Monday, July 7, 2014

Perpaduan negara : Cakap tak serupa bikin

Bila sebenarnya perpaduan kaum benar-benar harmoni?
Impian ini tidak mungkin terlaksana sekalipun 100 Majlis/Suruhanjaya/Jawatankuasa ditubuhkan untuk menyelesaikan isu perpaduan jika PUNCA sebenar tidak diatasi.

Rakyat Malaysia boleh menunggu 1000 tahun lagi tetapi percayalah....perpaduan sebenar tidak akan datang dengan sendirinya jika PUNCA utama tidak diselesaikan. 

Pakteh terpanggil menulis isu ini memandangkan MKPN begitu taksub dengan ideanya dan hari ini ada akhbar melaporkan PraSekolah untuk SJK akan ditambah dengan peruntukan RM50 juta yang diluluskan 2014. 


Bagaimana rakyat negara ini hendak bersatu padu jika mereka tidak pernah mengenali, bertemu malah ideologi yang diterap tidak sama?.
Bagaimana rakyat negara ini boleh bersatu jika sejak kanak-kanak pra sekolah sehingga hampir mencecah 20 tahun, barulah mereka bertemu?
Bagaimana hendak bersatu?

Amat mustahil.

Tidak mungkin boleh bersatu secara harmoni melalui kaedah songsang ini. Tubuhlah MKPN, PLKN dan sebagainya....Namun itu semua sekadar menipu diri sendiri untuk menutup kelemahan awal yang sepatutnya diatasi. 


Adalah lebih mudah RAKYAT MALAYSIA sejak awal  berumur 4/5/6 tahun dibesarkan untuk menerima pendidikan yang sama. Selepas itu bersekolah menggunakan aliran yang sama sehingga layak memasuki Universiti. 

Jika ISA yang kini memudaratkan NEGARA sanggup DIHAPUSKAN, mengapa susah benar untuk  membuang SISA PENJAJAH dengan hanya ada satu sekolah di Malaysia iaitu sekolah Kebangsaan. DS Najib kelihatan begitu berani ketika menghapuskan ISA, mengapa soal UTAMA PERPADUAN RAKYAT ini DS Najib tidak mengorak langkah melaksanakannya?. 


2 comments:

Anonymous said...

Setuju Pak Teh!

Aku heran betullah KESALAHAN ini boleh dibiaqkan; seolah K’jaan Negeri mahupun K’jaan Persekutuan punya kuasa MUTLAK utk. berbuat apa saja mereka suka sedgkan. BUMIPUTERA ISLAM/Melayu sebenaqnya turun-temurun terlindung di bawah kuasa Eksekutif DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dan hak Bumiputera – yg. jelasnya lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3, 37 (1), 153 dsbnya - lihat di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!
Dan apahal nak tunggu Akta Keharmonian Nasional JAHANAM tu dibawa ke Kabinet - patut diHAPUSkan dari sekrg!
Sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan Britain - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu kita!

Sekiranya kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH kita. Di mana, Tanah Melayu kita ini dulunya adalah kepunyaan Kesultanan ISLAM/Melayu dan rakyat BUMIPUTERAnya termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu sehingga Kesultanan ISLAM/Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (melaksanakan juga strategi DAJAL Malayan Union dlm. bentuk lain, lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948)!

Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang KAPIR MUSUH ISLAM/umatnya!

PENIPUAN perjanjian 1948 ini yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).

Maka, sebab itulah lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA Islam/Melayu kita, dlm. memastikan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.

Makcik Sambal Belacan.

Pakteh said...

Banyak perkara yang perlu difikirkan....
Asas yang salah menyebabkan penyelesaian yang tidak sempurna

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih