Monday, April 7, 2008

Paklah tidak bersalah

betoi ka?
betoi la...paklah tidak bersalah sama sekali...apatah lagi menantunya KJ...lagi tidak bersalah...mengapa dua orang insan yang mulia dan suci hati ini disalahkan apabila BN kalah teruk pada PRU12 yang lalu? yang perlu disalahkan ialah orang lain kerana Paklah benar2 ikhlas untuk membangunkan Malaysia.
Mana ada dalam sejarah presiden UMNO/BN, calon yang dipilih menjadi huru hara diperlis...di terangganu...semua tu kerana Paklah hendakkan calon yang benar2 berkualiti. Sebab tu shahidan sampai bergaduh dengan Radzi..bukan kerana paklah..semua tu kerana untuk mendapatkan calon yang hebat. Orang lain...hamba sahaya...penyokong bawahan sepatutnya tidak ambil peduli semua yang berlaku kerana semuanya mampu diselesaikan oleh Paklah....penyokong kelas bawahan yang tidak ada pangkat dan darjat ni sepatutnya hanya boleh Yes Bos sahaja seperti ketua2 yang mereka lantik...barulah Paklah boleh memerintah dengan lebih tenang. Ketenangan (mencari Damai Abadi) itu penting bagi paklah dan kita jangan cuba mengganggu kerana gangguan itu boleh dianggap sebagai perosak parti dan menyokong parti lawan.
Punca kekalahan Kedah dan Perak sepatutnya diletakkan dibahu Ketua Bahagian, bukan paklah. Mereka yang "mensabotaj" parti...bukan paklah. Mereka yang berpuluh2 tahun ini berkhidmat kepada UMNO/BN yang bersalah kerana "mensabotaj"
JANGAN TANYA mengapa mereka "mensabotaj". Paklah tak perlu jawab mengapa berlaku sabotaj kerana itu bukan tugas paklah. Tugas Paklah hanya memberitahu kepada semua hamba sahaya dalam UMNO bahawa PUNCA KEKALAHAN BN YANG SEBENAR DI KEDAH DAN PERAK IALAH "SABOTAJ". Itu sahaja yang perlu didengar. Awak dan Awak serta Kau dan AKu jangan cuba2 bertanya punca sabotaj. Salah dan itu boleh dikategorikan sebagai menderhaka kepada Presiden dan akan dianggap sebagai membantu pembangkang.
Paklah juga tidak bersalah apabila negerinya turut tergadai. Yang bersalah ialah DAP kerana bertanding dalam pilihanraya yang lalu. Yang bersalah ialah Pas, yang bersalah ialah PKR.....malah yang bersalah juga ialah TDM. Tun Dr Mahathir sepatutnya mewariskan kepada Paklah UMNO yang lebih kuat...UMNO yang semua kepada ahlinya telah ditanam dengan CIP yang boleh diremote control....semua ini adalah salah Mahathir. Sepatutnya Mahathir mendapatkan 15 juta ahli UMNO yang Yes Bos..barulah diserahkan kepada Paklah...., oleh itu punca kekalahan teruk yang lalu ialah kesalahan TDM...bukan Paklah....hanya orang yang tidak tahu "apa-apa" sahaja beranggapan Paklah bersalah.
Ketua2 UMNO Bahagian di Kedah dan Perak perlu bertanggungjawab. Mereka ini perlu dipecat dari parti dan kekosongan itu perlu diisi oleh Pemangku Ketua Bahagian. Siapa calon yang sesuai untuk memangku....itu awak dan awak dan aku jangan tanya...yang berhak menentukan ialah Paklah...kerana dia sahaja yang bebas dan tidak bersalah dalam PRU12 yang lalu...orang lain jangan masuk campur. Biarkan Paklah yang tentukan siapa yang berhak memangku kerana orang ini lebih bijak untuk memilih siapa sepatutnya menjadi Presiden dalam PEMILIHAN hujung tahun ini. Anda semua tidak layak....saya tidak layak...yang layak hanya PAKLAH.
Penang dan Selangor tidak mengapa...kekalahan mereka bukan kerana sebotaj, mereka masalah lain tapi bukan salah Paklah. Di Penang tidak berlaku sebotaj dan tidak ada sesiapa yang bersalah disana...cuma yang bersalah ialah DAP kerana bertanding, itu ja...Paklah tidak bersalah di Penang, lagipun semua ketua bahagian di sana juga tidak mensabotaj seperti di kedah dan perak. So...Ketua Bhg di penang tak perlu pecat....mereka juga tidak bersalah seperti Paklah.
Di Selangor juga begitu...Paklah tidak bersalah....Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga tidak bersalah walaupun itu negerinya. Yang bersalah ialah Indon, Philiphine, Bangla, dan ramai lagi PATI yang tidak menyokong UMNO. Mereka yang bersalah dan paling penting...kesalahan utama perlu diletakkan di bahu Anwar. Anwar yang bersalah kerana berkempen habis-habisan, Paklah tidak bersalah....
PAKLAH TIDAK BERSALAH......Betoi Ka?

1 comment:

Kamalkamal said...

Datuk,

Sehingga hari ini Pak Lah terus berdegil tidak mahu melepaskan jawatannya dan juga terus membelai menantu kesayangannya. Mungkin Jeanne enggan keluar dari istana Sri Perdana. Maka Pak Lah kena terus bertahan hingga tiada masa untuk "tidur lena". Kontrak Kamal kena jaga juga nanti jadi macam kontrak anak-anak Tun M selepas beliau letak jawatan, depa tarik balik...susah nak cari makan.

Sekarang ini semangat perjuangan sejati terhadap parti telah terhakis. Maka perjuangan terhadap perut lebih diutamakan, maka tak hairan ramai pembesar UMNO yang buncit perutnya.

Kalau betoi-betoi pemimpin di Kedah bertanggung jawab terhadap kekalahan yang dialami di Kedah, Bekas MB, Datuk Det Khalid kena letak jawatan sebagai Pengerusi UMNO Kedah...sebabnya semasa nak pilih calun-calun PRU12, Det Khalid buat keputusan sendiri, bukannya keputusan dari Bahagian-bahagian. Maknanya keputusan Det Khalid adalah silap, sekarang ngaku silap...letaklah jawatan macam Datuk Khir Toyo tu, baru gentleman...!!

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih