Monday, July 4, 2011

Menjawab saranan SANUSI Setpol MB Kedah

Pakteh masih menunggu jawapan kepada artikel yang lalu. Bukan apaa...Sanusi sendiri yang janji nak jawab soal Dokumen Negar Islam yang pakteh pertikaikan.

Apapun hari ni...pakteh cuma suka menjawab apa yang ditulis oleh Tn Hj Sanusi, Setpol MB Kedah merangkap ketua Penerangan pas Kedah.

Isunya berlegar sekitar Titah KDYMM YDP Agong semalam yang pakteh petik dari blog beliau.

Sanusi tulis:Tahap kebimbangan dan darjah ketakutan UMNO/BN kepada tuntutan rakyat telah melantun ke tahap paling tinggi pada detik ini.

Pakteh kata: Tuntutan rakyat? Rakyat mana? Berapa % rakyat yang menuntut?...Inilah pembohongan ala Anwar Ibrahim. Istilah Tuntuan Rakyat ini digunakan oleh Anwar Ibrahim secara meluas dan apakah Sanusi sudah terkena Sindrom Anwarisma?. kehendak majoriti rakyat adalah sebaliknya iaitu jangan teruskan BERSIH 2.0. Tuntuan Sebenarnya ialah Tuntutan Pakatan Rakyat (Sanusi terlupa taip pakatan). PR sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya kerana merasakan mereka akan MENANG besar.

Kebimbangan RAKYAT sebenarnya yang tinggi apabila menyedari terdapat dikalangan pendokong BERSIH 2.0 memuja KOMUNIS (kes penemuan di Penang serta REKOD pertemuan 5 orang kepala PSM ini dengan Bekas Komunis [PKM] di Thailand selama seminggu.
Kebimbangan rakyat juga mencapai tahap tertinggi apabila tertangkapnya dua anasir luar malah salah seorang darinya adalah orang kuat parti berhaluan kiri Komunis di Filipina.

Kerisauan rakyat juga memuncak apabila NDI (Madeline Albright) dan NED(Soros) menjadi penyumbang dana kepada NGO2 yang menggerakkan BERSIH 2.0. Oleh itu wahai saudara Setpol MB Kedah..tidak wajarkah rakyat merasa risau dengan penemuan2 sebegini?. Sudah amat wajar KDYMM YDP Agong bertindak demi menjaga rakyatnya.

Sanusi tulis: Adapun parti yang membentuk kerajaan pusat waktu ini sangat lemah, tenat dan tidak tentu arah.

Pakteh kata: Pakteh akui pada awal pentadbiran paklah pasca PRU13, beberapa tindakannya begitu lemah namun selepas itu, semuanya mula menunjukkan hasil malah kini PR sebenarnya yang gerunkn BN. Tidak mendapat 2/3 majoriti boleh dikatakan lemah namun simple majority sudah menjadi kebiasaan dalam politik moden. Ini memberikan gambaran bahawa pilihanraya yang dilaksanakan adalah telus dan adil. Jika tidak, masakan PR mampu menidakkan 2/3 majoriti? Dan lebih penting jika memberi ruang kepada parti yang langsung tidak mendapat simple majority, itu adalah gila kerana memberikan kuasa kepada tangan yang terlalu lemah. Cukuplah angan-angan 16 September 2008…janganlah lagi pengganut Pas terus terpesona dengan pembohongan Anwar Ibrahim.

Sanusi tulis: Tahap keupayaan dan kecekapan UMNO/BN yang membentuk kerajaan pusat mencapai tahap tepu dan tidak berupaya lagi mentadbir rakyat yang semakin bijak dan matang.

Pakteh kata: Jika kerajaan mencapai tahap tepu, bagaiman begitu banyak program memakmurkan Negara dapat dilaksanakan?. Atau PR sendiri sudah tepu idea untuk terus membohongi rakyat?. Pakteh akui rakyat semakin bijak dan matang, kerana itulah majority rakyat menolak segala bentuk tindakan BODOH membuat huru-hara jalanan. Hanya rakyat yang BODOH sahaja tidak menyedari penyerapan unsur-unsur luar dalam menjayakan BERSIH 2.0 yang bermatlamat menggulingkan kerajaan sedia ada.

Sanusi tulis: UMNO/BN hilang upaya diri untuk bergerak seiring dengan keterbukaan maklumat dan kesedaran rakyat.

Pakteh kata: Ayat tuan terlalu umum dalam parkara 4 seolah-olah sekadar untuk membanyakkan factor seperti pelajar tktan 5 yang ingin membanyakkan ayat karangan sehingga berpusing2. Ini juga stail Anwar Ibrahim….Adakah betul tuan sudah mengidap sindrom Anwarisma seperti kebanyakkan penyokong tagar PKR?.

Sanusi tulis: UMNO/BN sudah menemui titik nokhtah sebagai isyarat untuk berhenti menjadi kerajaan atas kegagalan melaksanakan tuntutan sistem demokrasi dalam negara ini.

Pakteh kata: Bagaimana tuan begitu hebat menghakimi sedemikian malahan pakteh 100% percaya, BERSIH 2.0 merupakan titik tolak kepada berlakunya sokongan besar-besaran kepada UMNO/BN. BERSIH 2.0 yang diharapkan mampu menjahanamkan UMNO/BN kini sudah menjadi boomerang yang berbalik memukul tuannya. Percayalah….MAJORITI RAKYAT kini mengutuk sekeras-kerasnya BERSIH 2.0 dan member sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan DS Najib. Mengapa?....kerana PR sendiri menolak tuntutan sistem demokrasi Negara ini.

Sanusi tulis: UMNO/BN hanya bergantung kepada Institusi awam untuk memanjang hayat politik mereka.

Pakteh kata: Menjadi kewajipan badan2 kerajaan melaksanakan tugas mengikut tugasan yang dipertanggungjawabkan. Contohnya polis, mereka perlu melaksanakan tugas, begitu juga RTM yang perlu menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat. Samada kerajaan mengikut BN atau tidak…anda boleh lihat bagaimana begitu ramai ahli parti dari BN yang dikenakan tindakan sejak dulu termasuk bekas TPM…Anwar Ibrahim. Dalam soal ini, hujah anda adalah sekadar prasangka buruk terhadap institusi awam yang mungkin isteri anda, saudara anda, guru anda, jiran anda, adik anda sedang bertugas. Fikir-fikirkan….

Ulasan Sanusi: Oleh yang demikian... saya menyeru supaya Perdana Menteri segera mengadap KDYMM YDP Agong untuk memohon limpah perkenan baginda supaya Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum segera diadakan. Dengan itu, rakyat dapat memilih satu parti baru untuk membentuk kerajaan negara ini secepat mungkin.

Ulasan Pakteh: Cepat atau lambat, PRU13 pasti berlaku…UMNO/BN tidak pernah melebihi waktu tempoh mandat yang diberikan. Bersabarlah…..masanya akan sampai…jadilah insan yang boleh bersabar. Untuk menjadi pemimpin, perasaan sabar adalah kunci kejayaan. Lihatlah apa jadi pada Anwar yang tidak punyai rasa kesabaran. Jika sudah sampai waktunya…jika parti anda menang…maka perintahlah…jika gagal..terimalah hakikat itu. (Parti anda telah tawan kedah….dan tidak mustahil parti anda tawan Malaysia…tetapi bersabarlah…masanya akan sampai utk PRU13). Janganlah kerana tidak ada kesabaran, segala cara yang busuk lagi membusukkan sanggup dilakukan malah sehingga melacurkan negara kepada anasir luar.....
Tuan Setpol...Bersabarlah....

p/s: Demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

3 comments:

Anonymous said...

Manusia itu tidak pernah nampak buruk sendiri. mereka mencari-cari satu buruk dalam sejuta kebaikan. maka yang satu itulah dijaja satu dunia. malangnya mereka lupa bahawa akhirnya manusia lain akan sedar satu jari menunjuk kepada orang sedang jari lainnya pergi ke arah sendiri. mereka hanya kuat berkokok tampa sedar ekor mereka sendiri penuh dengan taik yang busuknya jauh lebih dasyat dari orang lain yang mereka kokokan. Allah menegah manusia mengatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan tetapi mereka ini pulak begitu galak berkata sesuatu yang sebenarnya tidak pernah mereka buat atau berniat untuk berbuat. lihat saja negeri yang mereka perintah. apa mereka buat sedangkan mereka telah menyalak selama puluhan tahun. Semoga akhirnya Allah menyelamatkan kita dari speseis manusia sebegini yang tak pernah tahu erti bersyukur atas keamanan dan kemakmuran kurniaan Allah selama ini di bumi bertuah ini.

Mr Paya Besar said...

dalam bersih itu ada kotor yg amat sangat.PAS ialah sebuah parti silam yg seleweng telah menjadi kotor.Ramai yg pemimpin dalam PAS adalah ahli peng Kotor satu masa dulu.Dalam PKR pun memang ramai tokoh kotor.Maka nama yg baik ialah BERSIH. Ya BERSIH tetapi KOTOR

Anonymous said...

Sanusi tak baca ka buku Md Sabu Air Mata Memali. Kalau baca tutup mulut. Bersih dulu dosa hampa kat anak yatim dan balu Memali. Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuu

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih