Monday, September 5, 2011

Sik dan Raja siri 1.0

Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK?
Mengikut Dato' Wan Azmi Ariffin yang disampaikan melalui cerita orang lama, Sik berasal dari perkataan Syed (lawat website Dato' Wan Azmi). Bagi mereka yang agak nakal, mungkin mendakwa ianya dari SHIT atau Seek. Berkebetulan pada 1998, Sasterawan Negara yang berasal dari banggol Derdap Sik telah menulis novel SHIT.

Sik...apa kaitannya dengan tajuk pakteh?.

Sebenarnya Sik menjadi tempat bermastautin beberapa raja Melayu (raja atau keturunan)cuma mungkin anak-anak Sik sendiri tidak mengetahuinya.

Menurut Al-Tarikh, Maharaja Derba iaitu Raja Kedah yang pertama telah menitahkan para pembesar negeri yang diketuai oleh Tun Dermadewa dan Tun Perkasa untuk mencari tempat dan membina Kota Pemerintahan di hulu singai Kedah . Kota langkasuka telah didirikan pada 634 masihi di sekitar Kampung baru nami, Sik Kedah dimana bertembungnya sungai Sok dan Sungai Nami (sungai Muda) dan menjadi Ibu Negeri Pertama Kerajaan Kedah pada masa itu.

Kota Aur dibina oleh Maharaja Maha Dewa 1. Maharaja Karna Diraja pernah bersemayam disini. Lokasinya ialah di Kampung Kota Aur, Sik Kedah iaitu di kawasan Kem tentera, Gubir. Berhampiran Kota Aur ini, didirikan pula kota Arong-Arongan di hilir Kota Aur. Seramai dua orang Raja pernah bersemayam di kota Arong-Arongan.

Kajian penduduk setempat juga menunjukkan keturunan pemerintah/raja/pembesar dari Kemboja juga menetap di Sik ialah keturunan Wan Ibrahim Mekong.

Itu kisah dulu, kini sudah lebih 3 tahun penduduk digemparkan dengan kehadiran Raja Sakti yang menjadikan tanah kosong di Empangan Beris sebagai tempat bersemayamnya. Mungkin ramai anak Sik yang beranggapan Raja Sakti ini benar-benar seorang raja, dapatan Pakteh menunjukkan sebaliknya iaitu Raja Sakti atau Azhar Wahab ini hanyalah rakyat biasa yang pada awal kehidupannya mencari rezeki di Kulim. Penghijrahannya ke Kuala Lumpur untuk menjadi driver kepada VIP mengubah hidupnya dan apabila bergaul dengan kumpulan Al-Arqam, Azhar Wahab mula nampak akan laba yang akan diperolehi jika bijak memanipulasi manusia. Selepas pengharaman Al-Arqam, Azhar Wahab memainkan peranan penting menarik kalangan pengikut Al-Arqam yang masih taksub dengan Aurad Muhammadiah dan Azhar Wahab naik mendadak. Penubuhan Al-Mansur dengan beberapa produk kesihatan mengaburi mata umum aktiviti lain Azhar Wahab. Anak2 Yatim dipergunakan dan akhirnya cabang Al Mansur ini diharamkan.

Paling penting, ajaran Azhar Wahab turut diharamkan. Logo yang bertulis AM masih diguna pakai oleh Azhar Wahab yang kini mengangkat dirinya kepada bermacam2 pangkat. Pakteh mengkaji gelaran Raja Sakti ini berkemungkinan kerana pengiktirafan dari Kerabat Raja Jenbal kepada beliau. Hubungkait keturunan Raja Jembal dengan asak keturunan Raja Bersiung melalui Raja Sakti. Mungkin inilah mengapa sebabnya Azhar Wahab menggunakan RAJA SAKTI. Apa yang penting...Sik masih menjadi pilihan walaupun Azhar Wahab mengangkat dirinya sendiri sebagai Raja.

Bersambung......masih ada lagi berdarah RAJA yang minat dengan SIK

3 comments:

Anonymous said...

he he he he he he.
Hebat Pak Teh.Ni ada nak kona kat sapa pula.

Nak jadi calon pun ada ke Pak Teh.

Pakteh said...

Anon 05:57
Sejarah kerajaan beraja ni memang berkona-kona...

Anon 05:57 kena ikuti sambungan pada siri 2.0 dan keseterusnya utk mengetahui kesudahan siri Sik dan Raja ni....

Kalau2 tau ada lagi raja2 di Sik ni...mesej mai kat Pakteh....bulih masukkan sekali.

Unknown said...

Apa sebenarnya aktiviti mmereka2 ni..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih