Segala usaha penulisan ini adalah dari AIDC dan kredit 100% perlu diberikan kepada team AIDC. Pakteh sekadar copy & Paste dengan tujuan menyebarkan maklumat berfakta tentang aktiviti LIWAT Anwar. Jika nak full version dengan Video, sila layari AiDC.
AIDCNews – 05/01/13 – Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.
“Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?
“Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang pemimpin.
“Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos.
Rapat Dengan Wan Azizah
Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkannya sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.
“Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha Politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.
“Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.
“Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.
“Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macam itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara.”
Insiden-insiden Di Rumah Anwar
Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.
“Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.
“Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.
“Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap ‘beberapa perkara’, cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.
“Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Shamsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.
“Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. ”
Janji Peribadi Yang Misteri
Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya ‘petunjuk-petunjuk’ itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.
“Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.
“Anwar bebas 2 September 2004. Tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.
“Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.
“Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. Tak kan saya nak sokong seorang gay ?.
“Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.
“Anwar jawab, ‘Ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat’.
“Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, ‘Saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.
“Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.
“Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.
“Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. ”
Ikutilah pendedahan selengkapnya dari Ezam yang dianggap luahan dari hati ke hati dengan menonton rakaman di atas.
No comments:
Post a Comment