhriz sehinggakan kuliah ini terpaksa diteruskan.
Lihat juga petikan dari blog kedah ke KL
Jawapan daripada Dato Paduka Mukhriz,Sebenarnya mengenai kuliah Sabtu di Mentaloon, apabila saya tanya dgn pentadbiran Masjid Zahir, mereka kata mereka langsung tak terlibat kerana pengisian kuliah terlalu berunsur politik PAS. Oleh itu bila saya cadangkan utk teruskan kuliah tanpa unsur politik, mereka kata itulah yg sebaiknya. Maka saya pun bincang dgn Dato Mufti mengenai pengisian tersebut. Walaupun sehebat mana PAS punya spin, Allah Maha Mengetahui. (Petikan dr blog kedahkekl)
Tuan tuan dan Puan puan...saudara saudari muslimin dan muslimah......LIHATLAH
Dasyatnya permainan fitnah keji puak Pas. Sepatutnya apabila kalah...terima hakikat dan bermuhasabah diri...akui kelemahan dan perbaiki kesilapan. Bukan dengan terus menabur fitnah.
Rakyat amat sedar bahawa selepas mengangkat sumpah sebagai MB Kedah, DPMM telah menyatakan kuliah agama di Mentaloon akan diteruskan seperti biasa. Yang Dajalnya ialah penfitnah ini secara jahat mendakwa DPMM mengharamkan kuliah agama.
Bagi Pakteh....buatlah kerja secara ikhlas. Tidak salah cuba menguatkan Pas malah dituntut kerana anda adalah ahli parti Pas...tanggungjawab anda menguatkan Pas. Namun menggunakan fitnah terhadap lawan untuk menguatkan parti....sudah pasti jawapannya ialah PAS AKAN KALAH TERUK PRU14 jika fitnah jahat sebegini dijadikan teras parti.
Pesan Pakteh: Bertaubatlah.....masa masih ada....jangan apabila terhukum...baru terngadah dan menyesal.
p/s: Betoika esok ada kuliah agama.....betoi la....mai la ramai-ramai...InsyaAllah dijamin tidak ada caci maki...ini kuliah agama...

Wednesday, June 5, 2013
Kerja jahat ni lama-lama nampak juga pekungnya
Untuk Permulaan, Pakteh ambik terus dari Kedah Times yang keluarkan artikel ini pada jam 10 pagi tadi. Niat asal nak keluarkan serentak namun memikirkan artikel Pakteh yang agak lama berehat juga baru dipaparkan......pakteh tangguhkan niat tersebut.
Hal ini bukan sahaja berlaku di KHTP namun di banyak syarikat yang ditadbir oleh orang yang kononnya tau semua. Ini henjutan awal untuk Puak Pas Kedah....
--------------------Artikel Kedah Times-------------------------
Walaupun kerugian anak syarikat kerajaan negeri semasa pentadbiran PAS adalah satu kemestian, kerana ditadbir oleh CEO lantikan politik, kami rasa gatal tangan juga nak dedahkan satu persatu nilai kerugian tersebut supaya penyokong PAS dapat menilai kronisma yang berlaku dalam PAS sepanjang 5 tahun memerintah Kedah.
Walaupun golongan ini suka main masuk angka dua kali bagi menunjukkan bahawa syarikat tadbiran mereka untung, kebenarannya syarikat tadbiran mereka rugi besar.
Itulah sebabnya, dalam laporan mereka bentangkan keuntungan, bila nak bayar gaji terpaksa pinjam duit luar. Untung apanya tak ada duit, tidakkah gila namanya tu?
Kenapa jadi begitu?
Kerana tiada langsung pengalaman, dan mentadbir syarikat berdasarkan cakap besar dan gimik agama semata mata, akhirnya syarikat ditadbir ala pak pandir.
Kulim Technology Management (KTMSB) adalah anak syarikat dalam kumpulan Kulim HiTech Park (KHTP) yang mendapat peruntukan dari kerajaan pusat dalam bentuk peratalatan mesin canggih EDM, Wirecut, CNC, robotik dan lain-lain berjumlah lebih RM65 juta untuk membantu dan membangunkan usahawan di wilayah utara.
Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) yang ditadbir oleh sahabat yang dilantik Hj. Sobri, iaitu Hj Omar telah mengalami kerugian RM7 juta bagi tahun kewangan 2012 sahaja.
Kenapa syarikat yang diberi modal percuma dan sewa percuma hampir ratusan juta ringgit boleh rugi?
Haji Omar yang disokong oleh parasit dalaman, orang kuat PKR dan antara penggerak Bersih, Ahmad Mokhtar Azizan, telah merugikan KTMSB bukan disebabkan kecuaian....Sebaliknya kerana sifat kronisma yang sangat tinggi dan sikap malas... yang beliau tidak malas hanyalah bercakap dan promosi diri.
Sebaik dilantik menerajui KTMSB, beliau telah memulakan kronisma dengan melantik Munir Uban sebagai konsultan tidak rasmi yang sepatutnya mencari peluang perniagaan bagi KTMSB. Janjinya adalah setiap peluang yang dibawa kepada KTMSB, maka Munir Uban akan diberi komisyen.
Dengan janji sebegini, KTMSB sepatutnya dapat menjimatkan kos gaji kepada kakitangan bahagian pemasaran kerana telah dibayar komisyen kepada konsultan, iaitu Munir Uban.
Apa yang berlaku ialah Munir Uban menjadi pemandu sarapan pagi dan makan tengahari Haji Omar, dan diberi kuasa penuh untuk memerintahkan kakitangan KTMSB membuat aktiviti pemasaran, dan komisyen akan dibayar kepada Munir Uban. Jadinya, KTMSB terpaksa menanggung kos dua kali. iaitu gaji kakitangan untuk membuat pemasaran dan dalam masa yang sama membayar komisyen pemasaran kepada Munir Uban. Jadi sudah tentulah KTMSB mengalami kerugian kerana kos pemasaran adalah dua kali ganda.
Jika itu sudah mengejutkan, sebenarnya itu baru sedikit...
Oleh kerana Munir Uban diberi kuasa sepenuhnya "mentadbir" KTMSB oleh CEO yang malas (kecuali bercakap besar), maka segala keutamaan pesanan yang masuk terletak pada titah perintah Munir Uban.
Disinilah Munir Uban membuat untung, dimana order yang masuk pada harga bawah kos (yang merugikan KTMSB) adalah dibuat daripada syarikat milik Munir Uban sendiri. Oleh kerana Munir Uban membeli barang dibawah harga kos dari KTMSB (Nama KTMSB ditukar kepada K-Techno untuk lari dari dikejar pemiutang), maka tentulah KTMSB rugi besar.
Dan oleh kerana Munir Uban menelan komisyen berdasarkan nilai jualan, tentulah dapat makan dua kali ganda, iaitu untung komisyen apabila pesanan banyak dan untung lebih besar kerana mendapat bekalan dibawah harga kos kepada syarikatnya sendiri.
Tentu sekali sekarang pembaca faham bagaimana anak syarikat kerajaan dibawah PAS boleh rugi sehingga RM7 Juta pada 2012 sahaja
Itulah yang Hj. Sobri, Timbalan Ketua PAS Sungai Petani merangkap Presiden KHTP dan kroni-kroninya buat selama lima tahun, iaitu mengkayakan kroni
Jadi, kepada pecacai PAS yang dok tanggung bendera DAP tu, sedarlah bahawa anda telah ditipu oleh pemimpin Pas dan kroni mereka. Bukan tipu sikit-sikit, tipu gergaji dua mata, tipu makan berganda.
Dah sebulan dah.. !! cukup cukup sudah...!! Lain kalilah...
5 Jun 2013 bukanlah hari yang ada apa-apa. Cuma hari biasa seperti hari lain, tidak ada istimewanya. Cuma hari ini, genap lingkaran sebulan BN menerajui semula negara dan ditambah kemanisan itu dengan BN Kedah kembali memimpin negeri.
Sebulan yang benar-benar mencabar. Bukan menafikan kekuatan PR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim tetapi hakikat harus diterima iaitu BN telah sebulan memerintah Malaysia pasca PRU13. Anwar Ibrahim gagal menakluki Putrajaya biarpun segala kejahatan Yahudi digunakan. Pelukan erat terhadap DAP menyebabkan nafas jahat Anwar berjalan lancar tanpa boleh disekat. Red Bean Army dan gerombolan penfitnah tegar PR melakukan segala-galanya untuk menduduki Putrajaya.
Pakteh akui kehebatan Anwar dalam soal melakukan perkara jijik. Cuma Anwar perlu sedar sehebat mana pun perancangannya, ketentuan Allah SWT adalah ibu segala perancangan. Jika dihalusi secara telus, PR akan kalah teruk jika mereka bermain PRU13 secara jujur seperti BN.
Apakah ini satu notis akhir untuk BN agar PRU14 nanti, pertahanan yang lebih kuat perlu dibuat?. Segalanya bergantung kepada Penguasa yang dilantik. Lupakan hal ini sebentar kerana Pakteh sekadar ingin bersembang santai....
Ketika BN ingin meraikan kemenangan terindah di Kedah, berita TS Ostat Azizan sedang sakit sampai ke telinga Pakteh. Ya betul ketika sibuk berkempen, banyak kelemahannya didedahkan dan Pakteh antara individu yang turut melakukan perkara tersebut. Itu adalah lumrah. Namun berita penderitaanya yang begitu mengejutkan merencatkan kegembiraan meraikan kemenangan. Adat bertanding, apabila keputusan sudah termaklum, hubungan silaturrahim takkan terputus. Besar harapan Pakteh agar TS Ostat Azizan semakin bertambah baik.
Kekalahan Pas Kedah membongkar banyak perkara menarik. Disaat Selangor, P. Pinang menjadi semakin kuat malah Perak hampir dapat dirangkul, Kedah tumbang dengan teruknya. Sebagai pemerhati politik berstatus kampung, Pakteh menyedari Pas kedah sangat bermasalah. Ini bukan bermakna UMNO Kedah teramat baik namun Pas Kedah menjadi lebih teruk dari UMNO, maka akhirnya BN keluar sebagai pemenang. Mungkin istilah beruk dapat bunga kita boleh samakan dalam kes ini. Pas Kedah seperti dilanda keseronokan yang melampau seolah-olah itulah henjutan terakhir yang menuju klimak yang memberi kepuasan berganda. Pas terlupa istilah ejakulasi pra matang bilamana mereka teraba-raba menuju klimak akhirnya tertewas dipertengahan jalan.
Henjutan demi henjutan Pas Kedah sejak dari awal memerintah sudah mengambarkan mereka sangat tidak berpengalamn. Seolah-olah si teruna desa yang terpaku melihat gadis gebu didepan mata namun kaget untuk bertindak. Terketar tangan kaki sehingga sejuk menusuk tulang sum sum namun tindakan masih tidak berlaku. Gegar suara hanya berbunyi di kerengkung tetapi gagal ditafsirkan oleh bibir dan akhirnya....tertewas sebelum berjuang...itulah Pas Kedah. Namun amat Jalang sekali apabila sebelum beradu, gah suara..gegak gempita seluruh alam konon merekalah raja segala penyelesaian masalah. Segala kebaikan UMNO selama puluhan tahun sekadar sebutir pasir dikaki kiri yang pasti terjatuh apabila kaki melangkah. Tidak ada langsung jasa UMNO dimata Pas.
Memang selayaknya hari ini, Pas Kedah menjadi pemerhati kepada henjutan demi henjutan UMNO yang begitu gagah menuju puncak kepuasan. Rakyat Kedah akan merasai kepuasan ini....dan pasti jika kegagahan sebulan ini diteruskan....rakyat akan terus minta dihenjut dengan segala kebaikan dan kebijakan. Mereka telah sedar selama ini Pas Kedah hanya gah pada suara namun apabila mula menghenjut...mereka tertewas sebelum fail dibuka.
Saat ini, pakteh teringatkan angka 503 yang dijaja Pas Kedah tapi tak laku kerana mereka tidak ikhlas. Pada ketika ini juga.....elok benar rasanya Puak Pas Kedah mula menghitung berapa banyak kerosakan dan kerugian yang mereka buat sepanjang 5 tahun menjadi penguasa. InsyaAllah....pada kali ini..kita bersantai kosong tanpa data dan fakta...tanpa nama dan agenda...tanpa maklum dalam bicara......Pasti...untuk hari-hari berikutnya....segala Kejalangan Pas ketika menghenjut dahulu akan didedahkan...
p/s: Kata Pakteh....Betoika puak lantikan politik banyak yang kena penyakit buasir?....muka dah tak ceria 30 hari dah.............................betoi la kot...
**Note: Ayat pertama dari perenggan pertama : Pembetulan tarikh dari 6 Julai 2013 kepada 6 Jun 2013 - Maaf kerana tersilap tarikh. Terima kasih kepada mFBI
**Note: Ayat pertama dari perenggan pertama : Pembetulan tarikh dari 6 Julai 2013 kepada 6 Jun 2013 - Maaf kerana tersilap tarikh. Terima kasih kepada mFBI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih