Banyak posting pakteh mempersoalkan kewajaran menternak keli di Hutan simpan. Apatah lagi hutan simpan tu byk kayu balak. Lebih menarik ianya betul2 dekat dengan rumah Ketua Penerangan Pas Negeri kedah yang baru menaiktaraf pagar dan halaman rumahnya.
Nak bela keli baguuih tapi bila harga tebang balak di tempat nak bela kali lebih tinggi dari keuntungan bela keli...pakteh pun pelik dan hairan bin ajaib. mazhab ekonomi mana yang Pas guna...?
Takdak sapa yang bulih jawab dengan lebih clear melainkan Setiausaha Politik MB Kedah yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah iaitu Tuan Haji Sanusi Md Nor. Rumah tuan haji dengan projek Curi Balak bela Keli tu kalau kentut pun dengaq...
Lebih elok berterus terang saja apa jadi dengan projek yang signboardnya lebih mahal dari nak bela Keli...ehh eh...tebang balak..
Lagipun ramadhan dah dekat....
ermm...ramadhan....bukanka Tn Haji Sanusi kata Ostat Azizan takkan berundur...pakteh dah baca penjelasan terkini istilah berundur dan penerangan tn hj mengapa akhirnya berlaku sebaliknya...
Bukankah dibulan syaaban ini lebih elok kita bermuhasabah diri menjelang tibanya bulan ramadhan...
Dalam masyarakat majmuk, bukan semua dapat dilaksanakan dengan lancar namun harus ada usaha kearah itu. Ostat Azizan cuba melaksanakannya namun tentangan dari DAP. MCA dan Gerakan menyebabkan Ostat Azizan dan Tn haji Sanusi berpatah balik. Adakah ianya satu kekalahan...bagi pakteh, ianya bukan kekalahan tetapi menerima hakikat Malaysia sebuah negara yang dihuni oleh penduduk yang berbilang ras dan agama. Penjelasan yang lebih perlu dibuat (seperti yang tn haji jelaskan dalam artikel terkini di blog tuan haji) supaya masyarakat bukan Islam faham. Mungkin ianya akan mengambil masa setahun, dua tahun atau puluhan tahun dan akhirnya mereka faham. Penyelesaian terakhir ialah mereka menjadi kafir zimmi dan bukan lagi kafir harbi yang sukar dikawal tindak tanduknya.
Begitu juga dengan undang-undang lain. Sebagai pencerahan secara ikhlas kepada kita semua...ketika Kelantan cuba melaksanakan hudud Pas, Mahathir dituduh menentang hudud Islam namun mahathir tampil dengan hujah yang lebih bernas dari sudut Islam dari yang disampaikan oleh tn haji Sanusi dalam soal ramadhan. Lebih manis, apabila hj Hadi memerintah terangganu, ianya lebih menjelaskan lagi apa yang disampaikan oleh mahathir.
Kerana itu apabila Pas ingin meneruskan pemerintahan di Kedah malah berhasrat menawan Putrajaya....Ikhlaslah dalam perjuangan. Jangan kerana terlalu ghairan inginkan kuasa, segalanya dihalalkan malah dianggap benar walaupun masyarakat diporak porandakan.
Pakteh bersimpati dengan Ostat Azizan dan Tn Hj Sanusi kerana BERUNDUR tetapi itulah hakikat sebenar yang perlu diakui. Pakteh tidak menjangkakan yang lebih dari itu kerana UMNO akan dikritik hebat apabila bertindak sedemikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
12 comments:
Saya komen diblog saya atas cubaan semberono ini...
malam nanti saya jawab...
camna tak mahal.. modal dah jadi pagar..
Cubaan pak teh begitu sentimental...saya sudah menjawabnya di blog saya... saya ampunkan pak teh jika ada terdetik niat untuk merekayasa cerita kotor ttg saya, saya minta maaf jka terkasar bahasa... jika ada yang termakan cerita pak teh, mohon saja pada Allah kemapunannya...
kalau malas ke blog saya, saya perturunkan di sini sajaaa...
Assalamualaikum wbt…
Khas buat Pak Teh orang Sik yang pandai menulis, profersional dan saya hormat, tapi tidak kali ini.
Dalam posting terbaru Pask Teh tentang Sanusi, ikan keli dan Ramadhan…saya ingin menjawab begini.
Saya nampak ada cubaan secara langsung dan tidak langsung dari Pak Teh untuk mengaitkan saya dengan projek ikan keli-k di tapak kolam Sungai Pau dengan tujuan memburukkan nama dan mencalarkan imej saya. Ini kerja yang mengundang murka Allah swt.
Lebih baik sepanjang masa, kita bercakap benar, dan hanya bercakap perkara yang benar-benar kita tahu. Bila kita mula mencemar lidah, berbohonglah kita bagi melanjutkan cerita dusta…bahaya buat kita semua.
Ya, saya orang Sungai Pau, dan saya tahu benar lokasi tapak ikan keli-k…masakan tidak, itulah tempat saya berkelah maggi atau nasi berlauk sardine di zaman kanak-kanak kalau sudah masuk gu. Kami memanggilnya KOLAM. Ia tapak tangki air JKR, bekas rumah pam dan kuater tinggal sejak tahun 80-an. Tak pasti kenapa ia tidak dipakai lagi, yang akhirnya tangki itu diruntuhkan oleh pencuri besi buruk.
Ada sejarah panjang untuk saya sekeluarga di sekitarnya. Ia tempat rehat dari lelah memikul petai dari hutan Bukit Behong dan Charok Air Merah atau Bukit Enggang. Pagi-pagi kami duatiga beradik menapak di balakang ayah menyusur hutan di denai itu mencari rezeki di hutan. Masih terbayang ayah memikul dua ribu keping petai dibahunya menyusur lorong dan paya, kami terhoyong hayang dibelakang dengan beban 50-100 keping saja.
Masih Nampak jelas kayu pengandar terbenam di kedua belah bahu ayah dek beban berat itu, kakinya kadang kala terbenam separas buku lali…beratnya petai dua ribu keping. Itu waktu rezeki banyak. Kalau kurang, dapatlah 3 -4 ratus keping. Kadang2, sesampai saja di puncak bukit, petai sudah masak hitam. Kita lambat 3 hari saja kata ayah.
Jam 7 pagi sudah membelah bukit, jam 4 petang, belum berjumpa nasi. Kalau tak jumpa buah tampoi, Petai padi atau petai papan itulah sarapan dan makan tengahari saya.
Rezeki halal petai hutan di cerun, denai dan lorong sekitar kolam itulah membina daging tulang kulit belulang saya. Dari duit petai itulah kami 15 orang sekeluarga membesar, belajar dan mencari ilmu. Dari sanalah kami membina kehidupan…darah duit petai itulah mengalir di urat jantung saya.
Itulah sentimental value saya dan tanah sekeliling KOLAM.
Sampai di jalan besar, ramai yang tunggu, petai ayah saya selalunya terbaik, dari nama-nama pokok yang dinamakan sendiri di hutan. Hampir semua pokok petai di hutan itu punya nama. Lihat saja buah, dia tahu dari pokok mana ia diturunkan. Ketika melewati pokok yang diberi nama itu, jika bunga petai sudah chemok, dia tahu berapa lama lagi kita boleh memulas tangkainya. Mahirnya Tok Imam Hj Md Nor dengan petai hutan.
Itulah KOLAM dan sekitarnya di dalam kehidupan saya…masakan saya tidak tahu. Masakan saya melupakannya. Hal cerita keli-k muncul 25 tahun selepas zaman petai!
Kepada Pak Teh! Saya pernah susah, miskin, bernasi garam, berteh daun kopi salai….tapi saya sekeluarga tak jemba duit curi dan menyamun! Darah daging dari sumber yang haram adalah hak api neraka...nauzubillah! Demikianlah dulu, demikian lah sekarang.
Waalahi-Wabillahi-Watallahi…saya tak terlibat sama sekali dalam apa juga urusan bersabit projek ikan keli, sangkarnya, jalannya, ternaknya, jualnya…. Tanahnya, rimbun pokoknya dan airnyaaaa…. Saya tak terlibat atau terbabit. Mengapa manusia seringkali bersikap begini dan begitu???...Aku berkecil hati sekali...
baca versi penuh di blog saya...sanusisetpol.blogspot.com
Tn Hj Sanusi...Pakteh akan jawab dalam posting terbaru pakteh...InsyaAllah..selesai tebang buluh satgi..
Anon 07:21
Pakteh tidak menuduh Tn Hj Sanusi terlibat secara langsung dalam projek balak & keli malah jauh sekali mengaitkannya dengan mengambil duit haram. Mungkin Anon 07:21 boleh membaca dalam posting pakteh kemudian nanti dan pasti akan memahami apa maksud yang pakteh cuba sampaikan...
Tn Hj Sanusi...jgan sedih2 n jangan marah2..nanti kena juall....
>baru la tau..ceta sebenaq!!
> sebenaqnyer pak teh tak tuduh pun setpool ni..
> cuma apa yg paktam paham...pakteh kata umah setpool ni dekat dgn kolam organik keli..
> sure setpool ni tau ceta sebenaq pasai ikn keli kat hutan tu!!!
>bila pak tam tgk dlm tv 3 pasai ikn keli ni....baru la tau kata krjaan pas ( dibaca sykt swasta yg develop kot???) sedang usahakan untk sejahterakan kedah!!!
hahaha.. anon 7.21 rembat bola kena palang dah..
> pak tam syahdu sungguh...bila p sik zaman 70an dulu!!!
>sebab kat sana...ramai mak2 menakan dok sana!
>klu p sana...mesti bawa balik derian n petai
>la ni sik dah membangun...xmacam dulu.
>macam2 ada...ada prjek ikn keli...
>ikan keli ni...klu nak sesuai kena bela kat tanah bendang...tanah bukit xberapa nak sesuai sangat...kot depa bela dalam tangki tak tau la pulak???
>kalau kena gaya...untung besaq woo!!..tambah2 klu bela keli bunga/keras/lembut!!
>tapi klu jual balak lgi lumayan...hahah
>duit tu bole le...buat modai ternak keli
bagus jg paktam.. tepi batas kolam ikan keli tu tanam la pokok yg bleh buat duit cepat, mcm pisang ka.. maman ka.. jadi, sementara tunggu hasil ikan keli, dapat hasil pisang dulu.. lagi satu, sambil bg makan ikan, sambil bleh bteduh..
>diperak...sewa tapak bazar Ramadan...kjaan Perak bg free!!
>kat Kedah...xleh ka buat mcm tu?
>baru sesuai dgn negeri/negara kebajikan....kedah sejahtera...pemimpin pas lena
Post a Comment