Thursday, June 19, 2014

Situasi penentangan era "Paklah" kini terjelma?

Ya
Kepada pelobi dan pembodek PM, teruskan agenda anda tetapi bagi pejuang Agama Bangsa dan Tanaharir, mari menilai semua apa yang terjadi disekeliling kita. Apa kata Pak Abu ketika minum kopi di kedai pagi tadi?. Apa kata tok siak ketika bersantai menunggu Isyak semalam, Apa kata Mak Jeha ketika melenggang menuju ke kebun getah kelmarin dulu?

Apa kata guru? Apa kata sifulan itu dan sifulan ini?

Rakyat marhain yang agak terkejut PM Najib kini tidak jauh bezanya dengan Paklah. Rakyat mengharapkan Najib menjadi pengganti yang hampir kepada Tun M namun sebaliknya yang berlaku ialah....banyak kelemahan berlaku dan mula dinilai corak kelemahan ini seperti di era Paklah. 

Susah jugak sebenarnya nak menjelaskan Najib ada idea transformasi yang memerlukan jangka panjang untuk dilihat hasilnya. Rakyat tidak memahami semua itu jika perkara asas yang sering menjadi isu gagal ditangani.

Pakteh sendiri melihat Najib GAGAL menangani isu kalimah Allah dengan baik. Isu Peguam Negara menolak untuk meneruskan kes rampasan bible bahasa Melayu membuktikan Najib mula membawa negara ini kearah kehancuran. Umat Islam sangat berbaik sangka dan lembut hatinya namun apabila Islam diperdagangkan, kita telah melihat banyak yang terpaksa dikorbankan. 

Mungkin Malaysia berhasrat menjadi seperti Turki yang dimulai oleh Kamal Attartuk?. Ya...ada laporan disaat Salawat Perdana diputrajaya, masa yang sama juga ribuan PELACUR masih merenggek dalam negara ini minta dibelai....begitu mudah negara dibolos. 

Isu penculikan di Sabah....bukan sahaja gagal ditangani sebaliknya menunjukkan rakyat tidak layak mempercayai janji keselamatan oleh Menteri berkaitan. 

Jika Agama mudah diperkotak katikkan, Keselamatan negara dirobek dengan mudah dan jati diri bangsa mulai longggar......pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan corak aliran dasar pemerintah sedia ada.

Jangan sehingga BN dijatuhkan dalam PRU14 barulah tersedar.....sudah terlambat. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan....cukuplah ahli biasa letih mempertahankan Paklah dahulu...janganlah terjadi lagi era yang sama ketika Najib menjadi PM. 

Najib perlu diselamatkan......pembodek dan yes man disekeliling beliau sebenarnya yang perlu dihambat keluar. Ubat yang memberi kebaikan selalunya pahit dan yang manis itu selalunya berakhir dengan kaki tangan dipotong......Pakteh memilih untuk berkata yang pahit didengar....


6 comments:

Unknown said...

segera! ayuh kita orang melayu, halau en najib dari kerusi PM. Malaysia ini BUMI MELAYU! Betapa teruk jerih Tun Razak, Tun M bina Negara ini..Pak Lah dan Najib dengan senyum MENJAHANAMkan segalanya. Bangkitlah Melayuku! Bangkit dari tidurmu!

Anonymous said...

Saya pun sedih dan sedar lemah nya Najib sama seperti Pak Lah. zaman Najib jauh lebih teruk isu2 yg berlaku tidak dapat dikawal dan diselesaikan dengan baik memihak pd Perlembagaan dan Melayu.

Akhir2 ini Islam dan Melayu dihina berterusan tp sedikit sgt tindakan diambil. Tp Presiden ISMA bercakap lantang tentang hak Melayu tp ditahan oleh Polis.

Isu2 pencerobohan perairan negara, amat menghilangkan keyakinan rakyat pd Najib. Zaman Tun M pihak berkuasa cukup tegas dn digeruni.

Malang, Najib hapuskan undang2 pencegahan spt ISA dan undang2 sedia ada longgar dan tidak membanteras apa2.. Najib syok sedniri dgn dunia dan khayalannya bersama Rosmah.

Saya sudah lama takut akan berlaku suatu yg lebih buruk pd Negara. Cina sudah mula mengugat bangsa Melayu tp Peguam Negara Patail seolah2 seperti talbarut pihak sebaliknya. kes2 berat gugur dan tidka dipanjangkan untuk pendakwaan. Tp bila melibatkan isu Melayu, begitu cepat didakwa.

Najib sgt lemah dn bawak bahaya. Mohon beliau undur diri dan gantikan dgn yg lebih layak

Anonymous said...

jaminan ds najib dan menteri menteri ttg apa sahaja boleh dianggap gula gula yg hanya merongakkan GIGI..

Anonymous said...

Ahjibgor dan memnteri sotong elok merambus...itu aj..paklah gagal ahjibgor lagi gagal..

Pakteh said...

Najib ada kekuatan cuma individu disekeliling yang merosakkan. Terlalu banyak yang ingin merebut kepentingan diri. Ini yang berlaku kepada pimpinan di Pusat dan Negeri2.

Unknown said...

ADA ISA P BUANG,ADA AKTA HASUTAN NAK DIKAJI UNTUK DITAMBAH BAIK,BILA TENGOK2 BALIK AKTA YANG DIGUBAL MACAM CELAKA! ADAKAH DS NAJIB NI SEDAR? SETAKAT NAK MENANG UNDI TAPI MARUAH DAN AGAMA ISLAM DIPERMAINKAN OLEH KAUM PENDATANG BUAT APA? PADA NAJIB CARILAH PENGGANTI SECEPAT YANG MUNGKIN KAMI ORANG MELAYU DAH MELUAT DENGAN NAJIB...KALAU DENGAN KAUM PENDATANG SEMUANYA IKUT KATANYA KEHENDAK RAKYAT...PUI...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih