Saturday, November 27, 2010

Edisi Banjir!!!: Gempar...banjir di Sik berpunca dari landasan berkembar

Hujan lebat disebelah petang menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah Sik dinaiki air. Beberapa penduduk melahirkan kerisauan kerana memikirkan pihak berwajib telah mengeluarkan amaran kemungkinan akan ada gelombang kedua.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, paras air yang naik mendadak di daerah Sik ini berpunca dari pembinaan landasan berkembar. Pakteh turut percaya maklumat ini adalah benar kerana Menteri Besar Pakteh telah memaklumkan sedikit masa dahulu. Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang juga mendakda atas alasan yang sama.

Sehubungan itu, Pakteh ingin menyarankan kepada pihak berwajib dan berkepentingan di daerah Sik supaya mendapatkan akujanji dari syarikat konsesi yang membina landasan tersebut. Juruteknik elektrik lulusan SPM dari syarikat GAMUDA dijangka akan membuat ulasan berkaitan masalah ini kerana beliau mempunyai pengalaman lebih 4 minggu mengendalikan banjir di daerah Padang Terap yang juga angkara landasan berkembar.

Penduduk Sik mengucapkan terima kasih kepada DS Azizan yang terlebih dahulu memberi amaran berkaitan bodohnya syarikat terbabit membina landasan berkembar. Mereka mengucapkan terima kasih sepertimana DS Azizan mengucapkan terima kasih kerana bantuan yang dihulur oleh kerajaan pusat ketika banjir. Namun begitu, sebelum mengucapkan terima kasih, penduduk turut memaki DS Azizan agar memberi bantuan banjir mengikut cara Islam iaitu tidak berpilih2 dalam mengendalikan mangsa banjir.

Ketika dihubungi di Bandar Baru Beris Jaya, seorang penduduk memaklumkan catuan air terpaksa dilakukan kerana air paip bertekanan rendah dan kadangkala langsung tidak ada air. Keadaan sebegini jarang berlaku dulu namun sejak tahun2 kebelakangan ini, perkara seumpama ini adalah lumrah. Penduduk di Gulau juga mengalami masalah yang sama. Sehubungan itu Pakteh mengandaikan Kerajaan Kedah kini menlaksanakan langkah berjimat cermat agar penduduk tidak terbeban dengan BIL AIR yang melambung tinggi. Tahniah dan syabas kerana telah menemui formula untuk mengurangkan bayaran bil air di Kedah iaitu...air paip tidak disalurkan...yang ada cuma titis-titis air.

Pakteh Kata: Landasan Berkembar di Sik ini sukar dilihat dengan mata kasar seperti juga ahli PKR yang berjumlah 400,000 itu

Tuesday, November 23, 2010

Edisi Terhad: UMNO Bhg. huru-hara sebab RAYA

Huru-hara

Ketua Bhg. dah tak peduli apa nak jadi dengan bahagiannya. Apa yang penting namanya tersenarai sebagai calon.
Ketua Pemuda mula terpinggir kerana mampu melepasi kepala Ketua Bhg.
Ketua Wanita terasa digula-gulakan. Bila nak buat program inilah dayangnya, bila dah gendang pilihanraya dipalu, Ketua Bhg. terus jalan ke depan
Ketua Puteri masih lena. Setiap program serba tak menjadi. Mungkin kurang sokongan atau memang langsung tak mendapat sokongan.

AJK di setiap jentera memang sudah lebih teruk jadinya. Diperingkat Bhg. langsung tidak bermaya. Diperingkat pemuda masih lagi kelihatan namun entah sampai bila mampu bertahan dengan sokongan yang sengaja dikurangkan. Puteri lebih seronok mengikut/membonceng aktiviti Pemuda atau Wanita malah jika aktiviti Bhg, pasti lebih memberangsangkan atau lebih terangsang.

Semua berangan-angan nak jadi calon. timbalan, Naib, malah AJK biasa yang baru suku hari mengenal politik juga memasang impian untuk menjadi calon. Ketua Bhg. yang dulunya kepak tengkuk Tun Mahathir kini memuji jika Mukhriz dipilih namun dalam hati, baiahnya masih kepada Tok Det.

Peruntukan pusat banyak turun kepada Ketua Bhg. semenjak BN Kedah jadi pembangkang di DUN. Jika bijak diurus, pasti sokongan akar umbi kian kuat dan kukuh namun dibanyak Bhg. Peruntukan digunakan untuk memperkukuhkan diri sendiri. Pakteh percaya ada DUN mempunyai penyelaras yang dilantik, mereka ini juga khabarnya kekurangan dana dan jika ini berterusan, rakyat akan fikir BN tak mampu membantu rakyat.

ICU yang diwujudkan untuk menarik sokongan kepada BN boleh menjadi senjata makan tuan. Pegawai di ICU bertindak seperti sengaja untuk menjatuhkan BN Kedah. Pegawai di ICU lah yang merosakkan hati JKKKP di Kedah dengan karenah birokrasi tahap cipan malah amat memualkan. JKKKP yang sesetengahnya berkelulusan darjah 2 sekolah rendah dilayan seperti bola. Untuk apa tujuannya jika bukan untuk menimbulkan kemarahan?. Marah ini ada rantainnya. JKKKP kepada S/U..seterusnya kepada AJK dan seterusnya kepada semua rakyat bawahan. Comfirm sukar nak menang dengan gerakan halus ICU sebegini.

Pegawai2 disekeliling YB/Ketua Bhg. juga perlu suluh kembali diri. Jika inginkan YB anda menang, ubahlah sikap. Anda sudah terlebih sudu dari kuah.
YB sendiri sepatutnya melantik pegawai2 yang boleh diharap dan bukannya mempunyai kepentingan peribadi atau KRONI. Inilah penyakit yang sukar dikawal apatah lagi oleh YB/Ketua Bhg yang lemah.

Sekiranya anda ingin menjadi calon, buatlah kerja seperti ingin menjadi calon, bukannya seperti artis yang mahu dilayan bak puteri kayangan. Aktiviti seorang YB samada di Parlimen atau DUN bukan sekadar menghadirkan diri ke majlis keraian, kenduri kawin, khatan, kematian, sakit demam dan sebagainya TETAPI lebih dari itu. Rakyat mengharapkan satu perubahan yang mampu dibawa ke kawasan mereka. Lebih baik pilih calon PAS yang memang kerjanya makan kenduri dan melawat orang sakit. YB BN perlu lebih efisyen dan kreatif terutama di daerah yang mundur seperti Baling, Sik, Padang Terap, dan Pendang.

Jika anda ingin terus disokong, tunjukkan kemampuan dengan memberi idea yang bernas malah lebih baik jika dibawa pembangunan samada dalam bentuk ekonomi atau sosial. Pemimpin yang baik sudah boleh merangka arah tuju generasi akan datang dikawasannya. Bagaimana anak2 dibentuk dizaman sekolah dan bagi remaja dan belia, apa aktiviti yang mampu menjamin jati diri agar tidak mudah mengaku kalah.

Calon2 JANGAN LAGI memberikan ikan. Calon-calon harus belajar memberikan KAIL/Pancing. Jangan lagi syok sendiri malah jangan buat lagi program syok sendiri.

Dalam kepala hotak sekarang ni dok ligat pikiaq, sapa jadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Lantak la sapa pun, yang penting hangpa semua yang teringin sangat nak jadi calon tu...buat kerja untuk rakyat.

Memang majoriti dalam kepala otak ketua Bhg. dok berdoa bagi Tok Det lekat tapi tak guna jugak...hangpa ja sokong tapi rakyat?.
Lebih baik pilih yang rakyat sokong walau hangpa tak sokong. Hangpa nak kepak...hangpa kepak la...PRU13 kedah sure dok kat PAS lagi.
Kalau memang hari ni bukan kerana UMNO/BN kuat tapi pasai PAS lagi berterabur dari BN.

Monday, November 22, 2010

Edisi Din Puduraya: Alahai..ingatkan dan INSAF...Bila Din Puduraya beraya Aidil Adha

Sejak awal Din Pudu Raya keluarkan kenyataan pertikaikan tarikh Hari Raya Haji di Malaysia yang berbeza 2 hari dari hari wukuf, Pakteh dah naik heran mengapa seorang yang berstatus Naib Presiden sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam menjadi sedemikian rupa. Ingatkan dah paham...rupa2nya hari ni dia cuba jugak bawak ke sidang Parlimen, maka pakteh berikan juga fakta2 yang pakteh kutip untuk Din lebih paham.

Pakteh takkan guna hujah pakteh kerana pakteh mengaji agama setakat untuk lepas diri dan keluarga sahaja. Memetik tulisan YB Zul Kulim "Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuqhttp://www.blogger.com/img/blank.gifuf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?
!


Pakteh sertakan juga HUJAH TERBAIK UNTUK GOLONGAN MINORITI SEPERTI DIN PUDURAYA DALAM MEMAHAMI KAEDAH PENETAPAN HARI RAYA KORBAN

*********************************************************************************
TAFSIRAN HADIS “AL-HAJJ ARAFAH”
DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH
Oleh:
Dato’ Haji Nooh bin Gadut
Mufti Negeri Johor

Pendahuluan

Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya. Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah. Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Keputusan pemerintah itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam. Ia bersesuaian dengan kaedah;

" ِةَحَلْصَملاِب ٌطْوُنَم ِةَّيِعَّرلا ىَلَع ِماَمِلإْا ُّفُّرَصَت"
yang bererti “tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepentingan umum”.

Hari Arafah


i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”


Rasulullah s.a.w. bersabda:
" ُةَفَرَع ُّجَحلا "
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.

i. Sanad dan matan hadis
اَنَثَّدَح اَلاَق ِّيِدْهَم ُنْبا ِنَمْحَّرلا ُدْبَعَو ٍديِعَس ُنْب ىَيْحَی اَنَثَّدَح ٍراَّشَب ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح ُناَيْفُس ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ِهَّللا َلوُسَر اْوَتَأ ٍدْجَن ِلْهَأ ْنِم اًساَن َّنَأ َرُمْعَي ِنْبا ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع ُةَفَرَع ُّجَحْلا ىَداَنَف اًيِداَنُم َرَمَأَف ُهوُلَأَسَف َةَفَرَعِب َوُهَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص َل َءاَج ْنَم َةَلْي ِهْيَلَع َمْثِإ َلاَف ِنْيَمْوَی يِف َلَّجَعَت ْنَمَف ٌةَثاَلَث ىًنِم ُماَّیَأ ِّجَحْلا َكَرْدَأ ْدَقَف ِرْجَفْلا ِعوُلُط َلْبَق ٍعْمَج َلاَق ِهْيَلَع َمْثِإ َلاف َرَّخَأَت ْنَمَو : ىَيْحَی َداَزَو) ىَداَنَف ًلاُجَر َفَدْرَأَو ( ِبَأ ُنْبا اَنَثَّدَح َرَمُع ي َرُمْعَی ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ِّيِرْوَّثلا َناَيْفُس ْنَع َةَنْيَيُع ُنْب ُناَيْفُس اَنَثَّدَح َرَمُع يِبَأ ُنْبا َلاَقو ُهاَنْعَمِب ُهَوْحَن َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِّيِبَّنلا ِنَع : َيُع ُنْب ُناَيْفُس اَذَهَو َةَنْي ىَسيِع وبَأ َلاَق ُّيِرْوَّثلا ُناَيْفُس ُهاَوَر ٍثیِدَح ُدَوْجَأ : ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ِثیِدَح ىَلَع ُلَمَعْلاَو ْمَل ْنَم ُهَّنَأ ْمِهِرْيَغَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِّيِبَّنلا ِباَحْصَأ ْنِم ِمْلِعْلا ِلْهَأ َدْنِع َرُمْعَی ْفِقَی ِرْجَفْلا ِعوُلُط َدْعَب َءاَج ْنِإ ُهْنَع ُئِزْجُی َلاَو ُّجَحْلا ُهَتاَف ْدَقَف ِرْجَفْلا ِعوُلُط َلْبَق ٍتاَفَرَعِب َلاَق َقَحْسِإَو َدَمْحَأَو ِّيِعِفاَّشلاَو ِّيِرْوَّثلا ُلْوَق َوُهَو ٍلِباَق ْنِم ُّجَحْلا ِهْيَلَعَو ًةَرْمُع اَهُلَعْجَیَوبَأ ىَسيِع و : تْعِمَسو َلاَق ِّيِرْوَّثلا ِثیِدَح َوْحَن ٍءاَطَع ِنْب ِرْيَكُب ْنَع ُةَبْعُش ىَوَر ْدَقَوِكِسانَمْلا ُّمُأ ُثیِدَحْلا اَذَه َلاَقَف َثیِدَحْلا اذَه َرَآذ ُهَّنَأ اًعيِآَو ُتْعِمَس ُلوُقَی َدوُراَجْلا .
)يذمرتلا هاور(
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
َلاَق ِّيلیِّدْلا َرَمْعَی ِنْب ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ْنَع : َةَفَرَعِب َوُهَو َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ّيِبَّنلا ُتْيَتَأ َمَأَف ٍدْجَن ِلْهَأ ْنِم ٌرَفَن ْوَأ ٌساَن َءاَجَفُرْو َّلَص ِهَّللا ُلوُسَر ىَداَنَف ًلاُجَر ا َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ى :،ُّجَحْلا ُّجَحْلا ىَداَنَف ًلاُجَر َمَّلَسَو ِهْيَلَع ُهَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوَسَر َرَمَأَف ؟ ُّجَحْلا َفْيَآوَی َةَفَرَع ُم
)دواد وبأ هاور(
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”.
(Riwayat Imam Abu Daud)

) ظفاحلا ماملإل يذوحلاا ةفحت ميحرلا دبع نبا نمحرلا دبع دمحم يذمرتلا عماج حرشب،ثلاثلا ءزج ،جحلا باتآ ،ركفلا راد ،توريب .(

ii. Maksud hadis

Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
"ع فوقو جحلا كاردإ هریدقت ةفر"
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.

Al-Syaukani berkata “Al-Hajj Arafah”,
" ةفرع موی كردأ نم جح حيحصلا جحلا يأ "
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji yang sah adalah jemaah haji yang dapat wukuf di Arafah”.
) ميحرلا دبع نبا نمحرلا دبع دمحم ظفاحلا ماملإل يذوحلاا ةفحتيذمرتلا عماج حرشب،ثلاثلا ءزج ،جحلا باتآ ،ركفلا راد ،توريب (.

iii. Fiqh al-Hadis

Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
جحلا ناآرأ نم نآر فوقولاو، لوسر نأ يلیدلا نمحرلا دبع ىور امل لاق مّلسو هيلع للها ىّلص هللا " : لبق ةفرع كردأ نمف ،تافرع جحلا نأ جحلا كردأ دقف رجفلا علطی "
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.

) نملاه ،يزاريشلا قاحسإ يبلأ يعفاشلا ماملإا هقف يف بذهملا774،ءزج 2،ملقلا راد ، مدقش(.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
’نيعملا حتف ‘
اهيناثو) ةفرعب فوقو ( ناو ةظحل ول و اهنم ءزج يأب هروضح يأبخل ارام وأ امئان ناآذمرتلا ري " ةفرع جحلا."
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.
) ،نيعملا حتف حرشل نيبلاطلا ةناعإ ،يناثلا ءزج نملاه287، راد ،ركفلا توريب.(
Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,
" عوآرلا ةعآرلا مظعم لوقت امآ هناآرأ مظعم يأ"
Maksudnya;
“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.
) هيلوا راصتخلإا ةیاغ لح يف رايخلأا ةیافآ : نیدلا يقت ةملاعلا ماملإا ،ينيسحلا دمحم نب ركب يبأ ،يناثلا ءزج نملاه214، ،ريخلا راد قشمد( .

Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:

1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.
Sebenarnya hadis di atas merupakan salah satu dalil dan hujah yang menolak penentuan Idul Adha disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi. Hadis tersebut tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Idul Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama terbit matahari dengan negara Arab Saudi.
Dalil Dan Hujah Yang Menolak Penentuan Idul Adha Disambut Mengikut Idul Adha Di Negara Arab Saudi (Sehari Selepas Hari Wukuf Di Arafah)


i. Hadis dari Ummi Salamah:
" َةَمَلَس ِّمُأ ْنَعَأَّن ّيِبَّنلا َّلَص ُللها ى َعَلْيِه َوَسَّلَم َقَلا : ِإاَذ َر َأْیْمت ِهَلاَل ِذ ْلا يِحَّجِة ،َوَأَرَداَأ َحُدُآْم َأ ْن َيِّحَضُی َف ْلُيْمِسْك َع ْن َش ْعِرِه َوَأْظَفِراِه"
) هاورملسم(
Maksudnya;
Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Idul Adha itu khususnya bagi penduduk luar daripada negara Arab Saudi dan negara yang tidak sama terbit matahari seperti Malaysia adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah. Adapun penentuan Idul
Adha bagi negara Arab Saudi adalah dengan rukyah anak bulan bagi menentukan tarikh wukuf di Arafah.
Malahan hadis di atas juga memberikan panduan agar ketetapan 1 Zulhijjah atau 2 Zulhijjah atau 9 Zulhijjah (Hari Wukuf) adalah berdasarkan rukyah. Begitu juga 10 Zulhijjah (Idul Adha).


ii. Hadis dari Abi Hurairah r.a.
َعْن َأ ِبي ُه َرْیَرَة َأ َّن ا َّىِبنلَصَّل ُللها ى َع َلْيِه َوَسَّلَم َق َلا : َّصلاْوُم َی ْوَم َت ُصْوُمْوَن َوْلاِفْطُر َی ْوَم ُتْفِطُرْوَنَو ْاَلأْضَحَی ىْوَمُّحَضُت ْوَن
)مرتلا هاورذي(
Maksudnya;
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa (bulan Ramadhan) dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri) adalah hari di mana kamu berhari raya dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Merujuk kepada petikan sabda Rasulullah s.a.w. " َوْاَلأْضَح َی ىْوَم ُّحَضُت ْوَن" yang bermaksud “dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”, Rasulullah s.a.w. menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada Hari Raya Korban (Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).
Hadis di atas menunjukkan bahawa ibadat korban tiada kaitan dengan penentuan ibadat haji yang dilaksanakan di Arab Saudi (sehari selepas wukuf di Arafah). Ia sunat muakkad bagi orang yang mengerjakan haji dan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, Idul Adha (Hari Raya Korban) mestilah berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah iaitu dengan rukyah anak bulan Zulhijjah sebagaimana yang diamalkan oleh negara anggota MABIMS iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersepakat menggunakan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).


iii. Hujah Mazhab al-Syafi’i


Rukyah (melihat anak bulan) mestilah tertakluk kepada matla’ yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan. Mazhab Syafi’i merujuk kepada dalil sunnah, qias dan logik iaitu:

a- Sunnah

ٍبْیَرُآ ْنَع : َلاَق ،ِماَّشلاِب َةَیِواَعُم ىَلإ ُ هْتَثَعَب ِثِراَحْلا َتْنِب ِلْضَفْلا َّمُأ َّنَأ : ُتْیَأَرَف ،ِماَّشلاِب اَنَأَو ُناَضَمَر َّيَلَع َّلِهُتْساَو َاهَتَجاَح ُتْيَضَقَف ،َماَّشلا ُتْمِدَقَفَّمُث ،ِةَعُمُجْلا َةَلْيَل َلَلاِهْلا ٍساَّبَع ُنْب للها ُدْبَع يِنَلَأَسَف ،ِرْهَّشلا ِرِخآ يِف َةَنیِدَملا ُتْمِدَق َلاَقَف َلَلاِهْلا َرَآَذ َّمُث ،اَمُهْنَع ُللها َيِضَر : ُتْلُقَف ؟ َلَلاِهْلا ُمُتْیَأَر ىَتَم : ُهاَنْیَأَر َلاَقَف ِةَعُمُجْلا َةَلْيَل :ُتْلُقَف ؟ ُهَتْیَأَر َتْنَأ : َماَصَو اوُماَصَو ،ُساَّنلا ُهآَرَو ،ْمَعَن َلاَقَف ،ُةَیِواَعُم : ْوَأ ،َنيِثَلاَث َلِمْكُن ىَّتَح ُموُصَن ُلاَزَن َلاَف ،ِتْبَّسلا َةَلْيَل ُهاَنْیَأَر اَّنِكَل ُهاَرَن . ُتْلُقَف : َلاَقَف ؟ ِهِماَيِصَو َةَیِواَعُم ِةَیْؤُرِب يِفَتْكَت َلاَوَأ : اَنَرَمَأ اَذَكَه ،َلا ملسَو ِهْيلَع للها ىَلَص للها ُلوُسَر.
) هاورملسم(
Maksudnya;
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”. Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”.
(Riwayat Imam Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain (berlainan matla’).

Hadis Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
" َيِضَر َرَمُع ِنْبا ِنَع ُللها َلاَق ،ُهْنَع : ملسَو ِهْيلَع للها ىَلَص للها ُلوُسَر َلاَق :ِإَمن َّشلا اْهُر ِت ْسٌع َوِعْشُرْون ،َ َف َلا ُصتْوُمْو اىَّتَح َت َرْوه ،ُ َو َلا ُتْفِطُرْو َح ا ّىتَتَرْوُهَف ِإْنُغ َّمَع َلْيُكْم َفْقاُدُرْوَل اُه"
)و ملسم هاورأدمح(
Maksudnya;
Daripada Ibni Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Satu bulan mengandungi 29 hari, oleh itu jangan kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) hingga kamu melihat anak bulan (Ramadhan) dan jangan kamu berbuka (berhari raya) hingga kamu melihat anak bulan (Syawal). Jika terlindung hilal daripada pandangan kamu, sempurnakan bilangan anak bulan itu (30) hari”.
(Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)
Hadis ini menunjukkan bahawa wajib puasa tertakluk kepada rukyah (melihat anak bulan), sungguhpun begitu tidaklah dikehendaki setiap orang melihat anak bulan. Jika mendung berlaku pada malam itu, sempurnakanlah bilangan bulan 30 hari (atau dengan perisytiharan dari pemerintah).

b- Qias

Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

c- Hukum akal

Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

iv. Penggunaan Istilah

Istilah “Idul Adha” amat masyhur digunakan dalam hadis-hadis dan kitab-kitab feqah. Masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya menggunakan istilah “Hari Raya Korban” yang sememangnya bertepatan dengan istilah Idul Adha. Akan tetapi tidak ada kitab hadis dan feqah yang menggunakan istilah “Idul Hajj” yang juga disebut oleh sesetengah masyarakat Islam sebagai “Hari Raya Haji”. Ini adalah satu kesilapan. Sebenarnya istilah yang wujud hanyalah “Idul Adha” yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia sama ada yang mengerjakan haji atau tidak.
Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah
Sanad dan matan hadis
َحُمَو ىَّنَثُمْلا ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح ٍراَّشَب ُنْب ُدَّم) ىَّنَثُمْلا ِنْباِل ُظْفَّللاَو ( اَلاَق : اَنَثَّدَح ٍرَفْعَج ُنْب ُدَّمَحُم اَنَثَّدَح هَّللا يِضَر ِّيِراَصْنَلأا َةَداَتَق ىِبَأ ْنَع َّيِناَّمِّزلا ٍدَبْعَم َنْب ِهَّللا َدْبَع َعِمَس ٍریِرَج ِنْب َناَلْيَغ ْنَع ُةَبْعُش َّنَأ هْنَع َلاَق ِهِمْوَص ْنَع َلِئُس َمَّلَسَو ِهْيَلَع هَّللا ىَّلَص ِهَّللا َلوُسَر : هَّللا ىَّلَص ِهَّللا ُلوُسَر َبِضَغَف هْنَع هَّللا يِضَر ُرَمُع َلاَقَف َمَّلَسَو ِهْيَلَع : َعْيَبِبَو لاوُسَر ٍدَّمَحُمِبَو اًنیِد ِماَلْسِإْلاِبَو اًّبَر ِهَّللاِب اَنيِضَر اَنِت َلاَق ًةَعْيَب : َلاَقَف ِرْهَّدلا ِماَيِص ْنَع َلِئُسَف : َرَطْفَأ لاَو َماَص لا) َرَطْفَأ اَمَو َماَص اَم ْوَأ (َلاَق : َلِئُسَف َلاَق ٍمْوَی ِراَطْفِإَو ِنْيَمْوَی ِمْوَص ْنَع : َلاَق ؟ َكِلَذ ُقيِطُی ْنَمَو :اَطْفِإَو ٍمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو ِنْيَمْوَی ِر َلاَق : َلاَق َكِلذِل اَناَّوَق َهَّللا َّنَأ َتْيَل : َلاَق ٍمْوَی ِراَطْفِإَو ٍمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َدُواَد يِخَأ ُمْوَص َكاَذ َلاَق ملاَّسلا ِهْيَلَع : َلاَق ؟ ِنْيَنثلاا ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َو ِهيِف ُتْدِلُو ٌمْوَی َكاَذ ُتْثِعُب ٌمْوَی) َلِزْنُأ ْوَأَّيَلَع ( َلاَق ِهيِف : َلاَقَف : َلاَق ِرْهَّدلا ُمْوَص َناَضَمَر ىَلِإ َناَضَمَرَو ٍرْهَش ِّلُآ ْنِم ٍةَثلاَث ُمْوَص : َلاَقَف َةَفَرَع ِمْوَي ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو : َةَيِقاَبْلاَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُي َلاَق :َو ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُس َلاَقَف َءاَروُشاَع : َلاَق َةَبْعُش ِةَیاَوِر ْنِم ِثیِدَحْلا اَذَه يِفَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُی : ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو َنَثَّدَحو اًمْهَو ُهاَرُن اَّمَل ِسيِمَخْلا ِرْآِذ ْنَع اَنْتَكَسَف ِسيِمَخْلاَو ِنْيَنثلاا ِمْوَی اَنَثَّدَح ٍذاَعُم ُنْب ِهَّللا ُدْيَبُع هايِبَأ. ُةَباَبَش اَنَثَّدَح َةَبْيَش يِبَأ ُنْب ِرْكَب وُبَأ اَنَثَّدَحو ح . ُرْضَّنلا اَنَرَبْخَأ َميِهاَرْبِإ ُنْب ُقَحْسِإ اَنَثَّدَحو ح ْحَأ يِنَثَّدَحو ِداَنْسِلإا اَذَهِب َةَبْعُش ْنَع ْمُهُّلُآ ٍلْيَمُش ُنْب ٍللاِه ُنْب ُناَّبَح اَنَثَّدَح ُّيِمِراَّدلا ٍديِعَس ُنْب ُدَم ِهيِف َرَآَذ ُهَّنَأ َرْيَغ َةَبْعُش ِثیِدَح ِلْثِمِب ِداَنْسِلإا اَذَه يِف ٍریِرَج ُنْب ُنلاْيَغ اَنَثَّدَح ُراَّطَعْلا ُناَبَأ اَنَثَّدَحَسيِمَخْلا ِرُآْذَی ْمَلَو ِنْيَنثلاا .
)ملسم هاور(

i. Matan hadis yang dibahaskan:
َةَيِقاَبْلاَو َةَيِضاَمْلا َةَنَّسلا ُرِّفَكُی َلاَقَف َةَفَرَع ِمْوَی ِمْوَص ْنَع َلِئُسَو
Maksudnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.
(Riwayat Imam Muslim)
) فرش نب ىيحی اَّیرآز يبأ نیدلا ىيحم ماملإل ملسم حيحص حرشملا ةسسؤم ،مايصلا باتآ ،يوونلاةرهاقلا ،راتخ(.

ii. Makna potongan hadis:
Al-Syeikh Sulaiman al-Bajairami menjelaskan;
" هلب��ق ي��تلا ةن��سلا " ةنسلا ةفرع موی لبق ىتلا ةن��سلاب دار��ملا يأهرهش غارفب متت يتلا.
Maksudnya;
“Yang dikehendaki dengan makna tahun sebelum hari Arafah ialah tahun yang sempurna (cukup 12 bulan) hingga sampai bulan Zulhijjah”.
) نملاه ،بيطخلا ىلع يمريجب405 ءزج ،2، توريب ،ركفلا راد(.

iii. Fiqh al-Hadis:
Berdasarkan hujah riwayat Imam Muslim, Imam al-Nawawi sebagai mujtahid mazhab al-Syafi’i mensabitkan bahawa berpuasa pada hari Arafah itu adalah sunat. Dengan sebab itulah Imam al-Nawawi meletakkan puasa pada hari Arafah di dalam “Bab Puasa Sunat”.
iv. Pelaksanaan Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah
a- Siapakah yang disunatkan berpuasa hari Arafah dan bilakah waktunya?
Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah;
" ربخل جاحلا ريغل ةّجحلا يذ عسات وهو ةفرع موی موصو ملسم) ةنسلا رفكی هنأ هللا ىلع بستحا ةفرع موی مايصهدعب يتلا ةنسلاو هلبق يتلا" (.
Maksudnya;
“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.
Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan lagi;
" و هرطف هل نسی لب ،ةفرع موی موص هل نسی لاف جاحلا امأإ ن هل هموصف ،ءاعدلا ىلع ىوقيلو ،ناخيشلا هاور ،عابتلال ایوق ناآ ىلولأا فلاخ".
Maksudnya;
“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.
) هيلوا جاهنملا ظافلأ يناعم ةفرعم ىلإ جاتحملا ينغم دمحم خيشلاينيبرشلا بيطخلا، ءزج :1ركفلا راد ، توريب.(
Al-Syeikh Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli menambah;
"هنأ دواد يبأ ثیدحل هوركم ليقو نع ىهن ملسو هيلع هللا ىّلص يف نأب هفعضو ةفرعب ةفرع موی موصإ لاوهجم هدانس".
Maksudnya;
“Dan pendapat fuqaha’ yang lemah bahawa makruh bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu berpuasa pada hari Arafah. Ini kerana hadis riwayat Abi Daud bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji di Arafah. Ahli hadis menganggap hadis ini adalah daif kerana terdapat majhul pada sanadnya (perawi yang tidak dikenali)”.
)اتيشاحن، يبويلقلا نیدلا باهش، ىلع ةريمعب نیدلا باهش ىلحملا دمحأ نب دمحم نیدلا للاج حرش، نملاه :73، ءزج :2، ركفلا راد(.

b- Bagaimana pelaksanaan puasa sekiranya berlaku syak berhubung tarikh 9 Zulhijjah?
Syeikh Syihabuddin dalam kitab Umairah menyatakan;
) " ةفرع مویو ( میرحت لاف ةجحلا للاه يف كشلا لصح ولو دعب ناضمر نم نيثلاثلا مايص يف امآ هموص يف ةهارآ لاو هلوأ يف كشلا".
Maksudnya;
“(Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.
)ناتيشاح، يبويلقلا نیدلا باهش، ب نیدلا باهش ىلع ةريمع ىلحملا دمحأ نب دمحم نیدلا للاج حرش، نملاه :73، ءزج :2، ركفلا راد(.
Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah;
" ةفرع عم نماثلا موص طوحلأاو "
Maksudnya;
“Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.
) نیدلا نیز خيش هيلوا نيعملا حتف ىلع نيبلاطلا ةناعإ ةيشاح يرابيلملا زیزعلا دبع، نملاه :265، ءزج :2، ركفلا راد ، توريب(.
Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati mengulas;
" عقاولا يف عساتلا وه نوكی امبر هنلأ "
Maksudnya;
“Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.
) لوا نيعملا حتف ىلع نيبلاطلا ةناعإ ةيشاح نیدلا نیز خيش هي يرابيلملا زیزعلا دبع، نملاه :265، ءزج :2، ركفلا راد ، توريب(.

c- Adakah puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) mengikut negara Arab Saudi ataupun mengikut matla’ negara masing-masing?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
" اعطق هنم بیرقلا دلبلا همكح مزل دلبب يؤر اذإو، دادغبآ ةدحاو دلبآ امهنلأ ةفوكلاو ... زاجحلاآ حصلأا يف ديعبلا نود قارعلاو."
Maksudnya;
“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.
Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Idul Adha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.
Kesimpulan
Fahaman yang menyatakan “Idul Adha” disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla’ dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima.
Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan “Idul Adha” adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah, ia mengambil kira cara anak bulan dilihat (Imkanur-rukyah) iaitu:
“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
a) Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 2º dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3º,
ATAU
b) Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijimak berlaku”.


***************************************************************************
(Kenyataan Ketua Pengarah Jakim Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz)

Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.

Sekian
Diharapkan sedikit info dan fakta yang Pakteh sertakan ini melalui ahli/pakar dalam bidang berkaitan memberi gambaran sebenar. Sama2lah kita membantu Din PuduRaya agar beliau lebih memahami isu yang cuba dibangkitkannya.

p/s: Pakteh pernah beberapa kali menyertai kolokium/taklimat/pembentangan kertas kerja di peringkat negeri berkaitan Takwim dan rukyah dan hal-2 berkaitan penentuan tarikh2 penting umat Islam, Oleh itu faham la sikit2 untuk diri pakteh dan keluarga pakteh

Friday, November 19, 2010

Edisi Khas!!!KEMPEN "SAY NO TO KHAIRY JAMALUDDIN" !!!



MOHON PERHATIAN TUAN-TUAN & PUAN-PUAN YANG BENCIKAN KJ,

AloqStaQBlog telah menulis banyak kali , dan yang terkini baru-baru ini (sebelum berlangsung Pilihanraya Kecil Galas & Batu Sapi) mengenai "khabar angin" KJ akan dilantik ke dalam Kabinet Dato' Sri Najib (sebenarnya maklumat hampir rasmi yang AloQStaQ dapat tahu dari saluran yang BOLEH DIPERCAYAI).

Dan dalam 24 Jam lalu, AloQStaQBlog dapat kesan beberapa rakan blogger telah mula mengetahui berita yang "hampir rasmi" tersebut), seperti M.I.M , Azli Sukri dan lain-lain blogger ...

BEGITU PANAS !!! ROMBAKAN KABINET Dato Sri Najib yang dikatakan akan berlaku selepas PRK Galas & Batu Sapi tempohari, kini semakin kuat dihidu khabarnya oleh blogger & pemerhati politik.

Walaupun AloQStaQBlog telah tercium perkara penting itu lebih awal, AloQStaQBlog hanya mampu menulis dalam blog dan berdoa kerana perkara paling MENAKUTKAN apabila sumber memberitahu bahawa KHAIRY JAMALUDDIN akan dilantik kedalam kabinet DS Najib kali ini !!!

KLIK SINI : AloQStaQBlog sebut pasal "khabar tak rasmi" (siar Sebelum PRK Galas & Batu Sapi)
KLIK SINI : Video Bukti SUNGGUH RAMAI BENCIKAN KJ !

INI AMAT MERBAHAYA KEPADA UMNO & BN & 1MALAYSIA ! Ianya kerana kesan luka serta parut kepedihan ahli UMNO & RAKYAT MALAYSIA masih jelas kelihatan dan masih SEGAR dalam ingatan semua ! Ianya ala-ala parut chiken pox yang dialami oleh YAB PM baru-baru ini gamaknya ... Walaupun pelbagai ubatan termahal dan terbaik telah digunakan, sudah pastinya parut tersebut masih memakan masa untuk hilang !!!

Begitu juga masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia mengenai seorang budak hitam bernama KHAIRY JAMALUDDIN menantu ABDULLAH.

Seorang yang sudah didapati bersalah atas kesalahan RASUAH dalam Pemilihan UMNO (Jawatan Ketua Pemuda) tetapi telah di"AMPUN"kan (atas kuasa siapa?) akhirnya berlaku satu pemilihan Pemuda yang amat-amat meragukan prosesnya (khasnya proses pengiraan undi yang pelik gila babi!) dan AKHIRNYA KJ MENANG (diumumkan hampir di tengah malam!) - berapa jam depa amik masa mengira undi yang tak sampai SERIBU tu !!??? ... GILA BETOI !

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku sepanjang Mertua KJ memerintah Malaysia, begitu banyak kerosakan telah berlaku sepanjang Mertua dinasihati oleh PUNAHSIHAT a.k.a MENANTU. Hasil tangan-tangan anak menantu dan mertua yang dungu.

Mertua mengikut sahaja apa yang DINASIHATKAN oleh menantu yang lahap. Ramai yang masih ingat, menantu inilah yang menjadi "POSMEN" atau juga boleh disebut sebagai BALACI HARAM JADAH menghantar PASSPORT untuk si PELIWAT sejurus PELIWAT Di"BEBAS"kan lebih awal; oleh si mertua !

Ini semua bencana !
Ini semua malapetaka !
Ini semua bala !

Semuanya di akibatkan oleh si hitam yang di sayangi oleh mertua ! Cukup-cukup memedihkan sekalian rakyat Malaysia.

Nah ! Hadiahnya BN dah terima pada 08-MAC-2008.

BN lingkup melingkup tersungkur.
Hasil kejahatan dan nafsu lahap si menantu inilah ! ...

Kali ini , ROMBAKAN KABINET 2010, apakah parut yang masih segar itu akan luka kembali ? Jangan bermain dengan api, nanti tergadai pula SEMUA NEGERI.

Ini ingatan KERAS & IKHLAS dari blogger yang terlalu sayangkan Dato' Sri Najib, 1 Malaysia, parti UMNO, kepimpinan BN demi Agama, Bangsa & Tanahair.

Jangan ambil ringan kata-kata kami (para blogger).

DIPOHON SEMOGA KEMPEN ANTI-KHAIRY DISAMBUT OLEH SEKALIAN BLOGGER YANG SAYANGKAN NEGARA. TAK KIRA BLOGGER PRO-UMNO MAHUPUN BLOGGER PEMBANGKANG. LETAK BANNER DI BAWAH UNTUK MENYATAKAN KEBENCIAN ANDA TERHADAP MANUSIA BERNAMA : KHAIRY JAMALUDDIN.

AloQStaQ
12:30 Malam
JUMAAT : 19 November 2010

Wednesday, November 17, 2010

Edisi Raya


Klik gambar untuk lebih jelas
Assalamualaikum
Sempena menyambut hari raya Aidil Adha kali ini, Pakteh menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada kawan dan lawan. Adat kita berbahas dan berhujah, ada yang terkecil hati, marah, tersinggung, dan sebagainya, maafkan pakteh.
Bagi pihak pakteh dan blog betoika, anda tidak melakukan kesalahan atau apa2 yang menyinggung pakteh walaupun tulisan dan komen yang diberikan tidak selari dengan pandangan pakteh kerana pakteh amat memahami etika kita memberikan pendapat dimana tidak semua pandangan kita akan diterima.
Pakteh juga mengharapkan sudah tiba masanya semua umat Islam di Malaysia ketika ini menghentikan perbalahan semata-mata kerana perbezaan idealogi politik demi masa depan anak bangsa yang beragama Islam yang lebih gemilang.
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir Batin

Sunday, November 14, 2010

Edisi Khas Mari Mengaji: Komunikasi berkesan

Banyak kursus yang ditawarkan untuk seseorang itu mampu berkomunikasi dengan berkesan. Skill berkomunikasi boleh dipelajari dan ada yang lahir secara semulajadi. Anwar Ibrahim memiliki karisma dalam berkomunikasi dimana mampu mempengaruhi pendengar. Tun Abdullah sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri cuba memberikan intonasi yang cergas dan gagah ketika berucap namun kelihatan seperti dibuat-buat.

Hybels & Weaver (2001) memberikan takrifan komunikasi sebagai proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan bukan hanya yang ditutur atau ditulis malahan perakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi.

Fungsi komunikasi pula boleh dipecahkan kepada beberapa tujuan seperti
1. Menjelaskan makna mesej yang tersurat dan tersirat
2. membantu menguasai reality komunikasi yang berlaku
3. Membolehkan proses berfikir, menginterprestasi dan memilih
4. membentuk atau menjauhi terbentuknya hubungan menerusi komunikasi
5. membentuk identity individu atau identity social
6. membantu dalam pencarian dan perkongsian maklumat
7. Menyesuaikan situasi dalam pelbagai konteks komunikasi
8. Memantau proses komunikasi yang berkesan

Antara perkara penting ketika berkomunikasi “Bahasa” dimana antara fungsi bahasa ketika berkomunikasi ialah “Membentuk imej dan identity diri. Kesopanan dalam menggunakan bahasa kadang kala bergantung dari apa dan cara ucapan. Kesopanan diri ketika bertutur menggunakan ayat yang sopan dan berbudi bahasa menggambarkan personaliti seseorang.

Edisi khas ini pakteh fikir sesuai untuk DS Azizan yang pada pandangan pakteh rosak teruk imejnya. Pegawai-pegawai disekeliling DS Azizan perlu menegur dan menasihati MB mereka yang panas baran itu agar lebih tenang dan sabar ketika berhadapan dengan wartawan. DS Azizan jangan terbawa-bawa perangainya ketika dirumah melayani isteri dengan baran kerana ketika waktu kerja, sikap sabar amat penting. Sebagai ketua disebuah negeri, DS Azizan mesti kelihatan kuat dan hebat malah mimik muka yang meyakinkan walaupun dalam situasi tegang berhadapan dengan kantung kewangan negeri yang meruncing. Sebaiknya DS Azizan sudah memikirkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh wartawan. Sayang sekali tragedi yangh berlaku tidak dapat ditututp lagi betapa aibnya rakyat negeri kedah berMBkan DS Azizan.

Hari ini, pada hari pertama sidang DUN Negeri Kedah, media utama arus perdana tidak dibenarkan masuk. Sekali lagi DS Azizan gagal dalam menguruskan komunikasinya. Rakyat perlukan maklumat untuk mengetahui apa yang dititahkan oleh baginda Sultan Kedah dan sumbernya sudah pasti dari media arus perdana. DS Azizan sepatutnya tidak boleh menyalahkan media di atas kegagalannya menguruskan majlis sendiri. Maksud pakteh sebagai majlis sendiri ialah Press Conference atau News Conference yang dibuat namun gagal sehingga berlakunya tragedi naik angin. Tujuan PC atau NC adalah untuk kepentingan penganjur, disini DS Azizan adalah penganjur. Oleh itu, apa sahaja yang berlaku sudah pasti akan dianggap sebagai kegagalan DS Azizan, dan jangan salahkan orang lain terutamanya wartawan yang memang tugasnya mencari berita. “When a dog bites a man, that is not news, but when a man bites a dog, that is a news” harap DS Azizan faham tugas wartawan.

Hari ini adalah hari yang malang bagi pengamal media di Malaysia. Pakteh ternantikan ulasan dari Guan Eng yang melalak agar mengamalkan kebebasan media sebelum berkuasa dahulu. Pakteh ternantikan ucapan berpusing DS Anwar yang memberitahu rakyat Indonesia bahawa UMNO/BN tidak memberikan kebebasan media kepada PR di Malaysia. Pakteh juga melihat saranan boikot oleh presiden NUJM sekadar syok sendiri kerana tidak diendahkan.

p/s: Belumpun memerintah Negara, kebebasan media sudah disekat…

Friday, November 12, 2010

Edisi Anjing!!!: TV3 n NSTP beri bantuan, MB Marah-marah

Kempen bantuan kemanusian yang dianjurkan oleh TV3 bersama NSTP telah berjaya mengutip ratusan ribu ringgit atau mungkin sudah melebihi jutaan ringgit. Wang itu disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis (mungkin juga Kelantan).

Sedarkah MB Azizan yang marahkan TV3 tempohari bahawa jasa dan sumbangan yang dibuat oleh TV3 untuk membantu rakyat Kedah lebih besar dari sumbangan kerajaan negeri?. Angka sebenar yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Kedah cuma RM300 ribu, angka lain2 yang diwar2kan tu hanya angka semata-mata.

Berbeza dengan TV3 n NSTP yang selalu proaktif dalam membantu mangsa bencana alam samada di Malaysia atau di bumi luar. Pakteh lihat kutipan yang diperolehi memang banyak dan semalam Yayasan NS Nasimuddin menyumbangkan RM100 ribu, 1/3 dari kemampuan kerajaan negeri. Itu baru satu korporat, sudah lebih seminggu tabung ini digerakkan dan memang diwar-warkan menerima sambutan yang hangat dari rakyat yang ingin membantu mangsa banjir. MB AZIZAN DAH PULAU MEDIA PRO KERAJAAN BN SEPERTI UTUSAN, BHARIAN, RTM DAN TV3. Rasanya elok sumbangan ratusan/jutaan ringgit yang TV3 dapat tu, p bagi kat perlis ja. Lagipun sayu ja MB Md Isa Sabu kata kita akan usaha caru duit untuk tampung semua kerugian, skang tengah prose kumpul data n kalau TV3 p bagi seketoi kat perlis saja, pasti lega MB Md Isa. Biaq telopong MB Azizan yang tak tau kenang jasa.

Kata Tun Dr. Mahathir, kita perlu berterima kasih dan jangan mudah lupa. MB Azizan yang tak tau apa-apa terlupa apabila memaki wartawan supaya ikut cara Islam. Kata pepatah " Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa". MB Azizan hanya tau merasa dan menerima tapi menggigit tangan yang memberi seperti melepaskan anjing yang tersepit.

Pakteh tidak mengambil kira lagi bagaimana TPM dikritik kerana lambat mai jenguk Kedah sedangkan TS mahyudin sudah menggerakkan jentera lebih awal dan membantu dari mula lagi. MB Azizan melupakan itu semua kerana terlalu takut untuk menerima hakikat jentera kendaliannya gagal menangani masalah banjir. Disaat TS Mahyudin memangku jawatan PM, banyak urusan negara yang dikendalikan namun emergency button untuk uruskan banjir di utara tetap ditekan dan diutamakan. Masakan jentera kerajaan pusat berpusu-pusu datang jika tidak ada yang push buttonnya?.

Seperti biasa, anjing tetap anjing, walau dilepaskan dari tersepit, tangan yang melepaskannya tetap digigit.

Kata pakteh: kalau tak gigit pun, pasti tangan tu perlu disamak kerana memegang anjing...memang dasar anjing...anjing sungguh la kau ni wahai anjing.

Thursday, November 11, 2010

Edisi Seram!! Hantu ayaq rasuk MB


Diambil dari TVkedah.blogspot.com

Jarang makteh ambik pot tentang politik, apatah lagi nak pertikai orang-orang politik. Semalam Makteh call pakteh habaq kata MB Azizan yang tak tau apa-apa kena rasuk hantu ayaq, habeh disergahnya wartawan terutama wartawan yang ILMU kuat sikit cam RTM dan TV3.

Pakteh sampai rumah, Makteh tanya awat jadi lagu tu?. Pakteh kata ayaq penuh kepala la tu, eh..bukan...tu Anwar. MB Azizan ayaq penuh negeri..hantu ayaq banyak n pakteh sangat yakin MB Azizan ni dah terkena rasukan puaka sungai Pumpong.

Pagi tadi makteh dok habaq lagi kata berita RTM tunjuk lagi panjang n clear. MB Azizan siap tunjuk2 ngan jari lagi kat wartawan n suruh ikut cara Islam. Pakteh tanya Makteh...Cara MB Azizan yang tak tau apa-apa tu kendalikan PC/tetamu tu ikut lunas-lunas Islam ka?. Pemimpin yang marah-marah camtu ikut lunas-lunas Islam ka?.

Pakteh bimbang lani. Setakat hantu ayaq, rasanya MB Azizan baru jadi sawan ja, kalau lepas banjir ni, keliling pinggang dia penuh dengan ulaq ayaq, pakteh percaya dan yakin, MB Azizan yang tak tau apa-apa ni akan kena sawan babi tahap cipan. Hanya KMC saja tempat yang bulih bagi lega sawan camni. Itupun tak berapa tepat. Hanya Seorang Nurse di KMC saja yang bulih bagi lega sawan babi MB Azizan yang tahap cipan ni, itu yang tepat.

** Apa yang kita tengok semalam tu sama seperti pendedahan Kedah times tentang dosa2 Azizan yang mudah naik darah......fikir-fikirkan. Pakteh mula terbayangkan nasib bini MB Azizan yang dikatakan sering kena herdik n pukul....Kesian.

p/s: Kepada Makteh....Insyaallah...Pakteh bukan lagu tu.

Tuesday, November 9, 2010

Edisi 18SX!!!: Bila terlebih Ayaq

Bila terlebih ayaq ni macam-macam bulih jadi. Bencana di utara skang ni berpunca dari terlebih ayaq. Banjir di perlis kerana terlebih ayaq, banjir di Kedah pun kerana terlebih ayaq. Ramai ibu-ibu yang mengandung tu pun kerana terlebih ayaq. Tapi kata orang, ayaq lebih ka ayaq kurang ka, janji kena pada tempatnya, akan ada hasil. Begitu juga dengan Loq Staq, kalau dah terlbih ayaq, buat atau tak buat rel berkembar pun, banjir tetap banjir.

Berita yang pakteh dengar, MB Azizan yang tak tau apa-apa pun mengidap penyakit terlebih ayaq. Sebab tu bila seluruh rakyat marhain menderita di pusat-pusat pemindahan banjir, tiba-tiba MB ni hilang. Siasat punya siasat rupa-rupanya MB Azizan sedang menderita sakit terlebih ayaq di KMC. Kata orang ayaq kalau lebih, bulih naik sampai kepala. Maka kepala MB Azizan skang ni memang pening. Bukan pening kerana dak spin isu lembab menggerakkan jentera ketika banjir tapi sakit dan pening kerana terlebih ayaq atau Ayaq Naik Kepala.

Bila MB Azizan ni Ayaq Naik Kepala, dia memang kena p KMC, sebab ubat paling mujarab ada disitu. MB Azizan yang tak tau apa-apa ni tak perlu Paracetemol atau Sunprox atau p. killer yang lain untuk hilangkan sakit kepala. MB Azizan cuma perlu...erm...MB Azizan yang tak tau apa-apa ni cuma perlu...ermm....

Ermmm..Cuma perlu menatap seraut wajah yang ayu dan jelita iaitu Nurse di KMC, Ya...itulah jawapan kepada sakit Ayaq Penuh Kepala MB Azizan yang tak tau apa-apa ni. Bukan semua nurse tapi hanya seorang yang sudah pun menjadi idaman kalbu MB Azizan. Bukan pakteh kata tapi sok sek sok sek dok bunyi kot belakang nunnn mengatakan MB Azizan memang lagu tu. Harap-harap, time ayaq penuh di Loq Staq ni, MB Azizan yang tak tau apa-apa dapat turun lebih kerap. Jangan dilayan sangat ayaq naik kepala tu.

Sebenarnya puluhan ribu mangsa banjir mengalami masalah Ayaq Naik Kepala. pakteh amat percaya kerana selepas lebih seminggu berada di penempatan banjir, jangankan nak pegang bini, nak jeling pun xsempat. Mungkin MB Azizan yang tak tau apa-apa boleh bagi tips sikit kepada suami-suami yang ketika ini sedang penuh airnya dalam kepala....

Kata pakteh: Bila ayaq lebih ni...macam2 boleh binasa...

Sumber rujukan: Pisau.net

Monday, November 8, 2010

Edisi Geram!!! Takkan tugas TPM nak angkut taik wahai MB Pas oiii

Akhbar Pro Pas : Sinar harian melaporkan dengan tajuk "Azizan Bidas Mahyudin' dakwaan tidak berasas" berkaitan teguran Mahyudin kepada Pemimpin Negeri Kedah yang LEMBAB dalam menguruskan jentera membantu mangsa banjir.

MB Pas Kedah yang tak tau apa-apa ini merpersoalkan mengapa Mahyudin hanya mai kedah selepas 7 hari banjir melanda. Aduhh..pening pakteh memikirkan sampai tahap mana bebalnya MB Pas yang berkelulusan tinggi ini. Jika seorang TPM perlu turun angkut taik, sapa yang nak arahkan pengangkut taik turun?. Bukankah Sharizat dah turun?, Bukankah Johari Baharom naik kepala traktor dah ada? Bukankah segala jentera pusat dah bertungkus lumus membantu dan sebagai TPM,Bukankah MKN terpaksa takeover untuk membantu?. Oleh itu hari keberapa Mahyudin datang tidak menjadi persoalan lagi kerana jentera untuk membantu sudah digerakkan.

Jika datang awal pulak mesti dikatakan TPM ni hanya nak tagih keuntungan politik. Sepatutnya yang malu ialah MB Pas ini yang menggerakkan jenteranya begitu lembab. Hari ketiga rakyat Kedah meredah banjir barulah kelihatan jentera negeri bergerak lebih tersusun. Oleh itu, janganlah salahkan padang tidak rata bila kalah bola, jangan salahkan projek ketapi berkembar bila banjir melanda. Salahkan ketidakupayaan diri dalam menguruskan bencana. Salahkan exco yang nyenyak diulit bini dalam selimut tebal ketika rakyat marhain menagih segelas air panas untuk membancuh susu anak.
80% tanggungjawab menguruskan bencana ini sepatutnya dibawah kerajaan negeri, namun kerajaan PUSAT tidak pernah memandang ringan dalam soal keselamatan dan kebajikan rakyat, oleh itu apabila Kerajaan Pas Kedah GAGAL, MKN takeover dan jika MB pas yang tak tau apa-apa ini nak hidup lebih selesa, mengakulah anda telah GAGAL.

p/s: Hang kata hang tera..awat jadi lagu ni pulak....THUIHHH...pi mampoih la hangpa lepaih ni....
bukan pakteh kata..tapi orang lain kata..

Saturday, November 6, 2010

Edisi MALU!!!! Ini alasan seorang MB Pas bila banjir

Baca petikan di Malaysiakini
Kata MB Azizan: Landasan berkembar punca banjir buruk di Kedah.
Pakteh tak ambik ulasan RTM atau Utusan Malaysia takut dituduh putar belit fakta sebab kedua2nya Pro BN. Pakteh ambik dari Malaysiakini yang jarang konar baring jika dari PR sebaliknya konar lipat bila BN.

Malu pakteh berMBkan seorang yang hanya memberikan alasan sebegini apabila lebih 33 ribu dipindahkan akibat banjir. Katanya Airport tak banjir pada tahun 2005 sebab xdak lagi projek bekembar tu. MB ni tak ikuti perkembangan ka?. sejak minggu lepas lagi laporan dari banyak pihak mengatakan hujan yang turun pada tahun ini lebih lebat. Diulangi, lebih lebat berbanding 2005. Pakteh sendiri pada tahun 2005 melalui 12 banjir dan tahu sangat dimana hujannya tidak selebat tahun ini.

Mengapa teruk benar alasan dari seorang MB yang tidak mampu menerima hakikat negerinya banjir. Sepatutnya kini digembelengkan usaha membantu mangsa banjir dan bukannya mencari alasan bodoh dan bangang. Jika faktor landasan berkembar, mungkin itu kes terpencil yang hanya kawasan tertentu terlibat, mengapa dikatakan menjadi punca secara total?.

Rata-rata penduduk mengeluh kerana bantuan hanya sampai dari kerajaan pusat dan jentera yang digerakkan oleh UMNO/BN. Bantuan dari Kerajaan Kedah ada dilaksanakan namun kucar kacir dan seperti tidak ada command center yang menguruskan semua mangsa di Kedah. Rakyat sepatutnya menilai kemampuan pari mana yang betul2 menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sekadar janji kosong untuk menjadi Negara Berkebajikan seperti yang dilaung2kan dalam manifesto. Inilah masa terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pas mampu menjaga kebajikan rakyat. Masa dimana rakyat sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan. Jika masa senang, hang bagi ka tak bagi, rakyat tak kisah sangat. Tapi pada masa ini, setitik air bersih amat bernilai. Satu tin sardin amat berharga dan bihun kosong tanpa daging juga begitu dihargai. Peruntukan tambahan 300 ribu menjadikan 600 ribu bagi pakteh amat tidak memadai.
Setiap seorang hanya menerima sekitar 16 ringgit ke 18 ringgit dan pembaca boleh bayangkan nilai ini.

Bagi pakteh, Kerajaan Pas Kedah memang GAGAL samada menjana ekonomi negeri, menjaga kebajikan rakyat atau memartabatkan sosial penduduk. Bahasa mudahnya, Pas gagal dalam kesemua bidang, ekonomi, sosial dan juga politik di negeri Kedah.

Monday, November 1, 2010

Sanusi Setpol baru sedar?

Salam
pakteh ada meninggalkan sedikit komen di blog Saudara Sanusi Setpol MB Kedah. Hari ini pakteh dapat membaca komen2 tersebut namun untuk terus membuat komen, pakteh sudah tidak dapat mengakses ruangan komen tersebut. Harap Saudara Sanusi dapat membantu.

Berkaitan kepala-kepala dalam GLC di Kedah yang tidak dapat membuat/membawa/memcipta sebarang projek, perkara ini sudah lama disedari oleh rakyat. Begitu juga dengan lawatan2 kerja yang bertukar menjadi lawatan sosial dimana duit GLC digunakan namun hasilnya kosong. Begitu juga dengan percubaan untuk melabur di luar negara seperti balak yg rugi sebelum projek berjalan. Begitu juga dengan kolam2 ikan yang terbiar di Langkawi atau masalah di Kulim Hi-Tect yang semakin kelam kabut dan caca merba.
Mungkin Sanusi baru sedar jika tidak ditegur, masalah ini boleh menyebabkan Pas Kedah kembali menjadi pembangkang.

Siapa harus bertanggungjawab kepada projek di depan tangga Sanusi sendiri di Sungai Pau Sik?. Projek ternakan ikan keli yang terhebat dalam sejarah kerana terpaksa diterokai hutan simpan yang kaya dengan kayu balak. Sebab itulah pada hari pelancaran yang signboardnya begitu gah, pakteh dan nyatakan kepada rakan2 bahawa projek keli ini belum jual lagi dah untung. Apa untungnya?. Kayu balak yang dijaga elok dizaman BN terpaksa ditebang untuk membuat jalan dan lapangan meletakkan kolam ikan dan hasil balak tersebut sudah memadai jika ikan keli hanya dijual di tepi jalan di Sungai Pau.

Jika inilah parti yang memperjuangankan rakyat, pakteh percaya Kedah akan terus ketinggalan bersama MBnya tau tak tau apa-apa.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih