Thursday, June 25, 2009

Media baru

Assalamualaikum,
selepas BN tewas agak teruk dalam PRU ke 10 1999, ramai kalangan pemimpin BN sedar sesuatu harus dilakukan. Antara faktor yang dikenalpasti ialah kegagalan jentera MAYA menangkis serangan dari portal, blog dan IRC. Ketika itu IRC menjadi medan utama berhujah secara live dan begitu banyak artikel-artikel yang kelihatan lojik dimuatkan dalam portal pembangkang. Kesannya ramai terpengaruh dan Kedah hampir2 jatuh ke tangan Pas.
Menyedari hakikat itu, PM pada masa itu mengambil langkah tepat apabila mengiktiraf kewujudan Kelab Maya UMNO (KMU) dan lain2 portal yang mengokong BN. jentera muda dari seluruh negara digerakkan untuk menangkis serangan secara MAYA ini. Kesannya begitu ketara apabila PRU ke 11, BN mencatat sejarah menang dengan begitu bergaya.
Sayangnya...budi tenaga MAYA ini dilupakan begitu sahaja dan sebab itulah kelihatan KMU menjadi myKMU dan pro x PM. Dalam masa yang sama jentera pembangkang (PR) bertali arus menyerang dan menyerang samada dari kalangan profesional atau remaja. Secara pastinya blog seperti Malaysia Today memberi impak yang bukan sedikit kepada PR. Kesannya juga...pada PRU ke 12...BN juga mencatat sejarah tetapi sejarah malang yang sudah diketahui ramai...
Kini setelah 15 bulan berlalu...selepas asyik berperang dalam pemilihan UMNO...pakteh belum melihat kewujudan blog, portal dan apa sahaja MEDIA BARU yang benar-benar berpengaruh untuk dilayari. Mengapa terlalu lama mengambil masa?. Tidak ada gunanya merekrut penceramah yang hanya akan berceramah ketika musim pilihanraya kerana yang lebih penting adalah usaha yang berpanjangan dan kumpulan sasaran dapat dikenalpasti.
Secara jelasnya..golongan muda adalah sasaran utama dan mereka ini mengikuti media baru secara dekat dan mudah terpengaruh. Adalah lebih baik sekiranya medan ini yang digunakan..bukan asyik dengan merekrut penceramah. Lebih malang rekrut ini diambil secara tangkap muat.
Kepada semua Ketua Pemuda Bahagian...sedarilah kepentingan MEDIA BARU...jangan hanya berpeluk tubuh dan menafikan keupayaan Media ini.

p/s: Amat sayang jika jadi penceramah UMNO tapi apa itu media baru pun xtahu dan lebih malang...blog pun tak dapat dibayangkan bagaimana. Lebih malang jika individu itu seorang Ketua Penerangan Bahagian.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih