Wednesday, April 9, 2008

Salah UMNO Sik

Diberitakan hari ini....beberapa parlimen dan DUN di Negeri kedah yang jatuh ke tangan pembangkang berpunca dari sebotaj oleh ahli UMNO. Sik turut tersenarai kerana undi rosak (505) lebih banyak dari majoriti undi yang dimenangi Che Uda (481).
Paklah tidak menyebut bahawa di sik sahaja kertas undi yang tidak dipulangkan ke peti undi lebih dari 1000. Jika paklah sebut...sudah pasti...perlakuan sebotaj tersebut kelihatan banyak dan sekata disemua pusat mengundi dan natijahnya memberi mesej bahawa....perlakuan sebotaj ini tidak mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam waktu terdekat melainkan ADA FAKTOR LAIN YANG MENYELINAP KE SANUBARI SETIAP AHLI UMNO UNTUK TIDAK MEMANGKAH CALON UMNO/BN PADA PRU KALI INI. Faktor apakah yang menyelinap dengan begitu berkesan sehingga 5 negeri di tangan pembangkang termasuk negeri yang didalamnya didiami oleh PERDANA MENTERI?
Takut sangatkah paklah untuk mengakui punca sebotaj itu adalah berpunca dari KELEMAHAN BELIAU SENDIRI.
Takut sangatkah paklah untuk menghuraikan satu persatu kelemahan itu?

Kepada Semua rakyat Malaysia yang masih menyokong Paklah....terimalah hakikat bahawa Paklah sudah tidak relevan lagi.......Betoi Ka?

p/s: Berhati2lah semua pemimpin di bahagian yang disebutkan dalam akhbar hari ini...anda semua punca sabotaj....untuk bahagian Sik....Man Desa kalah PRU12.....tapi Man Desa datang lagi....Man Desa tak takut mati kerana Paklah ada disisi. Lagu indah untuk Man Desa saya nyanyikan......SiLuncai Terjun Dengan Labu2nya...Biarkan...Biarkan....

2 comments:

Kamalkamal said...

Datuk,

Kekalahan UMNO/BN di Kedah terutama di beberapa kawasan tertentu adalah berpunca dari kesilapan memilih calun. Kalau di Sik, Baling, Kulim/Bandar Baru dan Sungai Petani tentu calun payung terjun merupakan faktor utama kekalahan UMNO di sana.

Di Sik merupakan kubu kuat PAS. Kalau diambil ringan maka UMNO usah mimpilah nak tawan Sik. Dah tau Sik macam tu, pasai apa Pak Lah bubuh Man Desa di Sik. Memang Pak Lah tak tahu buat kerja atau memang nak tunjuk keras kepala. La ni sapa yang yang keras kepala, Pak Lah Ke atau rakyat!!!

Kalau di Kulim Bandar/Baru, Ketua Bahagiannya ingin meneruskan Dinastinya di sana. Apakah hanya adik beradik Tok Kadiaq saja yang layak jadi wakil rakyat di sana?

Di Sungai Petani, calun tempatan dinafikan, calun payung terjun di beri tempat, lepas tu cakap besar pulak. Ambik habuan!!!

Calun UMNO Baling memang tak sesuai langsung nak jadi YB Baling, suruh Azeez juga jaga Mat Rempit sudahlahh.

Anonymous said...

Di Sik puncanya sebab paklah letak orang suruhannya sampai 2 orang...
naik meluat orang tengok
bahang kekalahan terasa sejak awal bila ada mamat berambut merah mai dari mana ntah dok conduct geng UMNO...
apa ingat sik xdak orang kaaa...
yang Mid Man dok syok sendiri dengan mamat tu
Man desa plak pi bekempen naik keta laju2...semua keta hebat2..makcik2 kat kg tengok pun gerun...
hancooooqqqq kerana mu PAKLAH..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih