Thursday, April 24, 2008

Konspirasi Menekan Najib

Assalamualaikum
Jika anda tertanya-tanya mengapa Najib tidak menangguk di air keruh....beberapa kejadian yang berlaku kini memberikan jawapannya.
Isu Altantuya yang sering dibisik-bisikkan mempunyai kaitan dengan Najib ditangguhkan lagi sehingga Mei dan....saya menjangkakan akan berlanjutan sehingga Disember ini atau selepasnya...Mengapa....? Isu ini menjadi tali pengikat kepada kesetiaan Najib kepada Paklah. Najib takkan mampu berkata apa-apa selain dari "Yes Bos" walaupun dinafikannya beberapa hari lalu dengan mengatakan beliau inginkan peralihan kuasa yang tersusun.
Dua hari lepas....arena politik dikejutkan dengan laporan polis terhadap ahli politik kanan yang juga bekas menteri......khabarnya....individu ini sangat rapat dengan Najib dan 100% orang Najib. Maka dengan berita ini terbukti memang wujud tangan-tangan jahat untuk mengikat terus Najib dari bertanding Presiden dan lebih dasyat lagi.....Jangan mimpi akan berlaku peralihan kuasa kepada Najib.
Tidak salah lagi Paklah sedaya upaya menggerakkan jentera serangannya sendiri sejak awal cuma kini bertambah hebat. Mahyudin Yasin kini dilabel sebagai team asing yang menyokong Ku Li dan sebagainya......maka tenggelamlah suara pejuang2 sebenar dan tinggallah pak angguk dalam Parti UMNO dan BN.....Betoika?

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih