Pakteh terbaca tulisan Mummy Rokiah disini dan terus teringatkan keluhan rakan Pakteh yang juga seorang kontraktor. Keluhan rakan Pakteh hampir 100% sama seperti yang ditulis oleh Mummy Rokiah. Rakan Pakteh bukan mengenali mana2 blogger malah Pakteh yang berstatus blogger cap ayam ni pun dia tak tau kata pandai tulis blog. Jadi pasti bukan rakan Pakteh yang memberi maklumat kepada Mummy Rokiah. Ini bermakna.....kisah ini memang berlegar dikalangan kontraktor dan di kedai-kedai kopi.
Ada baiknya pihak-pihak tertentu/terlibat menyelesaikan masalah ini kerana saya amat pasti, isu n cilok projek-projek kecil sehingga menutup mata pencarian kontraktorG1 dan G2 menyebabkan pemerintahan BN kini dipandang serong. Ini amat tidak bagus untuk MB. Janganlah orang sekeliling yang merosakkan imej MB yang disukai rakyat.
------sedikit sedutan dari Mummy Rokiah----------------
Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar di daerah dalam Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.
Protes ini membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontrakotor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut.
Pemerhati difahamkan kontrator-kontrator kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini.
Jika ini berlaku ia pasti akan mencalarkan integriti kewibawaan kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB di Kedah. Dan yang lebih parah lagi ia akan menjejaskan pengaruh Barisan Nasional di Kedah dalam PRU14 kelak dan ketika itu BN akan menangis tidak berlagu.
Baca seterusnya di blog Mummy Rokiah
No comments:
Post a Comment