Allahuakbar...
Berikut teks penuh ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun
Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena
Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam. 21 Julai 2014
Semenanjung Tanah Melayu telah
dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato
Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah orang
Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa
menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut
kemerdekaan adalah
orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.
Logiknya, Semenanjung Tanah
Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang
Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah
balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan
hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada
orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada
calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk
memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12
apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak
terjamin.
Semasa rundingan kemerdekaan,
PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi
menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS
menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut
kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang
Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS
senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”.
Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.
Semasa rundingan kemerdekaan
juga, Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana,
mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan
mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata- kata lain mereka hendak
menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Boroh?
Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?
Parti Komunis Malaya mengangkat
senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin
parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana
takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi
orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang
Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak
perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri
Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?
Biar apa pun, akhirnya
peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang
utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka.
Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu
dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.
Tetapi, pada detik yang sama,
satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh
Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny:
The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:
“As a result of the “social
contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya
were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that
the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August
31, 1957 due to the constitutional grant.”
“Akibat “kontrak sosial” di
antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah
oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai
bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah
malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan
saya).
Pada 1963, Sabah dan Sarawak
menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa
dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa
dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Semenjak Merdeka hinggalah
sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai
bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan
mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam
semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum
yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau
sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam
dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia
disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.
Jika kaum minoriti hendak
‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang
memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam
Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah.
Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan
sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan
beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama
mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina
rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa
sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila
dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam
untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.
Kecuali seketika di sekitar
tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan
Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang
senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan
orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina
senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan
mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara!
Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu
“dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang
mempercayainya.
Tetapi, keadaan berubah di
kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran
yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran
pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa
yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka
tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi
majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi
Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.
Melihat keadaan itu,
kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur
perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa
melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan
parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.
Sambil itu kumpulan-kumpulan
ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak
orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina
Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama
Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai
tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.
Pendekatan mereka adalah
bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan
kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan
kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya,
mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa,
keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan.
Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan
berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar
di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat
berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup
dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!
Rata-rata orang bukan Islam di
Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan
Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di
perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh
seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat
hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?
Saya amat sedih melihat orang
Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga
sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam
yang untung.
Saya juga hairan mengapa ada
orang-orang yang dikenali sebagai ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman
Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan
upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang
Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di
bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam
konteks Malaysia.
Hinggakan, apabila sami Buddha
mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan
Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian
bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?
Kisah itu melibatkan
ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad
s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid.
Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang
dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu,
babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar
“offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang
mereka.
Mantan Mufti Pulau Pinang juga
memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di
Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang
sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke
seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama
Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.
Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan
surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi
hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah
tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin
dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang
Islam berfikir?
Kumpulan ini sangat tidak puas
hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam
menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke
merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya
murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat,
membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian
pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka
membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah
mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi
mereka dengan besi dan lain-lain.
Mereka juga tidak puas hati
dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa
mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?
Ringkasnya mereka mahukan atau
mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu
melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji
semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu,
baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?
Kumpulan itu menjadi lebih
berani kerana:
1. Mereka telah melihat orang
Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.
2. Mereka telah berjaya
mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama
dengan mereka.
3. Mereka telah berjaya
memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka
diperalatkan.
4. Ketiadaan tindakan terhadap
mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.
5. Pemansuhan Perisytiharan
Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan
dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut
perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.
6. Persepsi rasuah di kalangan
pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan
mereka.
Pada masa yang sama, Kerajaan
semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk
memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada
pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu
kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi
mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi
mereka.
Saya boleh faham mengapa
Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.
Dalam tahun 1970an, seorang
Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan
undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat
bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di
jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.”
Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat
adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat
khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun
dari segi undang-undang ia adalah sah.
Tetapi, saya dapati sukar
sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga
turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu
undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa
Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang
membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
Memanglah undang-undang yang
membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang
yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat
ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan
pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau
Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan
dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic
Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati
dalam lman web saya.)
Saya faham bahawa Kerajaan mahu
melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura
yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua
hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.
Sekarang ISA telah “digantikan”
dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara
ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa
perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah
melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA
seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di
mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.
Setakat ini sebanyak 38 orang
telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat
Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara
sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan
yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to
terrorism).
Ertinya “terrorism” yang
memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik
di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism?
Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya,
dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat
perkembangannya.
Bagi saya ukurannya bukan
sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa
pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan
menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA
jika SOSMA disalahgunakan.
Sebaliknya, jika SOSMA
dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA
lebih baik.
Selain daripada itu Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan
bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.
Akta ini dibuat oleh British
apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada
pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana
menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau
Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah,
menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan
tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan
perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:
“…….mempersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”
Bahagian III adalah mengenai
kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153
adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan
sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini dimasukkan
akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada
mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada
berulangnya peristiwa 13 Mei.
Bagi saya, perwujudan seksyen
3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun
Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan
apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan
memaafkan anda kerananya.
Bagaimana dengan RUU Harmoni
yang JPNIN sedang buat itu?
Mereka mengaitkan Akta Hasutan
dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana
SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan
harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi
penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa
sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem
beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan
hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan
akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata
“Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!
Maka kita perlu faham bahawa
alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu
tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh
orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis
Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya.
Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.
Apa untungnya orang Melayu dan
anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak
yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya
orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka
peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang
ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan
Sarawak. Itu kita mesti faham.
Selain dari itu, ada beberapa
perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni
untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah
portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu,
sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada
kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah
kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk
maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar
mengenainya.
Soalan saya: Mengapa dalam hal
ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan
Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan”
(highjacking) berlaku di sini?
Mengikut prosedur biasa,
penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh
Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat
permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh
pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee,
mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah
penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini
“rampasan” (highjaking) yang kedua?
Mengikut prosedur biasa juga,
setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh
Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam.
Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?
Disebabkan oleh kesuntukan
masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan
mengenai isi kandungan RUU Harmoni.
Pertama, rang undang-undang itu
menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National
Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu
adalah:
“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in
particular Article 8.”
“Untuk memberi kesan kepada apa
yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” –
(Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:
“8. (1) Semua orang adalah sama
rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di
sisi undang- undang.”
Itulah yang mereka mahu
mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or
application) undang-undang itu jika ada kes.
Sepanjang ingatan saya, saya
belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam
Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari
situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.
Kedua, nampaknya matlamat utama
penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1),
Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:
“8(1) The Sedition Act 1948
[Act No. 15] is repealed.”
Siapakah yang membuat tuntutan
supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk
memenuhi kehendak mereka?
Patutkah Akta Hasutan
dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah
pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan
Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang
menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta
Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada
dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.
Kedua, pada pandangan saya,
adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan
dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah
dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun,
walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah
mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian
daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?
Pada pandangan saya, itulah
pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut
ambil.
Kita bukan mahukan hak orang
lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih.
Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang
telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah
kita?
Pemimpin-pemimpin Melayu dan
Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan
kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah
dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan
BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang.
Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang,
mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan
Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.
Anak-anak Negeri Sabah dan
Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan
Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.
Sebenarnya semua pemimpin
negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama
mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk
kepentingan bersama.
Kesimpulannya:
1. Janganlah mansuh Akta
Hasutan 1948.
2. Segala urusan mengenai Akta
Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya
ia itu KDN.
3. JPNIN tidak sepatutnya
mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.
4. Prosedur biasa di mana Kementerian
berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam
Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.
5. Akta Hasutan hendaklah
dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).
6. Eloklah kerajaan memikirkan
untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap
kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.
7. Ketepikan draf RUU yang
dibuat oleh Majlis Peguam itu.
8. Jika JPNIN berfikir bahawa
perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah
peraturan biasa.
9. Semua orang Melayu, Islam
dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan
Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal
ini.
10. Kita bukan hendak meminggir
mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan
supaya perpaduan
akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama
mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni
dapat dikekalkan.
Sekian. terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad
7 comments:
Artikel yg. amat BERNAS, spt. biasa, dari YB Tun Abdul Hamid - seolah darah Almarhum Datuk Maharajalela da dalm dirinya! Mungkin YB TUN Hamid bersama ISMA/PERKASA boleh menubuhkan satu parti baru ISLAM/Melayu TULEN untuk melawan mUSUH Islam/Melayu dari DAPBANGKAI/PKRSODOM dan PENAJA Barta-ZIONIS mereka, dgn. amat berani- baru UMNO/PAS LIBERAL tersedak!
Dan apahal NGO-NGO Islam/Melayu nak tunggu Akta Keharmonian Nasional JAHANAM tu dibawa ke Kabinet - patut diHAPUSkan dari sekrg!
Makcik Sambal Belacan.
PEMBETULAN:
Artikel yg. amat BERNAS, spt. biasa, dari YB Tun Abdul Hamid - seolah darah PAHLAWAN-PAHLAWAN AGUNG kita, Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, ada dlm diri beliau!
Mungkin YB TUN Hamid bersama ISMA/PERKASA boleh menubuhkan satu parti baru ISLAM/Melayu TULEN untuk melawan mUSUH Islam/Melayu dari DAPBANGKAI/PKRSODOM dan PENAJA Barta-ZIONIS mereka, dgn. amat berani- baru UMNO/PAS LIBERAL tersedak!
Dan apahal NGO-NGO Islam/Melayu nak tunggu Akta Keharmonian Nasional JAHANAM tu dibawa ke Kabinet - patut diHAPUSkan dari sekrg!
Makcik Sambal Belacan.
Sepatutnya DYMM Kesultanan ISLAM/Melayu dan juga BUMIPUTERA Islam/Melayu kita MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS KAPIRDAJAL British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan Britain - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu kita!
Akibat kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH kita. Di mana, Tanah Melayu kita ini dulunya adalah kepunyaan Kesultanan ISLAM/Melayu dan rakyat BUMIPUTERAnya termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu sehingga Kesultanan ISLAM/Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (melaksanakan juga strategi DAJAL Malayan Union dlm. bentuk lain, lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948)!
Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang KAPIR MUSUH ISLAM/umatnya! Sebab itu Britain mesti diSAMAN!
PENIPUAN perjanjian 1948 ini yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).
Maka, sebab itulah lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA Islam/Melayu kita, dlm. memastikan K’jaan Negeri mahupun K’jaan Persekutuan TIDAK punya kuasa MUTLAK utk. berbuat apa saja mereka suka kerana BUMIPUTERA ISLAM/Melayu sebenaqnya turun-temurun terlindung di bawah kuasa Eksekutif DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dan hak Bumiputera – yg. jelasnya lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3, 37 (1), 153 dsbnya - lihat di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!
KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.
Makcik Sambal Belacan.
Macam mana boleh jadi Hakim kalau isu2 bangsa dan kebencian tersirat dlm hati. Penghakiman juga berat sebelah lebih condong kepada UMNO.Yang dia ingat hanya UMNO wakili Melayu, tak Nampak ke dia ramai diluar sana yg menentang UMNO sebab agenda perkauman nya, untuk menjadi tunggak Bangsawan yg tak guna.
satu telunjuk kau kata umno tak betul 4 jari tunjuk kata kau lagi tak betul..hasad dengki tak sudah. suka dan mahu sangat tengok bangsa melayu berpecah dan merempat di tanah melayu
MSB (Makcik Sambal Belacan)...memang pedas.
Anon 14:31 HAKIM ada umno ada pas ada pkr ada DAP namun ketika penghakiman...amalan profesional diterapkan. Beliau telah bersara...apapun tuan ada pendapat yang tersendiri
Anon 14:56...Isu RUU sangat penting untuk semua mengambil pendirian menolak
Melayu celaka, melayu bodoh
Post a Comment