Monday, June 1, 2009

DS Najib & BN Menang di Penanti

Jika sebelum ini masih ada yang marahkan DS Najib kerana tidak bertanding di Penanti, Keputusan PRK Kelmarin menjelaskan segala-galanya. DS Najib bukan kecil anak untuk mengemudi BN & UMNO menghadapi mainan politik licik Anwar. Sudah banyak kali Anwar terkena dan kini terkena lagi. Jika tidak ada calon dari BN susah dianggap menghina Anwar, kemerosotan undi kepada Dr. Mansor dianggap menikam dada Anwar dan selepas ini plan domino PRK sehingga PRU13 pasti akan dikoyak-koyak kerana DS Najib begitu mudah menunjukkan cara mengatasinya.
Anwar mengetahui kebolehan DS Najib, sebab itulah sejak sekian lama nama DS Najib cuba dirosakkan malah ramai yang hairan mengapa Paklah dibiarkan namun Timbalannya diserang begitu dasyat. Jawapannya sudah mula diketahui ramai orang. Anwar tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi DS Najib.
Memang Anwar petah berpidato tetapi lihatlah cara DS Najib berucap...padat dengan fakta dan tidak auta seperti Anwar. Perkiraan mudahnya, Anwar menemui jalan buntu untuk memastikan dirinya menjejakkan kaki ke Putrajaya. Mungkin dizaman Paklah bayang-bayang Putrajaya sudah kelihatan namun kini bayang itu semakin kelam dan berbalam-balam dan akhirnya PRK Penanti kelmarin memberi kata putus bayang2 Putrajaya sudah tiada lagi untuk Anwar.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih