Monday, June 16, 2014

Sik...dulu kini dan selamanya...

Pakteh pernah menulis tentang keluhan rakyat marhain bulan lepas berkaitan isu kenaikan harga barang dan juga kejatuhan harga getah. Kadang-kadang terfikir juga mengapa perlu menulis perkara yang sememangnya sukar dikawal seperti harga getah. 
Atau...mengapa perlu dibual bicarakan tentang GST jika sejumlah besar diperuntukan kepada pihak tertentu untuk memberi maklum kepada masyarakat.
rupa-rupanya, jiwa Pakteh memang sebegitu....rasa sayang pada pemerintah (dibaca UMNO) amat mendalam sehinggakan apa sahaja yang difikirkan mampu memudaratkan UMNO, secara spontan akan cuba dikurangkan kerosakan jikapun tidak dapat dibaiki sepenuhnya. 

Ada benarnya teguran kawan Pakteh beberapa bulan dahulu....."Mengapa sejak menang 2013, angpa dah syok sampai tak mau tegoq apa benda yang tak betoi". Sebenarnya bukan syok tapi teramat seronok mengambil kembali Kedah dari Pas. Perasaan seronok itu dibuai-buai sehingga tanpa sedar.....telah lebih setahun sebulan kemenangan itu berlalu....dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh pimpinan negeri. 

Pakteh orang Sik. Sejak dulu......orang Sik melihat dari jauh pembangunan daerah-daerah lain di Kedah. Ketika UUM dibuka di Sintok, orang Sik kata takpa la..tu kawasan PM. Bila UiTM dibuka di Merbok, orang Sik kata takpa la...Tun Daim dok kot dekat situ. Bukan itu sahaja.....apa sahaja pembangunan...orang Sik kata takpa la...itu ini dan begitu begini...ada sahaja alasan untuk menyedapkan hati agar menerima dengan rela percaturan pemimpin. 

Ketika bersusun pagar bertemu pagar IPG, IAB, Politeknik, ILP di Jitra.....orang Sik hanya mampu bermegah adanya IKM. Ya...IKM...itulah mercu tanda kemajuan pendidikan di Sik selain kini Kolej Keda yang dinaik taraf dari Pusat Latihan Kedah. Terbaru yang terpancul ialah Kolej Komuniti...bila pengambilan?

Apa kaitannya pembangunan pendidikan dengan kemajuan ekonomi?. Banyak kaitannya...UUM Sintok adalah contoh terbaik. Jika dahulu kawasan itu adalah terpencil kini Pekan Changlun dan sekitar menerima limpahan ekonomi dari pembinaan tersebut. Pakteh tidak maksudkan perlunya sebuah 'U' di Sik tetapi apa sahaja pembangunan yang mampu menjana kesinambungan ekonomi kepada penduduk Sik. (juga daerah-daerah lain yang masih mundur). 

p/s: 2 hari lepas kawan Pakteh tanya apa Sik dapat kalau International Airport buat di Kulim. Pakteh kata orang Sik dapat tengok ja la....



No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih