Ini bukan tulisan pakteh tetapi menarik untuk dikongsi. Dipetik dari
http://suarawarongkopi.blogspot.com/
Muktamar PAS ke-55 mencatat sejarah apabila seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan khusus bagi mengetahui siapa yang akan dilantik kejawatan tertinggi dalam PAS. Apa yang dapat kita lihat bukanlah persaingan antara ahli PAS sahaja malah melibatkan sejauh mana pengaruh luar dapat menentukan hala tuju PAS.
Memang dapat dilihat dengan jelas, bagaimana sejak PAS menyertai Pakatan Pembangkang, suara PAS bolehlah dianggap sebagai suara kelas ketiga di dalam Pakatan tersebut. Suara para ulama PAS sendiri terpaksa diperlahankan bila dikaitkan dengan hukum islam terutamanya hukum hudud, bagi menjaga hati teman sebantal mereka iaitu DAP.
Keadaan ini menimbulkan rasa yang amat tidak disenangi oleh segelintir ulama dalam PAS yang benar-benar meletakkan syariat islam sebagai asas perjuangan mereka. Dengan kehadiran begitu ramai golongan yang mengelar diri mereka sebagai "Profesional", arah tuju perjuangan PAS semakin jauh terpesong. Apabila tampuk kekuasaan semakin dekat dengan mereka, segala hukum hakam diletak ditempat lebih bawah. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa.
Melihat kepada penyakit gila kuasa yang begitu kuat menular, para ulama sebenar didalam PAS merasakan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membetulkan hala tuju mereka. Jika keadaan ini terus dibiar, tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Sebab itulah golongan ulama ini dengan jelas menasihati ahli-ahli PAS supaya memilih mereka yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi untuk diangkat sebagai pemimpin.
Kita semua dapat lihat, sokongan orang islam (majoriti orang melayu) terhadapat PAS semakin merosot. Kekuatan sebenar dalam pakatan pembangkang adalah sokongan kaum lain, terutamanya kaum cina dan india. Ini sudah tentu tidak memberi kelebihan kepada PAS. Dapat dilihat dengan jelas, penglibatan PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR. Ahli-ahli PAS begitu mengetahui kelemahan dan kelebihan UMNO kerana persaingan antara kedua-duanya belarutan sejak PAS ditubuhkan pada 4 April 1956. Walau bagaimana pun, PAS tidak pernah bersaing dengan musuh politik seperti PKR. Mereka tidak mengetahui betapa liciknya pemimpin-pemimpin PKR. Jika mereka benar-benar mengenali PKR, sudah pasti mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan UMNO berbanding PKR.
Untuk melihat betapa liciknya PKR, kita patut tanya diri kita dengan ikhlas satu soalan dan kita jawablah dengan ikhlas. Soalannya, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang Berjaya Memenangi Pilihanraya ke-13? Adakah pemimpin utama PAS, DAP atau PKR? Jika pemimpin DAP yang dilantik, mahukah kita dipimpin oleh mereka yang bukan beragama islam? Jika pemimpin PKR pula dilantik, dimana letaknya maruah PAS kerana terpaksa menerima pemimpin sebuah parti politik yang ditubuh setelah genap 46 tahun PAS ditubuhkan. Disinilah letaknya kelicikan pemimpin PKR. Walaupun PKR baru ditubuhkan, mereka berupaya menonjolkan imej PKR seolah-olah PKR adalah tunjang kepada pakatan pembangkang.
Untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia dimana letaknya kedudukan sebenar PKR, cuba kita bayangkan sebuah pilihanraya bebas yang ditanding setiap parti politik yang ada di Malaysia. UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR dan lain-lain bertanding dan diadili oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi. Sudah pasti UMNO dan PAS berupaya menduduki 3 tempat yang teratas jika mereka bertanding atas kekuatan dan sokongan terhadap parti masing-masing. Dan suatu kepastian semua calon PKR akan hilang wang pertaruhan kecuali di Permatang Pauh (Permatang Pauh pun PKR tak akan menang, sekadar dapat mengelak dari hilang wang pertaruhan) kerana selama ini sokongan yang diperolehi oleh PKR datangnya dari penyokong PAS dan DAP.
Jadi kepada penyokong PAS, bak kata Nabil ...... Lu pikir la sendiri
http://suarawarongkopi.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
5 comments:
Pemikiran orang pas sekarang dikontrol oelh dap kafir dan pkr munafik. Mereka tidak boleh lagi membezakan yang mana satu saudara Islam dan yang mana satu kafir harbi. Sebab itu sebahagian mereka menolak perpaduan (siratulrahim) dengan umno tetapi dalam masa yang sama bersahabat dengan dap kafir harbi dan nuar aljub-jub yang tengah kepanasan menanti 1 julai.
Ini adalah kerana matlamat perjuangan pas telah dipesongkan oleh geng erdogan yang menolak negara Islam dan hukum hudud. Dulu mereka menuduh umno yang menolak tetapi sekarang mereka sendiri yang menolaknya. nizar balaci dap kata" mana ada perlembagaan atau transkrip pas yang nak menegakkan negara Islam" dalam persidangan dun perak.
Jika pas ingin terus mendapat sokongan orang Melayu Islam, pas mesti ekmbali ke perjuangan asal iaitu menegakkan Islam. Jika tidak, pas hanya mendapat simpati daripada dap kafir harbi dan pkr munafik. Mereka menyokong pas hanya untuk memecahbelahkan orang melayu. Sebab itu apabila Hj. hadi menyarankan idea kerajaan perpaduan mereka dengan lantang menolaknnya KERANA MEREKA TAHU MEREKA (DAP DAN PKR) TIDAK AKAN DITERIMA JIKA ORANG MELAYU BERSATU. KEJAYAAN MEREKA SEKARANG ADALAH DISEBABKAN PERPECAHAN UNDI MELAYU. DAN PAS HANYA AKAN TERUS JADI PARTI KELAS KETIGA DALAM PAKATAN RAKYAT.
Hj Hadi sedar n ramai yg sedar..
Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:
Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
Lokasi : Sg. Petani Inn.
Masa : 8.30 malam.
Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.
Hehehhehe..syabas Pak Teh! Anda diantara insan yg "celik"!
Harap kita ja celik tapi ramai yang dok tidoq2 x celik2...jenuh nak kejut dok xmau situ la....aduih...
Post a Comment