Monday, January 28, 2013

Siri Akhir Pra PRU13: part 1# PR dah jatuh...jangan UMNO pula jatuhkan diri sendiri.

Tahun 2000 dulu Pakteh pernah katakan PKR akan hancur dan pada PRU11 2004, memang betol....Hanya Wan Jijah sahaja bertahan untuk kerusi PKR.

Kali ni Pakteh berkata lagi...PKR akan hancur. Pas akan bungkus dan DAP akan jadi seperti 2004.

Itu kenyataan Pakteh dan tn Haji Sanusi Setpol MB Kedah serta Ketua Penerangannya boleh salin ayat pakteh ni.

Tapiiiiii...

Ada tapinya....Ada syaratnya....

UMNO jangan jadi macam UMNO 2008. Biar siapa calon, bekerja lah untuk parti dan bukan untuk diri. Pakteh percaya tuan badan sudah merasai dirinya akan tersingkir dan ada yang dapat hint akan tersenarai...berbaik sangka dan terimalah segala keputusan dengan hati yang terbuka.

Siapa pun anda. Apapun jawatan anda dalam UMNO sekarang....DS Najib mempunyai kriteria tertentu yang mungkin menyebabkan anda tersingkir.
Atau jangan terperanjat jika nama anda terpilih...

Pakteh tak perlu sebut kelemahan PR kali ni kerana apa sahaja tentang PR adalah keburukan. Pakteh hanya ingin ahli-ahli UMNO di semua peringkat bekerja untuk parti.  Baik Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri atau Ketua Pemuda.....gerak kerja anda sepanjang 4 tahun selepas 2008 telah dinilai oleh pasukan DS Najib. Senarai nama calon yang dikeluarkan bukan berdasarkan merit selection by computer but dibuat melalui pemerhatian yang rapi dari segenap sudut.

Pemerhatian yang rapi dan teliti ini akhirnya boleh menyebabkan anda yang terasa Winnable Candidate tertolak ketepi.

Saranan Pakteh: Bermuhasabah diri dan merenung kembali kemampuan diri. Janji anda bekerja untuk rakyat adakah sudah tertunai atau hanya syok sendiri?

bagi pendokong tegar calon-calon tertentu....jangan kerana calon kegemaran anda tidak tersenarai...keinginan sejak 4 tahun lalu menjatuhkan PR dilupakan.

Jumpa lagi dalam siri-siri terakhir menjelang PRU13.

1 comment:

Penjaja Malam said...

PT.
Kita memang nak undi umno.tapi nak juga tengok calon dulu.kalau calon haprak.mana boleh.
kedah sapa perintah melayu yg jadi mb.sapa jadi kerajaan pun serupa saja.lagi untung macam hari ini.kiri kanan rakyat dapat habuan.kerajaan negeri pun bagi.kerajaan pusat pun bagi.ingat-ingat kalau macam sekarang ini ok lah.umno pun masih berkelahi tak tamat lagi.pemimpin umno asyik lagak saja.
nak senang kedah bagi pas.malaysia bagi bn.
adillah tu.semua melayu.pembangkang kuat baru kerejaan nampak muka rakyat.tidak rakyat makan kuah dgn tulang saja.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih