Mengikut kenyataan yang ditulis dalam beberapa akhbar, Mahyudin Yassin berkata beliau tidak berniat menentang Najib dan Paklah. Namun bagi saya..kenyataan itu hanya pada ketika ini sahaja kerana masih berpegang kepada prinsip Najib dan Paklah masih ketua beliau.
Bagaimana pula keadaannya apabila gelanggang sebenar dibuka? Adakah Mahyudin masih begitu atau merebut peluang yang terhidang. Beliau tidak mencari peluang tetapi peluang memang dihidangkan oleh Paklah dan......Najib juga jika masih beretorik....akan turut menghidangkan sesuatu yang enak untuk dinikmati oleh Mahyudin.
Sehingga kini, hanya Mahyudin yang lantang bersuara malah menurutnya....posisinya sebagai antara yang tertinggi menuntut beliau untuk bersuara malah ketika krisis 1988 juga....beliau bersuara lantang.
Sebelum ini Mahyudin ada bersuara jika mendapat sokongan dari akar umbi...beliau mungkin bertanding diperingkat yang lebih tinggi....dimana? hanya dua yang lebih tinggi dari beliau sekarang...yang mana satu pilihan hati?
Jika melawan Paklah...musuhnya menjadi 2....Najib dan Paklah..
Jika melawan Najib....musuhnya hanya satu....Paklah....sure Najib kena lawan Paklah....walaupun mengikut suara Najib hari ini....beliau adalah pak turut Paklah....itu adalah perkara biasa bagi Najib...sentiasa Play and Safe (SAVE).
Hari ini Paklah dilihat tidak sesuatu utk mana2 klik tetapi Mahyudin sesuai menjadi klik kepada Najib.....cara ini lebih selamat utk Mahyudin.
Paklah sebenarnya tidak mempercayai Najib...kerana itulah selalu dimomokkan bahawa Najib adalah pengganti beliau....Najib harus ingat.....kata-kata paklah tidak boleh dipercayai 100%. Banyak benda yg dinafikan tetapi dilakukan...begitu juga sebaliknya....hati-hati yer bangg...(jangan pula khabar angin bang Jib dirantai mulut oleh Paklah kerana isu Altantuya tu buatkan bang Jib jadi kecut)
Kepada Mahyudin....inilah masa yang tepat utk anda merebut peluang....sebagai seorang ahli politik....jangan meragui peluang keemasan ini.
p/s: Sudah melihat mahyudin di kerusi TPM or.....jangan lupa.....peluang ke kerusi PM juga tinggi peratusnya. Betoika??
1 comment:
Dato' Wan,
Keadaan hari ini agak kacau lagi. Pak Lah masih nak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden, Najib tentunya timbalan. Kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya ada bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat nanti mencalunkan Najib sebagai calun presiden dan Muhyiddin sebagai calun timbalan. Kalau ini terjadi peluang Muhyiddin lebih cerah dari Najib.
Setakat hari kita dengaq sudah lima negeri menyuarakan hasrat mereka supaya Pak Lah berundur. Najib dan Muhyiddin ada semasa "road tour" tu, tentunya depa faham apa yang disampaikan oleh pembesar bahagian semasa "road tour" tu.
Apa kata Dato' Wan, Najib dan Muhyiddin tentunya faham dan tahu apa yang sepatutnya depa buat. Kalau pertandingan kat bahagian ni, depa kat dia dah mula geli dah tu.
Post a Comment