Daerah Sik bukanlah daerah yang makmur seperti bumi lain. hasilnya lebih kepada pertanian samada secara kuno atau secara moden. Warisan kuno memanjat bukit dan meniti permatang mencari hasil hutan masih diamalkan walaupun di pekan sik telah ada traffic light.
Bukan tidak letih menebang buluh, menarik rotan, memanjat petai...rasanya amat letih tetapi lebih letih jika anak-anak dirumah tertidur dalam kelaparan. Lebih sakit dari letih melihat isteri terpaksa berhutang dikedai seberang jalan untuk mendapat sekilo beras dan 3 ekor ikan masin. Mungkin ramai tidak merasa peritnya tidur bertemankan pacat ketika bermalam dihutan tetapi tanyalah orang sik, ramai yang mengangguk setuju.
Orang Sik begitu ceria setiap kali datangnya ramadhan. Ketika ini surau, menaksah dan masjid sentiasa penuh terutama kanak-kanak yang riang berlari sementara menunggu habuan moreh selepas solat tarawikh. tidak susah untuk memikirkannya kerana anak-anak ini hanya dapat makanan yang lazat dan berbeza hanya ketika bulan ramadhan. Ibu akan membuat kuih yang amat lazat malah tidak akan ditemui pada bulan yang lain. Pakteh lalui semua tu seperti juga orang sik yang lain. meredah kesejukan pagi bersama abah berjalan kaki ke masjid untuk mengetuk gendang mengejutkan orang bangun bersahur sudah menjadi kemestian ketika ramadhan. Ramai yang menunggu giliran untuk mengetuk gendang dengan irama yang begitu indah rentaknya.
Bukan itu yang pakteh ingin kisahkan. Kisahnya ialah pekan selasa yang puluhan tahun menjadi tempat peniaga kecil mencari nafkah dan bertukar menjadi pasar ramadhan setiap kali datangnya ramadhan kini bertukar menjadi garuda yang rakus membaham mangsanya yang lemah.
Musim ramadhanlah orang-orang kampung belajar berniaga. Laku atau tidak menjadi soal kerana bayaran sewanya begitu murah. tetapi itu dulu...dulu sebelum garuda Pas yang pelahap mengambil alih teraju kepimpinan negeri dan diturunkan kepada majlis kerajaan tempatan.
pada tahun ini khabar yang sampai kepada pakteh ialah sesiapa yang ingin berniaga di Pasar ramadhan perlu membayar sewa RM200 kerana khemah disediakan oleh Majlis. Eh eh...betoika disediakan oleh majlis atau oleh ahli majlis?. Eh eh...itu pun salah...ahli majlis atau salah seorang ahli majlis yang dilantik oleh pas?. Lebih detailnya cikgu rashid?
Cikgu Rashid mana?...cikgu rashid yang ada chalet di empangan beris tu kaa??...ya la tu...yang chaletnya pernah dikunjungi Mat Sabu yang begitu santai dengan seluar pendek tu...hebat la kalau Mat Sabu pun mai tidoq situ...eh eh..Mat Sabu sorang ja kaa?...dia ada buat silap nombot bilik macam kes Norma tak?...
Mana cikgu Rshid ni dapat khemah?...khabarnya tokey china yang punya?...uihhh...betoika lagu tu...takkan rezeki bulan ramadhan pun dok pilih ikut untung lebih lagi...
tak kesian ka kat makcik yang juai kuih2 tu...untung sebulan pun mungkin seratus dua...hangpa pi tibai sewa RM200 camna la makcik kuih tu nak meniaga..
Hangpa yang baca ni jangan dok bayang kata murah RM200. Ni daerah Sik yang sewa bangunan majlisnya cuma RM70 tetapi sewa tapak pasar ramadhannya RM200. Kalu jalan TAR tuu...RM20,000.00 pun orang sanggup bayaq....
Tahniah Sanusi, tahniah Cikgu Uda, Tahniah Azizan...hangpa memang betoi2 buat Kedah Sejahtera...Nikmat Untuk Semua...tapiiirakyat yang sengsara...
Sanusi...hang siasat tengok..betoika tak betoi apa pakteh tulis ni.....satgi khabar angin jaa.....siasat cepat sikit...
p/s: Oi MDS....bangunan MAWAR tu awat ada paip taik tahap cipan turun dari tingkat atas?. camna hangpa leh lulus?....pakteh lalu nak pi makan kat gerai belakang tu pun bulih nampak. Tengok betapa canggihnya hangpa buat gheja. Kalu pecah kalu....sapa tanggung...gerai makanan belakang tu laaaa....?....cheetttt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
4 comments:
assalamualaikum..
dok menyala ka trafik light tu pakteh.
sebut pasai trafic light...
la ni tengah2 rimba lebuh raya Tekih dari kota aur ke durian burung dah di pasang trafik light kalo pakteh nak tau.
satu tang simpang pi pedu.satu kat simpang masuk pedu resort.
kalo tak silap ada tiga trafik light
depa boh tengah2 rimba tu.
tang simpang tu depa siap pasang lampu jalan.
dah berfungsi ke belum ntah la.
last lalu kot tu dari kola pegang ke pdg sanai 2hb april lepas.
ramai sedara mara saya diblantik.
gebang kot mana pun..kalo lalu kot pekan sik tu..lemang tak leh tinggai.
mesti nak pekena sebatang dua.
selamat beposa pakteh..
paklong banggoi9,pdg sanai.
paklong banggoi9..
apa cerita kes ladang getah padang sanai...tengok RTM dok riuh semalam..Kg Baru padang Sanai...adik beradik ada gak kot tu...
traffic light ada cuma berfungsi ke idak tu..pakteh xmo komen la pasai...dia jadi cam cerita p ramlee...kadang-kadang...jarang-jarang...
assalamualaikum pakteh.
kisah kebun getah kat pdg sanai tu memang dah jadi isu besarq.
ni semua pasai tradewind=niaga atas angin.
dulu zaman oghang putih pegang syarikat gula padang terap tak teghok sampai lagu ni.
mana2 tanah diluarq kawasan tanaman tebu dan tak sesuai untuk tebu maka oghang2 kampong pi usaha buat kebun tanam degheyan dan macam2 pokok buah2an.
ada yang telah keluarq hasil.
bila GPTB diambik olih TRADEWIND...pihak syarikat ni kata depa akan rampas tanah yang diusahakan olih oghang kampong dengan apa cagha sekali pun.
syarikat ni dah jadi macam peghangai israel.
kuborq2 lama milik tok nenek penduduk asal pdg sanai depa seghodok habih pi tanam getah.
ceghita ni tahun lepaih pun kecoh.
dah keluar dalam tv3 dan astro awami
ADUN kola nerang pun camporq sama tapi senyap sat.
masa tu dia kata dia sanggup masuk lokap bersama2 oghang2 kampong.
kawasan padang sanai akan jadi gheyoh tak lama lagi,RRI(pusat penyelidikan getah)Sg Buloh akan pindah kesini,projek pun dah nak siap.
pokok getah milik RRI pun dah besarq lengan.
paling best pakteh..la ni puak siam gila2 dok angkut minyak petrol keluarq kot kota putra(durian burung)sejak awai pagi sampai kepetang.
stor simpanan minyak pun ada dalam belukarq tepi highway tu.
yang bestnya..dekat sangat dengan balai polis baghu.
cukup dulu pakteh..satgi ada yang
maghah dok tulih pasai bughok depa.
paklong banggoi 9
Ala...paklong ni.semua tu adik beradik paklong jugak.termasuk puak siam yg dok angkut minyak nuu. Kan dulu paklong dok gheriuh ada adik beradik sampai siam...jangan marah noo paklong banggoi 9
Post a Comment