Bukan mudah menguruskan politik persepsi sebenarnya. paling ketara ialah kejayaan Anwar memainkan isu Altantuya terhadap Najib. Biarpun bersumpah dan penafian demi penafian dibuat, masih terdapat segelintir rakyat masih percaya bahawa Najib terlibat dalam skandal Altantuya. Lebih malang lagi mereka ini hanya suka mendengar tetapi tidak suka mengkaji.
Politik persepsi juga terkena kepada Rosmah (sudah pasti tujuannya menjatuhkan Najib juga). Dipersepsikan orang ramai bahawa Rosmah menggunakan sihir. Dibawa juga kepada masyarakat bahawa Rosmah ini pembunuh yang membunuh Altantuya.
Fikirkan betapa dahsyatnya politik persepsi ini.
Minggu ini rakyat dimainkan lagi dengan cara yang sama. kaedah ini sebenarnya mudah dibaca oleh sesiapa sahaja yang mengikuti cara Anwar. Semakin hampir kepada hari perbicaraan kes Anwar memasukkan kemaluannya ke lubang dubur Saiful maka timbullah isu tidak ada bukti jika mengikut laporan doktor. Mengapa harus menunggu beberapa hari sebelum perbicaraan. jawapannya mudah iaitu Anwar mahu mempromosikan kepada umum bahawa beliau teraniaya kerana tanpa bukti jelas beliau mungkin dipersalahkan. Apa yang berlaku ialah perbicaraan belum berlangsung tetapi rakyat dan Uncle Sam sudah dimaklumkan bahawa Anwar tidak bersalah. Inilah mainan Anwar, dan mangsa beliau yang hampir setahun menunggu bagaimana pula ceritanya?. Adilkah seseorang yang mendakwa menjadi mangsa tidak diberikan penghakiman yang sewajarnya dan yang didakwa pula sebebas2nya kesana sini?.
Mengapa Anwar begitu takut dengan 1 July 2009?
Apa yang pakteh nak ceritakan bukan ini sebenarnya. Pada 17 Jun 09 jam 9 malam Pakteh menaiki teksi dari Puduraya ke Hentian Duta. Pakcik teksi meluahkan rasa kesalnya kerana kebajikan pemandu teksi yang majoritinya MELAYu tidak dijaga dengan baik oleh kerajaan. Katanya " Mungkin kerana majoriti yang bawak teksi ni Melayu, jadi kerajaan lambat mendengar rintihan mereka". Wow...terkedu Pakteh..bukankah kerajaan hari ini diperintah oleh Perdana Menteri Melayu?. Ya..tetapi jika kaum lain yang membuat tuntutan sudah pasti hasilnya lebih cepat kelihatan. Suaranya geram mendakwa pembantu rumah juga sudah boleh menuntut cuti dan akan menyaman majikan dan ini mungkin dilaksanakan kerana yang menuntut bukan Melayu Malaysia. Fuh..pedih dan tajam tetapi ada kebenarannya kerana sebagai pemandu teksi, mereka perlu bekerja penuh 30/31 hari sebulan. Jika tidak pasti bayaran kereta yang dibuat secara harian gagal dibayar dan tokey yang lain2 bangsa ini akan menghantar samseng untuk mengambil kereta. Jika amah boleh menuntut cuti, kesian dengan bangsa sendiri yang tidak berdaya untuk bercuti.
Ini juga bukan cerita politik persepsi....tetapi selain dari perbualan itu, pakcik teksi berkata " Kerana majoriti MELAYU jugaklah, tambang teksi tak boleh dinaikkan dan kami tak boleh bercuti. Teksi kena bayar hari-hari dan mahal. Yang untung tokei yang lain bangsa. Nazri Aziz pun tumpang sekaki kaut untung....sehari ambik RM3 satu teksi. bayangkan ada berapa ribu teksi di KL...berpuluh ribu sehari Nazri Aziz dapat. Aik..hebat jugak pakcik teksi ni tapi dia kata..dia pun dengar orang kata dan dia percaya...Persepsi lagi namun sudah pasti undinya takkan memihak kepada parti yang Nazri Aziz jadi ahli.
p/s: Betoika Anwar memang memasukkan kemaluannya ke dalam lubang dubur Saiful? Betoi la kot...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
1 comment:
TQ Rantong...selalulah berkunjung walaupun terkadang tu xsempat nak update.
Post a Comment